SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Thursday, September 3, 2009

KHUTBAH RAMADHAN

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelma, saya ingin mengajak saudara sekelian untuk kita menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan takwa dengan cara kita mengukuhkan sifat takwa yang ada dalam diri kita disamping melaksanakan ibadah puasa dengan cara yang terbaik serta melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya dengan penuh kesungguhan dan Istiqamah. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Sesungguhnya Allah subhaanahu wata‟ala menyatakan bahawa dengan melaksanakan ibadah puasa dengan kesungguhan, kita akan memperolehi darjat ketakwaaan di sisi Allah subhaanahu wata‟ala. Menjadi suatu yang lumrah kepada insan, saban tahun apabila hadirnya Ramadan, kita diperingatkan secara berulang-ulang kalimah “La’allakum Tattaqun” (supaya kamu bertakwa). Namun, yang menjadi persolaannya, sudahkah kita mencapai ke tahap takwa itu setiap kali datang dan berakhirnya Ramadan?
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah subhaanahu wata‟ala atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua khususnya nikmat Islam dan kehidupan. Maka dengan nikmat tersebut dapt kita meneruskan usaha dan tenaga kita menyediakn bekalan-bekalan yang sepatutnya untuk dibawa ke alam Akhirat. Ingatlah, sesungguhnya segala nikmat kurniaan Allah ini merupakan amanah Allah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Di antara nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya ialah nikmat ketika berada di bulan Ramadan. Inilah bulan yang Allah akan membuka seluas-luasnya pintu rahamat, keampunana, pembebasan dari azab neraka dan hidayah, istimewa untuk hamba-hambaNya yang ingin melakukan perubahan dalm kehidupan hidup dan bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”
Di dalam bulan Ramadan juga Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada hambanya yang tekun melaksanakan kebaikan. Ini berdasarkan sebuah Hadis daripada Salman r.a katanya, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadan dengan sesuatu dari perkara kebajikan samalah seperti dia mengerjakan suatu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan Ramadan, samalah seperti dia menunaikan tujuh puluh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain.”
Bahkan Allah SWT juga menjanjikan pengampunan terhadap segala dosa yang pernah dilakukan oleh hambaNya berdasarkan kepada sebuah Hadis dairpada Abu Hurairah r.a , Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadan penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai hamba Allah yang beriman, wajib bagi setiap dari kita menjadikan bulan Ramadan sebagai medan untuk kita mengislahkan dan memuhasabahkan diri supaya menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar beriman dan muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sejarah kegemilangan Islam yang lalu menunjukkan, melalui madrasah Ramadan yang disediakan oleh Allah subhaanahu wata‟ala, telah melahirkan para sahabat Nabi dan juga muslim yang bertakwa, berakhlak mulia, memiliki iman yang kental dan berhati luhur.
Melalui ibadah puasa yang dilakukan dengan kesungguhan dihiasi pula dengan amalan-amalan ibadah yang lain seperti menyantuni golongan fakir, miskin dan anak-anak yatim dengan amalan bersedekah, memperbanyakkan membaca Al-Qur‟an, berzikir, bertarawih, berqiamullail dan lain-lain, sebenarnya ia merupakan ubatan yang paling mujarab untuk membersihkan jiwa kita daripada kuman-kuman Mazmumah disamping mendorong kita kepada kehidupan yang bahagia dan diredhai Allah subhaanahu wata‟ala.
Dari Abd. Rahman bin Auf telah berkata, bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memfardhukan puasa Ramadan dan sunat bagi kamu menghidupkan malamnya, maka sesiapa yang berpuasa dan melakukan ibadah Qiam (ibadah malam) disertakan dengan keimanan dan kerna menuntut keredhaan Allah, nescaya keluar dosa-dosanya (yakni ibadah-ibadah tersebut membersihkan dirinya daripada dosa-dosanya sehingga menjadi) seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Demi memastikan ibadah puasa Ramadhan tahun ini benar-benar memberi reformasi yang besar dalam diri kita. Persediaan dan persiapan yang cukup rapi mesti kita lakukan demi mencapai hasrat tersebut. Antaranya ialah:
1. Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kefahaman yang mendalam terhadap ibadat puasa yang akan kita lakukan. Ini boleh dilakukan dengan kita menghadiri kuliah-kuliah ilmu di Masjid dan Surau. Penyertaan kita di dalam majlis ilmu akan meningkatkan pengetahuan kita berkaitan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahala puasa. Sekiranya seseorang itu berpuasa dalam keadaan mengetahui dan memahami batas-batasnya maka ibadah pusanya akan lebih bermakna dan memperolehi ganjaran pahala. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan sedang ia mengetahui batas-batas larangannya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan
sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu akan dimapunkan dosa yang lalu).”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada di kalangan masyarakat kita yang cukup menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dengan mengelakkan diri daripad makan dan minum namun, dalam masa yang sama mereka masih melakukan maksiat kepada Allah subhaanahu wata‟ala. Sebagai contoh, terdapat sesetengah individu yang rajin berpuasa teteapi tidak menunaikan solat, berjudi dan mendedahkan aurat. Akibatnya ibadah puasanya menjadi sia-sia, hanya sekadar berlapar dan dahga sahaj, tetapi tiada pahal yang diperolehi kerana masih lagi melakukan larangan Allah subhaanahu wata‟ala. Ingatlah amaran Nabi SAW melalui sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya, nabi SAW telah bersabda:
“Berapa ramai orang yang berpuasa, sedang puasanya tidak diterima Allah melainkan hanya lapar dan dahaga semata-mata.”
(Ad-Darami)
2. Persediaan yang rapi mestilah kita lakukan sebelum kedatangan bulan Ramadan itu sendiri. Ini dapat kita lihat apabila Nabi sallAllahu „alayhi wasallam melakukan persediaan yang terbaik dengan melakukan ibadah puasa sunat Isnin dan Khamis secar tetap bahkan baginda akn lebih kerap berpuasa sunat apabila datng sahaj bulan Sya‟ban. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Saidatina Aishah r.a pernah menyatakan dengan maksudnya:
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu „alayhi wasallam menyempurnakan puasa sebulan melainkan bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak dari bulan Sya‟ban.”
6
3. Menghidupkan rasa rindu, cinta dan seronok dengan kehadiran Ramadan yang semakin hampir dengan memperbanyakkan doa dan pengharapan terhadap Allah subhaanahu wata‟ala. Nabi sallAllahu „alayhi wasallam apabila masuk sahaja bulan Rejab, maka para sahabat kerap mendengar Nabi berdoa dengan penuh pengharapan semoga bertemu Ramadan. Ini berdasarkan kepada hadis riwayat At-Tibrani, dari Anans bin Malek r.a berkata, Nabi Muhammad SAW biasanya berdoa semasa melihat anak bulan Rejab dan Sya‟ban secar khusus seperti berikut:
“Ya Allah, Ya Tuhan kami, limpahkanlah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya‟ban dan sempurnakanlah kami (dengan selamat) ke bulan Ramadan”.
Marilah kita memastikan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik berbanding Ramadan yang lalu dengan kita melakukan perkara yang dinyatakan tadi. Jadikanlah Ramadan sebagai bulan pesta ibadah dengan kita melakukan persiapan yang terbaik untuk merebut ganjaran-ganjaran yang amat banyak yang Allah janjikan sepanjang bulan berkat ini. Janganlah jadikan Ramadan sebagai pesta judi, hanya sibuk memilih minuman dan juadah berbuka puasa sepanjang sebulan berpuasa.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”
(Al-Baqarah ayat 183 - 184)

1 comment:

~PakKaramu~ said...

Salam lailatul qadar untuk anda