SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Tuesday, March 16, 2010

BERIMAN KEPADA RASUL



BERIMAN KEPADA RASUL

MADAH: 14 Mac 2010

Kuliah tafaqquh Fid din, oleh al fadhil us Tormizi ab rahman, antara catatan yang dapat di buat :

Rasul: Lelaki mendapat wahyu dari Allah untuk diamalkan dan disampaikan kepada orang lain.

Adapun nabi tidak wajib menyampaikan kepada orang lain.Oleh itu setiap Rasul adalah nabi tetapi bukan semua nabi menjadi rasul.

Seperti setiap ulama’ adalah ustaz dan tidak semesti ustaz adalah ulama’

Jumlah sebenar Nabi dan Rasul tidak diketahui,ada yang disebut namanya dalam qur’an dan ada yang tidak.Nabi yang di sebut namanya ,wajib beriman cara tafsil( detail), ada pun yang tidak disebut , beriman secara Ijmal sahaja( umum)

Firman Allah swt:

(وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلاً مِّن قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ (غافر : 78 )

“Dan sesungguhnya kami telah mengutuskanpara Rasul sebelum engkau, setengahnya kami telah ceritakan kepada engkau dan setengahnya kami tidak ceritakan kepada engkau”

Rasul yang Ulul azmi:

Ulul Azmi- “Mempunyai keazaman yang tertinggi”

Dikalangan Rasul seramai 5 orang

1. Muhammad saw

2. Ibrahim as

3. Musa as

4. Noh as

5. Isa as

Perjuangan da’wah dan ujian sangat besar.

Nabi Noh as, usianya 1000th lebih kerja da’wah 950 th , pengikut 44 orang dan ada pendapat 88 orang.

Yang beriman pun setelah kampong mereka tenggelam.sebelum taufan boleh dibilang dengan jari. Itu lah Kegigihan seorang Nabi.

Ulama haraki mengatakan : “Dalam dakwah gunakan umur Noh , jangan gopoh.

Nabi Ibrahim berdepan bapa,keluarga , masyarakat, dan pemerintah( Namrud) keluar dari Iraq setelah di campak kedalam unggun api , pengikutnya 2 orang ( isteri ( sarah ) dan anak saudara Lut ( sebelum jadi nabi) hasil kerja da’wah dijatuhkan hukum bunuh, tetapi Allah selamatkaan.Selepas itu pindah ke Pelastine.

Nabi Musa as, Firaun bermusuh dengan nya sebelum beliau lahir lagi , dalam bentuk mimpi, maka di arahkan seluruh bayi lelaki bani israil dibunuh.Nabi Musa di sembunyikan dalam dapur pembakar roti, yang sedang dibakar, lepas tu diletak dalam bakul dan dihanyutkan ke sungai Nil , singgah dipelantar istana firaun .

Nabi Isa as, di angkat ke langit dan akan turun semula .

Nabi Muhammad saw. Berjuang di Makkah dan Madinah sehingga wafat.

Akhirnya di gelar ulu azmi.

Firman Allah “

(وَإِذْ أَخَذْنَا مِنَ النَّبِيِّينَ مِيثَاقَهُمْ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٍ وَإِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَأَخَذْنَا مِنْهُم مِّيثَاقاً غَلِيظاً) (الأحزاب : 7 )

“Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh”

Tujuan perutusan para Rasul:

1. Berita gembira

2. Berita ancaman.

Apa berita gembira telah kita sempurnakan dan berita ancaman telah kita jauhi , adakah kita sudah selamat dari ancaman itu.Senaraikan: berapa berita gembira yang kita tahu dan telah kita amalkan, dan semak berita itu ,sudah di buat ke belum.

Memberi khabar gembira, pahala dan redha Allah,Khabar ancaman, kemurkaan bila kufur dan derhaka.

Firman Allah

(وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلاَّ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ فَمَنْ آمَنَ وَأَصْلَحَ فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ) (الأنعام : 48 )

“Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberikan kabar gembira dan memberi peringatan. Barangsiapa yang beriman dan mengadakan perbaikan[474], maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

Kerja rumah: senaraikan dan buat muhasabah.

Kesimpulan beriman dengan Allah:

1.Khabar gembira

2.Khabat ancaman

3.Beribadat

4.Menegakkan agama

5. Mengesakan Allah pada rububiyah uluhiyah asma’ dan sifat.

Firman Allah:

(وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ) (الأنبياء : 25 )

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku."

Aqimul Din dan aqimul solah

Persoalan : Siapa Iskandar Zulkurnaian:

Zulkurnain- Pemimpin yang menutup jalan keluar ya’juj dan makjuj- Pemerentah yang adil dia bukan nabi dan bukan rasul.ia bukan nama – tetapi gelaran yang memiliki 2 empayar besar.( timur dan barat)memiliki utara dan selatan.

Persoalan:Maksud: ولا تتفرقوا فيه

Wala tatafarroqu fihi : tidak boleh wujub jamaah lain kecuali untuk membantu jamaah ibu…

Satu sahaja jamaah, yang lain membantu dan menyokong.kita kena tolak banyak jamaah apa lagi masing-masing bermusuh, tetapi dalam bentuk lujnah dan unit kecil untuk bantu jamaah , itu di haruskan.

Persoalan:

Hukum Masjid disisi wanita:

Masjid adalah dihati orang Islam,Syeik Muhamad al ghazali “ mengatakan, di antara kejahatan para penjajah ialah memisahkan wanita dari rumah Allah’ dengan bantuan Orientalis.

Akhirnya wanita tiada di masjid dan menyebabkan tiada ilmu , dan didik anak tanpa ilmu.

Sebab itu ruang masjid dulu tiada, tempat ambil wudu’ tiada. Tandas wanita pun…masjid seolah-olah dimonopoli oleh orang lelaki. Atas alasan- Sembahyang wanita dirumah lebih afdhal di rumah dari Masjid.. ialah pendekatan digunakan oleh musuh Islam.

( Hujjah ini tidak kukoh )kalau ada fitnah…ya dirumah lebih afdhal, kalau tiada fitnah ..di Masjid lebih afdhal lebih lagi ada majlis ilmu( ini tulisan Muhamad al gahazali)

Hari-hari Tv depan dia…sebenarnya kita kena kembalikan wanita ke Masjid.

Lihat dalam sejarah: sahabat tidak tinggalkan Masjid.

Di mana Muslimat? Inilah yang musuh Islam mahukan, mudah dipengaruhi oleh media massa.

Wanita Islam yang ke masjidf , fikiran mereka lebih terbuka.

Rujuk hadis :

Fitnah, boleh di elak;

Datang dengan suami, berkenderaan, dari rumah hingga surau..dimana fitnah, tetapi kalu berjalan kaki,, mungkin ada fitnah.

Wanita ke pasar lebih afdhal atau tidak afdhal kePasar??

Punca tidak dapat kesedaran Islam kerana tidak ke Masjid ,atau tidak mempelajari ilmu.Sedangkan semua orang wajib belajar.

Soalan :

Jika wanita bergantung hati ke masjid, termasuk atau tidak dalam hadis 7 golongan mendapat naungan Allah?

Dalam hadis ada menyebut tentang golongan lelaki sebenarnya termasuk wanita, kaedah bahasa arab , bila disebut lelaki termasuk wanita tetapi di sebut wanita tidak termasuk lelaki,

Berdasarkan al rijaalu qawwamuuna ala nisa’.

Jadi wanita juga termasuk akan mendapat naungan dihari akhirat bila mereka cintai masjid.

( tergangtung hati )Berulang alik ke masjid, hatinya tidak boleh tinggalkan masjid.ada pengajian dia pergi.

Persoalan : Apakah ilmu yang paling penting.

1. Aqidah- 4 bahagian( Uluhiyyah,Rububiyyah,Asma’ dan Sifat )

2. Syariat- 4 bhagian( Ibadat,Muamalat,Munakahat, jinayat )

3. Tasauf( Akhlaq )

4. ( tambah lagi Quran dan sunnah ) ilmu asas.

Maka akan datanglah hakikat dan ma’rifat, bila mengaji perkara asas di atas.

Kenal Allah bagaimana?..melalui aqidah, bukan sekadar sifat 20.

Bila 4 asas tadi dan mengaji , itulah ma’rifah namanya.

Bagaimana solat khusyu’?

Solat yang ingat Allah, sejauh mana ingat Allah , sejauh tu lah khusyu’.


Wallahu a'lam

No comments: