SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Al Mubarak



Tok Jiring 23 Ogos 09. Semasa berada di kampong , sempat mendengar kuliah suboh di Masjid Wakaf Tengah.

Antara nya ayat berpuasa:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) (البقرة : 183

Perintah Allah dengan seruan yang lunak menyeru orang yang baik-baik, iaitu orang yang beriman untuk mendapat taraf ketinggian iaitu " TAQWA " dikalangan hamba-hamaba Allah ialah denagn berpuasa, sebagai mana para pilihan Allah yang pernah berpuasa dan mereka telah pun mendapat anugerah itu.

(رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ) (آل عمران : 8 )8.

(Mereka berdoa):

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)."

Selalu beringat bahawa hidup ibarat roda, ada putarannya yang perlu dilalui.seumpama hari ahad hari ini tidak sama dengan hari ahad minggu hadapan. Badan kita pada hari ahad ini tidak sama dengan hari ahad bulan hadapan, kekuatan kita pada hari ini tidak sama dengan ahad seterusnya...jadi fikir-fikirkan lah.

Firman Allah :


إِنَّ السَّاعَةَ ءاَتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى) (طه : 15 )


15. Segungguhnya hari kiamat itu akan datang Aku merahasiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan.

Mudah mudahan Ramadhan kali ini merupakan kali yang terbaik...InsyaAllah.

No comments: