SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, January 31, 2009

DI RUMAH REHAT MARA


Photo semasa majlis BBQ di rumah Mara lumut

Photo kenangan semasamajlis aqiqah di MADAH

Jam 9.00 pagi tika berada di rumah MB , Azam ada call, "Abang Daud"jemput ke majlis BBQ, di rumah Mara, kat tepian laut di hadapan Pusat latihan Jururawat Lumut.

Sesampai jekat rumah setelah sehari suntuk kat Ipoh, terus je ajak Umi dan Ahi pergi..."Jom makan ada jemputan"!!.
Lepas bersiap terus je bawa kancil .Ini jemputan ke dua Abang Daud, untuk ahli MADAH.

Mula sampai kat kaki bukit Ungku Bungsu...tak ada siapa pun, pas tu pusing balik ikut tepi laut sebelum pintu gateTLDM dan jumpa.

Kelihatan Tn Hj Noh ,En Zul ,En shafie, En Mizi dah ada bersama isteri dan anak-anak masing-masing , sedang makan kambing bakar.

Masa makan sempat bincang dengan mereka untuk ke rumah Hj Abd Hadi, yang akan mengadakan Majlis kenduri perkahwinan anak sulong mereka di Tasik Perdana KL esok.Oleh kerana semua orang ada hal, akulah yang akan jadi wakil untuk mereka semua.
InsyaAllah, walaupun jauh, tetapi kawan...akan ku cari gerangan di mana rumahnya esok...Insyallah jumpalah tu.

Saturday, January 17, 2009

PROGRAM AQIQAH BULAN JAN 09


Lembu di baringkan

Selesai sembelih

Sedang dilapah

di Ikat untuk disembelih

MADAH- 18 Jan 2008.

Alhamdulillah, disuasana keceriaan menerima kemenangan P036 Kuala Terengganu, selepas Kuliah suboh, Ajk dan semua warga MADAH telah berjaya mengadakan gotong royong bagi menyempurnakan sebahagian hajat sahabat-sahabat yang melakukan Aqiqah pada jam 9.00. pagi.

Pada malamnya akan di adakan satu program ceramah sempena Muharram 1430h.

Antara aturcaranya;

PENCERAMAH: AL FADHIL US NAZRI BIN MOHD NOOR
(DARI MRSM GRIK )

SOLAT MAGRIB BERJAMAAH
JAMUAN AQIQAH

SOLAT ISYAK & SOLAT SUNAT HAJAT
( ALLAH SELAMAT PALESTIN)
CERAMAH BERMULA


SEMUA DI JEMPUT HADHIR

"Hijrah mencari Redha Allah"

Pihak MADAH mengucapkan jazakallahu khairan Kathiran kepada semua
yang terlibat bagi menjayakan
program aqiqah pada
kali ini.


Wassalam.

ISLAM UNTUK SEMUA



PRK KT : PENGUNDI TIONGHUA TERENGGANU TOLAK PAS ~ Ref Malaysiakini

Keyakinan tinggi bahawa PAS akan berjaya menawan hati pengundi Tionghua Kuala Terengganu tidak menjadi kenyataan apabila PAS tewas di semua peti undi yang majoritinya pengundi Tionghua.

Peti Undi Kampung Cina di mana 82.6 % pengundinya kaum Tionghua PAS hanya memperolehi 668 undi sedangkan BN memperolehi 1,125 undi. Satu kekalahan teruk dengan majoriti 457. Kekalahan ini lebih teruk dari PRU 2008 di mana PAS tewas dengan 396 undi sahaja.

Peti Undi Pulau Kambing BN mendapat 1,123 undi PAS hanya mendapat 958 undi.

Peti Undi Pejabat Bandaran, PAS tewas dengan majoriti 200 undi di mana BN mendapat 861 undi manakala PAS memperolehi 681 undi.

Peti Undi Paya Bunga pula menyaksikan BN menang bergaya dengan mendapat 969 undi berbanding PAS yang hanya memperolehi hanya 759 undi).

Dari keputusan di atas ternyata kerja keras jentera Kelab Penyokong PAS, DAP, PKR serta PAS Kelantan yang berkampung di kesemua peti undi di atas tidak memberikan impak yang besar kepada sokongan pengundi Tionghua kepada PAS.

Sedangkan sebelum hari pengundian PR begitu yakin mereka akan mendapat membuat kejutan di kesemua peti-peti undi majoriti Tionghua.

Pemimpin-pemimpin besar DAP dan PKR seperti YAB Lim Guan Eng, YB Lim Kit Siang, YB Anwar Ibrahim dan lain-lain semuanya berkampung di sana dan masyarakat setempat juga memberikan sambutan yang hebat dan diluar dugaan. Namun begitu mereka tidak berani menterjemahkan sikap dan sokongan mereka di dalam peti-peti undi.

Suatu post mortem yang rapi dan menyeluruh mesti dilakukan bagi mengenalpasti sebab musabab mengapa pengundi Tionghua Terengganu masih sangsi dan takut-takut untuk mengundi PAS berbanding dengan rakan-rakan di mereka di Pantai Barat khususnya di Selangor, Perak dan Kedah.

PAS juga mesti mengkaji dan menilai apakah taktik dan strategi yang digunakan oleh BN sehingga mampu mengekalkan sokongan kaum Tionghua Terengganu kepada mereka. Samada taktik dan strategi itu mengikut lunas-lunas undang-undang atau bertentangan dengannya mesti dikaji untuk kita menyekat kemaraan BN di peti-peti undi Tionghua pada mana-mana pilihanraya akan datang.

NASRUM MINALLAH !!!!


Saat yang ditunggu..pertolongan Allah

KUALA TERENGGANU, 17 Jan: Ia bermula sejak jam 3 petang apabila berita kononnya 70 peratus pengundi Cina pergi ke pondok panas PAS dan tidak ke pondok BN di pusat-pusat pengundian.

Namun, keputusan sebenar mulai di rasai jam 5.00 petang selepas semua pusat pembungan undi mula ditutup dengan rasminya.

Ketika itu, selepas menghubungi beberapa pemimpin PAS, dirasai dengan jelas keputusan akan memihak kepada PAS. Tambahan pula apabila disahkan peratusan keluar mengundi tidak melebihi 80 peratus iaitu 10 peratus kurang dari yang dijangkakan oleh SPR sendiri.

"Nampaknya bulan akan mengambang di Kuala Terengganu," kata saya kepada emak saudara Datuk Wan Ahmad Farid (calon BN) di Kuala Lumpur yang sejak pagi ingin benar tahu apakah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Pada paginya, emak saudara Wan Farid itu menelefon saya memberitahu, "Zul, Wan Farid kata, bulan akan gerhana di Kuala Terengganu."

Saya memberitahu beliau perkara ini kira-kira jam 5.15 petang dalam perjalanan ke Markas Besar PAS di Kuala Ibai.

Di Kuala Ibai, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah berada di situ. Dia nampaknya orang yang kedua masuk ke bilik mesyuarat utama pejabat PAS itu selepas saya.

Di situ sudah ada layar besar yang menayangkan penjumlahan undi yang diperolehi oleh PAS dari agen-agen pengiraan undinya di seluruh pusat pengiraan undi yang diadakan di pusat pengundian.

Tepat jam 5.30 petang, dua keputusan samapi serentak. Kedua-duanya menghasilkan keputusan PAS kalah dengan 33 undi. Selepas itu, keputusan datang bertalu-talu.

Pada jam 6.00 petang, PAS menang dengan majoriti 114 undi. Pada jam 6.30 petang, keputusan undi pos diperolehi. Ia menyebabkan PAS kalah 483 undi. Undi pos itu menunjukkan PAS hanya mendapat 86 undi, naik 3 undi berbanding pilihan raya Mac lalu apabila PAS hanya mendapat 83 undi.

Tepat jam 7.01 malam, mula jelas kelihatan trebnd bahawa PAS akan menang. Ketika itu, PAS mula menang 158. Sejak itulah, undi PAS terus meningkat dan meningkat.

Dalam masa yang sama, isteri saya yang berada di rumah memaklum, TV3 menyiarkan keputusan yang menunjukkan BN menang dan terus menang hinggalah keputusan rasmi diumumkan jam 9.30 malam bahawa calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan undi 2, 631 undi.

Kalau ditanyakan, saya akan berkata kejayaan yang dicapai oleh calon PAS ini adalah hasil kerjasama semua pihak khasnya parti-parti Pakatan dalam membantu calon PAS.

Di kalangan jentera PAS pula, saya rasa antara yang terbaik adalah jentera penerangannya yang dipimpin oleh Muhyidin Abdul Rashid.

Dari Pusat Khidmat PAS Dun Alor Limbat, mereka menerbitkan pelbagai jenis bahan penerangan mulai dari Buletin Kuala (yang dibuat versi palsu oleh jentera BN), siri VCD yang terbit setiap hari oleh pasukan Tvpas yang berkampung di situ sejak 31 Disember hinggalah iklan-iklan bersiri yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.

Pujian juga harus diberikan kepada sidang media harian yang dibuat oleh PAS di Markas Besar PAS di Kuala Ibai yang banyak sekali menjawab dan menyerang segala aktiviti BN sepanjang kempen pilihan raya ini. Juga pasukan IT PAS yang banyak membantu jentera dan lain-lain pasukan yang sememangnya hebat belaka.

Pendek kata, semuanya kerana perpaduan dan persefakatan di kalangan parti Pakatan dan jentera pilihan raya.

ALLOHOMMAN SURIL MUJAAHIDINA FI TERENJAANU

Rasmi: PAS rampas kerusi Parlimen KT Jan 17, 09 9:59am

9.29 malam Pengumuman rasmi dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan.

9.25 malam Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi.Calon bebas pula mendapat 193 undi.

9.12 malam Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada bila-bila sekarang. Tiada pemimpin Umno kelihatan di Stadium negeri. Dan hanya calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut berada di situ.

kuala terengganu by election results 2009 170109 bm version9.10 malam Tidak rasmi - PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira. Pegawai pengurus pilihanraya telah memanggil semua calon naik ke pentas.

9.08 malam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin tinggi yang lain dalam perjalanan ke Stadium Negeri untuk pengumuman keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Sehingga ini, calon PAS masih mendahului pengiraan undi.

8.55 malam Ribuan penyokong PAS mula membanjiri Stadium Negeri untuk menunggu pengumuman keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Dengan tinggal kurang daripada 10,000 undi lagi yang dibelum dikira, calon PAS sedang mendahului dengan kira-kira 1,700 undi.

8.50 malam Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu bahawa calonnya memenangi pengundian di kesemua empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan mengadakan sidang akhbar sebentar lagi.

8.45 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 28,249 undi, BN mendapat 26,498 undi. PAS mendahului dengan 1,751 undi. Calon bebas mendapat 160 undi.

8.35 malam Dengan kira-kira baki 10,000 undi lagi yang belum dikira, PAS semakin jelas akan memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

8.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,976 undi manakala BN mendapat 24,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,132 undi.

8.25 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 26,971undi manakala BN mendapat 23,839 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,182 undi.

8.20 malam Keputusan tidak rasmi - Sumber-sumber BN percaya PAS akan berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Ini memandangkan hanya tinggal baki 15,125 undi lagi yang belum dikira. Sehingga ini, PAS dipercayai menang di semua empat DUN.

8.16 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

8.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS memenangi pengiraan undi bagi Dewan Undangan Negeri Bandar dengan majoriti 190 undi.

8.00 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 23,640 undi, BN mendapat 21,614 undi. PAS mendahului dengan 2,026 undi. Calon bebas mendapat 136 undi.

7.50 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 22,030 undi, BN mendapat 20,476 undi. PAS mendahului dengan 1,554 undi. Calon bebas mendapat 134 undi. Sehingga ini 43,000 undi telah dikira.

Di pusat perjumlahan SPR pula, selepas 50 kotak undi dikira, BN mendapat 11,120 undi, PAS 10,802 undi dan bebas 69 undi. Sejumlah 64 kotak lagi dalam perjalanan.

7.40 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 19,487 undi, BN mendapat 18,480 undi. PAS mendahului dengan 1,007 undi. PAS mendahuli di semua DUN. Ini bermakna lebih 50 peratus undi telah dikira, berdasarkan 79.3 peratus pengundian hari ini atau 63,967 yang keluar mengundi.

7.30 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 18,934 undi, BN mendapat 17,907 undi. PAS mendahului dengan 1,027 undi.Calon bebas mendapat 113 undi.

7.25 malam Keputusan tidak rasmi - Daripada 38,000 undi yang dikira sehingga ini, PAS mendahului dengan majoriti 1,078 undi.

7.22 malam Keputusan tidak ramsi - PAS mendapat 17,573 undi, BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan 778 undi.

7.20 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 17,531 undi manakala BN mendapat 16,795 undi. PAS mendahului dengan majoriti 778 undi. Bebas pula mendapat 107 undi.

7.15 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,475 manakala BN mendapat 16,018 undi. PAS mendahului dengan 457 undi. PAS juga mendahului dengan majoriti 758 undi di Wakaf Mempelam, 355 undi di Bandar dan 308 undi di Batu Burok. BN mendahului dengan 9 undi di Ladang.

7.10 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 16,237 undi manakala BN mendapat 15,707 undi. Calon bebas mendapat 89 undi.

7.05 malam Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644 undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

7.02 malam Keputusan tidak rasmi - BN mendapat 1,039 undi manakala PAS mendapat 86 undi. Calon bebas mendapat 1 undi.

7.00 malam Pada umumnya, PAS mendahulu di Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dengan marginyang besar. Di bandar dan Ladang pula, PAS mendahului dengan margin yang kecil.

6.55 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 13,095 undi manakala PAS mendapat 13,042. Calon bebas mendapat 72 undi.

6.50 ptg Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi.

6.30 ptg Keputusan tidak rasmi - daripada 14,379 undi yang telah dikira sehingga ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 259 undi. 80 peratus lagi undi dalam proses pengiraan.

5.00 ptg Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bermula jam 8 pagi ini, ditutupkan tepat jam 5 petang ini.

Kesemua kertas undi akan dikira di 143 saluran sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini.

4.30 ptg Sebanyak 76 peratus pemilih telah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi.

4.00 ptg Pengerusi Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan beliau 'ditahan' skuad pemantau PAS kerana menyamar sebagai agen tempat mengundi. Berita mengenainya di siarkan dalam Harakahdaily.net hari ini, yang mendakwa Azeez ditahan ketika keluar dari tempat mengundi di SK Pusat Cabang Tiga. Ketika dihubungi Malaysiakini, Azeez berkata ia adalah satu fitnah kerana beliau sepanjang masa berada di pondok panas Tok Ku di DUN Bandar.Baca berita lanjut

2.45 ptg Dua jam lagi menjelang tamat tempoh mengundi pada jam 5 petang, petugas dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding ramai semula. Pengundi mula mengundi selepas waktu makan tengahari. Bagaimanapun, jumlah mereka kurang daripada pagi tadi dan jalan-jalan juga agak lengang.

2.00 ptg Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) menyifatkan jumlah 42 peratus pemilih yang telah mengundi sehingga tengahari tadi sebagai perkara biasa. Badan itu belum menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini berlaku sehingga ini, kata Pengarah Mafrel, Kol (B) Shahrudin Othman.

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school1.30 t/hari Satu pergaduhan kecil dilaporkan berlaku antara penyokong Umno dan Pakatan Rakyat di depan Sekolah Menengah Gong Kapas tengahari tadi. Baca berita lanjut.

1.00 t/hari Kemeriahan penyokong petugas BN dan PAS yang dari Terengganu jelas kelihatan di jalan dan tempat membuang undi. Menurut penduduk, pilihanraya umum lalu tidak semeriah hari ini. Penyokong PAS bertakbir dan berselamat, manakala penyokong BN melaungkan gelombang biru.

12.40 t/hari Di DUN Batu Buruk, PKR menyediakan sukarelawan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian di sana. Menurut ketua bahagian PKR Batu Burok, Zarawi Embong berkata, keadaan seperti pesta apabila kedua belah pihak bersorak ria antara satu sama lain.

kuala terengganu by election 170109 polling day queue12.30 t/hari Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai.

12 t/hari Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang.

11.40 pagi Menurut pengerusi tugas-tugas khas Umno bahagian bagi pilihanraya kecil Parlimen Terengganu, Syed Abdul Rahim Tuan Besar berkita, pemantauan pihaknya di Gong Kapas, DUN Ladang, mendapati kira-kiro 40 peratus pemilih di situ telah keluar mengundi sehingga ini. Katanya, semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingin berlaku.

kuala terengganu by election 170109 polling day wheelchair11.15 pagi Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas.

11 pagi Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar.

10.30 pagi Proses pengundian di kebanyakan pusat tempat di DUN Bandar dilaporkan perlahan. Keadaan lalulintas juga tidak sesak. Menurut pekerja PKR di situ, setakat ini semua berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

9.50 pagi Di pusat pengundian di Dewan Tunku Abd Rahman, dalam DUN Bandar, di mana sebahagian besarnya pengundi Cina, ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka pagi ini. Terdapat kira-kira 50 penyokong kedua parti di situ tetapi keadaan terkawal.

kuala terengganu by election 170109 polling wan farid 019.00 pagi Di SK Pusat Chabang Tiga station, kira-kira 100 penyokong PAS dan Umno berada di tepi jalan membawa sepanduk dan mengebar bendera parti masing-masing. Mereka saling melaung antara satu sama lain. Penyokong PAS melaungkan ' Allahu-akbar' dan dijawab oleh penyokong Umno dengan laungan "PAS kluk klek", "PAS bohong."

8.50 pagi Sekumpulan besar penyokong BN yang membawa bendera parti, mula berkumpul di luar SK Bukit Besar. Kedengaran laungan Allahu-akbar dan 'Hidup BN'.

8.30 pagi Keadaan cuaca dilaporkan baik di seluruh Kuala Tetangganu pagi ini. Anggota polis yang ramai kelihatan mengawal di luar beberapa pusat-pusat mengundi.

kuala terengganu by election voting day 170109 wahid voting8.15 pagi Selepas mengundi Wan Farid memberitahu pemberita: "Insya-Allah, pengundi akan mengundi dengan bijak dan memilih kesinambungan melalui BN".

7.50 pagi Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid tiba untuk mengundi SK Bukit Besar. Beliau tiba bersama isterinya, Toh Puan Intan Baizura. Mereka mengundi pada jam 8.05 pagi.

7.45 pagi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tiba di pusat pengundian di SK Pusat Chabang Tiga untuk mebuang undi. Beliau ditemani isterinya dan lima daripada sembilan orang anaknya. Mohd Abdul Wahid berkata beliau datang awal untuk menjadi orang pertama mengundi di situ.

Friday, January 16, 2009

KHUTBAH JUMAAT


Dunia...lihatlah siapa yang zalim...
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk: "TANGISAN GAZA ".

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini wilayah Palestin semakin sempit hanya tinggal 'sekangkang kera' iaitu semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di bumi Palestin. Hari ini genap hari ke-21, di mana beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera.


Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 dan hingga kini, mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Qur'an. Menurut Doktor Ali Shariati, pakar sosiologi dan penggerak revolusi Iran menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan Yakjuj dan Makjuj adalah merujuk kepada kuasa Barat iaitu Amerika Syarikat dan Yahudi.

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Syeikhul Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa ini melalui bukunya 'Israel fi al-Qur'an wa as-Sunnah', bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.

Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:

Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh."

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Kita amat kesal atas sikap tidak bertanggungjawab Amerika Syarikat yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh kumpulan ini. Kita juga kecewa atas sikap negara-negara kuasa besar lain yang berdiam diri apabila melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam, dan begitu pro-aktif apabila isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam.

Adalah satu hakikat bahawa Islam dan ummah tidak boleh bergantung kepada simpati dan bantuan golongan kuffar. Oleh kerana itulah Allah SWT memberikan kita peringatan bahawa golongan kuffar tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan ummah melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 120:

Maksudnya: " Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Islam mengajar kita bahawa umat Islam adalah bersaudara dan wajib dibela. Amatlah salah, kita membiarkan saudara kita di Palestin menderita, tanpa kita melakukan apa-apa. Sedarlah, bahawa kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama kita. Baitul Maqdis juga adalah tempat Rasulullah SAW Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini dan ia juga tempat yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa.

Justeru itu, mimbar ini menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan saudara kita di Palestin dengan sama-sama mengambil tindakan berikut:

Pertama: Menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan Islam seperti Amal Malaysia, jamaah Islam,dan Ngo berkaitan .

Kedua: Bersama-sama memboikot dan memulau perkhidmatan seperti perbankan, insuran dan dan barangan seperti produk makanan,( Nestle, Milo,Mac Donald dll ) syarikat minyak spt Shell, atau yang mempunyai kepentingan dengan Amerika dan Israel;

Ketiga: Negara-negara OIC dan lain-lain negara serta umat Islam patut menghentikan dan mengelak dari terus menggunakan mata wang dolar dalam sebarang urusan perdagangan;

Keempat: Menginsafi akan bahaya perpecahan kepada ummah dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah di kalangan negara Islam seluruh dunia; dan kembali menghayati Islam didalam semua aspaek kehidupan , samada rumahtangga, masyarakat dan Negara.

Kelima: Tanpa jemu, kita hendaklah berdoa dan berusaha serta mendesak penjenayah perang Gaza di bawa kemuka pengadilan dan terus memburu mereka walau di mana juga.

Muslimin Yang DiMuliakan Allah,

Mungkin sekali imbas amat sukar untuk mengalahkan Israel dan sekutunya, kerana memiliki peralatan ketenteraan dan senjata nuklear yang hebat kecuali dengan kuasa Allah. Oleh itu, mimbar ini juga menyeru:

1. Umat Islam mesti tingkat ibadat dan hindari dosa.

2. Umat Islam mesti kembali kepada Qur’an dan sunnah Rasulnya.

3. Umat Islam mesti kembali bersatu di atas nama Islam

4. Hidupkan masjid-masjid seluruh negara dengan budaya ilmu

5. Mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan kepada pejuang Islam Palestin dan Hamas khususnya, kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel dan sekutunya.

6. Seluruh umat Islam juga diseru agar sama-sama mendo'akan keselamatan dan menyokong Islam dan kepimpinannya di mana sahaja samada didalam negara atau diluarnya.

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

ayat 6

AKHLAQ DENGAN GURU


Sayugia diingatkan pentingnya keberkatan dalam berilmu

- Kerana tiada keberkatan jika banyak ilmu tanpa akhlak

- Jadi bagaimana caranya mendapat keberkatan?

Apakah makna orang yang berilmu dan yang tidak berilmu?


1. Ciri2 orang yang berilmu :

  • semakin takut pada Allah swt
  • semakin dekat pada Allah swt
  • bertambah keyakinan iman
  • merasakan keagungan Allah swt

2. Ciri2 orang yang tidak berilmu :

  • merosakkan kepentingan peribadi sendiri
  • mengeluarkan hukum dengan membabi buta
  • akan nampak. terasa sendiri ilmunya tiada keberkatan
  • kerana ia hanya menjauhkan diri dari Allah

Untuk mendapat keberkatan ilmu, kita harus tahu adab-adab berilmu kerana disepakati para alim-ulama bahawa mengetahui adab2nya berilmu lebih penting dari ilmu itu sendiri.

Adab-Adab Berilmu / Berguru :

  1. Menunjukkan tanda penghormatan pada guru dengan pertuturan, percakapan dan bahasa
  2. Bermuka manis dengan guru. Sabda Nabi SAW: "Senyuman itu suatu sadaqah"
  3. Berikan perhatian penuh pada guru (dlm mempelajari ilmu yang diajarkan)
  4. Datang awal, sambil menunggu guru
  5. Beri salam & bersalaman (jika boleh)
  6. Tanya guru dengan Adab (bkn dengan niat menyindir)

Contoh : Anak2 murid Ibnu Mas'ud sebagai tanda penghormatan berjalan dibelakangnya. Kerana sifat zuhud dan tawadhuknya Ibu Mas'ud, maka dinasihatinya mereka supaya jangan berjalan di depan atau dibelakangnya tetapi berjalanlah seiring dengannya (bersama2)

Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.

Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: "Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya."


Wallahu'alam.

Tuesday, January 13, 2009

BUKTIKAN NIAT KITA


DANA PALESTIN PERAK
Melalui:
BANK ISLAM IPOH
NO. AKAUN :
08013010068281.
Allah jua yang membalasnya .

Monday, January 12, 2009

NILAI DAN KEHORMATAN DIRI

Dari blogs lahfazul Qalbi untuk perkongsian ilmu:

Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana berikut;


Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.

MASALAH PERTAMA:
Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:

a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan di hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqahak ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.

Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib ditutup samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan menaikkan syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.

Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat yang wajib ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.

Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya haram dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka bersetuju mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua anggota ini apabila menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan syahwat.

c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut, bulu kemaluan dan lain-lain.

Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.

MASALAH KEDUA: Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan melihat perempuan.

Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut sebagaimana auratnya di hadapan mahram.

MASALAH KETIGA: Lelaki yang hampir baligh.

Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang ajnabi sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).

MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya

Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia melihat mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.

MASALAH KELIMA: Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar

Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).

MASALAH KEENAM: Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)

Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga bersifat adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

MASALAH KETUJUH: Melihat hamba perempuan

Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang merdeka (lihat masalah pertama).

MASALAH KELAPAN: Melihat kanak-kanak perempuan

Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya.
Diharuskan kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.

Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana faraj kanak-kanak perempuan.

MASALAH KESEMBILAN: Melihat perempuan yang telah tua

Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang telah tua adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.

MASALAH KESEPULUH: Melihat perempuan yang mahram (yang haram dinikahi seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)

Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut mahramnya. Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.

Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.

MASALAH KESEBELAS: Lelaki melihat lelaki

Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut lelaki lain.

MASALAH KEDUABELAS: Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi janggut atau bulu (amrad)

Haram melihatnya dengan syahwat.

MASALAH KETIGABELAS: Perempuan melihat perempuan

Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).

MASALAH KEEMPATBELAS: Perempuan kafir melihat perempuan muslimah

Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan perempuan kafir kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan auratnya kepada lelaki kafir.

MASALAH KELIMABELAS: Perempuan melihat lelaki yang ajnabi

Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah pertama).

MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan yang fasik melihat perempuan yang terpelihara kehormatannya

Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di hadapa perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian (hubungan seks antara perempuan dengan perempuan)

MASALAH KETUJUHBELAS: Suami melihat isteri


Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:

a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya lebih-lebih lagi batin farajnya.

b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.

c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi. Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya (lihat masalah kesepuluh).

MASALAH KELAPANBELAS: Isteri melihat suami

Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).

MASALAH KESEMBILANBELAS: Menyentuh sesuatu yang haram dilihat

Masalah di sekitar hukum ini ialah:
a) Haram menyentuh sesuatu yang haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam masalah-masalah yang lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan dan kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.

b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan berbaring di dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas satu tilam.

Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak lelaki atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik beradik lelaki dan perempuan.

c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika berlapik, maka diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan fitnah dan tidak dengan syahwat.

d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau sesama perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana hajat atau dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih sayang serta bebas dari fitnah dan syahwat.

e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan melihatnya kerana hendak meminang.

f) Hukum berjabat tangan.

i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama:
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata:
" Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.:
"Benar-benar telah bai'at kamu dengan ucapan."
adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dalil kedua:
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan ketika bertemu.

Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.

Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.

g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama perempuan kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau orang yang lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.

h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau sebagainya yang dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala makruh hukumnya melakukan perkara tersebut terhadap orang yang dihormati dari sudut keduniaannya, seperti orang yang berpangkat, orang kaya atau sebagainya.

i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.

j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih sayang.

k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang ilmu agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau mengagungkannya.

l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.


KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT

Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua ini, iaitu:

1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak mengahwininya

2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.

Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk mengenalinya.

4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.

5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:
a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh dipercayai.
b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.

6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar dengan syarat:
a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.
b) Berkeuzuran untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.
c) Ada mahram, suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan tersebut.

7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.

Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.

Kesimpulannya; tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.

Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}
.
Allahu A'lam

Sunday, January 4, 2009

BILA DATANG BERITA DARI ORANG FASIK.....


Kaabah di New York's.....?

DAKWAAN PALSU OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek. Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.

PENAFIAN OLEH YAB

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.

Dinyatakan dalam laporan tersebut, " kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu".

Kata menteri bekenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, " Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat".

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang PRK K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas. Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.
Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.
Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi. Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di PRK K Terengganu pada 17 Januari nanti. Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.


Fikir-fikirlah......