SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, May 7, 2011

TAFAQQUH FI DDIN BULAN MEI 2011

Antara pendengar pada bulan mei 2011

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Beriman kepadaHari Akhirat

Tidak cukup beriman secara Ijmal( ringkas-percaya sahaja) hanya beriman adanya hari Akhirat, sebenarnya tidak cukup untuk mendapat iman yang hakiki.Oleh itu kena beriman secara tafsil-percaya dan terima tanpa ragu-ragu dengan perkara yang berlaku berkaitan akhirat.Justru itu perlu mengaji, menghadirkan diri dalam majlis ilmu, dan yakin kepada Allah.

1. Fitnah dalam kubur, ujian dan soal dari Mungkar dan Nakir kepada semua manusia, tentang iman dan kufur untuk diperlihatkan dirinya yang sebenar, ianya beriman atau kufur.Soalan merangkumi tiga topic besar, iaitu allah, rasul dan agama.

2. Ditanya siapa Tuhan, siapa Nabi dan apa Agama,kalau ditanya hari ini semua boleh jawab, tetapi ditanya bila jasad tak bergerak, dimana yang menjawab ialah kehidupan kita sepanjang kehidupan di dunia ini.kalau hidup menepati konsep ketuhanan,maka ia boleh menjawab, tetapi kalau bercanggah dengan konsep ketuhanan , mulut mereka terkunci , tetapi anggota mereka menjawab,.orang munafik akan menjawab...aku tidak tahu!.aku ada dengar ada orang kata begini dan begini,

Hadis dari asma’ : Tiada suatu perkara pun yang belum diperlihatkan kepada ku, melainkan dapat juga aku melihatnya di tempat ku ini.sampai kepada Syurga dan Neraka pun diperlihatkan kepada aku’

مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ) (الأنعام : 38 )

Ertinya:

Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab[472], kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.

Kemudian Rasulullah SAW sampaikan semuanya kepada para sahabatnya.

Yang dapat menjawab, kuburnya meluas , 70 hasta, dengan hamparan hijau dan beristirehat di situ sampai qiamat, Adapun yang tidak boleh menjawab , dipukul dan terbenam ketanah sedalam 70 hasta.Dipukul dengan pukulan dari besi dan di dengar oleh semua makhluk kecuali mereka yang mukallaf, iaitu Jin dan manusia.

Oleh itu persoalan Iman adalah penting, justru itu perlu nya ilmu kerana sesungguhnya yakin itu lahir dari ilmu.

Persoalan disini , kita perlu kenal Rasulullah saw.serta berjuang sebagaimana Rasul berjuang.Nabi berjuang tegakkan Negara Islam, kita juga berjuang tegakkan Negara Islam , walaupun cara berbeza.nabi guna pedang pertahankan agama , kita gunakan pensil,.

Bila kehidupan menepati kehidupan rasulullah Saw, sempurnanya syahadah pertama dan ke dua, maka sempurnalah kehidupan di dunia dan sempurnalah juga di alam barzakh.

Syahadah pertama ialah syahadah di dunia dengan melakukan tuntutan dua kalimah syahadah, sementara syahadah kedua ialah bila dapat menjawap soalan mungkar dan nakir semasa berada di dalam alam barzakh.

Persoalan;

1.Hukum membaca qur'an atas kubur;

Orang yang mati di awalnya perlu bantuan orang hidup terutama waris terdekat, jika tidak mampu boleh guna orang lain.yang tidak boleh upah , seperti upah mengaji kepada ayahnya RM100.00, tetapi kalau sedeqah diharuskan.

khairat hanya tolong urus kematian tetapi perlu juga bantu jenazah bila berada di alam barzakh.

antara usahanya ialam membaca alqur'an dan dibolehkan dibacakan di kubur dengan syarat , dijaga adab,tidak dinyalakan api, tiada makan minum.

Dibolehkan membaca alqur'an dimana sahaja untuk dihadiahkan kepada simati, apa lagi di awal-awal kematian.

Sebagai contoh pihak masjid boleh membuat satu amalan membaca 30 juzu' alqur'an untuk di sedeqahkan kepada simati, dan bukannya dengan minta dibayar. Tetapi kalu pihak simati ingin bersedeqah juga , ini tidak ditegah.

2. Sumbangan muslimat dalam Islam .

Di zaman rasulullah saw, Suami yang berjuang adalah di atas dorongan , semangat serta doa dari isteri.anak pula di bentuk oleh isteri untuk teruskan perjuangan di jalan Allah.Bila habis peperangan mereka merawat mereka yang tercedera.

Hari ini cara mengembalikan hukum Allah, perlu di teruskan dan Muslimatperlu berperanan serupa dengan Muslimin di zaman rasul dahulu.mereka perlu berada di saf hadapan.kadang-kadang peranan Muslimat lebih besar dan mencabar.Parti Islam mempunyai dua fungsi iaitu daa'wah dan siasah.semua perlu bekerja samada Muslim atau Muslimat.

Zaman berubah oleh itu cara berjihad juga mesti berubah.Yang penting semua yang hendak selamat di akhirat operlu berjuang sebagaimana Nabi berjihad.

3. Solat hadiah.

Setengah ulama masih diharuskan oleh ulama' kita.dan di beri kepada orang alim tertentu.Dibuat selepas solat maghrib.

Fidyah; ada ulama' qiaskan dengan puasa.dimana ada khilafiah.dan seeloknya diberikan kepada yang berhak.

Janga bergaduh di atas dasar khilafiah.