SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, July 4, 2009

MILIK SIAPA SUNGAI ITU



Firman Allah :

(إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ) (الكوثر : 1 )
1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Inilah antara kurniaan Allah kepada Nabi Muhammad Saw.
Dalam satu Riwayat: Alkauthar ialah:
"Sebatang sungai di dalam Syurga. kedua belah tebingnya terbina daripada emas airnya mengalir di atas mutiara dan batu Yakut. Tanahnya lebih harum dari Kasturi, airnya lebih manis dari madu.Warnanya lebih putih dari Salji.Siapa yang minum selepas itu tidak akan dahaga buat selama-lamanya"


Didalam satu kuliah yang disampaikan oleh Af Ustaz Adzar Idrus, menyatakan dalam kitab 'Muwatta' karangan Imam Malik menceritakan di Hari qiamat nanti, jutaan manusia datang mengerumuni Nabi-nabi mereka.

Para sahabat Rasulullah saw, bertanya kepada Nabi, bagaimana untuk mengenal mereka? Nabi menyatakan sekiranya se ekor kuda berkepala putih duduk didalam sekumpulan kuda yang berkepala hitam , maka begitulah gambaranya umat nabi Muhammad saw boleh dikenali dengan cahaya pada wajah mereka serta pada anggota wudhu' akan bercahaya di hari qiamat nanti.

Nabi sangat gembira sambil menyeru kepada mereka " Mari lah, silakanlah minum air Kauthar ku...

Tiba-tiba Malaikat menghalang dan menghalaunya, lalu nabi bertanya: kenapa mereka di halau? .
Para Malaikat menyatakan: " Mereka tidak membuat apa yang engkau perintah dan mereka tidak menghalang ,apa yang engkau larang"

lalu dikatakan kepada mereka berambus !!!

Renungan:

Marilah kita fikir-fikir.... walaupun mengerjakan solat , dan nampak kesan nya sehingga bercahaya, tetapi terhalang mendekati Sungai Kauthar....

Allah berfirman:
(فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ) (الكوثر : 2 )
2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah[1605]

Ertinya Islam bukan sekada solat, tetapi bagaimana solat dilakukan,kemudian bagaimana solat itu diterjemahkan didalam kehidupan sehingga semua sistem Islam ditegakkan, termasuklah, ekonominya, politiknya muamalatnya, munakahatnya jinayahnya dan sebagainya sebagaimana yang di ajarkan oleh Rasulullah saw.

No comments: