SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, September 19, 2009

SALAM LEBARAN


hASIL LEMERDEKAAN !!!!!
“Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.
“Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.
“Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilaha illallahu wallahu Akbar. Allahu Akbar walillahilhamd.”

Inilah suara laungan takbir yang bergema di seluruh pelusuk alam sebaik saja terbenamnya matahari 30 Ramadhan. Ia bukti kesyukuran kita kepada Yang Maha Berkuasa. kesempatan yang Dia berikan sehingga kita dapat menyempurnakan rukun Islam yang ketiga itu, seterusnya bergembira di hari raya yang merupakan hari kemenangan umat Islam menentang Thagut.

Menzahirkan kesyukuran bukan terbatas kepada ucapan lisan semata-mata, tetapi ia perlu ditampilkan melalui amal perbuatan kita selaras dengan suruhan dan larangan Allah S.W.T.walau di mana sahaja kita berada. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:“Takutlah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada.” H. R. Tarmizi.

Dengan pemergian Ramadhan yang digantikan dengan kehadiran Syawal ini, kita mengharapkan agar Allah S.W.T. menghapuskan segala dosa kita yang telah lalu, sama ada dosa yang melibatkan kita dengan Allah atau dosa yang melibatkan kita dengan sesama manusia, selari dengan tujuan tarbiah Ramadhan yang berperanan membersihkan hati dan jiwa kita daripada dosa dan maksiat.

Selain itu, di bulan yang mulia ini, sewajarnya kita mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam dengan amalan kunjung-mengunjung dan saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Segala salah silap dan sengketa yang lalu eloklah dilupakan. Ambillah kesempatan yang masih berbaki ini demi menjalinkan sebuah persaudaraan. Anggaplah Aidilfitri yang hadir umpama biduk yang menautkan kembali kiambang di permukaan tasik.

Saya selaku TYDP PAS kawasan merangkap ketua Lajnah Tarbiyah menyeru sahabat-sahabat ahli-ahli PAS daan Pakatan Rakyat amnya supaya bersiap sedia untuk bertempur dengan Barisan Nasional dalam PRK Bagan Pinang yanG akan diadakan selepas Hari Raya nanti.Marilah kita mempersiapkan diri dari segi keupayaan mental,spiritual mahaupun kewangan berjihaad membantu PAS di dalam pilihanraya tersebut.Mudah-mudahan Allah Taala memberi kemenangan kepada kita Insyallah.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam khususnya ahli-ahli PAS & Pakatan Rakyat .Marilah kita berazam meningkatkan ibadat kepada Allah dan bersiap sedia menyahut seruan pimpinan untuk sama-sama menegakkan Islam di muka bumi ini.
Sekian,terima kasih.

تقبل الله منا ومنكم وكل عام وانتم بخير

No comments: