SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, April 9, 2011

TAFAQQUH FI DDIN BULAN APR 2011



<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Firman Allah:

(يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاء إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّى وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِن بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئاً وَتَرَى الْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاء اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ) (الحج : 5 )

Bermaksud: 5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

1.Ayat menunjukkan kekuatan Allah mencipta makhluk

Di cipta daripada tanah, tanah adalah unsur yang mati.Allah jadi di permulaan, maka lagi mudah untuk dijadikan kali kedua.

2. kekuatan Allah cipta manusia dari tanah menjadi nutfah (air mani ) di bina selama 40 hari kemudian alaqah( darah ) kemudian 40 hari lagi menjadi mudghah.( daging)40 hari juga.

Jadi kematian , reput dan kebangkitan semula juga , semua ini adalah sebahagian daripada proses tersebut.

Setitik darah dibuat ujian dan keketahui jenis penyakit.

Lihat anggota kita sendiri:

1. Bila luka kemalangan , tetapi bila tempoh tetentu ia sembuh semula.

2. Kuku dan rambut selepas dipotong, kemudian beberapa masa ia panjang semula.

Oleh itu tiada pelik proses kebangkitan semula.

Kata-kata Syed Qutb:

Proses penciptaan bayi menunjukkan ada Iradah yang mentadbirkan proses-proses tersebut.bertujuan mengangkat manusia sampai ke akhirat.

Sebagaimana bulan, bermula satu garisan sehingalah pernama, kemudian kembali ke garisan asal semula, dan begitulah manusia, bermula bayi , kanak-kanak, dewasa, kemudian kembali seperti kanak-kanak.oleh itu manusia tiada kesempurnaan dan kebahagian sejati, dan untuk menjadi sejadi, ialah bila kita dimatikan dan berada di alam akhirat.Oleh itu manusia perlu dibangkit semula.

Di akhirat nanti tiada lagi orang tua.Lelaki semuanya akan sebaya 33 tahun sementara wanita sebaya 17 tahun.datuk , cucu , bapa dan anak sebaya.itulah kesempurnaan hidup.

Firman Allah:

(لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ) (التين : 4 )

Bermaksud ; “ sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya

Huraian:

Keburukan tidak boleh di ceritakan, samada keaiban diri , dan apa lagi keaiban orang lain.

Maruah termasuk dalam maqasid syriah (yang kelima )

Keaiban yang di buat secara sembunyi dan ia menyesal, Allah akan menyembunyikan kesalahan itu.tetapi kadang-kadang ada manusia yang membuka kesalahan itu.

Hanya hukum islam sahaja ada hukum zina. Mana-mana undang-undang lain hanya lah harus sahaja.dan ia bukan dosa besar.Justru itu kesalahan zina mesti masuk dalam hukum Islam.bukan mahkamah sivil.

Hidup manusia tidak selesai di dunia.Amalan manusia samada baik dan buruk , belum lagi di bayar oleh Allah.kalau tiada kebangkitan manusia akan hidup dalam keadaan sia-sia.

(أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِّن مَّنِيٍّ يُمْنَى) (القيامة : 37 )

(ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّى) (القيامة : 38 )

(فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى) (القيامة : 39 )

(أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَن يُحْيِيَ الْمَوْتَى) (القيامة : 40 )

37. Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim),
38. kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya

39. lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki-laki dan perempuan.
40. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?

Ayat-ayat di atas menunjukkan ada kebangkitan.

Firman Allah :

(وَمِنْ آيَاتِهِ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خَاشِعَةً فَإِذَا أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَاء اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ إِنَّ الَّذِي أَحْيَاهَا لَمُحْيِي الْمَوْتَى إِنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) (فصلت : 39 )

Bermaksud:

39. Dan di antara tanda-tanda-Nya (Ialah) bahwa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, Pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Firman Allah:

(أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ) (المؤمنون : 115 )

Maksudnya:

115. Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Semua hati kecil orang beriaman mesti menjawab, Ya Allah kami semua akan mati dan menghadap mu ya Allah.Tetapi tidak tahu samada ke Syurga atau pun Neraka.

Firman Allah:

(أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَن يُتْرَكَ سُدًى) (القيامة : 36 )

Maksudnya:

36. Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?

Kesimpulan:

Orang yang menafikan kebangkitan semua,

1. Ingkari hikmat penciptaan Allah

2. Ingkari keadilan Allah

3. Ingkari sifat-sifat kesempurnaan Allah.

..Sambung 8 Mei 2011....


No comments: