Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."
Jaga diri & Berhati-hati,
Ulam pucuk malberi
Tahukah anda pucuk daun mulberi juga sedap dibuat ulam.
Bagi anda yg ada menanam pokok mulberi, bolehlah patah2kan bahagian pucuknya
dan celur sekejab ,toskan. Emm sedap dibuat ulam , makan bersama sambal
belacan, sambal kuini atau sambal apa sahaja.
Memang berbaloi tanam pokok mulberi. Ianya mudah hidup. Pucuknya cepat
tumbuh semula jika kita rajin memetiknya. Petik dengan tangan, makin cepat
pucuk baru yg gebu tumbuh. Apa khasiat pucuk mulberi? tentulah ianya
menyedapkan tekak dan awet muda kununnya. Lebih2 kalau yg makan tu si manis
tujuh belas.. he he.
Tapi khasiat pokok mulberi memang tak dapat dinafikan lagi. Daun yg matang
boleh dikeringkan dan diminum seperti teh. Khasiatnya menurunkan kadar gula
dan darah tinggi juga dapat dikawal. Buah muberi pula enak dibuat jus...
ambil segenggam dan blend dengan segelas air. Tapis,tambah air dan gula
mengikut citarasa. Gunakan gula stevia.. memang enak.Tentu anda akan lawas
setiap hari. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment