Hikmat beriman kepada hari Akhirat.
1. Kesan besar dalam kehidupan manusia.
2. Lahir darinya amalan yang soleh
3. Kerana tabiat manusia banyak lupa dan lalai.
Manusia yang bertungkus lumus untuk akhirat Allah akan bagi percuma kepadanya Dunia.
Firman Allah:
(وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى) (الأعلى : 17 )
Maksudnya:
17. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.
Ganjaran syurga seluas langit dan bumi.
Pengarang menyebut,berlumba-lumba mencari Akhirat.
Bermakna sentiasa mengerjakan apa yang di perintah dan meninggalkan apa sahaja yang di cegah oleh Allah SWT.
Ayat Qur’an:At taubah: 38
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ) (التوبة : 38 )
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.
Maksud berlumba-lumba melakukan kebajikan disini bukanlah hanya berlumba -lumba, baca quran, solat, puasa dan zakat,sebenarnya berlumba-lumba mencari pahala dengan cara mengikut perintah Allah dan meninggal laranganNya, seperti dakwah, membuat kerja Islam,samada urusan ekonomi, politik social, kemasayarakatan atau Negara, selagi ianya bertepatan dengan kerja buat yang di amalkan ole3h Rasulullah SAW, itulah yang dikatakan berlumba-lumba membuat kebaikan.
Habiskan masa dengan kerja buat islam dan itulah yang dimaksudkan kerja-kerja islam.
Manusia sekular berlumba-lumba mengejar dunia, bagi nya tiada konsep halal haram yang pentingnya ialah kekayaan.
Orang islam mesti teruskan kerja-kerja islam , sebab ia adalah kerja-kerja akhirat,
Ayat di atas , menerangkan, Kenapa orang islam malas berjuang?puncanya ialah Kerana kebanyakan manusia lebih suka hidup didunia.
Allah bertanya, apakah kamu lebih penting dunia dari akhirat?
Orang yang cintakan dunia, dia akan benci jihad dan marah kepada orang berjihad serta meletakkan halangan kepada orang yang berjuang dan berfjihad.
Lalu Allah nyatakan nikmat berbanding antara dunia dan akhirat amat jauh beza. Umpamnya jika di bandingkan kepanasan api di dunia dikalikan dengan 69 kali ganda dengan api akhirat.
Begitu lah juga nikmat Akhirat amat jauh beza jika dibandingkan dengan nikmaat yang terdapat di Syurganya.
Firman Allah: Qaf:1-3
(ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ) (قـ : 1 )
(بَلْ عَجِبُوا أَن جَاءهُمْ مُنذِرٌ مِّنْهُمْ فَقَالَ الْكَافِرُونَ هَذَا شَيْءٌ عَجِيبٌ) (قـ : 2 )
(أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَاباً ذَلِكَ رَجْعٌ بَعِيدٌ) (قـ : 3 )
Ertinya:
1. Qaaf[1411] Demi Al Quran yang sangat mulia.
2.(Mereka tidak menerimanya) bahkan mereka tercengang karena telah datang kepada mereka seorang pemberi peringatan dari (kalangan) mereka sendiri, maka berkatalah orang-orang kafir :"Ini adalah suatu yang amat ajaib."
3.Apakah kami setelah mati dan setelah menjadi tanah (kami akan kembali lagi) ?, itu adalah suatu pengembalian yang tidak mungkin.
Dalil beriman kepada hari Akhirat dan hujjah orang yang mengingkarinya.
1. Kita wajib beriman dengan adanya Hari Akhirat.
Firman Allah:
(اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللّهِ حَدِيثاً) (النساء : 87 )
87. Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) dari pada Allah ?
Dan firman Nya lagi: Al Baqarah : 177
(لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian,
FirmanNya Lagi : A n Nisa’: 136
يَكْفُرْ بِاللّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيداً) (النساء : 136 )
Maksudnya:
136: Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.
Firman Allah : Nuh: 17
(وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتاً) (نوح : 17 )
Maksudnya:
17. Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya,
Sesungguhnya hari qiamat itu hampir tiba,tetapi hampir-hampir aku sembunyikan peristiwa ini
Orang-oang kafir menyangka mereka tidak akan dibangkit dari kubur.Katakan kepada mereka wahai Muhammad, mereka pasti akan dibangkitkan.
Sesiapa yang tidak beriman dengan Hari Akhirat , dia dikira mengingkari Rasul SAW seluruhnya .
Orang yang ingkari hari kebangkitan:
1. Mereka tiada dalil dan hujjah.
2. Justru itu mereka akan membawa dan menimbulkan keraguan serta kekeliruan.
Contoh”Kita kata wajib laksanakan jalankan hukum Allah dengan pelbagai hujjah , Dia tolak dan dan mengatakan macam mana nak buat masyarakat kita majmuk.
Tujuan mereka hendak mengelirukan ummat Islam.
Firman Allah :
(أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَاباً ذَلِكَ رَجْعٌ بَعِيدٌ) (قـ : 3 )
3.Apakah kami setelah mati dan setelah menjadi tanah (kami akan kembali lagi) ?, itu adalah suatu pengembalian yang tidak mungkin.
Firman Allah:
(وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُم بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ) (الجاثية : 24 )
24. Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.
Kesimpulan:
Bila kita membuat kerja Islam , itulah kerja-kerja untuk hari Akhirat.
Sesungguhnya musuh-musuh Islam merteka tiada hujjah , dan selama-lamanya mereka akan menimbulkan keraguan dengan pelbagai cara dan kaedah.
Jawapan Allah tentang orang-orang kafir ingkar hari kebangkitan:
Firman Allah:
(وَقَالُواْ أَئِذَا كُنَّا عِظَاماً وَرُفَاتاً أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقاً جَدِيداً) (الإسراء : 49 )
(قُل كُونُواْ حِجَارَةً أَوْ حَدِيداً) (الإسراء : 50 )
(أَوْ خَلْقاً مِّمَّا يَكْبُرُ فِي صُدُورِكُمْ فَسَيَقُولُونَ مَن يُعِيدُنَا قُلِ الَّذِي فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُؤُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَى هُوَ قُلْ عَسَى أَن يَكُونَ قَرِيباً) (الإسراء : 51 )
(يَوْمَ يَدْعُوكُمْ فَتَسْتَجِيبُونَ بِحَمْدِهِ وَتَظُنُّونَ إِن لَّبِثْتُمْ إِلاَّ قَلِيلاً) (الإسراء : 52 )
49. Dan mereka berkata: "Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benar-benarkah kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?"
50. Katakanlah: "Jadilah kamu sekalian batu atau besi,
51. atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut pikiranmu." Maka mereka akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?" Katakanlah: "Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama." Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: "Kapan itu (akan terjadi)?" Katakanlah: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat",
52. yaitu pada hari Dia memanggil kamu, lalu kamu mematuhi-Nya sambil memuji-Nya dan kamu mengira, bahwa kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar saja.
Perbincangan:
Assalamualaikum wbt:
Ustaz.
Bila mula berlakunya Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan?
Jawapan:
Ianya bermula apabila Iblis menentang penciptaan Nabi Adam As.Oleh itu kita mesti memilih satu pihak.samada benar atau salah.
“ Semua puak akan mengaku dia betul !!! inilah Sunnatullah.
Pertembungan antara sekular dan Islam akan terus berlaku.Kita mesti duduk didalam sisitem yang betul yang bersamanya ada Rasul.
(سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً) (الفتح : 23 )
23. Sebagai suatu sunnatullah[1403] yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu. |
[1403]. Sunnatullah yaitu hukum Allah yang telah ditetapkanNya. Wallahu ‘Alam…bersambung di bulan febuari .. |
No comments:
Post a Comment