SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Sunday, February 28, 2010

SIRI MANTAPKAN PERJUANGAN

Jumaat, malam sabtu merupakan rutin tetap bagi Rijal istiqamah berkumpul dan berusrah bagi memahami Islam dan bagaimana melaksanakan menurut sistem yang di anjurkan oleh rasulullah saw.

Antara tajuk yang di bincang pada malam itu ialah:

Memahami Fitnah (Cabaran) Dalam Dakwah & Jamaah

Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah –

Oleh : Muhammad Ahmad Ar-Rashid


1. Golongan yang berbisik-bisik di belakang atau tidak melalui saluran jika tidak berpuas hati dan menimbulkan klik dalam jamaah

"As-Syahid Sayyid Qutb ketika menafsirkan ayat Surah An Nisa’ 114, yang membicarakan tentang berbisikan

berkata : Nampaknya sebahagian kaum muslimin - yang terdiri drpd mereka yang belum sensitif dengan deria tanzim Islami - ketika berlaku sesuatu perkara, mereka berkumpul sesama sendiri untuk bersembang-sembang dan berbisikan serta bermesyuarat jauh dari pantauan qiadah (pimpinan) mereka

Kaedah ini tidak diperakui oleh tabiat perjalanan Jamaah Islam dan ruh tanzim Islami yang menuntut agar segala pandangan, pendapat dan cadangan (atau kritikan) yang timbul hendaklah dibentangkan kepada qiadah secara lansung (face to face). Perkumpulan-perkumpulan pinggiran (klik atau team) dalam jamaah adalah tidak dibenarkan

Adalah diperhatikan bahawa perkumpulan-perkumpulan yang wujud di dalam jamaah akan menyebabkan keadaan kucar-kacir dan menyusahkan jamaah, sekali pun orang yang melakukannya tidak berniat demikian (mungkin niat kerana sayangkan jemaah). Tetapi, cara pengutaraan permasalahan semasa yang dihadapi atau pembentangan pendapat dan cadangan (atau kritikan) dengan cara demikian (tidak melalui saluran) sudah cukup untuk membawa kepada kesulitan dan ketidak patuhan." [Fi Zilal Al-Quran, 6/351]

2. Penimbul fitnah (perpecahan) dalam jamaah seringkali menggunakan alasan yang indah untuk menjustifikasi tindakan

Sikap menjustifikasikan tindakan sumbang dengan alasan yang indah (cth : kerana sayangkan jamaah) ini adalah merupakan syiar golongan kafir yang menjangkiti penimbul fitnah dalam jamaah Islam.

"Kemudian ada pemimpin yang dituduh tidak memahami permainan politik. Qiaskan apa yang berlaku sekarang dengan apa yang telah berlaku dahulu. Al-Quran telah memberi amaran kepada kita daripada terlibat dengan tuduhan-tuduhan tersebut kerana ia merupakan syiar golongan kafir. Firaun (dan menteri-menterinya) telah berkata tentang Nabi Musa a.s ;

Dan berkata Fir'aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi."

dan Firaun berkata ; Biarkan aku membunuh Musa dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya kerana aku bimbang dia akan menukar agama kamu atau dia akan menimbulkan kerosakan di muka bumi} –

Surah Al-Ghafir, ayat 26

Dan berkata pula ketua-ketua dari kaum Firaun ; Adakah kamu (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) –
Surah Al-A'raf ayat 127

Bukankah inilah perkataan yang turut digunakan oleh setiap thagut yang melakukan kerosakan di atas muka bumi dan mendakwa yang yang mereka melakukan pembaikan?

Bukankah ia merupakan perkataan batil yang hodoh dan digunakan bagi berhadapan dengan kebenaran yang indah?

Bukankah ia juga perkataan yang digunakan oleh si penjahat bagi membangkitkan keraguan dan syak wasangka di sisi seorang yang beriman lagi tenang?

Logik yang digunakan adalah sama. Ia berulang ketika bertembung di antara kebenaran dan kebatilan, iman dan kufur, kebaikan dan keburukan di sepanjang zaman dan setiap tempat. Kisah ini sentiasa berulang dari masa ke semasa"

[Fi Zilal Al-Qur'an, 5/3078]

Oleh itu para daie hendaklah sentiasa berwaspada daripada menyerupai golongan kafir, iaitu dengan mengadakan alasan ;

- bahawa fitnah yang digembar-gemburkan bertujuan untuk membaiki,
- bahawa mereka keluar dari jamaah demi melakukan pembetulan,
- bahawa bisikan yang dilakukan di kalangan mereka bertujuan untuk berbincang (wacana),
- bahawa umpatan yang dilakukan bertujuan untuk mewujudkan suasana dialog,
- bahawa percanggahan dengan pemimpin atas alasan kebenaran bukannya satu sengketa.
- bahawa ketidak tegasan (dengan Islam-pen) dengan hujjah untuk mendapatkan sokongan.
- bahawa tidak taat kepada dakwah atas alasan mempermudahkan (dinamik)
- bahawa mengkritik golongan yang membawa kebaikan dengan alasan (kebaikan) itu subjektif,
- bahawa meninggalkan dasar-dasar syara' dengan hujjah maslahah,........

3. Pendokong fitnah (pemecahbelah jamaah) biasanya memiliki sedikit hujjah yang disangka benar, lalu dicampurkan dengan sangkaan-sangkaan yang berlebih-lebihan

Sesuatu fitnah (isu yang memecahbelah) amatlah sukar untuk berkembang selagimana ia tidak bersandar kepada sedikit kebenaran (hujjah).

(Fitnah Aisyah - peristiwa ifk- sebagai contoh adalah berdasarkan fakta Aisyah sampai ke Madinah lewat dari rombongan dan ditemani oleh seorang lelaki yang bukan mahram, maknanya berdua-duaan - pen).

Api yang memusnahkan sudah pasti ada permulaannya…

Fitnah adalah salah lantaran ia membawa kepada kerosakan (pecahbelah), bukan disebabkan (benar atau salah) pendapat yang menjadi dasar kepada fitnah itu.

Bahkan menjadi satu kaedah umum bahawa seringkali fitnah yang berlaku adalah bergantung kepada sedikit kebenaran tetapi ahli yang mendokong fitnah ini mencampur adukkan sedikit kebenaran tersebut dengan berbagai-bagai kebatilan (andaian dan prasangka).

Mereka mencampurkan di antara keyakinan yang sedikit dan sangkaan yang banyak, lalu sesuatu perkara itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan sesuatu sikap (tindakan) tidak ditafsirkan sebagaimana sepatutnya. Cerita-cerita bercampur aduk. Sebab-sebab dan alasan-alasan tidak lagi dikaji. Khususnya ijtihad yang dilakukan oleh para pemimpin adalah berasaskan banyak faktor dan suasana tertentu, ditentukan oleh sebab-sebab, disempadankan oleh beberapa suasana dan rahsia, juga dikelilingi oleh kesukaran dan halangan.

Wallahu A'lam

No comments: