SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Sunday, February 13, 2011

TAFAQQUH FI DIN BULAN FEB 2011 DI MADAH

Diakhir Kuliah tafaqquh kali ini diserikan lagi dengan majlis Pernikahan Bendahari surau MADAH Che gu Hj Zainal
Slot pertama dimulakan dengan Kuliah Tafaqquh

Dalil beriman dengan hari Akhirat dan bantahan terhadap mereka yang engkar

Hujjah dari mereka yang beriman adalah qur’an dan sunnah.

Adapun yang menentang tiada hujjah, mereka menimbulkan keraguan.inilah strategi musuh hingga qiamat, mengekalkan kekeliruan.

Islam ada hujjah qur’a, hujjah hadis dan hujjah akal.

Firman Allah:Surah al Isra’:

(وَقَالُواْ أَئِذَا كُنَّا عِظَاماً وَرُفَاتاً أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقاً جَدِيداً) (الإسراء : 49 )

(قُل كُونُواْ حِجَارَةً أَوْ حَدِيداً) (الإسراء : 50 )

(أَوْ خَلْقاً مِّمَّا يَكْبُرُ فِي صُدُورِكُمْ فَسَيَقُولُونَ مَن يُعِيدُنَا قُلِ الَّذِي فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُؤُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَى هُوَ قُلْ عَسَى أَن يَكُونَ قَرِيباً) (الإسراء : 51 )

(يَوْمَ يَدْعُوكُمْ فَتَسْتَجِيبُونَ بِحَمْدِهِ وَتَظُنُّونَ إِن لَّبِثْتُمْ إِلاَّ قَلِيلاً) (الإسراء : 52 )

Maksudnya:

49. Dan mereka berkata: "Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benar-benarkah kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?"

50. Katakanlah: "Jadilah kamu sekalian batu atau besi,

51. atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut pikiranmu." Maka mereka akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?" Katakanlah: "Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama." Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: "Kapan itu (akan terjadi)?" Katakanlah: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat",
52. yaitu pada hari Dia memanggil kamu, lalu kamu mematuhi-Nya sambil memuji-Nya dan kamu mengira, bahwa kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar saja.

Ulasan;

Hujjah kekeliruan.Puncanya tiada ilmu dan jahil kemudian tiada keyakinan.Mereka tidak yakin manusia yang mati dihidupkan semula.Sebagaimana kain yang reput tidak boleh di elokkan semula, kerana itu mengikut urusan manusia, tetapi manusia yang reput Allah boleh hidup semula dengan sempurna , kerana ini adalah urusan Allah.hanya dengan kalimah ‘Kun’ maka jadilah ia.

Hujjah kepada kekeliruan: Cuba perhatikan ikan boleh atau tidak berubah jadi lauk , gulai atau apa sahaja.ianya tidak berubah dengan sendiri tetapi akan berlaku bila ada tukang masak.

Majlis zikrullah , datang dalam keadaan jahil balik dalam keadaan berilmu. Bersalahan jika hadiri majlis maksiat tidak mungkin balik dengan ketaqwaan atau dengan ilmu.

Firman Allah:

(قُلِ اللَّهُ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يَجْمَعُكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيبَ فِيهِ وَلَكِنَّ أَكَثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ) (الجاثية : 26 )

26. Katakanlah: "Allah-lah yang menghidupkan kamu kemudian mematikan kamu, setelah itu mengumpulkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Ulasan:

Dalam keluarga, yang meninggal dunia , paling tua umur berapa,ada ke 100 tahun, 150 tahun, 70 tahun?semuanya mati tanpa mengira usia,andainya purata 70 an, bersedialah .

Kita perhatikan orang ,orang mati dan adayang baru dilahirkan semuanya ada hidup dan mati kemudian di hidupkan semula .

Firman Allah:

(وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً وَنَسِيَ خَلْقَهُ قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيمٌ) (يس : 78 )

(قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ) (يس : 79 )

(الَّذِي جَعَلَ لَكُم مِّنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَاراً فَإِذَا أَنتُم مِّنْهُ تُوقِدُونَ) (يس : 80 )

(أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُم بَلَى وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ) (يس : 81 )

Maksudnya:

78. Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?"

79. Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.
80. yaitu Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu."
81. Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.

Ulasan:

‘Utbah datang dengan abu manyat:jumpa rasulullah, lalu di hembus kemuka nabi, katanya siapa yang boleh hidupkan tulang yang reput ini?

Allah yang mencipta kali pertama , maka Allah jualah yang mencipta kali kedua.adapun bagi Allah lagi mudah.

Allah kali pertama mudah , jadi kali ke dua dan seterusnya , lagi mudah.

وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ Allah mengetahui segala-galanya.

الَّذِي جَعَلَ لَكُم مِّنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَاراً فَإِذَا أَنتُم مِّنْهُ تُوقِدُونَ) (يس : 80 Manusia bila mati ia menjadi beku dan kering.benda yang hidup ianya mesti panas dan basah.

Ulasan:

Dua benda berlawanan, pokok yang hijau, biasanya basah.Tetapi Allah mampu, pokok yang hijau boleh membakar.Allahlah mengeluarkan api dari kayu yang basah.Allah lah yang berkuasa di atas segala sesuatu. Manusia tidak boleh kumpul dua benda yang berlainan dalam satu masa.

أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُم بَلَى وَهُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ) (يس : 81 - Allah boleh cipta langit dan bumi yang lebih besar, sudah tentulah Allah berkuasa mencipta manusia yang lebih kacil.

Oleh itu tentu lebih mudah menghidupkan kembali tulang temulang yang telah reput dan hancur.

(يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاء إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّى وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِن بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئاً وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاء اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ) (الحج : 5 )

(ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّهُ يُحْيِي الْمَوْتَى وَأَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) (الحج : 6 )

(وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لَّا رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ مَن فِي الْقُبُورِ) (الحج : 7 )

Maksudnya:

5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

6. Yang demikian itu, karena sesungguhnya Allah, Dialah yang haq[977] dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,

7. dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.

Ulasan:

Ada Allah lahirkan manusia mati semasa kecil tetapi ada yang di panjangkan usianya.hinggalah semakin lama semakin kurang kuat.yang dulunya kuat semakin lemah, dan penyakit yang pelbagai.dalam ayat di sebut, sebahagian di matikan dan sebahagian di hidupkan.Hinggalah peringgkat tua dan nyanyuk.kemudian cucu akan belikan “ pampers” bersaiz besar.

Itulah proses kehidupan, sehingga dimatikan , berlaku pereputan dan di bangkitkan semula dengan badan yang baharu yang di cipta semula oleh Allah Swt.

Persoalan:

1. Orang jahil solat hajat , orang Alim solat hajat.

Jawapan: Dalam qur’an disebut parti Allah dan parti Syaitan, kedua parti ini sentiasa bertembung hingga hari qiamat.Bila berada dalam parti Allah , kita mesti tunaikan kerja kita masing-masing.

Mereka yang duduk dalam parti Syaitan juga bekerja .kalau kita berdoa, mereka juga berdoa.

Semua puak mengaku semua mereka betul, tiada yang mengaku yang dia tidak betul dan tetap di atas ketidakbetulan mereka.jadi tugas kita adalah menyampaikan amanah ini.Inilah yang dikatakan ujian Allah.

Dua-dua solat hajat, inilah ujian, kalau kamu gunakan qur’an, hadis dan ilmu yang kamu berlajar, maka kamu akan mengikut panduan ilmu yang kamu berlajar.

(كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلاَّ الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْياً بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ لِمَا اخْتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ) (البقرة : 213 )

Maksudnya:

213. Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

Soalan 2:Bagaimana memilih guru.
Jawapan:

Sesuatu yang kita nak ikut mesti jelas.pastikan ke arah mana arah tujuannya.Sebagai contoh jika hendak ke Ipoh mestilah naik bas ke Ipoh. Sama seperti mengikut guru atau pilih pemimpin, perlu tahu halatujunya.Kita menumpang.jadi pastikan kemana dia nak pergi.Jangan salah pilih guru yang terumbang ambing.Itu tidak ini pun tidak dalam bahasa mudah hari ini” PAS pun tidak Umno Pun Tidak…”dua-dua dia sokong semua.

Setiap pelajar kena kenal guru,sejauhmana ilmunya , pengajiannya dan pegangan nya.sebab guru mestilah Mursyid.

Guru mestilah istiqamah dengan Islam dan tidak kabur.

Contoh kekeliruan dari musuh:

Kita kata hukum Allah wajib dilaksanakan.Mereka tidak kata tidak boleh, tetapi cuba mengelirukan, dengan hujjah akal. timbulkan keraguan, seperti katanya…”kita bukan tak nak jalankan hudud tetapi kitakan masyarakat majmuk, nanti apa orang bukan Islam kata….

Bersambung ….