SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Monday, August 24, 2009

MENANTI SINAR KEINSAFAN



RAMADHAN HARI KE -4
Alhamdulillah hari ke - 4 Puasa.
Dalam kuliah suboh yang sempat ku ingat pagi tadi :Oleh Alf Ust Salleh Sulong, Masjid Wakaf Tembesu....

Alhamdulillah...kita masih sihat, mata masih terang, makan masih dan makin selera.Jadi nak balas macammana kurnia Allah ni...

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ) (إبراهيم 7:

7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Sebab tulah ada orang Miskin ,kaya , ada yang lemah dan kuat , ada yang ingat dan ada yang lupa serta kufur.Balaslah jasa Allah dengan berpuasa.Ada masa wajib seperti puasa ramadhan dan Nazar.Ada pula berdosa puasa iaitu ,2 hari raya, 3 hari Tasyrik dan 1 hari Syak.

Ada pula puasa boleh pahala , dan tidak berdosa bila dilakukan seperti puasa 6 dalam bulan Syawal,Isnin Khamis,Arafah dan Asyura.
Ada orang tak perlu puasa da n tak perlu fidyah, seperti terlalu tua dan sakit yang tiada harapan semboh serta sudah tidak mumaiyyiz lagi.
Ada yang dilarang puasa seperti orang kafir dan murtad.

Ada pula yang tak cukup syarat seperti anak-anak kecil tetapi perlu dilatih bila usia 7 tahun dan boleh dipukul semasa usia 10 tahun jika tidak berpuasa.

Antara Adab-adab berpuasa:

1. Jaga semua anggota dari sebarang maksiat.- kerana boleh menghilangkan pahala puasa.

Seperti : umpat keji,sumpah palsu dan memandang dengan syahwat.

2. Jangan makan terlalu kenyang dan tidor berlebihan.

di zaman sahabat para sahabat sukar untuk bangun kerana terlalu lapar tetapi dizaman kini manusia tidak boleh bangun kerana terlampau kenyang.

- Nabi berpesan agar makan lah 1/3 , minumlah 1/3 dan 1/3 lagi ialah ruang bernafas.

4. Amalkan sedeqah.

- Menjamu orang berbuka.

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ) (البقرة : 274 )

274. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

5. Membanyakkan membaca alqur'an atau mendengarnya.

(وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ) (الأعراف : 204 )

204. Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat[591].

[591]. Maksudnya: jika dibacakan Al Quran kita diwajibkan mendengar dan memperhatikan sambil berdiam diri, baik dalam sembahyang maupun di luar sembahyang, terkecuali dalam shalat berjamaah ma'mum boleh membaca Al Faatihah sendiri waktu imam membaca ayat-ayat Al Quran.

Jangan dok bernasyid je....
القران كلام الله
فاستمعوا يا حبيب الله
Kitab alqur'an , al Qur'an Ya Alqur'an.....

Nanti bila Mungkar dan Nakir akan bertanya: وما اِمَامٌكَ ؟ , nak jawab ape?..

6. Solat Terawikh.

7. Solat malam,

قُُمِِ الَيلَ الَّا قَلِيلاً
2. bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari[1525], kecuali sedikit (daripadanya),

[1525]. Sembahyang malam ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat ke 20 dalam surat ini. Setelah turunnya ayat ke 20 ini hukumnya menjadi sunat.


8. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
- Jauhi kata-kata yang boleh menyebabkan syirki.

p/s : Kepada Pengundi Permatang Pasir...Ingat tunaikan amanah anda....Puasa yang sebenarnya ialah menahan diri dari terlibat dengan perkara yang di murkai Allah. Undi anda adalah amalan anda...pilihlah calun berdasarkan Islam.

No comments: