SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, December 27, 2008

P36 MENEGAKKAN KEBENARAN


Islam Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

"Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Abdul Hadi dalam pada itu menyatakan hukum Hudud di negara ini hanya akan dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya yang dipetik daripada agensi berita. - azm

Friday, December 26, 2008

SEBAB-SEBAB TURUNNYA BALA


Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

(H.R Ibnu Majah)

Keterangan

Hadis di atas menerangkan bahawa:

1. Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
2. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
5. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.

Tuesday, December 9, 2008

Photo bersejarah sekitar program qurban 1429H

Sebahagian jamaah dibahagian depan
Antara jamaah yang hadir

Sebahagian AJK MADAH
Suasana sebahagian kenderaan

Antara jamaah Muslimat

Kehadiran hingga ke wing luar

Khusyu' mendengar khutbah

Kenderaan di luar MADAH

Jamaah di "dewan "Hj Fadhil

Jamaah muslimin di Wing kanan

Suasana ketika takbir raya

Jamaah dari Banglades pun ada

Khusyu' mendengar khutbah

YDP sedang berkhutbah

Jamaah di Wing yang baru siap

Pandangan di dalam MADAH


Ibadat Qurban

12 ekor lembu telah diqurbankan

Suasana yang indah

Ya Allah terimalah qurban kami

Baraakah eidul Adha...
Meriah nya eidul Adha...

Timbalan pengerusi dan sebahagian AJK
sedang bertugas

Ya Allah terimalah amalan baik dan ibadat qurban kami, mudah mudahan ia nya menjadi titik tolak di dalam memperjuangkan Syariat Mu di Sri Manjung ini...amiiin.

Sunday, December 7, 2008

KULIAH FARDHU AIN REMAJA

SURAU MADAH FASA 1A

ANTARA PESERTA BANAT DALAM PROG. LEPAS

ANTARA PESERTA BANIN DALAM PROG YANG LALU.

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA
TARIKH: 14 - 21 DIS 2008

MASA : 0900 - 1100 PAGI (SETIAP HARI )

TEMPAT : SURAU MADAH SRI MANJUNG

PENGISIAN;

*AQIDAH
*INTENSIF SOLAT
*THOHARAH
*TAYAMMUM
*SOLAT JUMAAT
*PENERANGAN TENTANG AURAT
*PENGURUSAN JENAZAH

*MOTIVASI SOLAT :

-BALASAN JIKA ABAIKAN SOLAT
-MAKANAN HALAL MENJANA KECEMERLANGAN.


PESERTA : 10 - 17 TH( MUSLIMIN DAN MUSLIMAT )
PENDAFTARAN RM30.00
( DIBEKALKAN RISALAH DAN KUDAPAN)

MAKLUMAT LANJUT :
019-56694999 (EN OSMAN )
019-57492859 (SU MADAH: EN TORMIZI)
019-5940812( PN HAYATI )

ATAU DAPATKAN SENDIRI BORANG DI MADAH


UNTUK MAJLIS PENUTUP
KULIAH FARDHU AIN REMAJA

3 JAM BERSAMA US FAIZAL MOHD SAPRI
( PENYANYI KUM. NASYEED AS-SAUFEE)
DARIPADA :
TRAINING AND DEVELOPMENT
TARIKH: 21 DIS 2008
TEMPAT : DEWAN MADAH FASA 1A
MASA : 9.00 - 12.00 TH

SAYANGI ANAK KITA

Saturday, December 6, 2008

TEGAKKAN ISLAM















Antara aktiviti ilmu-bersama Dato'Tn Ibrahim
















Sebahagian lembu yang setia "menunggu" ..fikirkanlah














Antara yang datang bergotong royong













Antara AJK yang hadir menjayakan program tersebut


Maksud firman Allah: Surah Ali 'Imran ayat: 103:


"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."

MADAH Sri Manjung. Satu program gotong royong persiapan Idul Adha telah diadakan bermula jam 9.00 pagi.

Walaupun hari agak mendung, tetapi dengan semangat waja , para jamaah berjaya melaksanakan persiapan bagi menyambut ketibaan Hari raya Qurban , pada esok hari.
Sebagaimana biasa antara program untuk esok ialah:

Solat Idul adha dan upacara ibadat Qurban:

Solat dan Khutbah : Alf Tn Hj Noh Ahmad
Jam: 8.00 pagi
Upacara qurban : 12 ekor lembu
( Di sembelih antara lain oleh )
a.Tn Hj Shafie
b. Tn Hj Adnan

c. Us Mohamad( Simpanan )

Semua ahli qariah muslimin dan muslimat dijemput hadhir untuk sama-sama mendapat keredhaan Allah Swt.

Info: Blog ini ditulis untuk maklumat dan sumber ilmu, para sahabat dialukan untuk mempertingkatkannya InsyaAllah.

....."Sampaikanlah dari ku walaupun satu ayat"....
Mafhum hadis Rasulullah saw.