SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Wednesday, June 16, 2010

Anak 1 Malaysia Lebih Teruk daripada Abu Jahal dan Firaun

Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Yelahh… Malaysia bolehlah katakan. Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan.

Mereka bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru ini mereka mewarisi kerja zaman jahiliyyah dengan membunuh anak dengan menanam hidup-hidup bayi yang baru dilahirkan ke dalam tanah.

Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-

إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir’aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu”. (Surah Ibrahim: 6)

Firasat dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang anak lelaki yang menentang dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun. Beliau lantas mengambil tindakan untuk membunuh semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel tetapi membiarkan anak perempuan mereka hidup.

Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka membunuh anak-anak perempuan mereka. Firman Allah Swt:-

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا . وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Menjadi amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan mereka berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam menghapuskan amalan jahiliyyah ini yang amat keji. Bagi mereka anak perempuan akan menyusahkan mereka untuk member makan dan minum. Status mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan kilang kepada melahirkan anak. Perempuan tidak mampu berperang bahkan menjadi tawanan yang memerlukan tebusan. Semua ini mendorong mereka merasa malu untuk memiliki anak perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup.
Inilah kanak-kanak yang bakal mengheret ibu-bapa mereka ke dalam neraka sebagaimana firman Allah Swt dalam surah at-Takwir ayat: 8-9 :-

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ . بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ
8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana dosa apakah dia dibunuh,

Memanglah ibu-bapa yang membunuh itu berdosa dan salah. Tetapi dalam konteks bernegara Kerajaan UMNO-BN menanggung kesalahan 90% kerana merekalah bapa kepada rakyat keseluruhannya. Dan kesalahan UMNO-BN kerana meninggalkan ajaran Islam daripada dilaksanakan di Malaysia. Mereka mengamalkan dasar sekularisme dan inilah bala serta hasil yang ditimpakan kepada rakyat Malaysia. Dan inilah hasrat penjajah selepas memerdekakan Tanah Melayu melebihi separuh abad yang lalu. Menggunakan pakai dasar nasionalisme dan meninggalkan ajaran Islam yang sudah sedia terpakai sebelum kedatangan penjajah. Kegagalan kerajaan dalam menjaga 5 perkara dharuri iaitu Agama, Aqal, Zuriat, Harta & Nyawa. Kelima-lima perkara itu hanya akan terpelihara dengan menegakkan hukum Allah diatas mukabumi ini.
Bagaimana kalau pemimpin yang bersekongkol dengan APCO Yahudi, menghalalkan judi, penaja kepada kehidupan bebas, hiburan yang berleluasa, mengabaikan pendidikan Islam hendak kita amanahkan dan diharap untuk melaksanakan hukum Islam. Ish jauh panggang dari api. Akibatnya ia bukan penyelesai masalah tetapi pimpinan negara inilah sebenarnya pembawa dan punca masalah.

Lihatlah angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Bagaimana yang belum dilahirkan tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007 sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak luar nikah didaftarkan di JPN dikalangan orang Melayu manakala pada 2008 seramai 16,541 orang dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin meningkat seramai 17,303 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari. Siapa mereka ini. Inilah anak-anak 1 malaysia.

Ia bukan sekadar masalah tetapi sudah menjadi bala. Inilah akibat yang disabdakan oleh Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawuud:-

عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَيُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعِقَابٍ
Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).

Hari ini bala bukan setakat meluasnya zina dan bunuh anak tetapi semua aspek. Keruntuhan sosial, kebejatan ekonomi, kadar jenayah yang semakin meningkat. Sedangkan penyelesaian Islam sudah ada. Untuk mencegah anak zina kita mesti menutup setiap pintu zina dan maksiat. Kaedah usul-fiqh قاعدة سد الذرائع telah menyebut agar menutup segala lubang-lubang yang boleh membawa kepada penzinaan.
Bermula dari pendidikan sejak awal, Pentarbiyyahan diperingkat institusi kekeluargaan, Mewujudkan bi’ah dan persekitaran yang Islami disemua lapisan serta pengukuhan pendidikan Islam dan suasana yang terkawal serta berakhlak islam dan terakhir adalah pengukuhan Negara Islam dan pelaksanaan syariat Islam.

Realitinya pencegahan yang dilakukan sekarang hanya sekadar solekan semata-mata. Tidak menyelesaikan ke akar umbi penyakit. Bab member pil tahan sakit sahaja. Sama seperti melapkan air yang tumpah tetapi paip yang bocor tidak dibaiki. Para ulama dan pendakwah disalahkan jika berlaku penyakit social tetapi mereka tidak boleh menutup punca sebenar segala permasalahan. Kerana kuncinya dipegang oleh para pemerintah.

Ketika Rasulullah saw berada di Mekah, diera jahiliyyah didapati keadaan seperti ini wujud. Kekuasaan yang berada ditangan bangsawan Quraish yang tidak Islam tidak memberi apa-apa kemudahan dan pertolongan bahkan penguasaan amalan jahiliyyah yang parah dipaksakan diatas penduduk. Inilah yang membawa Rasulullah Saw berpindah ke Madinah dan membentuk Negara Islam serta mewujudkan infra dan pembinaan umat Islam disetiap sudut meskipun Madinah ketika itu berbilang agama dan berbilang bangsa. Sehinggalah ke peringkat perlaksanaan undang-undang sebagaimana firman Allah Swt:-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Nur : 2]

I’Allah inilah yang menjadi matlamat perjuangan kita dalam menyelesaikan secara total permasalahan masyarakat yang ada sekarang.


Wednesday, May 12, 2010

1 MALAYSIA... BOLA




Firman Allah Surah al Maidah : 90

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (المائدة : 90 )

90. Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Realiti yang berlaku didalam kehidupan………

Kerajaan lulus judi bola sepak Piala Dunia


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.
Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.
Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir.

Monday, May 10, 2010

ADUANNYA DI DENGAR OLEH ALLAH

Kuliah Magrib kat Taman Terus Maju- 10 Mei 2010.seorang ahli jamaah bertanya tentang Tsa'labah...sebenarnya Khaulah bt Tsa'labah...Baca kisah nya.

Firman Allah:
(قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ) (المجادلة : 1 )

1. Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat [1461].


[1461]. Sebab turunnya ayat ini ialah berhubungan dengan persoalan seorang wanita bernama Khaulah binti Tsa´labah yang telah dizhihar oleh suaminya Aus ibn Shamit, yaitu dengan mengatakan kepada isterinya: Kamu bagiku seperti punggung ibuku dengan maksud dia tidak boleh lagi menggauli isterinya, sebagaimana ia tidak boleh menggauli ibunya. Menurut adat Jahiliyah kalimat zhihar seperti itu sudah sama dengan menthalak isteri. Maka Khaulah mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah menjawab, bahwa dalam hal ini belum ada keputusan dari Allah. Dan pada riwayat yang lain Rasulullah mengatakan: Engkau telah diharamkan bersetubuh dengan dia. Lalu Khaulah berkata: Suamiku belum menyebutkan kata-kata thalak Kemudian Khaulah berulang kali mendesak Rasulullah supaya menetapkan suatu keputusan dalam hal ini, sehingga kemudian turunlah ayat ini dan ayat-ayat berikutnya.Catatan_Ayat

Kisah Khaulah Binti Tsa`labah - Wanita yang doanya di dengar Allah dari langit ke tujuh


Dalam kesempatan kali ini saya akan mencoba memaparkan cebuah cerita tentang keimanan seorang wanita pada Rabbnya... Bagaimana dia melakukan sesuatu hanya karena Allah Ta`ala ....dia menggugat Allah dalam doanya yang di sampaikannya dengan sungguh-sungguh...bagiamana dia bertanya kepada kekasih Allah nabi Muhammad SAW namun dia juga belum menemukan jawabnya..dia tidak putus asa samapi ia mendapat jawabnya....lalu dia mengadukan persoalannya hanya kepada Allah.....sampai Allah mendengar doa wanita tersebut lalu menjawabnya dalam sebuah ayat dalam Al-quran, ya dialah Khaulah Binti Tsa’labah.... berikut adalah petikan ceritanya

Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak laki-laki yang bernama Rabi`.

Khaulah binti Tsa`labah mendapati suaminya Aus bin Shamit dalam masalah yang membuat Aus marah, dia berkata, “Bagiku engkau ini seperti punggung ibuku.” Kemudian Aus keluar setelah mengatakan kalimat tersebut dan duduk bersama orang-orang beberapa lama lalu dia masuk dan menginginkan Khaulah. Akan tetapi kesadaran hati dan kehalusan perasaan Khaulah membuatnya menolak hingga jelas hukum Allah terhadap kejadian yang baru pertama kali terjadi dalam sejarah Islam. Khaulah berkata, “Tidak…jangan! Demi yang jiwa Khaulah berada di tangan-Nya, engkau tidak boleh menjamahku karena engkau telah mengatakan sesuatu yang telah engkau ucapkankan terhadapku sehingga Allah dan Rasul-Nya lah yang memutuskan hukum tentang peristiwa yang menimpa kita.

Kemudian Khaulah keluar menemui Rasulullah saw, lalu dia duduk di hadapan beliau dan menceritakan peristiwa yang menimpa dirinya dengan suaminya. Keperluannya adalah untuk meminta fatwa dan berdialog dengan nabi tentang urusan tersebut. Rasulullah saw bersabda, “Kami belum pernah mendapatkan perintah berkenaan urusanmu tersebut… aku tidak melihat melainkan engkau sudah haram baginya.”

Wanita mukminah ini mengulangi perkatannya dan menjelaskan kepada Rasulullah saw apa yang menimpa dirinya dan anaknya jika dia harus cerai dengan suaminya, namun rasulullah saw tetap menjawab, “Aku tidak melihat melainkan engkau telah haram baginya”.

Sesudah itu wanita mukminah ini senantiasa mengangkat kedua tangannya ke langit sedangkan di hatinya tersimpan kesedihan dan kesusahan. Pada kedua matanya nampak meneteskan air mata dan semacam ada penyesalan, maka beliau menghadap kepada Yang tiada akan rugi siapapun yang berdoa kepada-Nya. Beliau berdo’a, “Ya Allah sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu tentang peristiwa yang menimpa diriku”.

Alangkah bagusnya seorang wanita mukminah semacam Khaulah, beliau berdiri di hadapan Rasulullah saw dan berdialog untuk meminta fatwa, adapun istighatsah dan mengadu tidak ditujukan melainkan untuk Allah Ta`ala. Ini adalah bukti kejernihan iman dan tauhidnya yang telah dipelajari oleh para sahabat kepada Rasulullah saw.

Tiada henti-hentinya wanita ini berdo`a sehingga suatu ketika Rasulullah saw pingsan sebagaimana biasanya beliau pingsan tatkala menerima wahyu. Kemudian setelah Rasulullah saw sadar kembali, beliau bersabda, “Wahai Khaulah, sungguh Allah telah menurunkan al-Qur`an tentang ditimu dan suamimu kemudian beliau membaca firman-Nya (artinya), “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan [halnya] kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat,…sampai firman Allah: “dan bagi oranr-orang kafir ada siksaan yang pedih.”(Al-Mujadalah:1-4)

Kemudian Rasulullah saw menjelaskan kepada Khaulah tentang kafarat (tebusan) Zhihar:

Nabi : Perintahkan kepadanya (suami Khansa`) untuk memerdekan seorang budak

Khaulah : Ya Rasulullah dia tidak memiliki seorang budak yang bisa dia merdekakan.

Nabi : Jika demikian perintahkan kepadanya untuk shaum dua bulan berturut-turut

Khaulah : Demi Allah dia adalah laki-laki yang tidak kuat melakukan shaum.

Nabi : Perintahkan kepadanya memberi makan dari kurma sebanyak 60 orang miskin

Khaulah : Demi Allah ya Rasulullah dia tidak memilikinya.

Nabi : Aku bantu dengan separuhnya

Khaulah : Aku bantu separuhnya yang lain wahai Rasulullah.

Nabi : Engkau benar dan baik maka pergilah dan sedekahkanlah kurma itu sebagai kafarat baginya, kemudian bergaulah dengan anak pamanmu itu secara baik.” Maka Khaulah pun melaksanakannya.

Inilah kisah seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada pemimpin anak Adam a.s yang mengandung banyak pelajaran di dalamnya dan banyak hal yang menjadikan seorang wanita yang mengangkat kepalanya tinggi-tinggi dengan bangga dan perasaan mulia dan besar perhatian Islam terhadapnya.

Ummul mukminin Aisyah ra berkata tentang hal ini, “Segala puji bagi Allah yang Maha luas pendengaran-Nya terhadap semua suara, telah datang seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada Rasulullah saw, dia berbincang-bincang dengan Rasulullah saw sementara aku berada di samping rumah dan tidak mendengar apa yang dia katakan, maka kemudian Allah Azza wa Jalla menurunkan ayat, “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkatan wanita yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah…” (Al-Mujadalah: 1)

Inilah wanita mukminah yang dididik oleh Islam yang menghentikan Khalifah Umar bin Khaththab r.a saat berjalan untuk memberikan wejangan dan nasehat kepadanya. Beliau berkata, “Wahai Umar aku telah mengenalmu sejak namamu dahulu masih Umair (Umar kecil) tatkala engkau berada di pasar Ukazh engkau mengembala kambing dengan tongkatmu, kemudian berlalulah hari demi hari sehingga memiliki nama Amirul Mukminin, maka bertakwalah kepada Allah perihal rakyatmu, ketahuilah barangsiapa yang takut akan siksa Allah maka yang jauh akan menjadi dekat dengannya dan barangsiapa yang takut mati maka dia kan takut kehilangan dan barangsiapa yang yakin akan adanya hisab maka dia takut terhadap Adzab Allah.” Beliau katakan hal itu sementara Umar Amirul Mukminin berdiri sambil menundukkan kepalanya dan mendengar perkataannya.

Akan tetapi al-Jarud al-Abdi yang menyertai Umar bin Khaththab tidak tahan mengatakan kepada Khaulah, “Engkau telah berbicara banyak kepada Amirul Mukminin wahai wanita.!” Umar kemudian menegurnya, “Biarkan dia…tahukah kamu siapakah dia? Beliau adalah Khaulah yang Allah mendengarkan perkataannya dari langit yang ketujuh, maka Umar lebih berhak untuk mendengarkan perkataannya. “

Dalam riwayat lain Umar bin Khaththab berkata, “Demi Allah seandainya beliau tidak menyudahi nasehatnya kepadaku hingga malam hari maka aku tidak akan menyudahinya sehingga beliau selesaikan apa yang dia kehendaki, kecuali jika telah datang waktu shalat maka aku akan mengerjakan shalat kemudian kembali mendengarkannya sehingga selesai keperluannya.”

(SUMBER: buku Mengenal Shahabiah Nabi SAW., karya Mahmud Mahdi al-Istanbuly dan Musthafa Abu an-Nashar asy-Syalaby, h.242-246, penerbit AT-TIBYAN)

Saturday, May 8, 2010

MARI NGAAJI AAQIDAH

Tafaqquh Fid Din- 9 mei 2010
Perbincangan- Kewajipan terhadap Rasul.menyambut hari lahir , harus, berselawat adalah sunat
Adapun Kewajipan ialah- wajib
1- Beriman kepada semua Rasul, tanpa membezakan antara satu sama lain.tidak boleh percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.
Surah al Nisa’ 150:

(إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُواْ بَيْنَ اللّهِ وَرُسُلِهِ وَيقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُواْ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً) (النساء : 150 )


150. Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan[373] antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),
[373]. Maksudnya: beriman kepada Allah, tidak beriman kepada rasul-rasul-Nya.



Bentuk kufur:
1.Kufur I Allah
2.Kufuri Rasul
3.Beriman sebahagian dan kufur sebahagian.

2. Wajib taat kepada Rasul.
Firman Allah: Anisa’ 80


(مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللّهَ (النساء : 80 )

80. Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah.
Contoh:Wajib taat
“Semua umat ku masuk Syurga melainkan yang enggan”, siapa yg enggan ya rasulullah?
Rasul kata Siapa patuh pada arahanku dia masuk syurga, siapa melawan aku , dialah yang dikatakan enggan”:
Dasar Nabi perintah tutup aurat, sekira nya tidak dipatuhi maka dia tidak sempurna iman.
Firman Allah : An Nisa” 64:

(وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللّهِ (النساء : 64 )

64. Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah.
3. Ittiqad bahawa rasul adalah manusia yang paling sempurna , iaitu Ma’sum.
4. Semua para rasul adalah manusia lelaki,tiada dari kalangan Jin atau malaikat.

( Tugas- tugas yang amat berat)
Firman Allah : Al an’biya’ : 7



وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِمْ (الأنبياء : 7 )

7. Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka

5. Yakin, para Rasul, bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan.

Firman Allah Ali Imran: 144


(وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ) (آل عمران : 144
)

144. Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul[234]. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
6. Rasul tidak memiliki sifat-sifat ketuhanan( kuasa tuhan )
Al A’raf: 188


(قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعاً وَلاَ ضَرّاً إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَاْ إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ) (الأعراف : 188 )


188. Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman."

7.Yakin ,Allah kurniakaan kepada rasul , banyak keistemewaan.

Al An’am: 89



(أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ فَإِن يَكْفُرْ بِهَا هَـؤُلاء فَقَدْ وَكَّلْنَا بِهَا قَوْماً لَّيْسُواْ بِهَا بِكَافِرِينَ) (الأنعام : 89 )
(أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ (الأنعام : 90
)

89. Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kitab, hikmat dan kenabian Jika orang-orang (Quraisy) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sekali-kali tidak akan mengingkarinya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka.
8. Yakin mereka dikurniakan mukjizat.
Beza antara keramah dan sihir
Jika berlakunkepada orang biasa ,( beriman ) mungkin karamah atau( fasik ) sihir.

9. Yakin para rasul mempunyai kelebihan yang berbeza antara seorang dengan yang lain

Albaqarah: 253

(تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِّنْهُم مَّن كَلَّمَ اللّهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ

10. Yakin, Rasul yang paling afdhal ialah nabi Muhammad saw.



Perbincangan:
1.bagaimana pilih guru atau pemimpin ?

Jawapan: wajib pilih wali atau guru yang MURSYID...kerana kalau mereka tak ada hidayah sudah tentu dia tidak dapat bimbing kejalan yang betul.

2. Ada orang seru atau dakwah untuk orang orang islam sahaja tetapi tidak kepada orang bukan islam, apa pandangan ?

Jawapan:
Kita ikut aulawiyyat:

1.Kita ada amar ma'ruf- ini untuk islam
2.da'wah untuk orang kafir( tetapi hari ini ada orang islam yang kufur..)ada hadis menyebut" tidak tinggal islam melainkan namanya sahaja"...inilah aulawiyyah atau keutamaannya.
3. jihad untuk orang kafir..( hari ini kita kena berjihad dengan orang islam..kerana ada orang islam yang menolak islam...ada orang islam batal syahadah( Wali'iyaazubillah) so kita kena tarik mereka kepada islam..orang kafir melihat keindahan islam dari orang islam, tetapi hari ini tiada keindahan islam yang ada pada orang islam...kecantikan pada hukum hakam , kecantikan islam pada cara hidup..inilah yang menarik orang kafir Oleh itu perbetulkan orang islam agar menjadi contoh kepada mereka yang kafir..
justru itu da'wah bil hal adalah yang terbaik.
...Bersambung...insyaAllah.

Tuesday, May 4, 2010

HABLUM MINAN NAS


Buah malberi yang masak


Tanam pokok malberi...

Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

Jaga diri & Berhati-hati,

(وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ) (آل عمران : 103 )

103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Ulam pucuk malberi

Tahukah anda pucuk daun mulberi juga sedap dibuat ulam.
Bagi anda yg ada menanam pokok mulberi, bolehlah patah2kan bahagian pucuknya
dan celur sekejab ,toskan. Emm sedap dibuat ulam , makan bersama sambal
belacan, sambal kuini atau sambal apa sahaja.

Memang berbaloi tanam pokok mulberi. Ianya mudah hidup. Pucuknya cepat
tumbuh semula jika kita rajin memetiknya. Petik dengan tangan, makin cepat
pucuk baru yg gebu tumbuh. Apa khasiat pucuk mulberi? tentulah ianya
menyedapkan tekak dan awet muda kununnya. Lebih2 kalau yg makan tu si manis
tujuh belas.. he he.

Tapi khasiat pokok mulberi memang tak dapat dinafikan lagi. Daun yg matang
boleh dikeringkan dan diminum seperti teh. Khasiatnya menurunkan kadar gula
dan darah tinggi juga dapat dikawal. Buah muberi pula enak dibuat jus...
ambil segenggam dan blend dengan segelas air. Tapis,tambah air dan gula
mengikut citarasa. Gunakan gula stevia.. memang enak.Tentu anda akan lawas
setiap hari. Selamat mencuba.

Tuesday, April 20, 2010

IKTIBAR PERANG RASULULLAH SAW



Kuliah Muslimat di taman Terus maju-20 Apr 2010;
Kisah peperangan dan penentangan yang dihadapi oleh rasulullah saw dan sesiapa sahaja yang berjuang sebagaimana nabi , pasti akan menghadapi mehnah dan ujian , untuk itu dibawa kisah daripada buku Sirah nabi yang dikarang oleh Al ustaz Mustafa assibaaie.

PERANG BANU QURAIZAH

Disebutkan dalam Ash-Shahihain bahawa ketika Nabi saw kembali dari Khandaq, Jibrail mendatangi baginda lalu berkata: Apakah kamu sudah meletakkan senjata? Demi Allah, kami belum meletakkannya. Berangkatlah kepada mereka!
Nabi saw bertanya:"Kemana?"
Jawab Jibrail: "Para Malaikat masih belum meletakkan senjata mereka. Dan Allah swt menyurumu untuk meneruskan perjalanan ke tempat Yahudi Banu Quraizah dan aku juga akan menuju ketempat mereka dan akan ku goncang mereka."

Jawab Nabi sambil bereru kepada kaum Muslimin: "Barangsiapa yang mendengar dan mentaati, janganlah bersolat asar sebelum sampai ke Banu Quraizah".
Nabi saw memerintahkan kaum Muslimin supaya tidak seorang pun diantara mereka yang menunaikan solat asar kecuali setelah sampai di Banu Quraizah. Di tengah perjalan masuklah waktu asar, sebahagian mereka berkata, "Kami tidak akan solat sehingga kami sampai disana", Sebahagian lagi berkata: "Kami akan melakukannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh Nabi saw. Kemudian diantara mereka melaporkan perkara ini kepada Rasulullah saw, tetapi baginda tidak mengecam atau menegur salah seorang pun diantara mereka.

Rasulullah saw mengepung Bani Quraizah yang bertahan di benteng-benteng mereka, selama 25 malam, ada yang mengatakan selama 15 hari, sehingga mereka menyerah dan Allah swt melemparkan rasa takut kedalam hati mereka.
Ibnu Hisyam meriwayatkan bahawa Ka'ab bin Asad berkata kepada orang-orang Yahudi, kerana Rasulullah tidak akan berganjak meninggalkan mereka, dengan katanya: Wahai kaum Yahudi, kalian dapat melihat sendiri apa yang telah terjadi kepada saudara kalian, aku tawarkan 3 alternatif, ambillah yang kalian suka".

Kaum Yahudi bertanya: "Apa itu?''
Jawab Ka'ab: ''Kita mengikuti Muhammad dan membenarkannya, kerana Demi Allah, tentu telah jelas bagi kalian bahawa dia adalah seorang Rasul yang telah diutus dan kalian juga telah menjumpai didalam kitab suci kalian. Dengan ini kalian pasti selamat"
Mereka menjawab: "Kami tidak akan melepaskan hukum-hukum kitab Taurat".

Ka’ab berkata lagi "Kalau itu keputusan kalian, mari perangilah Muhammad sehingga ketitik penghabisan nyawa kalian, dan meranalah anak-anak dan isteri-isteri kalian atau kalian pilih untuk berdamai,demi keselamatan anak-anak dan isteri kalian?
Akhirnya usulan Ka'ab diterima oleh kaum Yahudi Banu Quraizah
Setelah Kaum Yahudi setuju menerima keputusan Nabi saw, kaum Aus semuanya menemui baginda dan berkata:

"Ya Rasulullah! mereka (Yahudi Quraizah) adalah sahabat kami (aus) selain kaum Khazraj dan engkau telah berbuat baik terhadap sahabat baik kaum Khazraj (yahudi Banu Quraizah) kelmarin seperti yang engkau tahu".
Jawab Nabi: "Hai kaum Aus! tidakkah kamu rela jika aku serahkan keputusan hukum kepada seseorang dari kaummu?
Jawab kaum Aus: "Ya kami setuju"

Jawab Nabi: "Sebaiknya aku serahkan keputusan ini kepada Saad bin Muaz."
Kemudian Saad menghadap baginda dihadapan kaum Aus, lalu kaum Aus berkata: "Hai Abu Amru! berbuat baiklah pada sahabat kamu, sesungguhnya Rasulullah saw menyerahkan keputusan ini kepada kamu, agar kamu berbuat baik terhadap mereka".
Ketika kaum Aus banyak bersuara, Nabi berkata: "Kini telah tiba saatnya bagi Saad untuk menghukum (memberi keputusan) tanpa takut dicela seorang untuk berjalan dijalan Allah"
Jawab Saad: "Aku putuskan hukuman bagi mereka agar seluruh kaum lelaki dibunuh, harta mereka dibahagi dan anak-anak kecil serta kaum wanita mereka ditawan"
Atas keputusan Saad ini, Nabi bersabda:"Sesungguhnya kamu telah menjatuhkan hukuman atas mereka itu sesuai dengan keputusan Allah"

Peraturan perang yang diputuskan oleh Saad itu sepadan dengan peraturan yang ada pada syariat Banu Israel seperti yang tercantum dalam Bibel Perjanjian lama (Taurat)
"Jika kamu telah dekat dengan satu kota yang hendak kamu perangi ajaklah mereka untuk berdamai. Jika mereka bersedia untuk berdamai dan kota itu terbuka untuk kamu maka semua penduduk yang ada di kota itu akan tunduk kepada kamu dan sangat mudah bagi kamu. JIka mereka tidak bersedia untuk berdamai bahkan mereka siap untuk berperang dengan kamu maka kepunglah kota itu. Jika Tuhan memberikan kemenangan kepada kamu maka bunuhlah seluruh lelakinya dengan pedang, sedangkan kaum wanita maupun anak-anak kecil dan binatang-bimatang ternakan dan apa sahaja yang ada didalam kota itu dapat kamu miliki sebagai milikmu dan dapat kamu makan ghanimah yang diberikan oleh Tuhan kepada kamu dari musuhmu".

Peraturan diatas itu juga berlaku dikalangan umat Israel sejak dimasa para Nabi mereka seperti yang tercantum dalam kitab Taurat:
Artinya: Kemudian berperanglah mereka melawan Midiyan, seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa, lalu membunuh semua laki-laki mereka, selain dari orang-orang yang terbunuh itu mereka juga membunuh raja-raja Midiyan yakni Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba, kelima raja Midiyan juga Bileam bin Beor dibunuh mereka dengan pedang. Kemudian Bani Israel menawan perempuan-perempuan Midiyan dan anak-anak mereka juga segala haiwan, segala ternakan, dan segenap kekayaan mereka dijarah dan segala kota kediaman mereka serta segala tempat perkhemahan mereka dibakar. ( Taurat: bilangan 31 ayat 7-8-9-10).

Kejadian itu terjadi dizaman Nabi Musa as. Demikian pula keputusan itu juga sepadan dengan apa yang ada didalam kitab Taurat:
Artinya: "Lalu pergilah Musa dan Imam Eleazar dan semua pemimpin umat itu sampai keluar tempat perkhemahan untuk menyongsong mereka. Maka gusarlah Musa kepada para kepala pasukan seribu dan para kepala pasukan seratus yang pulang dari peperangan. Dan Musa berkata kepada mereka: "Kamu biarkanlah semua perempuan hidup" (Taurat: bilangan 31 ayat 13-16)

Akhirnya dengan putusan Saad bin Muaz terhadap Yahudi Banu Quraizah itu Kota Madinah bersih dari segala sarang makar dan pemusuhan kaum Yahudi. Dengan ini kaum Muslimin merasa aman dari segala serangan dari belakang maupun dari kerusuhan dari dalam negeri.
Salam bin Abil Haqiq adalah orang yang pertama yang mengumpulkan tentera sekutu. Sedangkan sebelumnya kaum Aus telah membunuh Ka'ab bin Asyraf seorang pemuka Yahudi yang paling memusuhi Rasulullah. Dengan ini maka kaum Muslimin terjauh dari gangguan pemuka-pemuka yang memusuhi Islam dan kaum Muslimin serta seluruh gerakan anti Islam sehingga kaum Muslimin dapat beristirehat.

Kebijaksanaan yang dilakukan oleh Rasulullah saw terhadap kaum Yahudi Banu Quraizah itu merupakan kebijaksanaan yang perlu diambil sesuai dengan politik perang dan kebiasaan bangsa Arab dan Yahudi.
Memang kebijaksanaan setegas itu perlu sekali untuk diambil agar dapat dijadikan pengajaran bagi orang yang melanggar janji baik dimasa itu atau dimasa akan datang. Sehubungan dengan kejadian diatas, R.V.C Bodley pernah memberikan komentarnya dalam bukunya: 'The Messenger' - The Life of Mohammad, sebagai berikut: "Nabi Muhammad adalah satu-satunya orang di Jazirah Arabia. Negeri itu luasnya sepertiga luas Amerika Syarikat, jumlah penduduknya sebanyak lima juta jiwa. Sedikit pun tidak ada tentera yang dapat mengajak orang untuk menjalankan tenteranya kecuali hanya 3,000 orang tentera sahaja, dan tentera itu pula tidak mempunyai persenjataan lengkap. Jika Nabi Muhammad pada waktu itu tidak mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat Yahudi Banu Quraizah pasti Islam tidak akan tegak di Jazirah Arabiah.

Sebenarnya pembunuhan terhadap Yahudi Banu Quraizah itu merupakan sesuatu yang keras, namun kejadian itu bukanlah merupakan satu-satunya dalam sejarah Islam. Tindakan itu dalam pandangan Islam adalah logik sekali. Kini kabilah-kabilah Arab maupun kaum Yahudi pasti tidak akan mencuba lagi untuk berbuat khianat atau melanggar janji kepada Nabi Muhammad, kerana mereka tahu bahawa perbuatan mereka itu akan mengakibatkan kerugian dan mereka mempercayai dan melihat sendiri kebenaran bahawa Nabi Muhammad saw pasti akan melaksanakan apa yang dikehendakinya."

Salah satu dari keuntungan penghancuran benteng Yahudi terakhir di Madinah adalah melemahkan semangat kaum Munafikin dan segala kegiatan mereka. Penghancuran tersebut banyak melenyapkan harapan mereka. Mereka adalah benteng Yahudi yang terakhir di Madinah. Sehubungan dengan kejadian itu, tidak terdengar lagi kegiatan kaum Yahudi dan permusuhan mereka terhadap Nabi atau pun kaum Muslimin.

Nabi mengutuskan sepasukan ke daerah Najeed. Pasukan Islam dapat menawan seoarng pemuka Bani Hanifah yang bernama Tsumamah bin Atsal. Sesampainya di Madinah, Tsumamah bin Atsal diikat pada salah satu tiang masjid Nabawi.
Ketika Nabi melalui ditempat Tsumamah bin Atsal terikat, baginda bertanya: "Hai Tsumamah bagaimanakah khabarmu?"

Jawab Tsumamah: "Hai Muhammad! Jika kamu membunuh bererti kamu membunuh seorang yang mempunyai darah (yang akan menuntut balas). Jika kamu lepaskan bererti kamu akan melepaskan seorang yang tahu berterima kasih, namun jika kamu memerlukan wang mintalah sesuka hatimu pasti kamu akan mendapatinya".

Setelah Nabi mendengar ucapan Tsumamah, baginda hanya berlalu sahaja. Pada kesempatan yang lain, baginda lalu lagi ditempat Tsumamaf diikat, dan bertanya seperti dikali yang lalu dan dijawab oleh Tsumamah sama seperti yang dahulu juga. Pada kali ketiga, ketika Nabi bertanya pada Tsumamah dengan pertanyaan yang sama seperti dahulu, ia tetap memberikan jawapan yang sama juga. Kemudian Baginda memerintahkan para sahabatnya untuk melepaskan ikatan Tsumamah.

Tsumamah menuju ke arah kebun kurma dekat masjid Nabawi untuk mandi, setelah itu Tsumamah segera kembali kehadapan Nabi untuk menyatakan keislamannya sambil berkata: "Demi Allah, sebelumnya tidak ada sesuatu wajah yang ada dimuka bumi ini yang lebih ku benci dari wajahmu, namun sekarang wajahmu adalah wajah yang paling kusenangi. Demi Allah
dahulunya tidak ada sesuatu agama yang ada dipermukaan bumi ini yang lebih ku benci melainkan agamamu, namun kini agamamu adalah agama yang paling ku senangi. Pasukan kudamulah yang menangkapku ketika aku hendak berumrah".
Nabi sangat gembira apabila mendengar jawapan dari Tsumamah ini, dan baginda menyuruhnya untuk berumrah.

Ketika Tsumamah bertemu dengan kaum Quraisy di Mekah, mereka berkata: "Hai Tsumamah kamu telah tertipu!"
Jawab Tsumamah: "Demi Allah aku tidak tertipu, tetapi aku masuk Islam bersama Muhammad saw, Demi Allah sekarang tidak akan datang lagi sebiji gandum pun kepada kamu dari Yamamah sebelum mendapat izin dari Rasulullah saw."

(Yamamah adalah merupakan suatu desa yang berhampiaran dengan kota Mekkah)
Setelah Tsumamah tiba didusunnya, ia melarang pengikutnya untuk mengirim gandum ke Mekkah, sehingga kaum Quraisy merasa payah sekali dengan tindakan Tsumamah itu. Akhirnya kaum Quraisy menulis surat pada Nabi agar baginda menulis surat kepada Tsumamah untuk meneruskan pengiriman bahan makanan kepada mereka. Nabi mengabulkan permintaan mereka.

Wednesday, March 24, 2010

NEVER,NEVER DO THIS


A few days ago, a person was recharging his mobile phone at home.

Just at that time a call came in and he answered it with the

Instrument still connected to the outlet.

After a few seconds electricity flowed into the cell phone unrestrained
and the young man was thrown to the ground with a heavy thud.
His parents rushed to the room only to find him unconscious, with
a weak heartbeat and burnt fingers.
He was rushed to the nearby hospital, but was pronounced dead on arrival.
Cell phones are a very useful modern invention.
However, we must be aware that it can also be an instrument of death. Never use the cell phone while it is hooked to the electrical outlet!