SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Tuesday, August 25, 2009

RAMADHAN KE 5






Suboh , Ramadhan ke 5: Kuliah Alf Us Azhar Idrus:
Antara isi kandungannya:

Sabda Rasulullah saw ( Mafhumnya )....

اَلاَ اِنَّ رَحَ الاسلامِ دَاءِ رة فَدُورُوا مَع اِلاسلام اَلاَ اِنَّ السلطانَ والكِتابَ

سَيَسْتَرِقَ فَدُورُوا معَ الكتاب

اَلاَ اِن فِيكم اُمَراء يَعْملونَ لاَنْفُسِهم لا يَعمَلون لَكُم واِن اَطَعْتُمُواهُم اَضَلُّواكُم واِن عَصَيْتُمُواهُمْ قَاتَلُوا كُمْ

Maknanya:

Ketahuilah sesungguhnya Islam sentiasa berputar, adakalanya maju dan ada kalanya mundur,

( sekarang Islam di tindas ) maka tetaplah kamu bersama dengan Islam.

Ketahuilah sesungguhnya pemerintah dengan Qur’an akan berlaku pertentangan hendaklah kamu bersama dengan alqur’an (..orang sekarang tak ikut qur’an ikut hak mana dapat banyak duit…)

Qur’an kata 100 rotan pemerintah kata RM100…qur’an kata haram pemerintah kata halal, qur’an kata peminum arak di sebat, pemerintah kata itu tidak ada kasihan belas…

Ramai orang kita tak ikut qur’an dia ikut siapa yang bagi dia duit….

Tuhan kita Allah ..takut apa…orang sembah batu pun boleh jadi kaya, makan pun kenyang....kita sembah Allah apa takut….

Ada orang perut besar dari tempayang …kenyang…kita kenapa takut lapar? Sembahlah Allah tidak akan sia-sia…apa lagi di bulan yang penuh barakah ini.bertadarus alqur'an, iktikaf , mendirikan malam-malam Ramadhan....teruskanlah....

Teruskan bersama Islam , jangan takut …..???

Jadilah ikan tenggiri , jangan jadi ikan duri, ikan duri belum letak umpan sambar mata kail .Ikan tenggiri pilih umpan..sebab tu harga ikan tenggiri RM18 sekilo tapi ikan duri 18 kg RM1 .

"Lambat"..bahasa terengganu...( bila ) beri basikal…berebut . Rm10 berebut hingal tertanggal kain….

Ada diantara kamu akan datang ,orang yg berkuasa , mereka bekerja untuk kroni mereka sendiri tidak bekerja untuk kamu…(..pemimpin ini mengkaya kan kroni sahaja.).kalau kamu ikut mereka, mereka pasti akan menyesatkan kamu, kalau kamu melawan mereka …mereka akan menyusahkan kamu…

Kalau buat jalan kena rumah kita..kalau buat surau tiada permit di runtuhkannya. Kalau mengajar tanpa izin di tukarnya …..

Teruskan perjuangan...

Monday, August 24, 2009

MENANTI SINAR KEINSAFAN



RAMADHAN HARI KE -4
Alhamdulillah hari ke - 4 Puasa.
Dalam kuliah suboh yang sempat ku ingat pagi tadi :Oleh Alf Ust Salleh Sulong, Masjid Wakaf Tembesu....

Alhamdulillah...kita masih sihat, mata masih terang, makan masih dan makin selera.Jadi nak balas macammana kurnia Allah ni...

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ) (إبراهيم 7:

7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Sebab tulah ada orang Miskin ,kaya , ada yang lemah dan kuat , ada yang ingat dan ada yang lupa serta kufur.Balaslah jasa Allah dengan berpuasa.Ada masa wajib seperti puasa ramadhan dan Nazar.Ada pula berdosa puasa iaitu ,2 hari raya, 3 hari Tasyrik dan 1 hari Syak.

Ada pula puasa boleh pahala , dan tidak berdosa bila dilakukan seperti puasa 6 dalam bulan Syawal,Isnin Khamis,Arafah dan Asyura.
Ada orang tak perlu puasa da n tak perlu fidyah, seperti terlalu tua dan sakit yang tiada harapan semboh serta sudah tidak mumaiyyiz lagi.
Ada yang dilarang puasa seperti orang kafir dan murtad.

Ada pula yang tak cukup syarat seperti anak-anak kecil tetapi perlu dilatih bila usia 7 tahun dan boleh dipukul semasa usia 10 tahun jika tidak berpuasa.

Antara Adab-adab berpuasa:

1. Jaga semua anggota dari sebarang maksiat.- kerana boleh menghilangkan pahala puasa.

Seperti : umpat keji,sumpah palsu dan memandang dengan syahwat.

2. Jangan makan terlalu kenyang dan tidor berlebihan.

di zaman sahabat para sahabat sukar untuk bangun kerana terlalu lapar tetapi dizaman kini manusia tidak boleh bangun kerana terlampau kenyang.

- Nabi berpesan agar makan lah 1/3 , minumlah 1/3 dan 1/3 lagi ialah ruang bernafas.

4. Amalkan sedeqah.

- Menjamu orang berbuka.

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ) (البقرة : 274 )

274. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

5. Membanyakkan membaca alqur'an atau mendengarnya.

(وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ) (الأعراف : 204 )

204. Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat[591].

[591]. Maksudnya: jika dibacakan Al Quran kita diwajibkan mendengar dan memperhatikan sambil berdiam diri, baik dalam sembahyang maupun di luar sembahyang, terkecuali dalam shalat berjamaah ma'mum boleh membaca Al Faatihah sendiri waktu imam membaca ayat-ayat Al Quran.

Jangan dok bernasyid je....
القران كلام الله
فاستمعوا يا حبيب الله
Kitab alqur'an , al Qur'an Ya Alqur'an.....

Nanti bila Mungkar dan Nakir akan bertanya: وما اِمَامٌكَ ؟ , nak jawab ape?..

6. Solat Terawikh.

7. Solat malam,

قُُمِِ الَيلَ الَّا قَلِيلاً
2. bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari[1525], kecuali sedikit (daripadanya),

[1525]. Sembahyang malam ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat ke 20 dalam surat ini. Setelah turunnya ayat ke 20 ini hukumnya menjadi sunat.


8. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
- Jauhi kata-kata yang boleh menyebabkan syirki.

p/s : Kepada Pengundi Permatang Pasir...Ingat tunaikan amanah anda....Puasa yang sebenarnya ialah menahan diri dari terlibat dengan perkara yang di murkai Allah. Undi anda adalah amalan anda...pilihlah calun berdasarkan Islam.

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Al Mubarak



Tok Jiring 23 Ogos 09. Semasa berada di kampong , sempat mendengar kuliah suboh di Masjid Wakaf Tengah.

Antara nya ayat berpuasa:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) (البقرة : 183

Perintah Allah dengan seruan yang lunak menyeru orang yang baik-baik, iaitu orang yang beriman untuk mendapat taraf ketinggian iaitu " TAQWA " dikalangan hamba-hamaba Allah ialah denagn berpuasa, sebagai mana para pilihan Allah yang pernah berpuasa dan mereka telah pun mendapat anugerah itu.

(رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ) (آل عمران : 8 )8.

(Mereka berdoa):

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)."

Selalu beringat bahawa hidup ibarat roda, ada putarannya yang perlu dilalui.seumpama hari ahad hari ini tidak sama dengan hari ahad minggu hadapan. Badan kita pada hari ahad ini tidak sama dengan hari ahad bulan hadapan, kekuatan kita pada hari ini tidak sama dengan ahad seterusnya...jadi fikir-fikirkan lah.

Firman Allah :


إِنَّ السَّاعَةَ ءاَتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى) (طه : 15 )


15. Segungguhnya hari kiamat itu akan datang Aku merahasiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan.

Mudah mudahan Ramadhan kali ini merupakan kali yang terbaik...InsyaAllah.

Saturday, August 1, 2009

ISLAM MESTI DI TEGAKKAN






MADAH.Suboh 2 ogos 2009.
Warga Madah di ingatkan agar terus Istiqamah bersama dengan Islam.Walaupun Islam sntgiasa di musuhi da di momokkan. Namun Islam adalah agama dan sistem hidup yang cintakan keamanan dan ketenangan serta keadilan.

Demikianlah antara ucapan Dato' Ustaz Hj Abu Bakar Cik, dalam kuliah suboh di Madah. berpandukan wirid yang selalu di baca:

اللهم انت السلام ومنك السلام واليك يعود السلام فحينا ربنا بالسلام وادخلنا الجنة دار السلام
تباركت ربنا وتعاليت يا ذالجلال والاكرام

Ya Allah engkaulah yang menyelamatkan, dan dari sisiMulah keselamatan.
Kepada Mu jualah kembalinya keselamatan.
Maka hidupkanlah kami , wahai Tuhan dengan selamat.
dan masukkanlah kami keSyurga yang bernama " Salam"
Maha suci engkau wahai Tuhan yang penuh ketinggian dan kebesaran lagi penuh kemuliaan.