SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Sunday, January 24, 2010

MAKNA NASAKH


Agaknya ..hukuman yang mana tidak bertamaddun...



24 Jan 2010, Kuliah magrib di Maasjid batu 8 lekir,
Surah albaqarah ayat 106: bermaksud" Apa-apa ayat yang telah kami ubah atau kami lupakan, kami datangkan penggantinya yang lebih baik dari yang terdahulu atau seumpamanya, tidak kah engkau tahu bahawasanya Allah berkuasa di atas segala sesuatu ?

Keterangan berkaitan ayat nasakh dan mansukh:

Nasakh النسخ

Tukar satu hukum dengan hukum yang lain atau meghapuskannya dengan tiada ganti

Apabila kita dapati dua dalil berlawanan dan tidak dapat kita nak himpunkan di dalam satu hukum sudah semestinya kita meneliti keduanya yang mana terdahulu dan yang mana terkemudian.

Kedua dalil itu sama ada al-Quran keduanya, hadis keduanya, atau hadis dan al-Quran.

Maka dalil yang terkemudian menasakh dalil terdahulu, seperti mana bangkitnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم menasakh syariat rasul-rasul terdahulu.

Pengenalan nasakh ( النسخ )

1- di sudut bahasa: hilang/hapus (الإزالة) seperti (نسخت الشمس الظّل) cahaya matahari menghilangkan bayang-bayang. Ada juga dengan makna tukar dan memaling.

Dalil nasakh firman Allah ( {وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَكَانَ آيَةٍ} (النحل: 101Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan),

2- pada istilah (رفع الحكم الشرعي بدليل شرعي متأخر) menukar/mengangkat/mengganti hukum syarak dengan mendatangkan dalil syarak yang terkemudian.

Hukum yang ditukar/yang diganti dinamakan mansukh (المنسوخ). Sementara dalil yang mengganti dinamakan nasikh (الناسخ).

Syarat nasakh (النسخ).

1- tidak termasuk dalam bab nasakh apabila bertemu dua dalil berlawanan sedangkan keduanya boleh dihimpun.

2- hukum yang ditukar hendaklah hukum syarak.

3- dalil yang mengganti hendaklah dalil syarak yang terkemudian daripada hukum yang ditukar.

Peringatan yang dikehendki terdahulu terkemudian ialah masa turun ayat atau ucapan Rasulullah bukan dikira terdahulu terkemudian mengikut susunan ayat di dalam al-quran.

4- hendaklah hukum yang diganti tidak bergantung dengan masa, seperti firman Allah تعالى:

{فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ} [البقرة:109]

Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya.

Oleh kerana العفو والصفح digantung dengan datang perintah Allah تعالى maka ayat ini tidak dinamakan nasakh

5-tidak dinamakan nasakh sekiranya hukum pada perenggan pertama ada kesudahan dan penjelasan pada perenggan kedua memberitahu apa yang dikehendaki dengan perenggan pertama.

Firman Allah [10:الجمعة]

{فإذا قضيت الصلوة فانتشروا فى الأرض وابتغوا من فضل الله}

tidak dinamakan nasikh (الناسخ), dan ayat [الجمعة :9]

{ إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا الى ذكر الله وزروا البيع } tidak pula dinamakan mansukh (المنسوخ).

Kerana ayat [9الجمعة :] menyatakan tidak dibenarkan berjual beli semasa sembahyang jumaat sedang berlangsung, jadi tegahan akan tamat dengan selesai sembahayang jumaat. Sedangkan ayat [10:الجمعة] hendak menerangkan maksud larangan itu tidak berkekalan.

Bahagian nasakh (النسخ):

1- nasakh bacaan (ayatnya sudah tiada di dalam al-quran) dan hukumnya sekali

رُوي عن السيدة عائشة رضي الله عنها أنها قالت: كان فيما نزل من القرآن:”عشر رضعات معلومات يحرّمن ” فنسخن خمس رضعات معلومات، فتوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي مما يقرأ من القرآن”

Dari Aisyah رضي الله عنها dia berkata sebelum ini di dalam Al-quran ada menyebutkan bahawa jadi haram anak susuan setelah menyusu sepuluh kali, kemudian ayat ini di nasakhkan dari Al-quran (sudah tiada di dalam Al-quran) dan digantikan dengan ayat menyusu lima kali, dan ayat ini (menyusu lima kali) tetap dibaca sehinga wafat Rasulullah.

2- nasakh bacaan (sudah tiada di dalam Al-quran) tetapi hukumnya masih ada lagi, seperti di dalam suatu riwayat menyebutkan bahawa ada di dalam surah an-nur ayat:

“الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما نكالاً من الله والله عزيز حكيم “

Apabila orang tua lelaki dan orang tua perempuan berzina hendaklah kamu rejam, seksaan yang menjadi contoh dari Allah dan, Allah itu amat mulia lagi amat bijaksana. Ayat ini sudah tiada di dalam Al-Quran tetapi hukumnya masih ada lagi.

Dua bahagian ini sedikit di dalam Al-quran.

3- hukum sudah tiada tetapi ayat masih ada, bahagian ini banyak di dalam Al-quran.

Contoh:

Yang dinasakh {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ}

[آل عمران: 102].

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa

Yang menasakh {فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ} [التغابن: 16].

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu

Pada ayat [آل عمران: 102] disuruh bertaqwa dengan sebenar-benarnya kemudian Allah ringankan dengan ayat [التغابن: 16] disuruh bertaqwa mengikut kemampuan masing-masing.

Yang dinasakh

{يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ * قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا * نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا}[المزمل: 3- 1].

Yang menasakh

{إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَى مِنْ ثُلُثَي اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنْ الَّذِينَ مَعَكَ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ} [المزمل:20].

Pada ayat المزمل:3-1].] diwajibkan bangun malam berbuat ibadat kemudian diringankan dengan ayat [المزمل:20] dengan itu tidak diwajibkan bangun malam.

4- nasakh sunnah dengan kitab seperti menghadap Baitul-Maqdis yang berdalil dengan sunnah dinasakh dengan ayat al-Quran {فول وجهك شطر المسجد الحرام}

5- nasakh sunnah dengan sunnah seperti di dalam hadis Muslim:

(كنت نهيتكم عن زيارة القبر فزوروها)

Sebelum ini aku pernah menegah kamu menziarahi perkuburan maka sekarang ini ziarah lah kamu akannya.

6- berkata setengah ulamak harus nasakh kitab dengan sunnah seperti firman Allah تعالى

كتب عليكم إذا حضر أحدكم الموت إن ترك خيرا الوصية للوالدين والأقربين dinasakh dengan sabda nabi صلى الله عليه وسلم

لاوصية لورث

Natijah

Dari ini boleh kita faham tidak semua hadis yang sahih atau ayat Al-Quran boleh kita ambil untuk dibuat hukum. Oleh itu kita yang tidak mengetahui tentang cara pengambilan dalil, wajib bertaklid dengan mana-mana mazhab yang empat.

Cuba kita lihat betapa ramai ulamak yang masyhur lagi hebat tidak berani buat mazhab sendiri bahkan mereka bertaklid dengan salah satu mazhab yang empat. والله أعلم

No comments: