SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Tuesday, February 24, 2009

MANTAPKAN TARBIYAH

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan ahli PAS supaya memperkukuhkan tarbiyah di kalangan ahli kerana sudah ada tanda-tanda ahli PAS hilang sifat berkorban demi Islam.







Menurut beliau, sifat ikhlas untuk melakukan kerja-kerja jemaah sudah mulai pudar dan kebanyakan ahli telah mula meminta upah untuk melakukan sesuatu tugas.

Sedangkan sebelum PAS mencapai kemenangan katanya, sifat mementingkan upah tidak timbul sebaliknya perkara itu telah menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, katanya.

"Jika perbuatan ini berterusan kita takut kalau PAS diberi kemenangan, kita tidak ada bezanya dengan Umno," katanya ketika memberi ucapan dalam program Himpunan Muslimat PAS Kawasan Ulu Langat, Ahad, 23 Februari lalu.

Beliau turut mengingatkan bahawa Islam lebih mudah berkembang apabila mempunyai kuasa kerana Islam itu merupakan agama yang sempurna.

Malangnya kata beliau, pendukung agama Islam ramai yang tidak sempurna sehingga nilai-nilai agama itu tidak diamalkan oleh orang Islam tetapi orang bukan Islam seperti menjaga kebersihan, kesopanan dan lemah-lembut.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh turut menegaskan bahawa dalam mendepani cabaran semasa peranan Muslimat tidak boleh dinafikan kerana orang yang mula-mula mati syahid adalah wanita.

Justeru, katanya, Muslimat jangan sampai menjadikan alasan terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk aktif dalam program jemaah.

"Jangan jadikan kesibukan dunia melupakan tugas hakiki kita sebagai hamba Allah," katanya.

Beliau turut menyelar sikap pimpinan Umno yang telah memerintah selama 51 tahun tetapi tidak berjaya memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.

"Mereka sendiri tidak mampu untuk melaksanakan Islam terhadap dirinya sendiri jadi apa guna kita menyerahkan kuasa kepada mereka," tegas beliau.

Beliau berkata, apa akan jadi kepada bangsa Melayu jika Muslimat tidak serius memainkan peranan sehingga tidak peduli dengan anak-anak muda yang terjebak dalam gejala sosial. - lanh


_

Wednesday, February 18, 2009

BERITA TERKINI DARI MALAYSIAKINI

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN
Feb 18, 09

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

bm version bn perak state exco 180209Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Dipanggil beri keterangan

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Speaker: Ada kes prima facie

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Khabar angin tentang Hee

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.

Sunday, February 15, 2009

JADIKAN SEJARAH SEBAGAI IKTIBAR

Sultan Perak sempurnakan konspirasi Annuar Zaini?
Petikan Blog Telaahpolitik
Tue | Feb 10, 09


Kesultanan Perak adalah merupakan waris daripada kesultanan Melaka melalui Sultan Muzaffar Shah I, iaitu anak kepada Sultan Mahmud. Sejarah Sultan Mahmud sebagai pemerintah Melaka telah diketahui umum berada dalam kelemahan sehingga akhirnya Melaka tumbang dijajah oleh Portugis.



Salah satu kelemahan Sultan Mahmud yang paling ketara ialah beliau dipengaruhi oleh mereka yang disekelilingnya dalam membuat keputusan. Menurut lagenda sejarah, beliau telah membunuh Bendaharanya Tun Mutahir atas hasutan pembesar disekelilingnya.

Malah beliau telah membunuh anaknya sendiri Sultan Ahmad Shah yang telah mengambil alih takhta selepas pembunuhan Tun Mutahir. Kisah sejarah seperti ini sememangnya tidak perlu diungkit, tetapi perlu diambil pengajaran oleh Istana Perak.

Dalam zaman moden ini, sistem pemerintahan Malaysia telah bertukar kepada sistem demokrasi dan mengekalkan intitusi Raja yang terikat dengan perlembagaan. Dari segi perlembagaan kuasa Raja adalah diimbangi oleh kuasa eksekutif iaitu Perdana Menteri atau Menteri Besar. Mereka yang berada di sekeliling Raja atau Sultan dari kalangan pembesar-pembesar Istana hanyalah berkaitan dengan urusan istiadat dan pertabalan Raja atau Sultan yang baru.

Dalam hal ehwal mentadbir negeri, Raja atau Sultan harus mendengar nasihat daripada Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat. Zaman Raja atau Sultan mendengar nasihat daripada pembesar Istana telah berlalu.

Perkara inilah yang sedang berlaku di Perak. Sultan telah membelakangkan nasihat Menteri Besar yang mendapat kepercayaan majoriti rakyat sebaliknya mendengar pandangan pembesar-pembesar istana. Di kalangan pembesar-pembesar Istana Perak itu terdapat mereka yang mempunyai kepentingan diri atau kepentingan parti.

Salah seorang daripadanya ialah Annuar Zaini yang diperkatakan oleh banyak pihak sebagai salah seorang perancang rampasan kuasa yang ada pada hari ini.

Beliaulah yang dikatakan banyak mempengaruhi Istana Perak dalam membuat keputusan terutama yang berkaitan dengan senario politik negeri Perak. Tindakan beliau ini telah menyebabkan rakyat mulai ragu dengan pendirian istana yang sepatutnya tidak berpihak.

Tidak diketahui mengapa Annuar Zaini ini begitu istimewa di Istana Perak. Beliau bukanlah keturunan diraja. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang pembesar Istana Perak dan dalam Sambutan Jubli Perak baru-baru ini, beliau telah dianugerahkan sebagai salah seorang yang begitu banyak jasanya kepada Sultan Azlan. Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya yang Canselornya adalah Sultan Azlan sendiri.

Sehingga hari ini ramai rakyat jelata begitu tertanya apakah tuah yang ada pada Annuar Zaini ini sehingga beliau begitu dekat di hati Sultan Azlan, malah lebih diutamakan untuk mendapat nasihat berbanding Menteri Besar yang diberi mandat oleh rakyat.

Keterlibatan Annuar Zaini dalam perancangan rampasan kuasa ini sememangnya menjadi percakapan umum, tetapi ia semakin disahkan dengan penggunaan nama Raja Muda (Raja Nazrin) semasa menculik Nasarudin Adun Bota.

Sebagaimana maklumat yang ditulis oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Misbahul Munir, beliau dimaklumkan oleh isteri Adun Bota tersebut dua orang lelaki telah datang ke rumahnya untuk menjemput beliau mengadap Raja Muda. Siapakah yang sebegitu berani mendakwa dirinya menjadi wakil kepada Raja Muda.

Sudah pasti mereka bertindak dengan dibelakangi oleh seseorang yang mempunyai kedudukan sebagai pembesar Istana. Tidak mustahil juga perkara tersebut berlaku kepada Adun DAP dari Jelapang. Kedua-dua mereka kelihatan terpinga-pinga semasa Najib mengumumkan rampasan kuasa.

Ketika PAS kalah di negeri Terengganu dalam PRU 2004 yang lalu, Annuar Zaini ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS yang mengaku kalah, beliau menyatakan "baguslah mengaku kalah tetapi jangan pula selepas ini mengacau pentadbiran Terengganu".

Sepatutnya kenyataan beliau itu diterjemahkan dalam konteks Negeri Perak. Beliau sepatutnya mengaku kalah dan tidak melakukan seribu satu onar dengan menggunakan nama Istana Perak mengacau pentadbiran Negeri Perak. Tindakan beliau untuk merampas teraju Kerajaan Negeri dengan cara yang jijik dan memualkan ini akan memalitkan sejarah hitam kepada Kesultanan Perak dan leluhurnya Kesultanan Melaka yang akan sekali lagi tercatat dalam sejarah.

Plot rampasan kuasa ini walaupun dilakukan begitu licik, tetapi mudah diketahui oleh rakyat Perak bahkan rakyat Malaysia. Walaupun pelbagai alasan digunakan melalui media-media massa, rakyat sekarang sudah mula celik.

Rakyat sekarang bukan seperti zaman Sultan Mahmud dahulu, sebaliknya mereka mendapat berita secara live mendahului propaganda media-media massa. Rakyat mula persoalkan bagaimana boleh berlaku umpanan rasuah terhadap exco, bagaimana exco-exco boleh hilang sehingga tidak diketahui oleh keluarganya sendiri, bagaimana begitu bodoh mereka mengemukakan alasan sakit tulang belakang, bagaimana Adun Bota diculik dan lain-lain yang diketahui oleh rakyat terlebih dahulu sebelum media menyiarkan.

Hasil daripada perancangan yang jijik dan mual itu, 96 peratus rakyat telah melihat bahawa BN akan menerima padah dalam PRU akan datang sebagaimana undian NTV7.

Tokoh-tokoh vateran Umno sendiri seperti Dr Mahathir dan Ku Li melahirkan rasa jijik dengan rampasan kuasa ini.

Yang paling jelas Pak Lah dan Najib sendiri sedar bahawa rakyat sangat jijik dengan permainan kotor ini sehingga mereka tidak sanggup untuk kembali ke medan tempur sebagaimana tuntuntan Menteri Besar Perak untuk membubarkan DUN.

Tindakan Annuar Zaini bersama kumpulannya merancang rampasan kuasa ini sebenarnya akan memburukkan lagi imej UMNO yang telah ditolak rakyat dalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Bagaimanapun tindakan itu turut memalitkan nama baik Istana Perak. Ketika seluruh negara tertumpu kepada susuk tubuh Sultan Azlan sama ada membubarkan DUN atau tidak, baginda bertindak menyempurnakan rancangan tersebut. Ketika rayuan mencurah-curah dalam laman web Istana Perak supaya memberi semula mandat kepada rakyat, baginda mencurahkan balik rayuan itu ke luar jendela Istana Perak.

Paling mengejutkan Baginda bertindak secara tidak cermat dengan meminta Menteri Besar meletakkan jawatan. Seharusnya Baginda memilih jalan yang lebih sederhana meminta Menteri Besar mengadakan sidang tergempar DUN supaya boleh diusulkan undi tidak percaya.

Sudah menjadi rahsia umum Baginda tidak begitu menyenangi Menteri Besar disebabkan beberapa isu yang sampai kepada Baginda melalui jalan pembesar-pembesar Istana.

Boleh dikatakan kebanyakan pembesar-pembesar Istana Perak itu cenderung kepada Umno termasuklah Annuar Zaini, justeru tidak menghairankan jika khabar yang disampaikan kepada Sultan Perak melalui jalan pembesar-pembesar negeri ini tentang Menteri Besar adalah negatif.

Semua rakyat tahu bagaimana Menteri Besar begitu taat dengan Sultan Perak, tetapi Baginda di kelilingi oleh pembesar-pembesar Istana Perak yang tidak sebulu dengan Menteri Besar.

Di sini kelihatan Baginda berada dalam kondisi sebagaimana luluhur Baginda Sultan Mahmud dahulu.

Sambutan Jubli Perak pemerintahan Baginda yang sepatutnya diperkukuhkan dengan keputusan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Perak telah dicemari dengan nasihat-nasihat salah oleh Pembesar Istana.

Keputusan Baginda dilihat seperti satu 'finishing' kepada satu konspirasi rampasan kuasa yang didakwa oleh PR dirancang oleh salah seorang pembesar baginda yang bernama Annuar Zaini.

Sejarah Sultan Mahmud yang memerintah hampir 30 tahun termasuk membunuh Bendahara Tun Mutahir anakandanya sendiri seharusnya tidak berulang. Sebagaimana Tun Mutahir dibunuh hasil hasutan pembesar-pembesar Istana, maka Istana Perak hari ini perlu menyingkirkan pembesar-pembesar yang seumpama itu kerana merekalah yang akan memalitkan sejarah hitam Kesultanan Perak.

Dari - telaahpolitik.blogspot.c

TERIMALAH KEBENARAN WALAUPUN PAHIT

"Nizar masih menteri besar yang sah"
Tengku Razaleigh Hamzah

Senario yang memalukan semakin terserlah di Perak.




Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama:

Kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua:

Kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

_________________________________ Diterjemah secara bebas oleh Muhammad Nor Abdul Samad daripada razaleigh.com

Saturday, February 14, 2009

AYOH INSAFLAH...

Siapa Biadab dan Derhaka yang amat sangat

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sukalah hamba mengimbas semula beberapa peristiwa sebagaimana berikut agar Tuanku dapat bertimbang rasa sedikit kepada kami yang dituduh ‘Biadap’ dan ‘Derhaka’


  • Di zaman Mahathir dahulu, apabila beliau melondeh dan mengaibkan Raja-Raja Melayu dan mengurangkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1983, mengapa Tuanku tidak murka sebagaimana hari ini?

  • Ampun Tuanku, sewaktu mantan Menteri Besar Selangor Muhammad Mohd Taib mengusung lari 'Tengku Yah', mengapa Tuanku tidak murka sebagaiman hari ini?


  • Ampun Tuanku , tentu Tuanku masih ingat bila menatap gambar sebelah ni - Pada 28 April 1993 sepupu Sultan Kelantan, Tengku Ibrahim Petra ditabal pada majlis pemasyuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra.

    Pada majlis itu Tengku Ibrahim telah dihadiahkan tujuh persalinan sebagai cenderamata daripada rakyat.

    Laungan ‘Hidup Tengku Ibrahim’, ‘Daulat Tuanku’, Allahuakbar’ bergema setiap kali nama beliau disebut, program tersebut dilangsungkan di Ketereh. Hadir sama di majlis itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Annuar Musa.Apa titah Tuanku?

  • Selepas Pilihanraya lalu, Idris Jusoh dengan sokongan Abdullah Badawi membantah perlantikan Mohamad Said sebagai MB Terengganu yang telah mendapat perkenan Sultan Terengganu , DYMM Yang Dipertuan Agong kini.Penyokong-penyokong mereka mengangkat kain rentang dengan perkataan 'NATANG' membantah perlantikan Mohamad Said.

    Ampun Tuanku, bukankah Idris Jusuh dan Abdullah Badawi bersama penyokong-penyokong mereka dari kalangan Umno telah biadap dan derhaka dengan institusi Diraja?Apa titah Tuanku?

  • Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menyaman Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Jaafar (kini Almarhum).

    Malah Mahkamah telah mengetepikan saman balas Tuanku Jaafar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

    Ampun Tuanku, Adakah para hakim tersebut dan Bank Standard Chartered biadap dan derhaka dengan institusi Diraja? Apa titah Tuanku?

    Ampun Tuanku, sebenarnya umno keparat telah menggunakan media yang dikuasai mereka untuk memutar belitkan perkara yang sebenar untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat.

    Kami berharap Institusi Diraja , tempat hamba rakyat semua berlindung , tidak dikuasai oleh Umno/BN yang hanya mahu memperalatkan Institusi Diraja untuk kepentingan politik mereka.Ampun Tuanku!

    Ilham : Pemuda Bersih
  • BONEKA ?

    Umno sesedap mulut tuduh Nizar sebagai ‘boneka’ kepada DAP.Mereka kata habis tanah negeri Perak diberikan kepada orang-orang Cina berketurunan komunis. Begitulah tohmahan yang selalu diperkatakan oleh orang-orang Umno.

    Apabila dijelaskan , bukan orang Cina sahaja diberikan tanah, malah orang-orang Melayu juga mendapat tanah; kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!Tetapi mereka segera menjawab, itu memang hak Melayu!

    Kalau benar hak Melayu, kenapa Umno tidak berupaya untuk menganugerahkan geran kekal bagi perkampungan Melayu sejak sekian lama.Umno sekadar meluahkan janji-janji disetiap pilihanraya tetapi tidak pernah cuba mengkotakannya.

    Apabila Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat cuba menunaikan janji manifesto pilihanraya ke-12 iaitu memberikan hak milik tanah kekal kepada 47,000 penduduk kampung baru yang hanya membabitkan 3,000 ekar tanah.yang melibatkan 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India. maka timbullah berbagai tohmahan hingga Nizar dikatakan ‘Boneka’ kepada DAP!

    Isu tersebut dijaja merata kampung oleh Umno dan orang Melayu mudah percaya kerana sikap perkauman yang tebal yang telah sekian lama disemai oleh Umno terhadap setiap diri penyokong Umno.

    Walhal yang sebenarnya, orang Melayu telah diperbodohkan oleh pemimpin dikalangan mereka sendiri.

    Betapa orang Melayu tidak ketahuan bahawa pemimpin mereka telah membahagi-bahagikan tanah kerajaan negeri Perak beribu-ribu ekar kepada tauke-tauke Cina yang menjadi kroni pemimpin Umno.

    Antaranya ialah tanah di Lekir, Manjung seluas 22,000 ekar digadai kepada gergasi KLK. Tanah seluas 1,500 ekar di Bandar Baru Kampar telah di berikan kepada MCA (UTAR); lagi 12,000 ekar kepada petani-petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor. Lagi200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL

    Siapa sebenarnya yang dengan sewenang-wenangnya begitu mudah mengagih-agihkan tanah negeri ini ?

    Sedarlah wahai penyokong-penyokong Umno; kamu telah diperdayakan oleh pemimpin kamu sendiri.Mereka sebenarnya bukan pejuang bangsa tetapi adalah ‘Petualang Bangsa’

    Sumber: AlHUSSEYN

    SIAPA YANG BONEKA....

    Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.

    Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

    Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

    Lihatlah bagaimana survival orang Melayu Pulau Pinang hari ini yang gagal di tangani oleh Umno sehingga terpinggir dan terpaksa lari ke luar kawasan seperti Kulim atau Selama.


    Mana dia suara yang melalak dan melolong ketuanan Melayu itu? Apakah kerana Pulau Pinang tiada beraja maka Pulau Pinang boleh diserahkan kepada bukan Melayu sebagaimana Singapura dahulu? Siapa sebenarnya yang jadi boneka?

    Sumber : Penarik Beca.

    MANA SATU YANG MUSTAQIM

    Undang2 tubuh Negeri Perak tiada peruntukan menukar/memecat SPEAKER DEWAN NEGERI dan BN terbelenggu dengan V.Sivakumar dari DAP.
    Dlm sidang media di Ipoh,Sivakumar mengesahkan dia kekal sebagai SPEAKER DEWAN Undangan Negeri Perak.
    Menurut Speaker Selangor Teng Chang Khim,wakil rakyat Tronoh (Sivakumar)juga tidak boleh di buang melalui undi tidak percaya.Katanya lagi. Kedua2 perlembagaan negara dan negeri Selangur menyatakan Speaker mesti mengosongkan jawatan SEKIRANYA bila2 masa DEWAN dibubarkan.

    Teng ,seorg peguam juga mengatakan bahawa Sivakumar boleh mengosongkan jawatannya bila dia tidak lagi menjadi wakil rakyat atau dia TIDAK BERKELAYAKAN atau letak jawatan dengan kerelaan diri.

    Oleh itu krisis ini akan berpanjangan,Sivakumar berhak menghalang 3 katak dari memasuki Dewan lantas mengurangkan majoriti BN dalam dewan.
    Sekiranya 3 katak ini membawa kes kemahkamah (berbulan2 baru selesai) dan menang,yakni mereka masih sah ADUN, TETAPI SIVAKUMAR masih tetap SPEAKER.

    Mengenepikan 3 katak ini menyebab kan BN28 dan PR27+1 (speaker)Katakan jika Sivakumar meletak jawatan speaker,Dewan akan di anggap TERGANTUNG kerana PELEMBAGAAN PERAK tidak membenarkan DEWAN bersidang melainkan melantik Speaker baru. Dengan tiada majoriti jelas,MB (haram) zamri tiada pilihan lain melainkan meminta dibubarkan DEWAN dan meminta perkenan SULTAN untuk pilihanraya.(yahooo suka)

    Menurut Teng, sentimen meluat pada BN sangat tinggi ,jadi BN akan seboleh2nya mengelak PILIHANRAYA dan mengekalkan SIVAKUMAR sebagai Speaker.
    Speaker mempunyai kuasa sangat tinggi dan akan menyukarkan pihak BN.Keputusan Speaker dalam "STANDING ORDER" tidak boleh di cabar melainkan satu usul. Satu proses yang sangat sukar dan panjang.

    Sememangnya Teng sangat arif dlm hal ini.Pada 25 April 2005 dia telah digantung dari DUN sebab bertelagah dengan speaker.Dalam keadaan mencabar Speaker Selangur Onn Ismail,Teng melempar salinan STANDING ORDER kedalam tong sampah apabila speaker menolak USUL tidak percaya pada KHIR TOYO.

    Akibatnya Teng di gantung 30 bulan.

    KEMBALIKAN HAK ALLAH

    Rakyat digesa cantas pemimpin yang jahanamkan negara
    Wartawan Khas

    IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.




    Sambil mempersoalkan apakah kesalahannya sehingga perlu dilucutkan jawatan, Ustaz Abdul Hadi berkata, kalaupun mahu Nizar diberhentikan juga, hendaklah tindakan yang diambil itu menurut undang-undang.

    "Jangan rompak di tengah jalan, jangan rampas begitu sahaja," tegasnya semasa berucap di hadapan lebih 30,000 orang dalam majlis ceramah perdana di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, dekat sini, baru-baru ini.

    Ucapan Ustaz Abdul Hadi pada malam itu begitu bersemangat sekali, disulami dengan teriakan takbir yang bergemuruh. Hadirin kelihatan terpaku dengan hujah-hujahnya, terutama apabila beliau banyak mengkritik tindak-tanduk pemimpin tertinggi Umnno, khususnya Dato' Seri Najib Tun Razak.

    Turut berceramah, selain Nizar, adalah Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw. "Pemimpin Umno dahulu ada juga sedikit segan silunya, sekarang kebanyakan mereka sudah tidak ada harga diri," ujarnya.

    ImageUstaz Abdul Hadi turut menyifatkan kerajaan BN di Perak yang dibentuk selepas menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak sah sebagai sebuah "kerajaan penyamun".

    Beliau kemudiannya bertanya hadirin: "Apakah rakyat bersedia menerima kerajaan perompak ini?" Secara spontan dijawab oleh puluhan ribu orang ramai yang memenuhi perkarangan rumah rasmi Menteri Besar Perak itu: "Tidak!"

    Presiden PAS melahirkan rasa bangga kerana dapat melihat rakyat Perak, daripada pelbagai kaum dan agama, berkumpul untuk menentang BN yang disifatkannya sebagai "zalim, tidak ada maruah dan harga diri".

    Merujuk kepada peranan Najib dalam usaha tidak bermotal menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak, Ustaz Abdul Hadi berkata: "Belum dapat kuasa sudah tunjuk jahat, saya bimbang kalau sudah jadi Perdana Menteri nanti, hancur negara dibuatnya."

    Beliau menggesa seluruh rakyat bangkit secara aman bagi menuntut keadilan.

    "Malam ini kita bersatu di Ipoh, esok di Kuala Lumpur, seterusnya di seluruh Malaysia bagi menentang kezaliman dan menegakkan keadilan," tegasnya.

    Ustaz Abdul Hadi berpesan agar diselamatkan bahtera negara yang kini, baginya, berada dalam bahaya: "Kapten bahtera ini sekarang mabuk. Marilah kita campaknya ke laut, jangan biarkan dia tenggelamkan bahtera kita bersama,"

    Di akhir ucapannya, dengan nada lantang, beliau menyeru agar rakyat bersama-sama segera "mencantas pemimpin negara yang akan menjahanamkan negara". - azm_

    Wednesday, February 11, 2009

    MINGGU GALAKAN SOLAT 2009 DI SURAU MADAH SERI MANJUNG PERAK


    Tegakkan Kalimah Allah dalam kehidupan


    Sokong dan cintailah Majlis Ilmu


    Tanah Perkuburan Cangkat Larang
    Semadinya Sahabat seperjuangan Allahyarham Roslan Shahrom-Alfatehah

    Talqin dibaca..Tazkirah untuk semua
    Setiap yang hidup pasti mati

    Alhamdulillah Pihak Jawatankuasa MADAH dengan kerjasama pengarah program Akhi Osman Ahmad telah berjaya mewujudkan persekitaran dan suasana cintai Solat:

    Program bermula:

    Tarikh : 7 Feb 2009 - 15 Feb 2009

    Masa: Hari Biasa setiap lepas Solat Maghrib.
    : Pagi Ahad: Kuliah Suboh

    Kuliah Istimewa...

    : Sabtu 14 Feb 09 - Jam 9.00 - 12.00 Tgh) Kursus Imam Bilal:
    Oleh Af Us Radhi Kamarulhailan
    ( Juri Akademi AlQur'an )

    Sebelah malamnya ( 7.30- 9.30 malam: Muzakarah Solat)
    oleh Af Us Zulkanaian Ibrahim
    ( Bekas Imam Masjid Negeri, Ipoh )

    Ahad: 15 feb 09( -8.00 - 12.30 tgh): Khusus untuk anak-anak
    dari usia 7 tahun hingga 17 tahun
    Pertandingan Pidato
    Ujian amali solat
    Pertandingan azan
    Mewarna
    Penilaian Hafazan

    ( Sila hubungan MADAH )

    Malamnya: Aqiqah & Ceramah oleh:
    Dato' Syeikh Md Baderudin Hj Ahmad
    ( Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah)

    SEMUA DI JEMPUT HADIR.
    Sebagai panduan makalah berkaitan solat untuk tatapan semua sahabat... sebarkanlah ilmu...

    FIQH SOLAT BERJEMAAH


    Bahan ini disusun dan diolah dari kitab rumi yang

    asalnya dipetik dari sebuah kitab jawi dengan gaya

    bahasa lama. Saya mengemukakannya dalam bentuk

    yang lebih moden dan mudah untuk tatapan anda. Moga

    bermanfaat.

    12 Syarat Sah Menjadi Makmum:

    1.Berniat makmum-dengan berjemaah atau mengikut imam

    2.Berada bersama imam di satu tempat

    3.Makmum mengikut imam pada perbuatan sunat (yang

    sekiranya makmum menyanggahi imam ia adalah perbuatan

    keji dalam solat)

    4.Makmum tidak ketinggalan dari imam sebanyak 2 rukun

    perbuatan

    5.Makmum bertakbiratul Ihram kemudian dari imam

    6.Makmum menganggap solat imam sebagai sah

    7.Solat imam tidak diulangi

    8.Imam tidak menjadi makmum kepada orang lain

    9.Imam lebih kedudukan/ martabat dari makmum

    10.Tumit makmum di belakang tumit imam

    11.Makmum tahu perpindahan rukun perbuatan imam

    12.Solat makmum sama perbuatannya dengan perbuatan solat

    Imam

    Huraian:

    Perkara pertama: Berniat makmum-dengan berjemaah

    atau mengikut imam

    Disyaratkan mengikut pada takbiratul Ihram pada solat yg

    disyarat berjemaah seperti solat Jumaat, solat yang diulang,

    solat Jamak Taqdim kerana hujan bagi orang yang bermukim.

    Jika tidak, solat tidak sah. Begitu juga imam, berniat imam

    ketika takbiratul Ihram.

    Jika solat tidak disyaratkan berjemaah, makmum/ imam boleh

    niat berjemaah selepas Takbiratul Ihram. Solat kedua-duanya

    sah, tetapi makruh bagi makmum, tidak makruh bagi imam,

    tetapi fadilat berjemaah didapati setakat berniat imam sahaja.

    Makmum yang tidak berniat mengikut imam, sedangkan

    perbuatan solatnya seperti menanti perbuatan imam dengan

    kadar lama, batal solatnya. Melainkan ia menanti sekejap atau

    secara kebetulan.

    Perkara kedua: Berada bersama imam di satu tempat

    Ada 4 situasi:

    i) Sama-sama di dalam masjid

    ii) Imam dalam masjid, makmum luar masjid

    iii) Imam luar masjid, makmum dalam masjid

    iv) Imam dan makmum di luar masjid-surau, madrasah,

    musolla, rumah, padang dll

    i) Sama-sama dalam masjid (walaupun jarak makmum-imam

    lebih 300 hasta, dihalang dinding, makmum di atas, imam di

    bawah atau sebaliknya dengan syarat ada laluan/ tangga

    menujunya)

    Makmum sah mengikut imam dengan 2 syarat.

    1.Makmum mengetahui perpindahan rukun perbuatan imam,

    sama ada dengan melihat, mendengar suara, atau suara

    muballigh atau melihat perbuatan makmum lain.

    2.Makmum tidak berada dalam bilik yang pintunya dipaku.

    Tidak mengapa jika sekadar diselak, dikunci.

    ii) Imam dalam masjid, makmum luar masjid

    dengan syarat jarak kedudukan makmum (pertama luar masjid)

    tidak melebihi 300 hasta. Kiraan permulaan jarak dari tepi

    masjid, bukan dari imam, kerana masjid sebagai tempat solat

    iii) Imam luar masjid, makmum dalam masjid

    dengan syarat sama seperti di atas.

    iv) Imam dan makmum di luar masjid-surau, madrasah,

    musolla, rumah, padang dll

    2 syarat:

    1. jarak kedudukan makmum-imam atau jarak dari saf hadapan

    dengan imam tidak melebihi 300 hasta.

    2. tiada dinding menghalang antara makmum dan imam

    walaupun nampak imam, atau dinding tidak menghalang laluan

    tetapi tidak kelihatan seperti tabir. Ia berlainan dari dinding

    yang mempunyai pintu, dibuka ketika solat.

    Perkara ketiga: Makmum mengikut imam pada

    perbuatan sunat (yang sekiranya makmum

    menyanggahi imam, ia adalah perbuatan keji dalam

    solat)

    Sunat-sunat yang keji apabila makmum menyalahi imam ialah

    seperti sujud tilawah, tasyahhud awal, qunut dan sujud sahwi.

    a) Sujud Tilawah

    Makmum mesti mengikut imam-sama ada melakukannya atau

    meninggalkannya. Sekiranya makmum tidak mengikut

    perbuatan imam, solatnya batal.

    b)Tasyahhud awal

    Makmum mesti mengikut imam jika imam melakukannya. Jika

    imam duduk untuk tasyahhud kemudian meninggalkannya,

    makmum boleh membaca tasyahhud. Jika imam meninggalkan

    tasyahhud, makmum tidak boleh tasyahhud.

    c) Qunut

    Makmum tidak wajib mengikut imam, sama ada melakukannya

    atau meninggalkannya. Sekiranya imam baca qunut, makmum

    boleh meninggalkannya. ( tetapi tidak boleh sujud )

    Begitu juga sebaliknya, tetapi dengan syarat

    sempat bersama imam dalam sujud pertama. Jika makmum

    membaca qunut sedangkan imam tidak, makmum sempat

    bersama imam ketika duduk antara dua sujud, hukumnya

    makruh. Jika imam sujud kedua, sedangkan makmum masih

    membaca qunut (iaitu belum turun sujud), batal solat makmum.

    d) Sujud sahwi

    Makmum wajib mengikut jika imam melakukannya. Jika imam

    meninggalkannya, makmum boleh sujud sahwi selepas imam

    memberi salam.

    Perkara keempat: Makmum tidak ketinggalan dari imam

    sebanyak 2 rukun perbuatan (atau mendahului imam

    dengan 2 rukun perbuatan)

    Jika makmum terlambat satu rukun perbuatan dari imam,

    hukumnya makruh.

    Jika makmum mendahului satu rukun perbuatan dari imam,

    hukumnya haram. (Solat tidak batal)

    Sekiranya makmum muafiq, tidak sempat menghabiskan

    bacaan Fatihah, imam rukuk. Makmum boleh meneruskan

    bacaan Fatihah sehingga imam mendahuluinya 3 rukun panjang

    (rukuk, sujud pertama, sujud kedua). Iktidal dan duduk antara

    dua sujud dikira rukun pendek.

    Perkara kelima: Makmum bertakbiratul Ihram kemudian

    dari imam

    Iaitu imam selesai menyebut ‘ra’ pada ‘Allahu akbar’

    Perkara keenam: Makmum menganggap solat imam

    sebagai sah

    Iaitu makmum mengikut imam dalam keadaan imam meyakini

    solatnya sah.

    Perkara ketujuh: Solat imam tidak diulangi

    Contohnya imam solat dengan tayammum kerana tiada air

    sedangkan ia bukannya musafir, atau imam solat dengan

    tayammum yang ada najis di bawah balutan lukanya dll, maka

    solat imam perlu diulangi.

    Perkara kelapan: Imam tidak menjadi makmum kepada

    orang lain

    Sekiranya imam memberi salam, makmum bangun bagi

    menambah rakaat yangbelum cukup, maka boleh

    berimamkannya.

    Perkara kesembilan: Imam lebih kedudukan/ martabat

    dari makmum

    Perempuan tidak boleh menjadi imam kepada lelaki, Ummi

    (tidak pandai membaca dengan baik) tidak boleh menjadi imam

    kepada qari.

    Perkara kesepuluh: Tumit makmum di belakang tumit

    imam

    Sekiranya tumit makmum sama dengan tumit imam, hukumnya

    makruh.

    Perkara kesebelas: Makmum tahu perpindahan rukun

    perbuatan imam

    Sama ada dilihat, didengar imam atau gerakan makmum disaf

    belakang imam atau suara orang yang menguatkan suara untuk

    menyampaikan perpindahan imam.


    Perkara keduabelas:
    Solat makmum sama perbuatannya

    dengan perbuatan solat imam

    Maksudnya pada perbuatan sahaja, tidak disyaratkan pada niat.

    Oleh itu, tidak sah makmum solat Zohor berimamkan yang solat

    jenazah atau gerhana dan sebaliknya.

    Jika yang solat Zohor berimamkan yang sunat, atau solat tunai

    berimamkan yang qada’, atau yang banyak bilangan rakaat

    berimamkan yang sedikit bilangan rakaat atau sebaliknya, sah

    solat semuanya.

    Beberapa masalah:

    1.Jika yang solat banyak bilangan rakaatnya (cth Zohor)

    berimamkan yang sedikit bilangan rakaatnya (cth Subuh,

    Maghrib), hukumnya seperti makmum masbuk iaitu

    disempurnakan bilangan rakaat selepas imam memberi salam.

    2.Jika imam solat Subuh, membaca Qunut, maka afdhal bagi

    makmum mengikut imam.

    3.Begitu juga jika imam membaca tasyahhud akhir pada solat

    Maghrib dan makmum solat Zohor, afdhal bagi makmum

    mengikut imam.

    _ Makmum boleh mufaraqah dari imam semasa imam baca

    qunut pada solat Subuh atau tasyahhud akhir pada solat

    Maghrib. Kelebihan berjemaah tidak hilang dari makmum

    kerana mufaraqah tersebut dibuat bagi memelihara aturan

    solatnya.

    4.Jika makmum sedikit bilangan rakaat solatnya (cth Subuh)

    berimamkan kepada yang banyak bilangan rakaat (cth Zohor),

    harus bagi makmum mufaraqah sebaik sahaja cukup bilangan

    rakaatnya dan imam bangun kepada qiam rakaat ketiga

    Atau

    Harus makmum mengikut imam, iaitu ketika imam

    tasyahhud awal, ia adalah tahiyyat akhir bagi makmum. Ketika

    ini, afdhal bagi makmum menanti imam untuk memberi salam

    bersama-sama dengan imam.

    Jika imam tidak duduk untuk tasyahhud awal, makmum

    tidak boleh menanti di dalam tasyahhudnya. Oleh itu wajib bagi

    makmum niat mufaraqah ketika itu. Jika tidak batal solatnya

    5.Jika makmum solat maghrib berimamkan yang solat zohor,

    wajib bagi makmum mufaraqah ketika imam bangun untuk

    qiam pada rakaat ke-4. Ketika ini makmum tidak boleh menanti

    imam untuk memberi salam bersamanya, kerana menanti imam

    ketika itu menyebabkan makmum melakukan pekerjaan yang

    tidak dibuat oleh imam iaitu tahiyyat awal bagi imam.


    Tertib solat berjemaah yang afdhal

    1. Solat berjemaah-paling kurang seorang imam dan seorang

    makmum. Afdhal solat berjemaah dari solat bersendirian

    walaupun tidak khusyuk solat berjemaah berbanding solat

    bersendirian.

    2. Tertib-Jumaat kerana disyarat berjemaah, subuh Jumaat,

    subuh lain, Isyak, Asar, Zohor, Maghrib.

    3. Afdhal solat berjemaah berkait dengan tempat: 3 masjid-

    Masjidilharam, Masjid Nabi, MasjidilAqsa, masjid yang diyakini

    halal sumber binaan dan tempat.

    4. Jika berlaku keadaan solat di masjid tidak dapat berjemaah

    iaitu berseorangan, sedangkan solat di rumah dapat berjemaah,

    maka afdhal solat berjemaah, kerana perkara yang berkait

    dengan ibadat iaitu berjemaah lebih afdhal dari yg bergantung

    dengan tempat iaitu masjid.

    5. Solat berjemaah yang ramai lebih afdhal dari yang sedikit,

    melainkan jika imamnya bid’ah dan kumpulan sedikit itu tidak

    bid’ah

    6. Berjemaah dalam kumpulan sedikit yang didengar bacaan

    Fatihah dan surah imam lebih afdhal dari berjemaah yang tidak

    dapat didengar bacaan Fatihah dan surah imam

    7. Mereka yang lebih utama menjadi imam adalah pemerintah,

    imam dilantik, yang alim fiqh, qari, warak, lebih awal Islamnya,

    keturunan baik, suci pakaian, suci badan, baik pekerjaannya,

    elok suaranya, elok rupanya.

    8. Jika makmum mufaraqah dari imam kerana ada keuzuran,

    fadhilat berjemaahnya tidak luput, sama ada keuzuran diri

    makmum atau imam. Contohnya imam meninggalkan tahiyat

    awal, qunut atau dipanjangkan bacaannya lebih dari sekurangkurang

    afdhal sedangkan makmum tidak berupaya atau

    keadaan makmum yang perlu disegerakan solatnya.

    9. Kadang-kadang wajib bagi makmum berniat mufaraqah, iaitu

    apabila berlakunya keadaan yang menjadikan solat imam batal,

    sedangkan makmum mengetahui imamnya batal. Jika tidak

    berniat mufaraqah, batal solat makmum.

    4 Perkara yang didapati oleh makmum ketika

    berjemaah:

    1. Mendapat fadhilat berjemaah

    2. mendapat Jumaat

    3. mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam

    4. mendapat rakaat

    Huraian:

    1.Mendapat fadhilat berjemaah

    Makmum mendapat pahala berjemaah jika sempat Takbiratul

    Ihram sebelum imam memberi salam pertama, walaupun

    makmum tidak sempat duduk bersama imam. Ini kerana

    makmum sempat berjemaah dalam satu rukun bersama imam

    iaitu Takbiratul Ihram. Namun dari segi fadhilat, tidak sama

    dengan mereka yang sempat berjemaah dari awal.

    Beberapa Masalah:

    1. Jika makmum masbuk, selepas Takbiratul Ihram, tiba-tiba

    imam memberi salam, sedangkan makmum belum sempat

    duduk bersama imam. Oleh itu makmum tidak boleh duduk

    bersama imam kerana duduknya imam di saat itu dikira diluar

    solat. Maka makmum tidak boleh mengikut imamnya iaitu

    duduk bersama imam. Jika makmum duduk juga, batal

    solatnya. Jika lupa atau jahil, tidak batal tetapi wajib bangun

    dengan segera jika ingat (dalam masalah lupa) atau tahu

    (dalam masalah jahil), kemudian sunat sujud sahwi.

    2. Jika makmum masbuk, imam masih membaca tasyahhud dan

    belum memberi salam, wajib bagi makmum duduk bersama

    imam. Jika tidak, batal solat.

    3. Jika seorang baru datang untuk solat berjemaah ketika imam

    selesai rukuk pada rakaat akhir, sunat baginya menanti salam

    imam untuk mendirikan solat berjemaah yang baru untuk

    mendapat pahala berjemaah yang lebih sempurna. Itupun jika

    masa masih panjang. Jika masa hampir habis, sunat berjemaah

    terus bersama imam yang ada. Menurut Ibn Hajar, sunat

    menunggu untuk berjemah yang baru itu selama tidak luput

    fadhilat awal waktu atau waktu ikhtiar Jika luput kedua-dua

    waktu itu kerana menantikan kedatangan jemaah baru, maka

    lebih baik berjemaah dengan yang asal.

    2. Mendapat Jumaat

    Dikira mendapat Jumaat selepas dapat rakaat bagi makmum

    bersama imam walaupun pada rukuk rakaat kedua. Apabila

    makmum mendapat rakaat, hendaklah ia tambah satu rakaat

    lagi setelah selesai imam memberi salam. Sunat bagi makmum

    menguatkan bacaan Fatihah dan surah pada rakaat keduanya.

    Makmum masbuk yang tidak sempat mendapat Jumaat kerana

    tidak dapat rakaat bersama imam wajib juga berniat Jumaat,

    dan solat disudahkan dengan Zohor (iaitu 4 rakaat). Ada

    pendapat berkata harus dengan niat Zohor terus.

    3. Mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam

    Bagi makmum yang sempat bertakbir mengiringi Takbiratul

    Ihram imam, dikira dapat fadhilat Takbiratul Ihram dengan 2

    syarat:

    Makmum berada di belakang imam ketika imam Takbiratul

    Ihram

    Makmum terus mengiringi Takbiratul Ihram sebaik sahaja imam

    selesai takbir.

    Masalah:

    1.Sunat bagi makmum tidak berlari ke tempat berjemaah

    walaupun takut luput fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam.

    Ini berbeza dengan Jumaat, wajib bersegera sekadar

    kemampuan.

    2. Sunat bagi imam atau yang solat bersendirian menunggu

    mereka yang hendak berjemaah bersamanya. Tempat menanti

    ialah semasa rukuk di rakaat akhir atau tasyahhud akhir kerana

    Allah dan tidak dalam masa yang lama.

    3. Sunat bagi imam menunggu makmum di dalam sujud kedua

    (dalam masalah makmum muafiq ketinggalan dari imam

    dengan sebab ia menghabiskan bacaan fatihah)

    4. Sunat imam meringankan solat dengan melakukan sunat

    ab’adh dan hai’ah iaitu sekurang-kurang afdhal dan jangan

    sampai had terlebih akmal, melainkan makmum redha (iaitu

    dengan berlafaz, dan tidak memadai dengan diam seperti yang

    difahami oleh Sheikh Ramli dan Ibn Hajar)

    5. Makruh memulakan solat sunat selepas Iqamah dibuat. Jika

    seseorang solat sunat, tiba-tiba Iqamah dibuat, hendaklah

    disempurnakan solatnya. Ini dibuat selama mana tidak takut

    luput berjemaah Jika takut luput berjemaah, sunat bagi

    makmum memberhentikan solatnya dan meneruskan

    berjemaah bersama imam.

    4. Mendapat Rakaat

    Bagi makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imam,

    dikira mendapat rakaat dengan 3 syarat:

    i. Makmum sempat Takbiratul Ihram dengan sempurna

    sedangkan imam masih dalam rukuk.

    ii. Makmum sempat rukuk bersama imam dengan sempat

    Tomakninah.

    iii. Rukuk bagi makmum yang dikira sah berhubung dengan

    rukuk imam yang dikira sah iaitu semasa imam rukuk, tidak ada

    apa-apa keadaan yang membatalkan solat imam seperti

    berhadas atau kena najis.

    Masalah:

    1. Makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imam dengan

    dapat tamakninah, tiba-tiba imamnya berhadas. Makmum dikira

    dapat rakaat kerana dapat tamakninah rukuknya bersama

    imam. Sebaliknya makmum yang rukuk tidak sempat

    tamakninah, tiba-tiba imam berhadas, maka makmum tidak

    mendapat rakaat tersebut.

    Demikian juga makmum tidak dapat rakaat jika syak-adakah ia

    mendapat tamakninah rukuk bersama imam atau tidak.

    Makmum perlu menambah satu rakaat kerana rukuk tidak dikira

    dapat rakaat, kemudian makmum sujud sahwi kerana syakitu

    berlaku melarat selepas imam memberi salam, dan syak seperti

    ini dikira luar tanggungan imam.

    2. Jika seseorang ingin solat pada waktu yang hampir habis,

    tiba-tiba ada seorang yang sedang solat dalam keadaan rukuk.

    Kalau ia berjemaah dengannya, dapat satu rakaat solatnya

    dalam waktu. Kalau tidak berjemaah, tidak dapat solat dalam

    waktu walaupun satu rakaat. Maka ketika itu wajib ia

    berjemaah untuk mendapat rakaat di dalam waktunya

    walaupun satu rakaat, dan solatnya menjadi solat tunai

    walaupun sebahagian rakaat lain diluar waktu, kerana ia

    mendapat rakaat, sekurang-kurangnya satu rakaat di dalam

    waktu.

    Perkara-perkara sunat yang dilakukan oleh makmum

    bersama imam

    Makmum masbuk disunatkan takbir intiqalat ketika sama-sama

    berpindah dengan imam walaupun bukan tempat baginya.

    Misalnya ia masuk berjemaah ketika imam iktidal. Imam turun

    untuk sujud. Makmum sama-sama turun sujud dengan bertakbir

    walaupun turun itu bukan tempat bagi makmum.

    Makmum masbuk disunatkan angkat tangan kerana mengikut

    imam seperti ia sama-sama bangun dengan imam ketika imam

    bangun dari tasyahhud awal. Sementara makmum masbuk

    tidak disunatkan mengikut imam pada keadaan duduk, seperti

    imam duduk tawarruk pada tahiyat akhir. Maka makmum yang

    belum bertahiyat akhir, sunat duduk iftirash.

    Masalah:

    Wajib bagi makmum masbuk bangun selepas imam memberi

    salam kedua. Oleh itu, haram bagi makmum itu masih duduk.

    Jika ia masih duduk bukan pada tempatnya, batal solatnya.

    Jika makmum duduk selepas imam memberi salam kedua dan

    kebetulan tempat tasyahhud awal baginya, maka harus bagi

    makmum duduk walaupun lama masanya. Contohnya: imam

    pada rakaat ke-3 pada solatnya 4 rakaat. Makmum baru masuk

    berjemaah ketika itu Ertinya semasa imam tahiyat akhir, tempat

    itu ialah tempat tahiyat awal bagi makmum.

    HUKUM MASBUQ DAN MUAFIQ

    Setiap makmum yang berjemaah, fardhu atau sunat, tidak

    terlepas sama ada keadaannya masbuq atau muafiq.

    Definisi:

    Muafiq- makmum yang bersama imam iaitu makmum sempat

    menghabiskan bacaan Fatihahnya ketika ia qiam bersama

    imam.

    Hukum:

    dimaafkan kepada makmum muafiq ketinggalan dari

    imam sebanyak 3 rukun panjang sekiranya berlaku keadaan

    yang mengharuskan ketinggalan tersebut.

    Contohnya: imam

    rukuk, sujud pertama dan sujud kedua. Justru, kiranya

    makmum tidak menyelesaikan bacaan Fatihahnya sebaik sahaja

    imam berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka makmum mesti

    membuat pilihan antara mufaraqah atau mengikut imam

    tersebut.

    Definisi Masbuq-

    Makmum yang didahului oleh imam iaitu

    makmum yang tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihahnya

    atau langsung tidak sempat membacanya. Ia qiam bersama

    imam atau ia mula berjemaah semasa imam sedang rukuk atau

    hampir rukuk.

    Oleh itu makmum masbuq tidak boleh ketinggalan dari imam

    sampai 3 rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca

    Fatihah sekadar yang dapat. Apabila imam rukuk, ia hendaklah

    rukuk. Fatihah yang tidak sempat dihabiskan ditanggung oleh

    imam. Demikian juga, makmum masbuq yang mula berjemaah

    semasa imam sedang rukuk, ia terus rukuk tanpa membaca

    apa-apa. Apabila sempat rukuk bersama imam serta

    tamakninah, maka dikira makmum tersebut mendapat rakaat

    itu.

    Masalah berhubung dengan makmum muafiq:

    1. Makmum muafiq tidak sempat menghabiskan bacaan

    Fatihah kerana tabiat lambat membaca, dimaafkan tertinggal

    dari imam walaupun sehingga 3 rukun panjang. Jika bacaan

    fatihah tidak dapat dihabiskan sehingga imam berpindah ke

    rukun ke-4, makmum perlu membuat pilihan di antara

    mufaraqah atau mengikut imam. Jika ia mengikut imam, rakaat

    tersebut tidak dikira dan makmum mesti menambah satu rakaat

    selepas imam memberi salam.

    Makmum muafiq yang lambat bacaannya kerana was-was,

    tidak dimaafkan ketinggalan dari imam 3 rukun panjang,

    bahkan ia hendaklah menyempurnakan bacaannya sebelum

    imam turun untuk sujud. Jika tidak sempat menghabiskan

    bacaannya, hendaklah ia berniat mufaraqah.

    Jika tidak berniat mufaraqah sebelum imam turun sujud, dan sebaik imam turun

    sujud, batal solat makmum. (Makmum muafiq yang was-was

    dihukumkan seperti orang yang sengaja melambatkan bacaan

    Fatihahnya. Oleh itu tidak dimaafkan ketinggalan dari imam

    sebanyak 3 rukun panjang.)

    2. Makmum muafiq yang syak ia membaca Fatihah atau tidak,

    dan belum lagi rukuk sedangkan imamnya sudah rukuk. Maka

    makmum berkenaan wajib membaca Fatihah dan dimaafkan

    ketinggalan dari imam 3 rukun panjang.

    Jika makmum berkenaan belum selesai bacaan Fatihahnya sedangkan imam

    berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka makmum berkenaan

    ketika itu membuat pilihan di antara mufaraqah atau terus

    mengikut imam. Jika makmum tidak membuat pilihan, apabila

    sampai sahaja imam kepada rukun ke-4, batal solatnya.

    3. Makmum muafiq yang syak membaca Fatihah atau tidak,

    kemudian rukuk bersama imam. Maka hukumnya makmum

    tersebut tidak boleh kembali untuk membaca Fatihah, bahkan

    wajib ia terus mengikut imam. Apabila imam selesai memberi

    salam, wajib ia menambahkan satu rakaat lagi.

    4. Makmum muafiq yang lupa membaca Fatihah semasa ia

    qiam bersama imam, dan terus lupa sehingga imam rukuk,

    sedangkan makmum masih belum rukuk. Kemudian baru

    teringat, maka wajib makmum membaca Fatihah dan tidak

    boleh ia rukuk bersama imam dan dimaafkan ia ketinggalan 3

    rukun panjang dari imam.

    5. Makmum muafiq yang syak membaca Fatihah atau tidak

    semasa ia sudah rukuk, sedangkan imamnya belum rukuk.

    Maka makmum itu wajib bangun semula membaca Fatihah dan

    dimaafkan ketinggalan dari imam walaupun 3 rukun panjang.

    6. Makmum muafiq yang tidak sempat membaca Fatihah

    kerana membaca bacaan sunat selepas Takbiratul Ihram seperti

    doa Iftitah. Imam rukuk dan makmum tidak sempat membaca

    Fatihah atau menghabiskannya. Maka ia dimaafkan ketinggalan

    3 rukun panjang dari imam.

    7. Makmum muafiq yang menunggu saktah dari imam (iaitu

    ia mendengar bacaan fatihah imamnya bertujuan mendapat

    pahala sunat, dan bercadang membaca Fatihah apabila imam

    membaca surah kemudiannya) tetapi sebaik sahaja imam

    selesai membaca Fatihah,

    i. ia terus rukuk tanpa membaca apa-apa surah. Justru,

    makmum tidak sempat membaca Fatihah.

    atau

    ii. dibaca surah terlalu pendek sehingga makmum tidak sempat

    menghabiskan bacaan Fatihah.

    Maka hukum makmum begini dalam 2 masalah di atas ialah ia

    wajib membaca Fatihah dan dimaafkan ia ketinggalan dari

    imam sehingga 3 rukun panjang

    8. Makmum muafiq tertidur di tengah solat pada tasyahhud

    awal dengan tetap punggungnya di tempat duduk, berterusan

    tidur, lalu ditinggal oleh imam sehingga imam turun untuk

    rukuk. Barulah makmum terjaga dari tidurnya. Masalah ini

    terdapat perselisihan di antara ulama:

    i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yang

    masbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3

    rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadar

    yang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat

    rukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat rakaat

    tersebut.

    ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum

    muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)

    9. Makmum muafiq yang ketinggalan dari imam. Apabila imam

    bertakbir untuk qiam, disangka imam duduk utk tasyahhud

    awal. Lalu ia duduk bertasyahhud. Ia mendengar imam

    bertakbir untuk rukuk, disangkanya bangun dari tasyahhud

    awal. Selepas itu baru makmum sedar bahawa takbir imam tadi

    untuk rukuk. Ada berlaku khilaf:

    i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yang

    masbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3

    rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadar

    yang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat

    rukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat rakaat

    tersebut.

    ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum

    muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)-

    sama dengan di atas

    10. Makmum muafiq yang sama-sama membaca tasyahhud

    awal bersama imam. Apabila imam berdiri dari tasyahhud awal,

    makmum masih membaca tasyahhud awal. Apabila makmum

    berdiri dari tasyahhud awal, didapati imam sudah rukuk atau

    hampir hendak rukuk. Berlaku khilaf di antara Ibn Hajar dan

    Ramli:

    i. i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini tidak termasuk

    dalam kalangan muafiq (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam

    sebanyak 3 rukun panjang kerana dikira sebagai sengaja

    meninggalkan bacaan Fatihah. Bahkan ia hendaklah membaca

    Fatihah, dan jika dapat disempurnakan Fatihahnya, kemudian

    sempat rukuk bersama imam serta Tomakninah, maka dapat

    rakaat. Jika ia tidak sempat rukuk serta tomakninah, maka

    hendaklah ia mufaraqah sebelum imam turun sujud. Dan

    setelah mufaraqah dari imam, hendaklah ia melakukan aturan

    solat dengan berseorangan. Jika tidak mufaraqah, batal solat

    makmum.

    ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum

    muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)-

    sama dengan di atas

    Masalah berhubung dengan makmum masbuq:

    1. Makmum masbuq tidak sempat membaca Fatihah kerana

    imam hampir rukuk atau sudah rukuk. Wajib bagi makmum

    rukuk bersama imam. Sekiranya dapat rukuk bersama imam

    serta tomakninah, maka dikira dapat rakaat. Fatihah yang tidak

    sempat dibaca, ditanggung oleh imam.

    2. Makmum masbuq tidak sempat menghabiskan bacaan

    Fatihah kerana imam rukuk, maka wajib ia rukuk bersama

    imam, walaupun tabiatnya membaca dengan lambat. Ia

    berbeza dengan makmum muafiq yang bertabiat lambat

    membaca Fatihah, maka wajib ia membaca Fatihah walaupun

    ditinggalkan oleh imam sehingga 3 rukun panjang. Sebahagian

    Fatihah makmum yang belum dibaca ditanggung oleh imam.

    3. Makmum boleh menjadi muafiq pada rakaat pertama.

    Kemudian menjadi masbuq pada rakaat kedua kerana tertinggal

    dari imam dengan sebab terlambat dalam menunaikan aturan

    solat. Justru, sebaik sahaja ia bangkit untuk qiam, didapati

    imam rukuk atau hampir rukuk, maka makmum tersebut

    menjadi masbuq. Maka, jika ia sempat qiam dengan sempurna,

    kemudian terus rukuk serta tomakninah bersama imam, maka

    dapat rakaat baginya dan dimaaf ia meninggalkan bacaan

    Fatihahnya.

    4. Makmum masbuq rukuk selepas imam iktidal, atau ia rukuk

    bersama imam tetapi tidak sempat tomakninah. Oleh itu

    makmum tidak dapat rakaat tersebut dan wajib menambah satu

    rakaat selepas imam memberi salam.

    5. Makmum masbuq yang membaca bacaan sunat (doa Iftitah)

    selepas Takbiratul Ihram. Tiba-tiba imam rukuk sedangkan

    makmum belum membaca Fatihah. Maka makmum wajib

    membaca ayat Fatihah sekadar ayat yang dibaca pada bacaan

    sunat. Makmum menggunakan ijtihad dengan zan. Selepas itu

    ia rukuk bersama imam serta tomakninah dan mendapat rakaat.

    6. Ada imam yang terlalu pantas gerakan atau bacaannya.

    Justru makmum ketinggalan dari imam, misalnya makmum

    bangkit dari sujud dan didapati imam telah rukuk. Makmum

    tidak sempat membaca Fatihah. Oleh itu makmum wajib rukuk

    bersama imam kerana ia dikira makmum masbuk. Jika sempat

    rukuk bersama imam serta tomakninah, dikira dapat rakaat.

    Begitulah hukumnya pada setiap rakaat.

    7. Makmum masbuq tidak membaca Fatihah selepas Takbiratul

    Ihram sehingga imam rukuk. Hukumnya wajib bagi makmum

    membaca ayat Fatihah sekadar masa yang ia diam. Selepas itu

    terus rukuk bersama imam. Jika sempat rukuk bersama imam

    serta tomakninah, dikira dapat rakaat. Jika tak sempat, tiada

    rakaat dan tambah satu rakaat selepas imam beri salam.

    Masalah: Makmum masbuk ketinggalan dari imam kerana

    hendak menyelesaikan bacaan Fatihahnya. Apabila imam

    bangkit dari rukuk, wajib bagi makmum mufaraqah (mengikut

    pandangan Ibn Hajar, Sharbaini, Ramli) dan tidak wajib

    mufaraqah (mengikut Zakaria Ansari) bahkan diberi pilihan di

    antara mufaraqah atau terus mengikut imam iaitu sujud

    bersama imam dengan meninggalkan rukuk itu.

    Hukum Makmum Masbuq Pada Solat Jumaat:

    Jika ia sempat rukuk bersama imam serta tomakninah, maka

    dikira mendapat Jumaat. Oleh itu ia dikehendaki menambah

    satu rakaat lagi selepas imam memberi salam, dan sunat ia

    membaca dengan nyaring pada bacaan Fatihah dan surah

    kerana dikira mendapat rakaat Jumaat padanya. Masalah ini

    berbeza jika ia sempat berjemaah selepas imamnya rukuk pada

    rakaat kedua seperti ia datang berjemaah semasa imam berada

    pada tasyahhud atau iktidal, atau ia sempat rukuk bersama

    imam tetapi tiada tomakninah. Maka makmum tidak mendapat

    Jumaat kerana dikira tidak dapat rakaat bersama imam. Oleh

    itu, makmum hendaklah menyudahkan solatnya dengan Zohor.

    Bacaan Fatihah dan surah pada dua rakaat pertama baginya

    hendaklah diperlahankan kerana dikira solat Zohor baginya.

    Bagi makmum yang masbuq solat Jumaat, tidak sempat

    mengikut imam semasa imam rukuk pada rakaat kedua, maka

    ada perselisihan pendapat dalam berniat Jumaat atau Zohor.

    Ada di antara ulama berpendapat berniat Jumaat tapi

    perlaksanaannya solat Zohor dan ada ulama berpendapat terus

    sahaja berniat Zohor.

    Bagi makmum masbuq yang mendapat rakaat bersama imam,

    maka dikira mendapat Jumaat dan apabila orang lain berimam

    dengannya selepas ia mendapat rakaat, maka dikira mendapat

    jumaat juga. Begitulah sehingga masuk waktu Asar, barulah

    dkiira habis Jumaat pada hari itu.

    Susunan:

    alfaqir ila rabbihi:

    niknasri@hotmail.com

    Kemaman, Terengganu.

    3 RabiulAwwal 1426

    12 April 2005