SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, October 17, 2009

EIDUL FITRY BERSAMA IR NIZAR







MADAH 17 Okt 09- jam 4.00 petang , warga MADAH dengan kerjasa PAS Kawasan telah mengadakan majlis Idul Fitri.Turut sama pada hari yang bersejarah itu ialah Dato' Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin Adun Pasir Panjang dan Keluarga.

Sambutan yang penuh bermakna dan meriah ini diharapkan dapat meninggkatkan lagi ukhuwwah dan silaturrahim antara ahli Qaryah.Mudah mudahan program yang lain juga, seperti Majlis pengajian , majlis aqiqah, program gotong royong dan sebagainya yang sentiasa di adakan juga diharapkan akan mendapat sambutanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif yang begini juga.

Saturday, October 3, 2009

HAPUSKAN RASUAH

Photo -photo menceritakan suasana Hari Penamaan Calun bagi Pkr N31 di Bagan Pinang, Negeri Sembilan

Bagan Pinang Syawal 14: memperlihatkan suatu pertembungan:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap Umno-BN berpura-pura dalam usaha membanteras rasuah dan politik wang, bahkan konsep "1Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan" seolah-olah menghalalkan rasuah dan politik wang.
Iklan





Ini jelas apabila Umno memilih Tan Sri Isa Samad yang disabitkan rasuah sebagai calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti dan ianya mendapat sokongan kerajaan terutama Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.

"Itu menunjukkan ia (usaha Umno-BN berjuang hendak menghapuskan rasuah dan politik wang) sekadar buat-buat.

"Kerajaan sekarang yang bercita-cita menghapuskan rasuah itu sebenarnya sekadar buat-buat saja, bukan sebenar, bahkan mereka menunjuk-nunjuk di hadapan rakyat saja, hakikatnya mereka terbabit dengan rasuah," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.


Firman Allah:

(لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاء والضَّرَّاء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ) (البقرة : 177
)

177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

Asbabun nuzul

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Qatadah menerangkan tentang kaum Yahudi yang menganggap bahwa yang baik itu shalat menghadap ke barat, sedang kaum Nashara mengarah ke timur, sehingga turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 177).
(Diriwayatkan oleh Abdur-razzaq dari Ma'mar, yang bersumber dari Qatadah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Abil 'Aliyah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa turunnya ayat ini (S. 2: 177) sehubungan dengan pertanyaan seorang laki-laki yang ditujukan kepada Rasulullah SAW tentang "al-Bir" (kebaikan). Setelah turun ayat tersebut di atas (S. 2. 177) Rasulullah SAW memanggil kembali orang itu, dan dibacakannya ayat tersebut kepada orang tadi. Peristiwa itu terjadi sebelum diwajibkan shalat fardhu. Pada waktu itu apabila seseorang telah mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abduhu wa rasuluh", kemudian meninggal di saat ia tetap iman, harapan besar ia mendapat kebaikan. Akan tetapi kaum Yahudi menganggap yang baik itu ialah apabila shalat mengarah ke barat, sedang kaum Nashara mengarah ke timur.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir yang bersumber dari Qatadah.)



Wednesday, September 30, 2009

SEMARAKAN ILMU


Ramadhan sudah berlalu dan meninggalkan 1000 kenangan , kini syawal menjelang dan suasana Raya masih terasa.Walaubagaimana pun insyaAllah tarbiyah Ramadhan jangan kita alpa.Justru itu marilah kita makmurkan terus bumi Manjong ini dengan menjadikan Manjong Pusat Ilmu.War-warkan kepada teman dan kenalan agar bersama ke Majlis berkaitan:

PROGRAM BULANAN: TAFAQQUH FI DDIN
TUAN GURU : ALF US HJ TORMIZI ABD RAHMAN - YDP TANJUNG MALIM
KITAB: AL IMAN( AQIDAH ISLAM )
TARIKH : 11/10/2009
HARI: AHAD ( MINGGU KE 2 )
MASA: 9.00 - 11.00 PAGI
TEMPAT : SURAU MADAH FASA 1 A SERI MANJONG.

SEMARAKAN ISLAM DI DALAM DIRI KITA INSYAALLAH SEMARAKNYA ISLAM DI N31 BAGAN PINANG

Tuesday, September 29, 2009

SYAWAL MENJANJIKAN KEMENANGAN


Hari ini 10 Syawal.Bermakna sudah 10 hari umat Islam sudah terlepas dari Bulan 1000 Keampunan.10 hari jugalah kita tiada lagi Terawikh.Lebih malang lagi 10 hari juga tiada lagi " tebeng "berjamaah di surau serta tidak ada lagi Tadarus...

Alangkah ruginya kalau di rasakan hanya Ramadan sahaja bulan ibadat.Antara maksud sabda Rasulullah saw.
" Alangkan peliknya orang yang didatangi bulan Ramadhan , sehingga habis Ramadhan dosanya masih lagi tidak diampun oleh Allah"

Sesungguhnya Syawal tetap menjamin kemenangan , seandainya kita terus Istiqamah dengan amalan sebagaimana yang kita "rajin" lakukan sepanjang Ramadhan yang lalu.

Perjuangan menegakkan Islam tidak pernah ada titik, yang ada ialah terus berjuang demi menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan yang sedang bermaharajalela sekarang.

InsyaAllah 10 Okt. buktikan keberkesanan puasa kita telah berjaya mengubah diri kita agar terus bersama tegakkan Islam di Bagan Pinang pula....

Sumbanglah apa sahaja yang kita miliki bagi memastikan kesinambungan kesan "Puasa" kita terus bersinar di Bagan Pinang InsyaAllah.

Saturday, September 19, 2009

SALAM LEBARAN


hASIL LEMERDEKAAN !!!!!
“Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.
“Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.
“Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilaha illallahu wallahu Akbar. Allahu Akbar walillahilhamd.”

Inilah suara laungan takbir yang bergema di seluruh pelusuk alam sebaik saja terbenamnya matahari 30 Ramadhan. Ia bukti kesyukuran kita kepada Yang Maha Berkuasa. kesempatan yang Dia berikan sehingga kita dapat menyempurnakan rukun Islam yang ketiga itu, seterusnya bergembira di hari raya yang merupakan hari kemenangan umat Islam menentang Thagut.

Menzahirkan kesyukuran bukan terbatas kepada ucapan lisan semata-mata, tetapi ia perlu ditampilkan melalui amal perbuatan kita selaras dengan suruhan dan larangan Allah S.W.T.walau di mana sahaja kita berada. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:“Takutlah kamu kepada Allah di mana jua kamu berada.” H. R. Tarmizi.

Dengan pemergian Ramadhan yang digantikan dengan kehadiran Syawal ini, kita mengharapkan agar Allah S.W.T. menghapuskan segala dosa kita yang telah lalu, sama ada dosa yang melibatkan kita dengan Allah atau dosa yang melibatkan kita dengan sesama manusia, selari dengan tujuan tarbiah Ramadhan yang berperanan membersihkan hati dan jiwa kita daripada dosa dan maksiat.

Selain itu, di bulan yang mulia ini, sewajarnya kita mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam dengan amalan kunjung-mengunjung dan saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Segala salah silap dan sengketa yang lalu eloklah dilupakan. Ambillah kesempatan yang masih berbaki ini demi menjalinkan sebuah persaudaraan. Anggaplah Aidilfitri yang hadir umpama biduk yang menautkan kembali kiambang di permukaan tasik.

Saya selaku TYDP PAS kawasan merangkap ketua Lajnah Tarbiyah menyeru sahabat-sahabat ahli-ahli PAS daan Pakatan Rakyat amnya supaya bersiap sedia untuk bertempur dengan Barisan Nasional dalam PRK Bagan Pinang yanG akan diadakan selepas Hari Raya nanti.Marilah kita mempersiapkan diri dari segi keupayaan mental,spiritual mahaupun kewangan berjihaad membantu PAS di dalam pilihanraya tersebut.Mudah-mudahan Allah Taala memberi kemenangan kepada kita Insyallah.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam khususnya ahli-ahli PAS & Pakatan Rakyat .Marilah kita berazam meningkatkan ibadat kepada Allah dan bersiap sedia menyahut seruan pimpinan untuk sama-sama menegakkan Islam di muka bumi ini.
Sekian,terima kasih.

تقبل الله منا ومنكم وكل عام وانتم بخير

Thursday, September 3, 2009

KHUTBAH RAMADHAN

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelma, saya ingin mengajak saudara sekelian untuk kita menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan takwa dengan cara kita mengukuhkan sifat takwa yang ada dalam diri kita disamping melaksanakan ibadah puasa dengan cara yang terbaik serta melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan penuh kesungguhan dan Istiqamah. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Sesungguhnya Allah subhaanahu wata‟ala menyatakan bahawa dengan melaksanakan ibadah puasa dengan kesungguhan, kita akan memperolehi darjat ketakwaaan di sisi Allah subhaanahu wata‟ala. Menjadi suatu yang lumrah kepada insan, saban tahun apabila hadirnya Ramadan, kita diperingatkan secara berulang-ulang kalimah “La’allakum Tattaqun” (supaya kamu bertakwa). Namun, yang menjadi persolaannya, sudahkah kita mencapai ke tahap takwa itu setiap kali datang dan berakhirnya Ramadan?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah subhaanahu wata‟ala atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua khususnya nikmat Islam dan kehidupan. Maka dengan nikmat tersebut dapt kita meneruskan usaha dan tenaga kita menyediakn bekalan-bekalan yang sepatutnya untuk dibawa ke alam Akhirat. Ingatlah, sesungguhnya segala nikmat kurniaan Allah ini merupakan amanah Allah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Di antara nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya ialah nikmat ketika berada di bulan Ramadan. Inilah bulan yang Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rahamat, keampunana, pembebasan dari azab neraka dan hidayah, istimewa untuk hamba-hambaNya yang ingin melakukan perubahan dalm kehidupan hidup dan bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”
Di dalam bulan Ramadan juga Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada hambanya yang tekun melaksanakan kebaikan. Ini berdasarkan sebuah Hadis daripada Salman r.a katanya, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadan dengan sesuatu dari perkara kebajikan samalah seperti dia mengerjakan suatu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan Ramadan, samalah seperti dia menunaikan tujuh puluh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain.”
Bahkan Allah SWT juga menjanjikan pengampunan terhadap segala dosa yang pernah dilakukan oleh hambaNya berdasarkan kepada sebuah Hadis dairpada Abu Hurairah r.a , Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadan penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai hamba Allah yang beriman, wajib bagi setiap dari kita menjadikan bulan Ramadan sebagai medan untuk kita mengislahkan dan memuhasabahkan diri supaya menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar beriman dan muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sejarah kegemilangan Islam yang lalu menunjukkan, melalui madrasah Ramadan yang disediakan oleh Allah subhaanahu wata‟ala, telah melahirkan para sahabat Nabi dan juga muslim yang bertakwa, berakhlak mulia, memiliki iman yang kental dan berhati luhur.
Melalui ibadah puasa yang dilakukan dengan kesungguhan dihiasi pula dengan amalan-amalan ibadah yang lain seperti menyantuni golongan fakir, miskin dan anak-anak yatim dengan amalan bersedekah, memperbanyakkan membaca Al-Qur‟an, berzikir, bertarawih, berqiamullail dan lain-lain, sebenarnya ia merupakan ubatan yang paling mujarab untuk membersihkan jiwa kita daripada kuman-kuman Mazmumah disamping mendorong kita kepada kehidupan yang bahagia dan diredhai Allah subhaanahu wata‟ala.
Dari Abd. Rahman bin Auf telah berkata, bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memfardhukan puasa Ramadan dan sunat bagi kamu menghidupkan malamnya, maka sesiapa yang berpuasa dan melakukan ibadah Qiam (ibadah malam) disertakan dengan keimanan dan kerna menuntut keredhaan Allah, nescaya keluar dosa-dosanya (yakni ibadah-ibadah tersebut membersihkan dirinya daripada dosa-dosanya sehingga menjadi) seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Demi memastikan ibadah puasa Ramadhan tahun ini benar-benar memberi reformasi yang besar dalam diri kita. Persediaan dan persiapan yang cukup rapi mesti kita lakukan demi mencapai hasrat tersebut. Antaranya ialah:
1. Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kefahaman yang mendalam terhadap ibadat puasa yang akan kita lakukan. Ini boleh dilakukan dengan kita menghadiri kuliah-kuliah ilmu di Masjid dan Surau. Penyertaan kita di dalam majlis ilmu akan meningkatkan pengetahuan kita berkaitan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahala puasa. Sekiranya seseorang itu berpuasa dalam keadaan mengetahui dan memahami batas-batasnya maka ibadah pusanya akan lebih bermakna dan memperolehi ganjaran pahala. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan sedang ia mengetahui batas-batas larangannya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan
sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu akan dimapunkan dosa yang lalu).”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada di kalangan masyarakat kita yang cukup menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dengan mengelakkan diri daripad makan dan minum namun, dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat kepada Allah subhaanahu wata‟ala. Sebagai contoh, terdapat sesetengah individu yang rajin berpuasa teteapi tidak menunaikan solat, berjudi dan mendedahkan aurat. Akibatnya ibadah puasanya menjadi sia-sia, hanya sekadar berlapar dan dahga sahaj, tetapi tiada pahal yang diperolehi kerana masih lagi melakukan larangan Allah subhaanahu wata‟ala. Ingatlah amaran Nabi SAW melalui sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya, nabi SAW telah bersabda:
“Berapa ramai orang yang berpuasa, sedang puasanya tidak diterima Allah melainkan hanya lapar dan dahaga semata-mata.”
(Ad-Darami)
2. Persediaan yang rapi mestilah kita lakukan sebelum kedatangan bulan Ramadan itu sendiri. Ini dapat kita lihat apabila Nabi sallAllahu „alayhi wasallam melakukan persediaan yang terbaik dengan melakukan ibadah puasa sunat Isnin dan Khamis secar tetap bahkan baginda akn lebih kerap berpuasa sunat apabila datng sahaj bulan Sya‟ban. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Saidatina Aishah r.a pernah menyatakan dengan maksudnya:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu „alayhi wasallam menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak dari bulan Sya‟ban.”
6
3. Menghidupkan rasa rindu, cinta dan seronok dengan kehadiran Ramadan yang semakin hampir dengan memperbanyakkan doa dan pengharapan terhadap Allah subhaanahu wata‟ala. Nabi sallAllahu „alayhi wasallam apabila masuk sahaja bulan Rejab, maka para sahabat kerap mendengar Nabi berdoa dengan penuh pengharapan semoga bertemu Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat At-Tibrani, dari Anans bin Malek r.a berkata, Nabi Muhammad SAW biasanya berdoa semasa melihat anak bulan Rejab dan Sya‟ban secar khusus seperti berikut:
“Ya Allah, Ya Tuhan kami, limpahkanlah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya‟ban dan sempurnakanlah kami (dengan selamat) ke bulan Ramadan”.
Marilah kita memastikan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik berbanding Ramadan yang lalu dengan kita melakukan perkara yang dinyatakan tadi. Jadikanlah Ramadan sebagai bulan pesta ibadah dengan kita melakukan persiapan yang terbaik untuk merebut ganjaran-ganjaran yang amat banyak yang Allah janjikan sepanjang bulan berkat ini. Janganlah jadikan Ramadan sebagai pesta judi, hanya sibuk memilih minuman dan juadah berbuka puasa sepanjang sebulan berpuasa.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”
(Al-Baqarah ayat 183 - 184)

Tuesday, August 25, 2009

RAMADHAN KE 5






Suboh , Ramadhan ke 5: Kuliah Alf Us Azhar Idrus:
Antara isi kandungannya:

Sabda Rasulullah saw ( Mafhumnya )....

اَلاَ اِنَّ رَحَ الاسلامِ دَاءِ رة فَدُورُوا مَع اِلاسلام اَلاَ اِنَّ السلطانَ والكِتابَ

سَيَسْتَرِقَ فَدُورُوا معَ الكتاب

اَلاَ اِن فِيكم اُمَراء يَعْملونَ لاَنْفُسِهم لا يَعمَلون لَكُم واِن اَطَعْتُمُواهُم اَضَلُّواكُم واِن عَصَيْتُمُواهُمْ قَاتَلُوا كُمْ

Maknanya:

Ketahuilah sesungguhnya Islam sentiasa berputar, adakalanya maju dan ada kalanya mundur,

( sekarang Islam di tindas ) maka tetaplah kamu bersama dengan Islam.

Ketahuilah sesungguhnya pemerintah dengan Qur’an akan berlaku pertentangan hendaklah kamu bersama dengan alqur’an (..orang sekarang tak ikut qur’an ikut hak mana dapat banyak duit…)

Qur’an kata 100 rotan pemerintah kata RM100…qur’an kata haram pemerintah kata halal, qur’an kata peminum arak di sebat, pemerintah kata itu tidak ada kasihan belas…

Ramai orang kita tak ikut qur’an dia ikut siapa yang bagi dia duit….

Tuhan kita Allah ..takut apa…orang sembah batu pun boleh jadi kaya, makan pun kenyang....kita sembah Allah apa takut….

Ada orang perut besar dari tempayang …kenyang…kita kenapa takut lapar? Sembahlah Allah tidak akan sia-sia…apa lagi di bulan yang penuh barakah ini.bertadarus alqur'an, iktikaf , mendirikan malam-malam Ramadhan....teruskanlah....

Teruskan bersama Islam , jangan takut …..???

Jadilah ikan tenggiri , jangan jadi ikan duri, ikan duri belum letak umpan sambar mata kail .Ikan tenggiri pilih umpan..sebab tu harga ikan tenggiri RM18 sekilo tapi ikan duri 18 kg RM1 .

"Lambat"..bahasa terengganu...( bila ) beri basikal…berebut . Rm10 berebut hingal tertanggal kain….

Ada diantara kamu akan datang ,orang yg berkuasa , mereka bekerja untuk kroni mereka sendiri tidak bekerja untuk kamu…(..pemimpin ini mengkaya kan kroni sahaja.).kalau kamu ikut mereka, mereka pasti akan menyesatkan kamu, kalau kamu melawan mereka …mereka akan menyusahkan kamu…

Kalau buat jalan kena rumah kita..kalau buat surau tiada permit di runtuhkannya. Kalau mengajar tanpa izin di tukarnya …..

Teruskan perjuangan...

Monday, August 24, 2009

MENANTI SINAR KEINSAFAN



RAMADHAN HARI KE -4
Alhamdulillah hari ke - 4 Puasa.
Dalam kuliah suboh yang sempat ku ingat pagi tadi :Oleh Alf Ust Salleh Sulong, Masjid Wakaf Tembesu....

Alhamdulillah...kita masih sihat, mata masih terang, makan masih dan makin selera.Jadi nak balas macammana kurnia Allah ni...

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ) (إبراهيم 7:

7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Sebab tulah ada orang Miskin ,kaya , ada yang lemah dan kuat , ada yang ingat dan ada yang lupa serta kufur.Balaslah jasa Allah dengan berpuasa.Ada masa wajib seperti puasa ramadhan dan Nazar.Ada pula berdosa puasa iaitu ,2 hari raya, 3 hari Tasyrik dan 1 hari Syak.

Ada pula puasa boleh pahala , dan tidak berdosa bila dilakukan seperti puasa 6 dalam bulan Syawal,Isnin Khamis,Arafah dan Asyura.
Ada orang tak perlu puasa da n tak perlu fidyah, seperti terlalu tua dan sakit yang tiada harapan semboh serta sudah tidak mumaiyyiz lagi.
Ada yang dilarang puasa seperti orang kafir dan murtad.

Ada pula yang tak cukup syarat seperti anak-anak kecil tetapi perlu dilatih bila usia 7 tahun dan boleh dipukul semasa usia 10 tahun jika tidak berpuasa.

Antara Adab-adab berpuasa:

1. Jaga semua anggota dari sebarang maksiat.- kerana boleh menghilangkan pahala puasa.

Seperti : umpat keji,sumpah palsu dan memandang dengan syahwat.

2. Jangan makan terlalu kenyang dan tidor berlebihan.

di zaman sahabat para sahabat sukar untuk bangun kerana terlalu lapar tetapi dizaman kini manusia tidak boleh bangun kerana terlampau kenyang.

- Nabi berpesan agar makan lah 1/3 , minumlah 1/3 dan 1/3 lagi ialah ruang bernafas.

4. Amalkan sedeqah.

- Menjamu orang berbuka.

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرّاً وَعَلاَنِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ) (البقرة : 274 )

274. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

5. Membanyakkan membaca alqur'an atau mendengarnya.

(وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ) (الأعراف : 204 )

204. Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat[591].

[591]. Maksudnya: jika dibacakan Al Quran kita diwajibkan mendengar dan memperhatikan sambil berdiam diri, baik dalam sembahyang maupun di luar sembahyang, terkecuali dalam shalat berjamaah ma'mum boleh membaca Al Faatihah sendiri waktu imam membaca ayat-ayat Al Quran.

Jangan dok bernasyid je....
القران كلام الله
فاستمعوا يا حبيب الله
Kitab alqur'an , al Qur'an Ya Alqur'an.....

Nanti bila Mungkar dan Nakir akan bertanya: وما اِمَامٌكَ ؟ , nak jawab ape?..

6. Solat Terawikh.

7. Solat malam,

قُُمِِ الَيلَ الَّا قَلِيلاً
2. bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari[1525], kecuali sedikit (daripadanya),

[1525]. Sembahyang malam ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat ke 20 dalam surat ini. Setelah turunnya ayat ke 20 ini hukumnya menjadi sunat.


8. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
- Jauhi kata-kata yang boleh menyebabkan syirki.

p/s : Kepada Pengundi Permatang Pasir...Ingat tunaikan amanah anda....Puasa yang sebenarnya ialah menahan diri dari terlibat dengan perkara yang di murkai Allah. Undi anda adalah amalan anda...pilihlah calun berdasarkan Islam.

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Al Mubarak



Tok Jiring 23 Ogos 09. Semasa berada di kampong , sempat mendengar kuliah suboh di Masjid Wakaf Tengah.

Antara nya ayat berpuasa:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) (البقرة : 183

Perintah Allah dengan seruan yang lunak menyeru orang yang baik-baik, iaitu orang yang beriman untuk mendapat taraf ketinggian iaitu " TAQWA " dikalangan hamba-hamaba Allah ialah denagn berpuasa, sebagai mana para pilihan Allah yang pernah berpuasa dan mereka telah pun mendapat anugerah itu.

(رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ) (آل عمران : 8 )8.

(Mereka berdoa):

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)."

Selalu beringat bahawa hidup ibarat roda, ada putarannya yang perlu dilalui.seumpama hari ahad hari ini tidak sama dengan hari ahad minggu hadapan. Badan kita pada hari ahad ini tidak sama dengan hari ahad bulan hadapan, kekuatan kita pada hari ini tidak sama dengan ahad seterusnya...jadi fikir-fikirkan lah.

Firman Allah :


إِنَّ السَّاعَةَ ءاَتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى) (طه : 15 )


15. Segungguhnya hari kiamat itu akan datang Aku merahasiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan.

Mudah mudahan Ramadhan kali ini merupakan kali yang terbaik...InsyaAllah.

Saturday, August 1, 2009

ISLAM MESTI DI TEGAKKAN






MADAH.Suboh 2 ogos 2009.
Warga Madah di ingatkan agar terus Istiqamah bersama dengan Islam.Walaupun Islam sntgiasa di musuhi da di momokkan. Namun Islam adalah agama dan sistem hidup yang cintakan keamanan dan ketenangan serta keadilan.

Demikianlah antara ucapan Dato' Ustaz Hj Abu Bakar Cik, dalam kuliah suboh di Madah. berpandukan wirid yang selalu di baca:

اللهم انت السلام ومنك السلام واليك يعود السلام فحينا ربنا بالسلام وادخلنا الجنة دار السلام
تباركت ربنا وتعاليت يا ذالجلال والاكرام

Ya Allah engkaulah yang menyelamatkan, dan dari sisiMulah keselamatan.
Kepada Mu jualah kembalinya keselamatan.
Maka hidupkanlah kami , wahai Tuhan dengan selamat.
dan masukkanlah kami keSyurga yang bernama " Salam"
Maha suci engkau wahai Tuhan yang penuh ketinggian dan kebesaran lagi penuh kemuliaan.

Sunday, July 12, 2009

JOM AMALKAN SUNNAH







7 Sunnah nabi perlu dijaga..


Jaga 7 sunnah Nabi Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.


Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.


Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama, tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.




Kedua, membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat, jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima, jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam, jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme

Saturday, July 11, 2009

KULIAH TAUHID JUL 09

KULIAH TAUHID JUL 09
Beriman kepada Malaikat:

Beriman dengan betul:Tafsil bukan Ijmal.
ciri-ciri Malaikat:
1. Dari cahaya
2.Tidak derhaka kepada Allah.
3.Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan Allah.

Manusia ada 2 unsur : unsur binatang dan unsur Malaikat: Justru itu manusia kena ambil sifat Malaikat seperti tidak derhaka dan sentiasa tunaikan amanah.

Perlu bentuk diri agar mempunayi sifat-sifat ketaatan.

Beriman kepada Malaikat suatu kewajipan.Juga beriman dengan sifat-sifat malaikat. Umpamanya Jibril ada sayap, 600 sayap.

Ciri-ciri nya ada dalam qur'an dan hadis Nabi.

Firman Allah:



(آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ) (البقرة : 285 )

285. Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (Mereka berdoa): "Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."
(وَتَرَى الْمَلَائِكَةَ حَافِّينَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَقُضِيَ بَيْنَهُم بِالْحَقِّ وَقِيلَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ) (الزمر : 75 )
75. Dan kamu (Muhammad) akan melihat malaikat-mmlaikat berlingkar di sekeliling 'Arsy bertasbih sambil memuji Tuhannya; dan diberi putusan di antara hamba-hamba Allah dengan adil dan diucapkan: "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."
(



Malaikat sentiasa mengurus kehidupan manusia.

(فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللّهَ رَمَى وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلاء حَسَناً إِنَّ اللّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ) (الأنفال : 17 )

17. Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah ) yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Hubungan Malaikat dengan Manusia:
(

Bila Nutfah( benih) masuk kerahim wanita, Allah perintah Malaikat yang menjaganya sehingga lahir.

Adapun hakikat Malaikat, Allah sahaja yang mengetahuinya.
Allah cerita apa yang mampu difikirkan oleh manusia sahaja , demi untuk kebaikan manusia di dunia ini.

Mukmin yang sebenar tetap mengaku apa sahaja yang diterangkan Allah samada secara pendek atau panjang, tiada haloba untuk menambah atau mengurangkan apa sahaja demi mencari redha Allah sahaja.
Sifat kejadian Malaikat:

4. Dijadika terlebih dahulu dari manusia.


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ) (البقرة : 30 )



Khalifah dijadikan untuk berpolitik


Syarat Khalifah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا

وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ) (البقرة : 30
1.Tasbih( aqidah sempurna)
2. Tahmid( Syukur )melaksanakan
3. Tasauf ( Akhlaq)
Kalau dilantik juga , maka rosaklah dunia.
Khalifah bukan hadiah tetapi ujian dan amanah
Hadiah tidak di uji...Malaikat ingat hadiah , rupanya tidak.

Ulasan:
Orang melayu masih lemah berpolitik , jika tidak memahami ayat ini..
Kita hanya boleh bercakap tetapi tidak boleh laksanakan.Justru itu perlunya kuasa khalifah atau kuasa politik.

Kejadian manusia, Malaikat dan Jin dari unsur berbeza, hikmatnya untuk memudahkan kehidupan manusia, agar tidak perlu berebut bagi mencari rezki.

Oleh itu Malaikat yang mengurus manusia tidak akan mempunyai apa-apa kepentingan.Mereka hanya patuh dan melaksanakan perintah Allah untuk di sampaikan kepada manusia.

Friday, July 10, 2009

TEAM CAMAR


Sumber air dari Telaga
untuk kegunaan harian.

SU Bt 8 dengan Peg Khidmat Dun
P.Panjang

Isteri tuan rumah bersama sebahagian 14 orang anak anak
Suami baru keluarpergi main kompang bersama 6 anaknya

Team CAMAR



Bumbung tercabut

Setelah dipasang kayu

Atap sedang di pasang

Cost kayu dan zing RM500.00

Peg Khidmat Dun PasirPanjang bersama Team CAMAR

Sabtu: 11 Jul 09.
9.00 Pagi .Lokasi Sebuah rumah UBN di Tanjung Kepah.Team CAMAR ( Cakna Masyarakat)
Program berakhir jam 12.30 .

Maklumat:

Team CAMAR ditubuhkan pada 11 Jul 09 jam 10 pagi...Siapa berminat menjadi Ahli sila hubungi Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang.
atau SMS 019 5065543 atau 0134220773
Bilangan terhad.....

Firman Allah dalam Surah Al baqarah:

(لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاء والضَّرَّاء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ) (البقرة : 177 )

Bermaksud:

177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. Asbabun nuzul

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Qatadah menerangkan tentang kaum Yahudi yang menganggap bahwa yang baik itu shalat menghadap ke barat, sedang kaum Nashara mengarah ke timur, sehingga turunlah ayat tersebut di atas (S. 2: 177).
(Diriwayatkan oleh Abdur-razzaq dari Ma'mar, yang bersumber dari Qatadah. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Abil 'Aliyah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa turunnya ayat ini (S. 2: 177) sehubungan dengan pertanyaan seorang laki-laki yang ditujukan kepada Rasulullah SAW tentang "al-Bir" (kebaikan). Setelah turun ayat tersebut di atas (S. 2. 177) Rasulullah SAW memanggil kembali orang itu, dan dibacakannya ayat tersebut kepada orang tadi. Peristiwa itu terjadi sebelum diwajibkan shalat fardhu. Pada waktu itu apabila seseorang telah mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abduhu wa rasuluh", kemudian meninggal di saat ia tetap iman, harapan besar ia mendapat kebaikan. Akan tetapi kaum Yahudi menganggap yang baik itu ialah apabila shalat mengarah ke barat, sedang kaum Nashara mengarah ke timur.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir yang bersumber dari Qatadah.)