SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Tuesday, June 2, 2009

الاسلامُ يَعلوا وَلا يُعلى عَلَيْهِ

خَيْر الاُمور اَوْصاطُهَا

الناسُ علَى دِيْنِ مُلُوْكِهِم

Hari ini PAS bukan lagi dianggap sebagai parti Islam yang hanya memperjuangkan nasib orang Islam-Melayu sahaja. PAS bukan parti kampung, PAS bukan lagi parti untuk kelompok bangsa atau agama yang tertentu sahaja.

Sesuai dengan Firman Allah:

وَمَا اَرْسَلْنَاكَ اِلاَّ رَحْمَةََ لِلعَالَمِيْنَ

الانْبِيَاءِ:107

PAS kini mempunyai ribuan pendokong dan penyokong dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam yang menerima dasar-dasar serta perjuangan PAS di bawah kepimpinan ulama.

Justru itu kepada semua pendokong diperingkat akar umbi ,mestilah bertanggungjawab dan terus tunaikan amanah , rancangkan program berterusan dangan penuh kebijaksanaan dan penuh keikhlasan.

وَمَا أُمِرُوا اِلآ لِيَعْبُدُ اللهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ

البينة: 5

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya, dalam agama .

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, selaku Presiden PAS, merupakan dua tokoh ulama yang disegani dan didukungi masyarakat berbilang kaum dalam negara.

Begitu jualah kepada semua ahli dari semua peringkat juga mestilah menjaga akhlak jamaah, bukan sahaja" hablum minallah( Hubungan baik dengan Allah ) tetapi juga Hablum minan Nas( Hubungan baik sesama manusia)

Ketokohan kedua-duanya, dan ketelusan pemerintahan kerajaan negeri di bawah kepimpinan mereka, menghasilkan keyakinan yang cukup mendalam di kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun kerajaan negeri di bawah kepimpinan keduanya sebelum ini, diserang dengan pelbagai kecaman dan tohmahan dari parti lawan, disekat bantuan perkapita, ditarik royalti minyak dan dihalang daripada menerima kemasukan pelabur asing, namun kerajaan negeri di bawah teraju PAS terus mendapat sokongan rakyat.

Kita juga mesti waspada dengan UBN yang sentiasa mempunyai niat jahat dengan semua para pejuang haraki...

Rakyat memberikan sokongan jitu, tanpa berbelah bahagi kepada PAS apabila mereka melihat kesederhanaan Menteri-Menteri Besar dari PAS. Rakyat yakin dengan kebersihan kerajaan dari sebarang elemen rasuah.

Amalkan hidup yang sihat, menjauhi sebarang kehidupan mungkar dan kehidupan yang tidak sihat.

PAS mampu menerajui kerajaan dengan gaya pemerintahan yang cukup sederhana, telus, tulus dan bebas daripada rasuah.

Kesederhanaan dalam hidup dan sentiasa mencari ilmu bagi menunaikan arahan allah dan Rasul saw.

Yang utama sekali, selain menjaga kepentingan orang-orang Islam-Melayu, kerajaan negeri PAS tetap memberikan layanan, mengutamakan kebajikan dan kesamarataan bagi rakyat yang bukan Melayu atau bukan Islam.

Teruskan istiqamah dalam perjuangan.

Jangan lupa menghadiri Mu'tamar sebagai suntikan motivasi dan tempat merapatkan Silaturrahim

No comments: