SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Sunday, January 24, 2010

MAKNA NASAKH


Agaknya ..hukuman yang mana tidak bertamaddun...



24 Jan 2010, Kuliah magrib di Maasjid batu 8 lekir,
Surah albaqarah ayat 106: bermaksud" Apa-apa ayat yang telah kami ubah atau kami lupakan, kami datangkan penggantinya yang lebih baik dari yang terdahulu atau seumpamanya, tidak kah engkau tahu bahawasanya Allah berkuasa di atas segala sesuatu ?

Keterangan berkaitan ayat nasakh dan mansukh:

Nasakh النسخ

Tukar satu hukum dengan hukum yang lain atau meghapuskannya dengan tiada ganti

Apabila kita dapati dua dalil berlawanan dan tidak dapat kita nak himpunkan di dalam satu hukum sudah semestinya kita meneliti keduanya yang mana terdahulu dan yang mana terkemudian.

Kedua dalil itu sama ada al-Quran keduanya, hadis keduanya, atau hadis dan al-Quran.

Maka dalil yang terkemudian menasakh dalil terdahulu, seperti mana bangkitnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم menasakh syariat rasul-rasul terdahulu.

Pengenalan nasakh ( النسخ )

1- di sudut bahasa: hilang/hapus (الإزالة) seperti (نسخت الشمس الظّل) cahaya matahari menghilangkan bayang-bayang. Ada juga dengan makna tukar dan memaling.

Dalil nasakh firman Allah ( {وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَكَانَ آيَةٍ} (النحل: 101Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan),

2- pada istilah (رفع الحكم الشرعي بدليل شرعي متأخر) menukar/mengangkat/mengganti hukum syarak dengan mendatangkan dalil syarak yang terkemudian.

Hukum yang ditukar/yang diganti dinamakan mansukh (المنسوخ). Sementara dalil yang mengganti dinamakan nasikh (الناسخ).

Syarat nasakh (النسخ).

1- tidak termasuk dalam bab nasakh apabila bertemu dua dalil berlawanan sedangkan keduanya boleh dihimpun.

2- hukum yang ditukar hendaklah hukum syarak.

3- dalil yang mengganti hendaklah dalil syarak yang terkemudian daripada hukum yang ditukar.

Peringatan yang dikehendki terdahulu terkemudian ialah masa turun ayat atau ucapan Rasulullah bukan dikira terdahulu terkemudian mengikut susunan ayat di dalam al-quran.

4- hendaklah hukum yang diganti tidak bergantung dengan masa, seperti firman Allah تعالى:

{فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ} [البقرة:109]

Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya.

Oleh kerana العفو والصفح digantung dengan datang perintah Allah تعالى maka ayat ini tidak dinamakan nasakh

5-tidak dinamakan nasakh sekiranya hukum pada perenggan pertama ada kesudahan dan penjelasan pada perenggan kedua memberitahu apa yang dikehendaki dengan perenggan pertama.

Firman Allah [10:الجمعة]

{فإذا قضيت الصلوة فانتشروا فى الأرض وابتغوا من فضل الله}

tidak dinamakan nasikh (الناسخ), dan ayat [الجمعة :9]

{ إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا الى ذكر الله وزروا البيع } tidak pula dinamakan mansukh (المنسوخ).

Kerana ayat [9الجمعة :] menyatakan tidak dibenarkan berjual beli semasa sembahyang jumaat sedang berlangsung, jadi tegahan akan tamat dengan selesai sembahayang jumaat. Sedangkan ayat [10:الجمعة] hendak menerangkan maksud larangan itu tidak berkekalan.

Bahagian nasakh (النسخ):

1- nasakh bacaan (ayatnya sudah tiada di dalam al-quran) dan hukumnya sekali

رُوي عن السيدة عائشة رضي الله عنها أنها قالت: كان فيما نزل من القرآن:”عشر رضعات معلومات يحرّمن ” فنسخن خمس رضعات معلومات، فتوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي مما يقرأ من القرآن”

Dari Aisyah رضي الله عنها dia berkata sebelum ini di dalam Al-quran ada menyebutkan bahawa jadi haram anak susuan setelah menyusu sepuluh kali, kemudian ayat ini di nasakhkan dari Al-quran (sudah tiada di dalam Al-quran) dan digantikan dengan ayat menyusu lima kali, dan ayat ini (menyusu lima kali) tetap dibaca sehinga wafat Rasulullah.

2- nasakh bacaan (sudah tiada di dalam Al-quran) tetapi hukumnya masih ada lagi, seperti di dalam suatu riwayat menyebutkan bahawa ada di dalam surah an-nur ayat:

“الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما نكالاً من الله والله عزيز حكيم “

Apabila orang tua lelaki dan orang tua perempuan berzina hendaklah kamu rejam, seksaan yang menjadi contoh dari Allah dan, Allah itu amat mulia lagi amat bijaksana. Ayat ini sudah tiada di dalam Al-Quran tetapi hukumnya masih ada lagi.

Dua bahagian ini sedikit di dalam Al-quran.

3- hukum sudah tiada tetapi ayat masih ada, bahagian ini banyak di dalam Al-quran.

Contoh:

Yang dinasakh {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ}

[آل عمران: 102].

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa

Yang menasakh {فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ} [التغابن: 16].

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu

Pada ayat [آل عمران: 102] disuruh bertaqwa dengan sebenar-benarnya kemudian Allah ringankan dengan ayat [التغابن: 16] disuruh bertaqwa mengikut kemampuan masing-masing.

Yang dinasakh

{يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ * قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا * نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا}[المزمل: 3- 1].

Yang menasakh

{إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَى مِنْ ثُلُثَي اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنْ الَّذِينَ مَعَكَ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ} [المزمل:20].

Pada ayat المزمل:3-1].] diwajibkan bangun malam berbuat ibadat kemudian diringankan dengan ayat [المزمل:20] dengan itu tidak diwajibkan bangun malam.

4- nasakh sunnah dengan kitab seperti menghadap Baitul-Maqdis yang berdalil dengan sunnah dinasakh dengan ayat al-Quran {فول وجهك شطر المسجد الحرام}

5- nasakh sunnah dengan sunnah seperti di dalam hadis Muslim:

(كنت نهيتكم عن زيارة القبر فزوروها)

Sebelum ini aku pernah menegah kamu menziarahi perkuburan maka sekarang ini ziarah lah kamu akannya.

6- berkata setengah ulamak harus nasakh kitab dengan sunnah seperti firman Allah تعالى

كتب عليكم إذا حضر أحدكم الموت إن ترك خيرا الوصية للوالدين والأقربين dinasakh dengan sabda nabi صلى الله عليه وسلم

لاوصية لورث

Natijah

Dari ini boleh kita faham tidak semua hadis yang sahih atau ayat Al-Quran boleh kita ambil untuk dibuat hukum. Oleh itu kita yang tidak mengetahui tentang cara pengambilan dalil, wajib bertaklid dengan mana-mana mazhab yang empat.

Cuba kita lihat betapa ramai ulamak yang masyhur lagi hebat tidak berani buat mazhab sendiri bahkan mereka bertaklid dengan salah satu mazhab yang empat. والله أعلم

MARI KENAL HADIS


Ayat Qur'an pada bayi...

Mari manfaatkan artikel ini , baca dan fahamilah.

Apakah Hadis Ahad

oleh : Hafiz Firdaus Abdullah

Jika pada satu masa yang lalu muncul satu golongan yang menolak hadis secara keseluruhannya, kini muncul pula golongan yang menerima sebahagian hadis dan menolak sebahagian yang lain. Mereka mendakwa menerima hadis yang bersifat mutawatir dan menolak hadis yang bersifat ahad.

Pada zahirnya manhaj kedua-dua golongan ini kelihatan berbeza. Akan tetapi jika kita mengkaji secara mendalam, sebenarnya tidak terdapat perbezaan antara kedua-dua golongan ini. Ini kerana jumlah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang bersifat mutawatir amatlah sedikit berbandingkan hadis yang bersifat ahad. Justeru apabila golongan ini mendakwa menolak hadis ahad, mereka sebenarnya menolak sebahagian besar hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Manhaj ini tidak jauh berbeza dengan golongan yang menolak hadis secara keseluruhannya, hanya mereka ini (golongan kedua) lebih cerdik sedikit dalam mengelirukan orang ramai yang tidak pakar dalam bidang hadis.

Apakah Hadis Ahad?

Ringkasnya, sumber-sumber ilmu Mustholah Hadis mendefinisikan hadis ahad sebagai sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi sahaja, khasnya di tingkatan pertama, yakni tingkatan para sahabat.

Ini berbeza dengan hadis mutawatir di mana ia adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi (melebihi 4) sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalam meriwayatkannya.

Kedudukan Hadis Ahad Pada Zaman Awal Islam

Pembahagian hadis kepada sifat mutawatir dan ahad tidak dikenali pada zaman awal Islam, tepatnya pada zaman generasi Salaf. Bagi mereka, syarat untuk diterima sesebuah hadis sama ada dalam persoalan aqidah mahupun hukum adalah kesahihan sanadnya tanpa mempersoalkan sama ada ia bersifat mutawatir atau ahad.

Insya-Allah dalam artikel ini penulis akan memperincikan kenyataan di atas. Kita mulakan dengan mengkaji kedudukan hadis ahad di zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Pada zaman baginda, apa-apa ajaran Islam sama ada dalam bidang aqidah mahupun hukum disampaikan kepada umat secara berseorangan dan berkumpulan. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Tidak sepatutnya bagi orang-orang Mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya." [Surah al-Taubah 9:122]

Ayat di atas memerintahkan "beberapa orang" untuk tidak keluar berperang, sebaliknya tinggal untuk mengajar agama kepada kaum mereka. Maksud "mengajar agama" adalah umum merangkumi aqidah dan selainnya. Istilah "beberapa orang" boleh mewakili seorang atau dua atau lebih, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam sebuah ayat yang lain:

"Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin yang berperang maka damaikanlah antara keduanya." [Surah al-Hujerat 49:09]

Berkata al-Imam al-Bukhari rahimahullah (256H):

"Jika hanya dua orang yang berperang, mereka termasuk dalam makna ayat di atas." [al-Jami' al-Shahih (Dar al-Fikr, Beirut 1993M), jld. 9, ms. 280]

Oleh kerana itu kita mendapati ajaran Islam pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam disampaikan oleh para sahabat secara perseorangan atau berkumpulan dan tidak beramai-ramai dalam jumlah yang besar. Masyarakat mendengar ajaran tersebut tanpa mempersoalkan jumlah sahabat yang menyampaikannya. Pendek kata tidak timbul persoalan ahad atau mutawatir. Al-Imam Ibn al-Qayyim rahimahullah (751H) berkata:

"Termasuk hal ini (kedudukan hadis ahad) ialah pengkhabaran sebahagian sahabat kepada sebahagian yang lain kerana mereka sesungguhnya berpegang teguh kepada hadis yang disampaikan oleh salah seorang dari mereka daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Tidak ada seorangpun daripada mereka yang berkata kepada orang yang menyampaikan hadis daripada Rasulullah bahwa hadis kamu adalah hadis ahad yang tidak memberi faedah ilmu sehinggalah (ia bersifat) mutawatir." [Mukhtasar al-Shawa'iq al-Mursalah (tahqiq: Ridhwan Jami' Ridhwan; Dar al-Fikr, Beirut 1997M), ms. 712]

Manhaj ini diteruskan selepas zaman kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Para sahabat radhiallahu 'anhum berusaha keras menyampaikan ajaran Islam ke pelbagai wilayah baru. Mereka bergerak secara bersendirian atau berkumpulan namun tidak dalam jumlah yang besar. Orang ramai, yakni generasi tabi'in beriktikad dan beramal dengan setiap hadis yang sahih daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tanpa bertanya sama ada ia disampaikan secara ahad atau mutawatir.

Manhaj ini berlanjutan sehingga ke zaman para imam mazhab yang empat. Jika kita mengkaji iktikad mereka dalam perkara-perkara aqidah, jelas bahawa mereka menjadikan hadis yang sahih sebagai dalil tanpa membezakan sama ada ia bersifat ahad atau mutawatir. Al-Imam al-Syafi'iy rahimahullah (204H) pernah ditanya oleh Sa'id bin Asad berkenaan hadis umat Islam melihat Allah pada Hari Akhirat, beliau menjawab:

"Wahai Ibn Asad, putuskanlah ke atas aku baik semasa aku masih hidup atau sudah mati bahawa apa sahaja hadis yang sahih daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam maka ia menjadi pendapat (pegangan) aku sekalipun ia tidak sampai kepada aku." [Riwayat al-Imam al-Baihaqi (458H) dalam Manaqib al-Syafi'iy (edisi ringkas oleh Muhammad Nur al-Din al-Banjari; Majlis al-Banjari li al-Tafaqquh al-Din 1996M), jld. 1, ms. 227].

Perhatikan bahawa al-Imam al-Syafi'iy tidak mensyaratkan bahawa hadis itu perlu bersifat mutawatir, yang disyaratkan hanyalah ia memiliki sanad yang sahih.

Manhaj yang seumpama juga dipegang oleh al-Imam Abu Hanifah rahimahullah (150H). Diriwayatkan daripada beliau:

"Kami menetapkan bahawasanya azab kubur (benar) wujud, ianya tidak mustahil dan kami menetapkan bahawa soal Munkar dan Nakir adalah hak sebagaimana yang datang (diriwayatkan) oleh hadis-hadis." [al-Washiyyah, ms. 23 sebagaimana dikemukakan oleh Muhammad bin 'Abd al-Rahman dalam Usul al-Din 'inda al-Imam Abi Hanifah (Dar al-Shami'in, Riyadh 1996M), ms. 504]

Al-Imam Ibn al-Jauzi rahimahullah (597H) meriwayatkan daripada Musaddad bin Musarhad al-Bashri bahawa al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (241H) berkata:

"(Timbangan) al-Mizan adalah benar, (titian) al-Shirath adalah benar, beriman kepada (telaga) al-Haudh dan al-Syafa'at adalah benar, demikian juga beriman kepada al-'Arsy dan al-Kursi dan beriman kepada malaikat maut bahawa ia mencabut ruh dan kemudian dikembalikan ruh kepada jasad. Juga beriman dengan peniupan sangkakala dan keluarnya dajjal ke atas umatnya dan turunnya 'Isa ibni Maryam lalu dibunuhnya (dajjal tersebut)." [Manaqib al-Imam Ahmad bin Hanbal, ms. 169 sebagaimana dikemukakan oleh 'Abd Allah bin 'Abd al-Muhsin al-Turki dalam Usul Mazhab al-Imam Ahmad: Dirasat Usuliyyah Muqaranah (Muassasah al-Risalah, Beirut 1998M), ms. 314].

Jelas bahawa sebahagian daripada perkara-perkara aqidah yang ditetapkan oleh al-Imam Ahmad di atas hanya disebut oleh hadis yang bersifat ahad namun berdarjat sahih.

Inilah juga manhaj al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H) dan tokoh-tokoh lain yang sezaman dengan para imam mazhab yang empat. Al-Walid bin Muslim rahimahullah (194H) berkata:

"Aku bertanya kepada Sufyan al-Tsauri (160H), Malik bin Anas (179H), 'Abd al-Rahman al-Auza'iy (157H) dan al-Laits bin Sa'ad (174H) berkenaan hadis-hadis melihat Allah (pada Hari Akhirat) dan yang semisal, mereka berkata: Kami beriman kepadanya dengan membiarkan ia sebagaimana ia datang tanpa menafsirkanya." [Riwayat al-Imam Ibn Mandah (395H) dalam Asma' Allah 'Azza wa Jalla wa Shifatihi 'ala al-Ittifaq wa al-Tafarrud (tahqiq: 'Ali bin Muhammad bin Nashr; Maktabah al-'Ulum wa al-Hikam, Madinah 2002M), jld. 3, ms. 115]

Demikian beberapa contoh pegangan para tokoh zaman awal Islam yang menjadikan hadis sahih sebagai sumber iktikad dan amalan tanpa membezakan sama ada ia mutawatir atau ahad. Inilah pegangan yang benar berdasarkan beberapa sebab:

1.Faktor kemungkinan berlakunya kesilapan dalam periwayatan seorang atau dua perawi disifarkan berdasarkan kaedah semakan sanad dan status para perawi hadis (al-Jarh wa al-Ta'dil). Apabila seorang perawi bebas daripada sebarang kekurangan atau kecacatan, maka sekaligus dia juga bebas daripada kemungkinan berbuat silap.

2.Antara perkara yang diperhatikan dalam menilai seorang perawi ialah (a) bertaqwa dengan ketaqwaan yang teguh lagi tinggi, (b) memelihara maruah dan © tidak melakukan kesalahan seperti maksiat dan bid'ah ('Adl); kemudiannya (d) berkemampuan untuk memelihara dan menyampaikan hadis yang mereka terima secara benar pada bila-bila sahaja diminta untuk berbuat demikian (Dhabith). Sifat-sifat ini menjamin seseorang perawi itu tidak akan menyampaikan sesuatu hadis melainkan dia benar-benar yakin bahawa ia berasal daripada Rasulullah secara lengkap lagi sempurna.

3. Setiap hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi hujah ke atas umat Islam tanpa mengira sama ada baginda meyampaikannya kepada seorang, dua orang atau ramai orang. Seandainya baginda shallallahu 'alaihi wasallam mengetahui bahawa sabdanya tidak mampu diriwayatkan secara benar oleh seorang sahaja, baginda tidak akan menyampaikan apa-apa ajaran Islam melainkan dalam suasana orang ramai seperti khutbah.

Kedudukan Hadis Ahad Selepas Zaman Awal Islam

Selepas zaman para imam mazhab yang empat, ketulenan manhaj umat Islam mula dicemari dengan pemikiran falsafah dan ilmu kalam. Pemikiran ini sebenarnya sudah mula wujud di kurun pertama dan kedua hijrah tetapi dalam bentuk yang terpencil. Ia hanya mula mendapat tempat yang kukuh mulai kurun keempat dan kelima hijrah. Ringkasnya pemikiran ini memiliki manhaj yang mengunggulkan akal manusia di atas nas wahyu. Antara teori yang dikemukakan oleh pemikiran ini adalah hadis yang bersifat ahad tidak mungkin dapat menghasilkan ilmu yang pasti dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan alam ghaib. Sebaliknya akal manusia itu sendiri adalah alat yang dapat menghasilkan ilmu yang pasti berkenaan alam ghaib. Termasuk dalam perkara alam ghaib ialah apa yang berkaitan dengan aqidah umat Islam itu sendiri.

Pemikiran falsafah dan ilmu kalam ini sedikit sebanyak mempengaruhi manhaj ilmuan Islam daripada kurun keempat hijrah sehingga masa kini. Mereka membahagikan hadis kepada sifat mutawatir dan ahad. Mereka bersepakat bahawa hadis mutawatir dapat menghasilkan ilmu yang pasti manakala terhadap hadis ahad, mereka berbeza pendapat sama ada ia manghasilkan ilmu yang pasti atau sangkaan semata-mata. Akan tetapi perlu ditekankan bahawa perbezaan ini hanya berlaku apabila hadis ahad tersebut berdiri dengan sendirinya. Apabila hadis ahad tersebut memiliki pembuktian (qarinah) atau sudah terkenal dan menjadi amalan orang ramai, maka ia menghasilkan ilmu yang pasti tanpa perbezaan pendapat.

Al-Imam al-Syaukani rahimahullah (1250H) menulis:

"Ketahuilah bahawa perbezaan pendapat yang kami sebut pada awal perbahasan ini berkenaan hadis ahad sama ada menghasilkan ilmu yang berupa sangkaan atau kepastian, ia hanyalah berlaku apabila hadis ahad tersebut tidak disertai dengan pembuktian yang menguatkannya. Adapun jika ia disertai dengan pembuktian yang menguatkannya atau ia sudah masyhur atau dikenali secara terperinci, maka perbezaan tersebut tidak berlaku." [Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-Haq min 'Ilm al-Usul (tahqiq: Muhammad Hasan bin Muhammad; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1999), jld. 1, ms. 203-204]

Oleh itu sekali lagi ditekankan bahawa apabila dikatakan bahawa para ilmuan mutakhir berpendapat hadis ahad hanya membawa ilmu yang bersifat sangkaan (dzanniy), pendapat mereka itu hanyalah apabila hadis ahad tersebut berdiri dengan sendirinya. Para ilmuan tersebut tetap berpegang kepada hadis ahad dalam kes-kes berikut:

1. Apabila hadis ahad tersebut berperanan sebagai penjelas kepada satu subjek yang asas atau pokoknya telah ditetapkan dalam al-Qur'an dan/atau al-Sunnah yang mutawatir. Maka dalam kes seperti ini hadis ahad diterima sebagai dalil penjelas yang qath'iy. Sebagai contoh, azab kubur ialah subjek yang asasnya telah ditetapkan oleh al-Qur'an. Hadis-hadis yang ada dalam subjek ini hanya berperanan menjelaskan bagaimana rupa azab kubur tersebut.

2. Apabila hadis ahad tersebut membahas satu subjek yang bersamanya terdapat beberapa hadis lain yang membahasnya juga. Maka sekalipun semua hadis-hadis yang membahas subjek tersebut merupakan hadis ahad, menghimpun kesemuanya akan menghasilkan satu dalil yang menduduki taraf mutawatir. Sebagai contoh ialah hadis-hadis berkenaan azab kubur juga. Terdapat sangat banyak hadis yang membahasnya sehingga sekalipun ia semua merupakan hadis ahad, himpunan semua ini mengarahkan kepada kedudukan mutawatir.

3. Apabila hadis ahad tersebut menjadi sumber iktikad dan/atau amalan oleh orang ramai dari kalangan generasi Salaf. Maka ia menjadi dalil syari'at juga kerana tindakan sejumlah generasi Salaf yang beriktikad dan/atau beramal dengannya menjadi bukti hadis tersebut sebenarnya mutawatir, hanya periwayatan yang tercatit dalam kitab hadis yang bersifat ahad. Contohnya ialah waktu solat, cara solat, tatacara haji dan sebagainya.

4. Apabila hadis ahad tersebut memiliki beberapa petunjuk lain (qarinah) daripada al-Qur'an dan al-Sunnah yang mendukungi atau membenarkannya, maka ia juga diterima sebagai satu dalil qath'iy. Contohnya ialah hadis sahih daripada Ibn 'Abbas radhiallahu 'anh yang menerangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjamakkan solat di Madinah kerana hujan. Hadis ini (menjamakkan solat tanpa musafir) diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas seorang sahaja. Akan tetapi ia didukungi dan dibenarkan oleh beberapa petunjuk lain daripada al-Qur'an dan al-Sunnah yang menetapkan kemudahan kepada umat Islam apabila menghadapi kesukaran.

Jika kita mengkaji secara mendalam empat kes di atas, dapat disimpulkan bahawa para ahli ushul masa kini juga berpegang kepada hadis ahad dan menjadikannya sebagai dalil yang qath'iy. Ini kerana tidak ada hadis ahad yang berdiri dengan sendirinya melainkan semua termasuk dalam salah satu atau lebih daripada kes-kes di atas. Dalam erti kata lain, perbincangan sama ada hadis ahad menghasilkan ilmu qath'iy atau dzanniy hanyalah merupakan perbincangan teori semata-mata sedangkan secara praktikalnya semua hadis ahad diamalkan sebagai satu sumber yang qath'iy.

Alhamdulillah daripada perincian di atas berkenaan kedudukan hadis ahad daripada zaman awal Islam sehingga kini, boleh kita rumuskan ia kepada lima poin penting:

1. Pembahagian hadis kepada ahad dan mutawatir tidak dikenali pada zaman awal Islam. Asalkan hadis tersebut memiliki sanad yang sahih, umat Islam generasi awal beriktikad dan beramal kepadanya sama ada dalam urusan aqidah atau selainnya.

2. Pembahagian hadis kepada ahad dan mutawatir adalah kerana pengaruh pemikiran yang mengunggulkan akal manusia di atas nas wahyu. Pemikiran ini mendakwa hadis ahad tidak mungkin dapat menghasilkan ilmu yang pasti berkenaan hal ghaib, khasnya dalam subjek aqidah, melainkan ilmu sangkaan semata-mata.

3. Para ilmuan terkemudian berbeza pendapat sama ada hadis ahad dapat menghasilkan ilmu yang pasti atau sangkaan. Namun jika hadis ahad tersebut memiliki pembuktian atau sudah menjadi iktikad serta amalan orang ramai, maka perbezaan ini tidak wujud lagi.

4. Dengan itu juga perbezaan pendapat tentang kedudukan hadis ahad di kalangan ilmuan terkemudian hanyalah bersifat perbincangan teori manakala dari sudut praktikalnya mereka semua beriktikad dan beramal dengannya. Ini kerana di sisi ahli ilmu yang mendalam lagi luas pengetahuannya, tidak ada hadis ahad yang berdiri dengan sendirinya melainkan semuanya memiliki pembuktian lagi menjadi pegangan umat Islam Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah seluruhnya.

Segelintir golongan yang mempertikai dan menolak hadis ahad masa kini tidak terlepas daripada dua kemungkinan, sama ada mereka sendiri tidak memiliki ilmu yang mendalam berkenaan hadis ahad atau mereka sengaja ingin menolak hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dengan alasan "ianya hadis ahad".

Tuesday, January 19, 2010

PERJALANAN HIDUP


Baitullah ..tumpuan orang bertaqwa

2 Nov 2009 hingga 22 dis 2009:

Alhamdulillah, penutup tahun masihi 2009, kami diizinkan Allah dapat menyahut lambaian kaabah.Mudah-mudahan dikurniakan allah haji yang mabrur.Betaapa kerdilnya diri ini dalam menghadapi ibadat haji, namun begitu harapan biarlah ianya sebagai suatu yang dapat mengatur rutin hidup sekembalinya ke tanah air.




Kampus UITM Shah Alam
2 hingg 3 jan 2010:

Rutin biasa mengurus anak-anak ke sekolah. Alhamdulillah dua orang anak dapat belajar di UITM dan UIA.


Kampus UIAM Gombak


Tempat yang sering dilupai manusia

10 hingga 12 jan 2010 :
Balik kampong kerana mertua sakit tenat.

14 jan 2010, jam 10 malam mendapat berita kematian bapa mertua, berkemas dan jam 11.30 bertolak dari manjung ke K. terengganu, selamat tiba jam 8.00 pagi. Mudah-mudahan Roh mertuaku ditempatkan allah bersama para solihin...amin.


Dari apa yang berlaku, sedarlah inilah kehidupan, apa sahaja yang dilakukan jangan lari dari landasan dan jalan Allah.
Kerana kesudahannya ialah kematian yang sentiasa menunggu kita.

Wednesday, January 6, 2010

SATU LAGI PROJEK UNTUK RAKYAT


YE KE ? NAMA ALLAH DIPERTAHANKAN
TETAPI LARANGAN ALLAH .....?
Laporan dari KOSMO.....

KEDATANGAN sekumpulan tetamu dari Linline Sdn. Bhd. ke Legend Resort, Cherating, Pahang disambut meriah. Kehadiran mereka bukan sahaja disambut dengan persembahan tradisional oleh Pusat Pelancongan Negeri Pahang yang diiringi paluan kompang, malah turut diiringi dengan bunga manggar dan kalungan bunga orkid.

Tidak ketinggalan disajikan minuman dan makanan moktel bagi meredakan keletihan tetamu seramai 255 orang itu selepas penat mengharungi perjalanan yang mengambil masa selama beberapa jam.

Selain itu, bagi memberi peluang kepada peserta mencuci mata dengan kraftangan Malaysia, di ruang lobi resort berlangsung demonstrasi dan jualan Produk Tenun Pahang serta persembahan kebudayaan negeri. Tujuan rombongan ke Legend Resort, Cherating, bukan semata-mata untuk makan angin, tetapi turut menganjurkan Festival Tarian Salsa Malaysia buat kali yang keempat selama empat hari tiga malam.


Tuesday, January 5, 2010

KULIAH MUSLIMAT MADAH

لَنْ تَنَالُوْا البٍرَّ حَتًّى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ : ال عمران 92

Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan dan kebaktian sebelum kamu belanjakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi"





Menurut huraian dari tafsir Kitab pimpinan Al rahman: mendermakan hartabenda dan apa sahaja waalaubagaimana kecil dan sedikit jumlahnya-adalah berpahala.Tetapi hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna serta besar pahalanya, tidak akan dapat dicapai sebelum kita mendermakan hartabenda dan apa sahaja yang bernilai dan sangat-sangat disayangi, kerana dengan melakukan yang demikian bermakna kita dapat mengalahkan perasaan bakhil kedekut dan meningkat ke darjah taqwa.

Didalam menghuraikan perkataan Al Birr, antara ta'wilan dari Ibn Abbas ra, ialah Taqwa,ertinya kamu tidak sekali-kali akan dapat "taqwa" sebelum kamu belanjakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi"

Setengahnya pula mentakwilkan , Syurga , ertinya "kamu sekali-kali taidak akan dapat "Syurga" sebelum kamju belanjakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi"

Sementara "Mimma Tuhibbun" di maksudkan bukan sekadar harta tetapi lebih luas lagi mengjanggkau kepada diri kamu sendiri,kesihatan kamu , ilmu yang kamu miliki semuanya akan mendapat ganjaran dan pahala dari allah sekiranya di habiskan dan di gunakan ke arah menegakkan hukum dan syariat Allah di atas muka bumi ini.

KESIMPULAN:

Umat islam dan pendokong islam mesti bersiap siaga dengan segala kekuatan, ilmu, harta dan tenaga agar dapat disumbangkan bagi menegakkan islam, bermula dirinya ,keluarganya masyarakat, negeri, negara dan alam seluruhnya.


Monday, January 4, 2010

PENJELASAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH


PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Saturday, January 2, 2010

JANGAN MARAH


Senyum itu sedeqah !!!!!!!!
pengubat hati yang rawang
senyum yang ikhlas
mujarab untuk hati

MARAH DARI SYETAN
"WAHAI ORANG YG BERIMAN SELAMATKANLAH DIRIMU DAN
KELUARGAMU DARI NERAKA ALLAH"....Maksud Firman Allah.


Marah melahirkan permusuhan
menghilangkan barakah
mendatangkan penyakit dan kebinasaan


Inilah antara intisari kuliah subuh yang di sampaikan kepada jamaah Surau MADAH, pagi tadi 3 jan 2010.apa lagi dalam azam meraikan tahun baru Hijraah dan Masihi:


1.Nabi mewasiatkan kepada umatnya agar sentiasa menghiasi diri dengan sifat mahmudah.
2. Sifat marah adalah mewarisi sifat syaitan,sebagaimana dikatakan oleh Imam Al Ghazali rahimahullah, Bila seseorang marah ia telah menggabungkan dirinya dengan syetan.

3. Marah melahirkan sifat-sifat mazmumah yang lain.
4. marah menyebabkan seseorang di seret ke Neraka, dan sebaliknya sesiapa yang tidak marah, ganjarannya Syorga.

5. Sesungguhnya Allah dan Rasulnya amat suka kepada orang yang sentiasa bersabar dan dapat mengawal marahnya kepada cara yang di benarkan Allah.

6. Orang yang berjaya ialah orang yang dapat menguruskan kemarahannya mengikut apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah Saw dan para sahabat..