Tafaqquh Fid Din- 9 mei 2010
Perbincangan- Kewajipan terhadap Rasul.menyambut hari lahir , harus, berselawat adalah sunat
Adapun Kewajipan ialah- wajib
1- Beriman kepada semua Rasul, tanpa membezakan antara satu sama lain.tidak boleh percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.
Surah al Nisa’ 150:
(إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُواْ بَيْنَ اللّهِ وَرُسُلِهِ وَيقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُواْ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً) (النساء : 150 )
150. Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan[373] antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),
[373]. Maksudnya: beriman kepada Allah, tidak beriman kepada rasul-rasul-Nya.
Bentuk kufur:
1.Kufur I Allah
2.Kufuri Rasul
3.Beriman sebahagian dan kufur sebahagian.
2. Wajib taat kepada Rasul.
Firman Allah: Anisa’ 80
(مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللّهَ (النساء : 80 )
80. Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah.
Contoh:Wajib taat
“Semua umat ku masuk Syurga melainkan yang enggan”, siapa yg enggan ya rasulullah?
Rasul kata Siapa patuh pada arahanku dia masuk syurga, siapa melawan aku , dialah yang dikatakan enggan”:
Dasar Nabi perintah tutup aurat, sekira nya tidak dipatuhi maka dia tidak sempurna iman.
Firman Allah : An Nisa” 64:
(وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللّهِ (النساء : 64 )
64. Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah.
3. Ittiqad bahawa rasul adalah manusia yang paling sempurna , iaitu Ma’sum.
4. Semua para rasul adalah manusia lelaki,tiada dari kalangan Jin atau malaikat.
( Tugas- tugas yang amat berat)
Firman Allah : Al an’biya’ : 7
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِمْ (الأنبياء : 7 )
7. Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka
5. Yakin, para Rasul, bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan.
Firman Allah Ali Imran: 144
(وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ) (آل عمران : 144 )
144. Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul[234]. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
6. Rasul tidak memiliki sifat-sifat ketuhanan( kuasa tuhan )
Al A’raf: 188
(قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعاً وَلاَ ضَرّاً إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَاْ إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ) (الأعراف : 188 )
188. Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman."
7.Yakin ,Allah kurniakaan kepada rasul , banyak keistemewaan.
Al An’am: 89
(أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ فَإِن يَكْفُرْ بِهَا هَـؤُلاء فَقَدْ وَكَّلْنَا بِهَا قَوْماً لَّيْسُواْ بِهَا بِكَافِرِينَ) (الأنعام : 89 )
(أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ (الأنعام : 90 )
89. Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kitab, hikmat dan kenabian Jika orang-orang (Quraisy) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sekali-kali tidak akan mengingkarinya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka.
8. Yakin mereka dikurniakan mukjizat.
Beza antara keramah dan sihir
Jika berlakunkepada orang biasa ,( beriman ) mungkin karamah atau( fasik ) sihir.
9. Yakin para rasul mempunyai kelebihan yang berbeza antara seorang dengan yang lain
Albaqarah: 253
(تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِّنْهُم مَّن كَلَّمَ اللّهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ
10. Yakin, Rasul yang paling afdhal ialah nabi Muhammad saw.
Perbincangan:
1.bagaimana pilih guru atau pemimpin ?
Jawapan: wajib pilih wali atau guru yang MURSYID...kerana kalau mereka tak ada hidayah sudah tentu dia tidak dapat bimbing kejalan yang betul.
2. Ada orang seru atau dakwah untuk orang orang islam sahaja tetapi tidak kepada orang bukan islam, apa pandangan ?
Jawapan:
Kita ikut aulawiyyat:
1.Kita ada amar ma'ruf- ini untuk islam
2.da'wah untuk orang kafir( tetapi hari ini ada orang islam yang kufur..)ada hadis menyebut" tidak tinggal islam melainkan namanya sahaja"...inilah aulawiyyah atau keutamaannya.
3. jihad untuk orang kafir..( hari ini kita kena berjihad dengan orang islam..kerana ada orang islam yang menolak islam...ada orang islam batal syahadah( Wali'iyaazubillah) so kita kena tarik mereka kepada islam..orang kafir melihat keindahan islam dari orang islam, tetapi hari ini tiada keindahan islam yang ada pada orang islam...kecantikan pada hukum hakam , kecantikan islam pada cara hidup..inilah yang menarik orang kafir Oleh itu perbetulkan orang islam agar menjadi contoh kepada mereka yang kafir..
justru itu da'wah bil hal adalah yang terbaik.
...Bersambung...insyaAllah.
SELAMAT DATANG
MAI BERTAMU
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com |
MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH
1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )
4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)
5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )
MLM SABTU MINGGU KE -4
SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )
4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)
5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )
MLM SABTU MINGGU KE -4
SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
Saturday, May 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment