SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, May 30, 2009

JAGUNG OH JAGUNG



Nak jadi cerita ,Sabtu 30 Mei 09, Aku balik kampong.Bertolak dari Manjung 7.30 pagi, melalui Simpang Pulai.Tiba di kampong jam 2.30 ,lebih kurang 500 meter je lagi nak sampai ke rumah... jalan jem...Seingat aku....kampong aku dari tahun 1960 hingga 31 Mei 09 mana boleh jalan jadi JEM .......rupa-rupanya inilah kerja UBN.Memang kerjanya menyusahkan orang.Jalan ditutup untuk projek....program...


Majlis Perasmian Memetik Jagung, Projek Pertanian Berkelompok Kampung Batu Hampar dan Penyerahan Anak Pokok Kepada Penduduk Dalam DUN Manir, Terengganu
TG/53/05/09
YAB. Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad bin Said akan hadir ke Majlis Perasmian Memetik Jagung, Projek Pertanian Berkelompok Kampung Batu Hampar dan Penyerahan Anak Pokok Kepada Penduduk Dalam DUN Manir, Terengganu di Ladang Jagung, Projek Pertanian Berkelompok Kampung Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu pada 30 Mei 2009 jam 3.00 petang.

Bayangkan, penat-penat ....aku balik kampong nak beramah mesra cari ketenangan,disekat pulak beberapa jam.... dah lah kat Manjong ada MB Mahkamah....macam-macam , kejadian ribut ,MB di halau dan macam-macam cerita ada.Kat Terengganu pun Perangai sama.......

Betullah kata seorang sahabat, mengulas PRK di Penanti ...kini UBN tidak diperlukan lagi.

Tuesday, May 26, 2009

ANDA SEDANG DIPERHATI



Firman Allah Surah :Az Zumar : 42

Maksudnya:

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan[1313]. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir".

[1313]. Maksudnya: orang-orang yang mati itu rohnya ditahan Allah sehingga tidak dapat kembali kepada tubuhnya; dan orang-orang yang tidak mati hanya tidur saja, rohnya dilepaskan sehingga dapat kembali kepadanya lagi.

MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail: ' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya
dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita

= 20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

Monday, May 25, 2009

SIAPA KITA

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org ygapabila mendengar nama Nabi Muhammad saw di sebut ia hanya mendiamkan diri , tidak membalas dengan Sollalahu Alaihi Wasallam.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa ' at kepada manusia lain...

Saturday, May 23, 2009

25 TAHUN KEPIMPINAN ULAMA


Allahyarham dato' fadzil Noor
Mursyidul Am

Semalam aku dan pimpinan kawasan ke Majlis sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama'.
Program satu hari suntuk itu memberi info dan tarbiyah yang amat berguna kepada ahli gerakan Islam, kerana di samping mengeratkan Silaturrahim juga menanamkan suatu kefahaman yang jitu bahawa hanya Islam sahaja yang dapat mengurus semua sistem kehidupan.
Di bawah ini aku lampirkan pesanan dari blog sahabat.....

PENGHAYATAN KONSEP KEPIMPINAN ULAMA’ DALAM PAS

Suatu penjelasan menarik dari Almarhum Dato’ Fadzil Noor yang sempat saya cari dari arkib sejarah Pas berhubung konsep kepimpinan Ulama’ dan bagaimana kumpulan Profesional boleh memimpin Pas suatu masa nanti dalam keadaan mereka memahami tuntutan islam dan beramal sebagaimana golongan Ulama’ lainnya dengan penuh tawadduk. Dalam erti kata lain, Profesional juga boleh menjadi ulama’ jika mereka berusaha ke arah itu, dan ketetapan bahawa Ulama’ diberi keutamaan dalam memimpin itu tidak boleh dinafikan sewenang-wenangnya.

OLEH ALMARHUM DATO’ HAJI FADZIL MOHD NOOR

Penubuhan Persatuan Islam Se Tanah Melayu (PAS) pada tahun 1951 yang kemudian dikenali dengan Parti Islam SeMalaysia adalah dipelopori oleh ulama’ dan mereka yang mendapat pendidikan agama kerana mereka merupakan golongan yang lebih memahami Islam dan semangat menentang penjajahan.

Mereka jugalah yang banyak memegang peranan memimpin dan mengembangkan PAS diseluruh tanah air.

Tanpa diminta para pendukung dan ahli-ahli PAS telah meletakkan mereka sebagai pemimpin meskipun di dalam Perlembagaan PAS yang awal tidak menyebutkan tentang syarat-syarat kepimpinan.

Tetapi sudah menjadi suatu yang difahami, ulama’lah yang dianggap lebih berwibawa untuk memimpin sesebuah gerakan Islam termasuk PAS.

Keadaan ini terus berjalan sehinggalah kepada suatu keadaan di mana sebahagian ahli-ahli PAS merasakan seolah-olah ulama’ tidak diberi peranan utama di dalam PAS.

Mereka mendesak supaya satu perubahan yang lebih tegas dibuat bagi membolehkan ulama’ itu memimpin. Suatu pindaan kepada Perlembagaan PAS telah dibuat dengan penubuhan suatu majlis yang dikenali dengan Majlis Syura Ulama seperti yang tersebut di dalma Fasal 7 (3) (4) Perlembagaan PAS Pindaan 1993, menyebutkan:

Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam ceraian (2) di atas dan badan-badan yang diberi kuasa oleh Muktamar Tahunan dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Syura Ulama’ dan diberi kepadanya kuasa-kuasanya berikut:

a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

c) Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli-ahli jawsatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 75 perlembagaan ini.

Ahli-ahli Majlis Syura Ulama’ hendaklah terdiri dari 15 orang dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut:

d) Seseorang yang hendak dilantik menjadi ahli Majlis Syura Ulama’ itu hendaklah seorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (Al Usul) dalam syariat Islam dan hukum-hukum atau dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada Al-Quran, Al Sunnah Ijmak dan Qisas dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakin tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah seorang ahli PAS.

Fasal tersebut telah memberi penegasan tentang peranan penting yang mesti dilaksanakan oleh para ulama’ di dalam PAS serta sifat-sifat ulama’ yang layak memduduki Majlis Syura tersebut.

Bagi kita ulama’ bukanlah dilihat dari segi pakaian lahirnya tetapi yang kita maksudkan ulama’ ialah mereka yang memahami Islam serta hukum-hukumnya dari sumber-sumber Islam yang diijmakkan iaitu Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias. Mereka bukan sahaja terdiri dari kalangan yang mendapat pendidikan dan melalui pengajian agama sejak awal pengajian mereka tetapi mereka juga mumgkin terdiri dari kalangan yang pada peringkat awalnya bukan melalui pengajian agama tetapi kemudiannya berusaha untuk mendapat ilmu-ilmu keIslaman seperti yang berlaku di dalam sebahagian dari kepimpinan Islam di dunia sekarang ini.

Lantaran itu bukanlah suatu yang mustahil PAS akan dipimpin oleh mereka yang awalnya bukan mendapat pengajian agama tetapi mereka berjaya melayakkan diri memahami dan menguasai ilmu-ilmu keIslaman dan mendapat kepercayaan sebagai pemimpin.

Kita telah memberi penekanan terhadap cirri-ciri yang perlu dimiliki ulama’ di dalam melayakkan mereka menerajui kepimpinan PAS di dalam dekad-dekad yang akan datang sesuai dengan cabaran-cabaran yang semakin sofistikated.

Kita telah menyatakan suasana dan permasalahan yang sedang kita alami ini memerlukan kepimpinan ulama’ berijtihad di dalam pelbagai isu yang sedang mendesak ini.

Kepimpinan Islam perlulah memiliki ciri-ciri khas iaitu kepimpinannya adalah kombinasi dari pelbagai unsur terbaik seperti yang pernah ditampilkan oleh kepimpinan Rasulullah SAW dan para sahabat RA iaitu selain ketaqwaan yang tinggi ia mestilah sensitif dengan masalah-masalah semasa, berpandangan jauh, mampu merancang dan membentuk masa depan ummah, bersikap terbuka dan tolenrasi dalam batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.

Bekerja sebagai kumpulan professional, proaktif dan memperlihatkan ketrampilan sebagai pimpinan sejati. Ini ciri-ciri yang amat diperlukan.

Thursday, May 21, 2009

RELAK METTA

(1)
Dalam keadaan berdiri tegak, tangan diluruskan.
baca doa: Allohomma Aafini Fi Badani
Allohomma Aafini Fi sam'iee
Allohomma Aafini Fi Basyorii

(2)
dalam keadaan berdiri pusing kepala ke kanan
sebut Allah 11x
(3)
masih berdiri , kepala berpaling ke kiri
sebut Allah 11 x
(4)
masih berdiri , ke dua dua tangan di angkat hingga ke belakang
tarik nafas hingga terasa penuh di dada
tahan nafas. Ingat di hati 7x Allah.
kemudian tunduk perlahan-lahan sambillepaskan nafas perlahan-lahan hingga jari bersentuh ibu jari kaki ...seperti gambar bawah
(5)
Kemudian berdiri semula perlahan lahan dengan dua tangan di angkat seperti gambar atas dalam keadaan tarik nafas perlahan-lahan hingga dua tangan atas kepala , hampir ke belakang ( seperti foto atas ) tahan nafas dan ingat allah 7x
Ulang gerakan sebagaimana foto (4) dan (5) sebanyak 5 atau 7 atau berapa kali yang mampu...

lepas itu berdoa dan membaca tasbih kiffarah dan suratul asry

Alhamdulillah....selalulah besyukur dan tunaikan solat...asas kepada kejayaan dan kesihatan.Apakata dalam suasana tension dan stress seseorang boleh bertindak di luar kotak pemikiran.Oleh itu dengan bersabar dan solat insyaAllah kita akan berjaya.

Mudah mudahan dapat di manfaatkan .

dan di Afiatkan oleh Allah swt dan teruskan perjuangan kerana Allah.

Tuesday, May 19, 2009

CAKNA PERLEMBAGAAN


  • Rasulullah telah berusaha menyatupadukan warganegara Madinah yang berbilang bangsa , agama & budaya dengan.....

i. Mempersaudarakan Muhajirin & Ansar

ii. Membuat perjanjian dengan kaum Yahudi yang tinggal disekitarnya, Rasulullah juga telah mewujudkan satu perlembagaan negara yang diberi nama " PIAGAM MADINAH"

  • Piagam ini merupakan perjanjian politik yang pertama di dunia
  • Kandungan Piagam ini memperlihatkan kebijaksanaan Rasulullah dalam merancang sesuatu yang boleh bertahan sepanjang masa & sesuai dengan semua keadaan.
  • Piagam ini dirangka mengikut bimbingan wahyu serta berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah yang terdiri dari orang Islam & bukan Islam

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH (SAHIFAH MADINAH)

KESAN PIAGAM MADINAH

1. Rasulullah S.A.W. adalah ketua negara. Perbalahan kaum yang melibatkan orang Islam & bukan Islam, hendaklah dirujuk kpd baginda,

2. Mengakui kewujudan Muhajirin & Ansar sebagai satu ummah

3. Mengakui kewujudan kaum Yahudi & Musyrikin Madinah

4. Semua kaum bebas mengamalkan kepercayaan ( agama) & adat istiadat masing-masing

5. Orang Islam & Yahudi sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk Madinah. Mereka juga bertanggungjawab menangkis serangan dari luar

6. Orang Yahudi boleh hidup dengan cara mereka sendiri, tetapi tidak boleh menganggu orang Islam. Mereka juga tidak boleh melindungi orang kafir Quraisy

7. Setiap individu bertanggungjawab menjaga keselamatan & mewujudkan perpaduan di Madinah

8. Setiap penduduk Madinah tidak boleh bermusuh-musuhan & dengki-mendengki.Mereka hendaklah saling tolong-menolong untuk kebaikan

9. Mana-mana pihak di Madinah tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan pihak luar, terutama dengan pihak kafir Quraisy

10. Piagam ini melindungi semua pihak yang memperakukannya, & berhak mengambil tindakan terhadap sesiapa

  1. Rasulullah diiktiraf sebagai ketua negara
  2. Syariat Islam dapat dijalankan sepenuhnya dalam pentadbiran negara
  3. Terbentuk negara Islam pertama di dunia
  4. Rakyat hidup bersatu padu & keamanan dapat diwujudkan
  5. Kegiatan dakwah berjalan lancar samada di dalam atau di luar Madinah

KEPENTINGAN & MATLAMAT PENUBUHAN

PIAGAM MADINAH

  1. Menyediakan satu institusi untuk masyarakat mendapatkan hak –hak individu & keadilan

  1. Menjadi landasan perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di kalangan masyarakat

  1. Menjamin usaha dakwah dapat dijalankan dengan baik & terancang

  1. Dapat mewujudkan suasana tenteram di Madinah

Ulama' berpendapat sahifah Madinah menepati piagam atau perlembagaan yang merupakan perjanjian di antara kerajaan dan rakyat dan penegasan tentang dasar Negara dan siasahnya. Terdapat 47 perkara di dalam sahifah Madinah dan bolehlah disimpulkan kepada berikut:-

1. Memeterai perjanjian persaudaraan di kalangan Muhajirin dan Ansar.

2. Ikatan persaudaraan di kalangan tiap-tiap individu Muhajirin dan Ansar.

3. Kedudukan orang-orang bukan Islam yang menjadi warga Negara Islam Madinah.

4. Peristiharan secara terbuka Negara Madinah adalah Negara Islam.

5. Meletakkan hukum tertinggi iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

6. Rasulullah SAW bertindak sebagai ketua Negara dan meletakkan dasar bahawa kepimpinan seterusnya mestilah orang Islam.

Dalam Negara Islam rakyat bukan Islam bebas menganut agama mereka dan boleh melakukan adat istiadat mereka tanpa menjejaskan kepentingan umum seperti adat istiadat perkahwinan, undang-undang keluarga dan makanan yang halal menurut agama mereka walaupun haram mengikut Islam.

Negara Islam yang didirikan Rasulullah SAW telah menyatakan keIslamnya secara terbuka dan menyampaikan dakwahnya ke seluruh pelusuk dunia. Pernyataan terbuka ini penting bagi menentukan sikap negara-negara lain terhadap Negara Islam Madinah sama ada menerima Islam, menjadi sebahagian dari Negara Islam, berdamai, tidak menyekat dakwah Islamiyyah atau bermusuh dengan Islam.

Meletakkan al-Quran dan as-Sunnah membawa implikasi bahawa Negara Islam tidak dibenarkan beramal atau meluluskan sesuatu yang bertentangan dengan dua sumber rujukan utama. Inilah prinsip yang dijelmakan dari ucapan dua kalimah syahadah iaitu sepertimana individu taatkan Allah dan Rasulullah SAW. Jadi Negara Islam juga mestilah meletakkan Allah SWT sebagai kuasa hakimiyyah dengan Rasulullah SAW sebagai contoh pelaksana terbaik.

Rasulullah SAW bertindak sebagai ketua Negara Islam Madinah, ini menunjukan kepimpinan Negara adalah penting dalam ajaran Islam. Ini menunjukan kesyumulan Islam iaitu Islam bukan sekadar syiar ibadat tanpa memperdulikan soal kepimpinan di dalam Negara Islam. Dasar ini seterusnya meletakkan bahawa salah satu syarat penting di dalam Negara Islam ialah ketua Negara mestilah beragama Islam dan beriman kepada seluruh ajaran Islam.

Firman Allah SWT bermaksud:

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi "wali" dengan meninggalkan orang-orang mukmin, barangsiapa yang berbuat demikian maka ia bukan daripada Allah " (Surah ali-Imran:28)

Itulah di antara asas-asas penting yang diletakkan oleh Rasulullah SAW dalam membina Negara Islam. Sekiranya Negara umat Islam hari ini menepati dan mempunyai ciri-ciri sepertimana Negara yang diasaskan oleh Rasulullah SAW maka Negara itulah Negara Islam. Marilah kita sama-sama umat Islam mendoakan agar Daulah Islamiyyah akan berdiri semula di atas mukabumi ciptaan Allah SWT ini,khususnya di Malaysia dan amnya diseluruh dunia.dan buat permulaannya agar Negeri Perak kembali semula kepada pakatan rakyat, yang Islam menjadi tonggaknya. Amiin Ya Allah.

Wallahua'lam…



Sunday, May 17, 2009

CAKNA PENYAKIT



Dunia adalah pancaroba.macam-macam halangan dan ujian.Ada halangan politik dan ada halangan sosial juga ada halangan penyakit, antara penyakit selain dari Selsema Babi adalah penyakit: meningitis......klik di sini

Penyakit Meningitis
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.

Meningitis merupakan satu keadaan kecemasan perubatan. Pada permulaan penyakit dikalangan kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum. Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga, bronkiolitis dan jangkitan air kencing

Oleh itu, hanya apabila doktor berpendapat yang seseorang anak mengidap meningitis beliau akan meminta agar "lumbar puncture" dilakukan. "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan apabila keadaan tidak membahayakan anak.

Doktor dapat membezakan dan menentukan sekiranya anak menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture". Tanpa rawatan, meningitis bolch mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae B)

Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.

Sebelum ini, vaksin bivalent meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A dan C telah digunakan. Namun demikian sejak tahun 2000, wabak meningitis disebabkan oleh kumpulan meningococcus W135 telah merebak dengan meluasnya. Oleh itu, vaksin Quadrivalent Meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A,C,Y dan W135 telah disyorkan. Vaksin ini haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengembara ketempat yang diketahui ada wabak meningitis. Pelalian Hib pula boleh mengelakkan jangkitan meningitis yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae. Imunisasi meningococcus untuk jemaah haji boleh mencegah daripada meningitis disebabkan oleh bakteria Neisseria meniningitis.

Tanda-tanda awal serangan Meningitis:

  • Demam
  • Kurang selesa.
  • Enggan minum.
  • Sakit kepala.
  • Menangis berterusan.
  • Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")
    Tanda akhir serangan Meningitis:
    • Muntah.
    • Sawan.
    • Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
    • Lemah.
    • Ruam seperti lebam-lebam.
    • Tidak sedar.


    Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor pakar jika mendapati tanda-tanda seperti di atas pada anak.

    Lihat juga :-

    http://www.health.com.my/bayi/bayi24.shtml

Dalam hal ini , perlulah menyedari betapa lemahnya kita manusia.Justru itu kita tiada pilihan lain , selain terus patuh dan tunduk kepada perintah dan kehendak Allah swt.Bukan nya terus derhaka dan tenggelam dalam lautan maksiat dan kemungkaran.Kembalilah kepada Allah dan beramal dengan perintah Allah Swt.

Saturday, May 16, 2009

SOF PIMPINAN 09


Alhamdulillah, di dalam Perjuangan Islam tiada POLITIK WANG macam UBN.Berkat usaha dan bimbingan para Ulama, maka lahirlah sof kempimpinan dan para pewaris yang berterusan mudah mudahan para pejuang di dalam Islam akan terus ada hingga akhir zaman.Para pejuang Islam berlumba -lumba memegang bendera perjuangan semata-mata bagi memberi khidmat dan mencari redha Allah.
Di bawah ini adalah senarai nama-nama mereka yang aku ambil dari Web Muktamar 2009, bagi memudahkan ahli-ahli mengenali dengan lebih dekat lagi.

Senarai calon yang layak bertanding dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-55
Ditulis oleh Te@mIT
SATURDAY, 16 Mei 2009 05:29

PENGERUSI TETAP

1. Abu Kassim Bin Abdullah, Ustaz Haji
2. Hussain Bin Haji Ismail, Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Hussain Bin Haji Ismail, Haji
2. Ishak Bin Surin, Haji
3. Misbahul Munir Bin Masduki
4. Nasuruddin Daud (Kelantan), YB
5. Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid
6. Wan Abdul Rahim Bin Abdullah, YB Dato'


PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Azizan Abd Razak YAB Dato’ Seri Ustaz
2. Haron Din , Dato' Dr
3. Husam Musa, YB Dato’ Haji
4. Mohamad Sabu, Haji
5. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN

1. Ahmad Awang Ustaz Haji
2. Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz
3. Harun Taib, YB Dato’ Ustaz Haji
4. Hassan Mohd Ali, YB Dato' Dr Hj
5. Husam Musa, YB Dato’ Haji
6. Idris Haji Ahmad , Ustaz Haji
7. Kamarudin Jaffar , YB Dato’
8. Mahfuz Omar, YB Dato' Haji
9. Mohamad Sabu, Haji
10. Mohd Amar Abdullah, YB Ustaz ’
11. Mujahid Haji Yusof Rawa , YB Dr.
12. Nasharudin Mat Isa , YB Ustaz Haji
13. Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir
14. Salahuddin Ayub, YB
15. Taib Azamuddin Md Taib, YB Ustaz Haji
16. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz



AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Aziz Yaakob, Mejar (B)
2. Abdul Ghani Abdul Rahman Ustaz Haji
3. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz Haji
4. Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato’ Ustaz Haji
5. Abdul Wahab Ismail, Dr
6. Abdul Wahid Endut, YB
7. Abd Rani Osman, YB Dr
8. Abu Bakar Chik Dato’ Ustaz Haji
9. Adly Zahari (Melaka), Sdr
10. Ahmad Awang, Ustaz Haji
11. Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan) , YB Dato'
12. Ahmad Yaakob, YB Dato’ Ustaz
13. Ahmad Yunus Khairi (Sijangkang), YB Dr
14. Aiman Athirah al-Jundi, Sdri
15. Aminolhuda Hj Hassan, Hj
16. Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir.
17. Anuar Tan Abdullah, YB Dato’ Haji
18. Asmuni Awi, Haji
19. Azizah Khatib Mat, Ustazah Hajjah
20. Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz
21. Azman Shapawi (DPPP), Sdr
22. Che Rosli Che Mat, YB Dr
23. Dzulkifli Ahmad, YB Dr.
24. Halimah Ali, YB Dr. Hjh
25. Hamzah Abdullah (Sabah),
26. Hamzah Jaafar, Dr
27. Harun Taib, YB Dato’ Ustaz Haji
28. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak (Kulim), Ust
29. Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj
30. Hashim Jasin, YB Ustaz Haji
31. Hayati Othman (Kedah), YB Dr
32. Husam Musa, YB Dato’ Haji
33. Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji
34. Iskandar Abdul Samad, YB Ir
35. Kamarudin Jaffar , YB Dato’
36. Khairuddin Dato' Abdul Malik, Dr.
37. Khalid Samad, YB
38. Khalil Idham Lim, YB Drs.
39. Lo’ Lo’ Haji Mohd. Ghazali YB Dr.
40. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. Haji
41. Mahfuz Omar, YB Dato' Haji
42. Mazlan Aliman, Sdr
43. Mariam Abdul Rashid, Hjh
44. Misbahul Munir Masduki,
45. Mohamad Sabu, Haji
46. Mohamad Noor Mohamad, Haji
47. Mohamed Hanipa Maidin, Sdr
48. Mohd Amar Abdullah YB Ustaz ’
49. Mohd Anuar Tahir, Hj
50. Mohd Apandi Mohamed, Hj
51. Mohd Hatta Ramli, YB Dr. Haji
52. Mohd Nasir Mustapha (Kedah) , Sdr
53. Mohd Taufek Abdul Ghani, YB
54. Mohd Yusof Husin, YB Hj
55. Mujahid Haji Yusof Rawa, YB Dr.
56. Mumtaz Md Nawi, YB Senator
57. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji
58. Nasrudin Hassan Thantawi, Ustaz
59. Nasuruddin Daud (Kelantan), YB
60. Nik Abduh Nik Aziz, Ust
61. Nik Mazian Nik Mohamad, YB Dr
62. Nik Mohd Zawawi Salleh, Ustaz Haji
63. Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir
64. Norazli Musa,
65. Nuridah Mohd Salleh, Ustazah
66. Omar Mohamad (Kelantan), YB Dato'
67. Othman Sabran, Dr.
68. Phahrolrazi Mohd Zawawi , YB Dato' Ir. Haji
69. Rosli Yaakob, Dr
70. Sabki Yusof (DPPP),
71. Salahuddin Ayob, YB
72. Sallehen bin Mukhyi, Ustaz
73. Shaari Sungib , YB
74. Shafie Abu Bakar, YB Dr
75. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. Hajjah
76. Siti Zailah Yusof, YB
77. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi YB Dr.
78. Taib Azamuddin Md Taib, YB Ustaz Haji
79. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
80. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz
81. Wan Abdul Muttalib Embong, Dato’ Haji
82. Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
83. Wan Hasrina Bt Wan Hassan, Hjh
84. Yusof Embong (Pahang), Ust
85. Zulkefly Mohamad Omar, Hj
86. Zulkifli Ahmad (Johor), Hj



PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Ali Maidin
2. Ishak Bin Surin, Haji
3. Khalid Bin Abd. Samad, YB. Haji
4. Khalil Idham Lim Bin Abdullah, YB. Drs
5. Mohd Rashidi Bin Hassan
6. Mohd Taulan Bin Rasul, YB. Dato'
7. Musanif Bin Abd Rahman
8. Muzammil Hafizd
9. Syed Mohamed Syed Hassan, Drs

Friday, May 15, 2009

BERAK


fIRMAN ALLAH:Albaqarah: 80

"Dan mereka berkata: "Kami sali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja." Katakanlah: "Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?"

Asbabun nuzul

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa di waktu Rasulullah SAW sampai ke Madinah, kaum Yahudi berkata: "Umur dunia ini tujuh ribu tahun. Manusia disiksa tiap seribu tahun dari hari dunia ini sehari di Yaumilakhir, sehingga jumlahnya hanya tujuh hari saja, dan setelah itu putuslah siksaan itu. Maka Allah turunkan ayat ini (S. 2: 80) sebagai bantahan dan peringatan kepada orang-orang yang menganggap dirinya lebih tahu dari Allah SWT.
(Diriwayatkan oleh at-Thabarani di dalam kitabnya al-Kabir, demikian juga Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, dari Ibnu Ishaq dari Muhammad bin Abi Muhammad dari Ikrimah atau Sa'id bin Jubair yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa turunnya ayat ini (S. 2: 80) sehubungan dengan ucapan kaum Yahudi yang berkata: "Kita tidak akan masuk neraka kecuali beberapa hari saja, selama kita menyembah anak sapi, yaitu empat puluh hari, sesuai dengan sumpah kita. Dan apabila telah habis empat puluh hari, putuslah siksaan terhadap kita."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari ad-Dlahhak yang bersumber dari 'Ikrimah, Ibnu Abbas dan lain-lain.)


Berita yang aku terbaca lihat disini

Sabda Nabi antara 10 manusia yang tidak diterima solatnya ialah :

1. Lelaki yang sembahyang bersendirian.
2. Lelaki yang di benci menjadi Imam.
3. Lelaki yang lari dari rumah ibu bapanya.
4.Lelaki yang makan riba'
5.Lelaki yang mabuk arak.
6.Lelaki dan perempuan yang mendedahkan auratnya.
7.Lelaki dan pemimpin yang zalim.
8.Perempuan yang ingkar bila ditegur suami nya
9. Lelaki yang tidak mengeluarkan zakat
10. Solat yang tidak dapat menghalang amalan mungkar dan maksiat

Wallau 'Alam

Tuesday, May 12, 2009

INSAF


di Turki...dalam Parlimen, bergaduh sesama ahli dewan


Di Tanah airku...bergaduh dalam DUN panggil orang beruniform...
....tugas tambahan!!!!!



Tugas sebenar......diluar ...
Kes pembunuhan & jenayah yang tidak terkawal....

Mafhum surah Al Ahzab: 72

SEGI KEZALIMAN DAN KEBODOHAN MANUSIA IALAH MAU MENERIMA TUGAS, TETAPI TIDAK MELAKSANAKANNYA

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, "

[1233]. Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara ini.

"Maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momentum baru.

"Dengan perkembangan-perkembangan laporan semasa di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahu pun dalam negeri sejak akhir-akhir ini lebih banyak menimbulkan kerisauan.

"Saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidaktentuan dan serba salah. Mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi," katanya.

Menurutnya apa yang ada dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara kini hampir semuanya kabur dan sedang berada dalam suasana berkecamuk.

Kata beliau sekarang banyak berlaku ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang memegang amanah, namun telah mengkhianatinya.

"Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan

Mengikut pandangan Presiden. Klip di sini..

"Maka hari ini 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu," katanya.

Oleh itu beliau mengajak rakyat di negara ini kembali kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T sebagai premis kebahagiaan yang pertama.

Dan keduanya rakyat negara ini memerlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat. - mj _


MARI BELAJAR LAW


Ilmu Allah sangat luas.Tetapi bila manusia rasa dia lagi cerdik dan tahu segala-galanya inilah akibatnya , mereka tidak mahu menerima kebenaran dan kejujuran.Akhirnya hidup akan menjadi binasa dan hilanglah kekuatan.

Allah berfirman yang mafhumnya: An Nisa':58 ( Dasar-dasar Pemerintahan )


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat".

Dan Albaqarah: 247

"Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. "


Oleh itu marilah kita mengaji, Belajar ilmu Allah, kenali halal dan haram,wahai sahabat-sahabat kenali undang-undang , walaupun ini undang-undang yang yang ada ini aadalah warisan penjajah, tetapi dari mendapat mudhorat yang besar dengan mengenepikan undang-undang, eloklah dengan mengambil mudhorat yang lebih kecil... kita berpegang dengan undang-undang yang ada,tetapi .... ingat kita tidak beriman dengan undang-undang ini... , Kita sedia maklum, kita sekarang berhadapan dengan kumpulan yang tidak kenal halal atau haram, kita bertembung dengan manusia yang beramal dengan konsep "Matlamat menghalalkan cara", sila klik disini

Ulasan PJ Perak:

Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.


Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.- sumber Harakahdaily.

TAKBIR....



Sesungguhnya perjuangan ini memerlukan Rijal yang tahan uji dan Istiqamah.Sirah Para nabi dan sahabat, serta para Imam-imam dan para Ulama' terdahulu sentiasa di hempas dan di alun gelombang sepanjang hayat.

Maka begitulah jua , kita pada hari ini juga akan di uji dan di timpakan dengan pelbagai ujian , yang kadang-kadang meletihkan dan kadang-kadang menggembirakan.Yakinlah semua nya itu adalah milik Allah semuanya.

Bermula kemenangan pada Pru 12 dulu ,kita dikurniakan Sa'adah dan rasa bahagia,kemudian timbul rampasan kuasa oleh UBN, kita di uji dengan kepayahan, selepas PRK di Permatang pauh, di Kuala Terengganu, di dua bukit ( Selambau dan bt Gantang ) kita terasa sinar kembali memancar .Kemudian peristiwa may 7, kita di uji lagi, dan kemuncak ujian kita pada may 11, kita mendapat suatu berita yang menaikkan semula rentak kerja kita untuk terus berusaha apabila mahkamah , yang bagi kita sesuatu yang luar biasa, mengistiharkan bahawa MB IrNizar adalah MB yang sah dan MB zamri adalah Haram.

Kemudian bila Zamry membuat rayuan kemahkamah rayuan....sebahagian kita mula lemah semangat...Bila mahkamah mengatakan rayuan zamri diterima dan berlakulah penafsiran yang pelbagai.....inilah filem hindustan yang terus dilakunkan di negeri perak ini.

Tapi sahabat-sahabat....jangan putus asa.Ingat, Bumi , langit dan isi semua nya milik Allah.Kerajaan semuanya milikAllah.Jika Allah menghendaki nya tiada siapa yang boleh mengubahkannya.sila klik sini Cuma pastikan apa yang kita lakukan , jangan mengenepikan Syariat dan Akhlaq yang di ajarkan oleh Allah Swt.

Kita adalah satu parti dan Jamaah Islam. Kita berjuang didalam politik dan dakwah.Kita dididik oleh Islam agar sentiasa kuat dan istiqamah dengan perjuangan bagi mendaulatkan Islam. Mentadbir dan memakmurkan bumi ini dengan Syariat Allah swt.

Teruskan perjuangan ....
Allahu akbar.

Monday, May 11, 2009

MANTAPKAN PERJUANGAN


Sambutlah dengan Takbir...

Pagi ini jam 11.00 pagi , selepas solat jenazah Allahyarham Hj Hamid, kami singgah sekejap membasahkan tekak di sebuah restauran di Sri Manjong.Masing-masing cerita pelbagai suasana politik , dan antara yang di bincang keputusan mahkamah antara Ir Nizar vs Dr Zamri .Dan Jam 4.14 petang, selepas klip sini segala debaran berlalu, Alhamdulillah.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

Walaubagaimana pun, sahabat-sahabat sekelian, kerja kita mesti diteruskan.Mantapkan gerak kerja secara berpasukan dan teruskan Taqorrob kepada Allah.

Bebanan dan tekanan pasti lebih dahsyat lagi.
Allahu Akbar...

Saturday, May 9, 2009

SIRI KULIAH TAFAQQUH



Ayat kursi
sebesar-besar ayat Allah kerana mengandungi semua Tauhid( Rububiyyah,Uluhiyyah , Asma ' dan Sifat)

Allohu La Ilaa ha Illa Hu: sama La Ilaa Ha Illa Lah
( Allah tiada Tuhan yang disembah melainkan DIA )

Inilah ulasan yang kita selalu meratib..Tauhid Uluhiyyah(meliputi 3 keutamaan= persembahan , abdi diri dan hala tuju kehidupan)

Tauhid ini asas kepada tauhid yang lain, ianya asas kepada setiap amalan yang dibuat kerana Allah.
Oleh itu sistem dan undang-undang lain yang digubal oleh manusia adalah syirik

(Tauhid ini adalah tunjang bagi hukum hakam dan syariat dalam Islam )

Seorang manusia tidak boleh berabdi kepada yang lain, saperti katanya"saya bekerja kerana berabdi diri kepada keluarga saya"

Tidak mengambil syariat,tidak mengambil akhlak,tidak mengambil konsep hidup , melainkan yang datang dari Allah swt.
Kata orang badwi ketika diajak oleh Rasulullah saw untuk memeluk Islam" Kalimah inilah , kamu akan ditentang oleh orang Arab dan bukan Arab"

Antara sebabnya:Allah itu di abdikan kerana

Al Hayyul Qayyum
Laa Ta'khuzuhuusinatun.

( Sentiasa hidup, yang tiada permulaan, azali dan abadi), dan sentiasa mentadbir alam,mengurus) segala urusan makhluk,(tanah ,air , angin, langit dan segala-galanya .dan tidak
mengantuk...

Al Hayyu- cukup besar , nama yang terbesar, maka dari sinilah datangnya sifat-sifat yang lain.
Contoh: Allah melihat dan mendengar.Jadi tidak boleh melihat atau mendengar kecuali adanya Hidup.
AlQayyum : merupakan kekayaan pengurusan dan pentadbiran Allah. Sentiasa tadbir daan urus dengan sempurna.
Kitalah yang berhajat kepada Allah, bukan sebaliknya.
Segala yang ada perlu adanya Allah.
Hati Muslim kena sentiasa

La Ta'khuzuhuu sinatun walaa Nauum

Lambang pentadbiran yang kuat dan kemas.

Ada 4 Tauhid Rububiyyah dalam ayat Kursyi.
1. Lahu Mulku ssamaawaati wama a Fil Ard

Allah memiliki langit dan Bumi: jadi semua yang ada hak milik Allah: Manusia...Tiada apa-apa.

Syed Qutb ra mengatakan:

kita kembali pada Allah dengan tangan kosong.Semua pinjaman...kita diberi pinjam kerana kita khalifahNya.Selesai tugas itu diambil balik untuk diserah pula kepada orang lain.

So perlu tertanam dalam jiwa kita, benda pinjaman: barulah tiada kesombongan dalam diri , sebab ianya benda pinjam....

Bila manusia sedar, Almalikul Hakiiki, pemilik sebenar , langit dan bumi milik Allah.maka elok lah akhlak manusia.

dengan itu dapat elakkan sifat mazmuumah,seperti kedekut kikir dll lagi dan diganti dengan mahmudah, seperti syukur,Qanaa'ah dll lagi.
Bila perasaan ini tersemat di hati...maka lahirlah Islah didalam jiwa manusia, maka tiadalah lagi perasaan jahat seperti, timbul iri hati, cemburu dan sebagainya ...bila diketahui semua itu hanyalah pinjaman sahaja.
2. Manzallazi Yasfaum indahuu illa biizniihi

Siapa yang dapat memberi syafaat disisinya tanpa izinNya.

Inilah maqam ketuhanan dan maqam kemanusiaan( kedudukan)
kita boleh komplen maqam kawan kita , tetapi kita tidak boleh komplen Maqam Allah.
Yang boleh tolong kita hanya Allah sahaja...Doa.

Bila Allah izinkan perancangan musuh maka Allah uji orang-orang Islam dengan musibah.
Inilah hakikat Ketuhanan dan hakikat kehambaan.
Kedudukan kita adalah kedudukan seorang hamba.Kedudukan Allah adalah kedudukan Syafaat
( pertolongan dan Syafaat)

3. Ya'lamumaa baina aidiihim wamaa kholfahum, walaayuhiituna bisyaiin min 'ilmihii illa bimaa Syaaa'a

ilmu Allah meliputi semua.
seperti huruf Hijaiyyah dalam AlQur'an...
Alif, Lam, Mim....
YAA SIIN...semua manusia tidak mengetahui makna...
Ayat lain tahu sebab Allah memberitahu.

Ramai Kita kata Wallahu 'Alam..tetapi berapa ramai yang tahu apa sebenar maksud perkataan tersebut.bukannya bermaksud kita tak tahu tetapi nak menyatakan .....Allah je tahu segala-galanya, kita lemah dan tidak mengetahui hakikat sebenarnya)

4. Wasia kursiyuhussamaa waa tiwal ard walaa yauu duhu hifzuhumaa.Wa hua Aliiyyu Adzim
Ayat ini membuktikan kesempurnaan Qudrat Allah .

Allah tertingi, yang datang dari Allah adalah tertinggi.
Orang tua-tua dulu kalau ada kitab nak susun....Alqur'aan diletak tempat tinggi dari buku-buku yang lain...
Tetapi hakikatnya hari ini jauh, alqur'an diletak tempat yang jauh dari Al Alyyu....
yang tertinggi hari ini ialah maksiat....inilah cabaran besar.
Realiti hari ini manusia berlumba-lumba untuk merendahkan Allahswt.

Al Adzim
Mempunyai Keagungan.
Tiada yang lebih besar dan agung dari Allah....
Tetapi yang berlaku dewasa kini manusia terus membesarkan yang lain.kerana hilang jati diri kepada Allah.

Kesimpulan:

1.Manusia mesti menghayati ayat Kursyie, Bacalah sebelum tidur dan bila bangun tidur.( Malaikat hafazoh akan menjaga kita dan harta benda dari kemusnahan)
2. Memudahkan ilmu masuk ke dalam dada.
...Bersambung....
Wallu 'A'lam

SANDIWARA


2 p
1. PULUS>>>>

2. Pembohong.....

Mafhum Surah Ali Imran: 120

"Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi Jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. "

Teringat aku kepada jawapan tegas Allahyarham Dato' fadhil Noor" SANDIWARA" Dalam kes Sauk.

Maka inilah yang aku dapat simpulkan peristiwa May 7.
Semua yang berlaku pada hari tersebut adalah dah ada skrip.
Bayangkan ....seseorang sanggup tunggu 5 jam untuk .....untuk pastikan skrip menjadi real....
30 "Smart gay" .......
Semua orang dalam dewan termasuk Soohibul....relax je tunggu....juga ada ajenda....

Wahai para pejuang....cukuplah sekali, orang Islam tidak akan terjerumus dua kali dalam lubang dan perangkap yang sama....

Perkemaskan Ukhuwwah, jangan sibuk perkara yang remeh.lobi melobi, buruk sangka ,dengki .....hilangkan dari jiwa pejuang....
Perkemaskan Program kemasyarakatan,Tarbiyyah, majlis-majlis Ilmu dan lain-lain kearah mempersiapkan diri untuk menjadi Khalifah Allah di Bumi ini.

Pertautkan Pakatan Rakyat.
Kembali kepada Fitrah..
Ingat Sirah Rasul , bagaimana dipertautkan hati-hati Muhajirin dan Ansar, ikatkan dan kuatkan hubungan bagaimana Yahudi di Payungi di Madinah, dibawah Sohifah Madinah.

Kita tetap kuat jika Sunnah Nabi di ikuti.
Jangan bersedih dengan tipu daya mereka.Percaya hanya pada Allah, bukan kepada mereka...UBN dan Kuncu-kuncunya.

"Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. "

Takbir...

Thursday, May 7, 2009

JANGAN BERSEDIH




Menurut Imam Ahmad, dalam bukunya Az zuhd,Allah telah berfirman
"Sungguh aneh kamu, wahai manusia,Aku ciptakan kamu , namun kamu menyembah selain dari Aku, dan Aku beri kamu rezki ,namun kamu bersyukur kepada selain dari Aku,Aku memberikan cintaku melalui ni'mat-ni'mat itu padahal Aku sama sekali-kali tidak memerlukan kamu.Namun kamu melakukan kebencian kepada Ku,dengan kederhakaan padahal kamu sangat memerlukan kepada Ku,Kebaikan Ku turun kepada mu,namun kejahatan mu naik kepada Ku.

Diceritakan dalam riwayat hidup Isa as.bahawa is sudah mengubat sebanyak 30 pesakit,dan sudah menyembuhkan ramai orang buta, namun mereka itu kembali berbalik menjadi musuh-musuhnya.
Dan kini apa yang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan.Keanehan terus berlaku.
Sebagaimana pepatah Arab menyebut:

"Engkau pukul aku engkau yang menangis, engkau yang menzalimi aku , tetapi engkau pula yang mengadu yang engkau dizalimi"
bacaan lanjut
KLIK DISINI. dan disini

Inilah keanehan sentiasa melingkungi kita ...justru itu sebagai pejuang...jangan sedih, jangan hiraukan sandiwara mereka, hidup perlu diteruskan,teruskan perjuangan menabur bakti dan kebaikan demi mencari redha Allah. jangan bersedih, kerana mereka akan terus tertawa.Ingat Disana kita akan gembira dengan balasan keampunan dan Syurga Allah menanti.


Wednesday, May 6, 2009

PERANGAI CINTA DUNIA PUNCA KEMELUT


Pakai je baju hitam...tangkap


Sami'na Wa ato'na!!!!


Ya Allah hanya pada mu kami berserah

Wa amruhum Syuuro bainahum.....

Dalam alqur'an Allah berfirman yang bermaksud:

" Dan dalam urusan mereka , mereka bermesyuarat( Syura )

Tetapi apa yang berlaku sekarang ini 7 May 2009.....di DUN Perak, dan dinegeri perak sendiri.Dimana maruah dan kemuliaan Dewan.Dimana harga diri wakil rakat yang di pilih oleh rakyat.Mereka dinafikan hak...
Maka sesungguhnya jika kuasa didapati dengan cara merompak dan menculik, maka lahirlah pagi ini susana yang sebenarnya , barulah nampak dan mendengar suara p........k dan p.........k di Dewan Undangan Negeri Perak darul Ridzuan..

Rupa mereka yang selama ini berselindung di sebalik membela rakyat, 1 Malaysia dan entah apa-apa lagi ..dan ianya telah terbongkar di pagi yang bersejarah ini.Klik di sini

"Ya Allah ya Tuhan ku berilah pertolongan dan bantuan Mu kepada Pakatan Rakyat yang mahu melihat kemakmuran dan ketenagan Islam kembali bertapak semula di Bumi Allah ini "

ONE MALAYSIA


Zaman ICT dan ledakan tamadun yang sedang pesat sepatutnya membuka ruang dan luang yang semakin hebat kepada Islam dan keadilan, hidup lebih bertamadun dan berqualiti.Keadilan dan ketelusan sepatut nya menjadi ajenda utama sesebuah Negara.

Tetapi 1000 kali malang , jika masa sudah berubah ini , masih menghatui pemikiran dan benak sebahagian besar spesis pimpinan negara yang masih lagi ingin kan sebagaimana yang berlaku sekarang ini.

Hidup membujur lalu melintang patah,tiada konsep halal haram,menakut-nakutkan jelata, mengugut jelata, menekan dan penindasan menjadi keutamaan, sehingga niat untuk solat hajat dan berhimpun secara aman di nafikan, tetapi menyalahgunakan hak, meyeleweng, fitnah, rasuah, membunuh,dan 1001 macam kemungkaran dan kemaksiatan bukan menjadi keutamaan untuk di hapus dan di bendung...inilah masalah semasa yang dihadapi oleh jelata tanah air ku dewasa kini...untuk maklumat lanjut klik di sini

Allah berfirman :Al Baqarah:277

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
Teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabat . allah akan membantu kita.