Tafaqquh Fi Din Oleh Al fadhil Ustaz Hj Tormizi Ab Rahman
MADAH: 12 Jun 2011
Beriman dengan Hari qiamat:
Dalil azab dalam Qubur:
(فَوَقَاهُ اللَّهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ) (غافر : 45 )
(النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوّاً وَعَشِيّاً وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ) (غافر : 46 )
Bentuk siksaan dalam qubur:
a.Azab dinampakkan neraka pagi dan petang.
b.Pada hari qiamat
Ayat ini menyatakan bukan sahaja Firaun sahaja yang di siksa tetapi semua menteri dan penyokong-penyokongnya.
Ini kerana Firaun diangkat menjadi berkuasa kerana disokong oleh pengikutnya.
Azab pertama tidak di sebut tempat.tetapi sebut masa( pagi dan petang) dan kedua di siksa pada hari qiamat.
Siksaan yang pertama adalah bukan pada hari qiamat ini bermakna disiksa di dalam qubur.dan kedua pada hari qiamat.
Bermakna azab ini berbeza.
Firman Allah:
وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلآئِكَةُ بَاسِطُواْ أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُواْ أَنفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ) (الأنعام : 93 )
Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu" Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya.
Berkata Ibn Abbas r.a
“ Azab itu ialah ketika hendak mati, iaitu di pukulkan muka mereka dan punggung mereka”
Di pukul kerana Roh enggan keluar kerana takut siksa Allah.
Firman Allah:
(فَكَيْفَ إِذَا تَوَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ) (محمد : 27 )
27. Bagaimanakah (keadaan mereka) apabila malaikat mencabut nyawa mereka seraya memukul-mukul muka mereka dan punggung mereka?
Sebab mereka di siksa.
1. Berkata kepada Allah , dengan tidak benar.
2. Kerana sombong dan takabbur kepada Allah.
Banyak hadis menerangkan azab dan ni’mat qubur.
Imam Muslim membuat kesimpulan:
1. Azab qubur pasti ada.
2. Nabi Muhammad saw mendengar suara yang di azab
3. Orang yang di kebumikan mendengar bunyi tapak kaki orang yang pulang setelah kebumikan jenazah.
4. Qubur menjadi luas bagi orang yang mendapat ni’mat Allah.
5. Dinampakkan kepada si mati ,tempat tinggal samada syurga atau neraka.
Suatu ketika nabi melalui satu kawasan bani an-najar, tiba-tiba himar nabi menjadi liar, rupanya di atas tanah perkuburan yang mana penghuni nya sedang disiksa kerana menyengutukan Allah swt.
Nabi ajak berdoa;
1. Minta pertolongan Allah dari azab neraka
2. Minta lindungi dari azab qubur
3. Minta penlindungan dari fitnah zahir dan batin.
Satu ketika nabi melalui tanah perkuburan, dan nabi menceritakan dua mayat sedang disiksa kerana :
1. Annamimah( suka bawa mulut)
2. Kencing yang tidak disucikan dengan sempurna.
Kesimpulan:
Yakinlah semua kita akan disoal oleh Allah dengan pelbagai masalah, dan perlu jawab dengan tepat.
Persoalan:1. Semua yang mati tidak boleh balik ke dunia.Cuma mereka menanti berita dunia, hasil dari orang yang baru mati dan dikuburkan di kawasan itu.
dan mereka ada kehidupan, bergantung kepada amal masing-masing.
2. Ucapan semasa berjumpa :
1.Senyum
2. ucap salam
3. Bersalam dan ucap tahniah( ikut Suasana ).semasa bersalam .
3. Mimpi dengan orang mati;
1. Mimpi adalah mainan tidur.
2. Mungkin ada teguran dan ingatan yang perlu di insafi.
4. Ajaran Islam dan persoalan politik tidak boleh di pisahkan, tidak boleh di asingkan antara politik dan agama.
5. Qazaf ialah, menuduh zina tanpa 4 saksi yang adil.kalau tidak di hukum di dunia akan di hukum di akhirat.
Qarinah ialah alasan atau hujjah.