Beriman kepada hari Akhirat
Rukun Islam ke Lima.
Perlu di fahami , hari akhirat bermula dari Sakaratul maut.”nazak” hingga alam kubur, qiamat mahsyar , Syurga Neraka sehinggalah melihat Allah SWT.
Wajib difahami secara Tafsil”satu persatu”.keyakinan kepada akhirat akan hilang bila kita mengambil remeh, hingga keimanan menjadi semakin nipis.Sebab itu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dicantum berkembar, sebagai rukun asas untuk jadikan seseoranag itu patuh dan tunduk kepada Allah SWT.Wajib yakin seratus peratus.
Bererti , beriman kepada apa yang di ceritakan oleh Allah dalam qur’an dan apa yang di ceritakan oleh rasul SAW didalam Hadis, berhubung dengan perkara-perkara yang berlaku setelah berlakunya kematian yang terdiri :
a. Sakaratul Maut- hingga proses membawa roh kelangit kemudian alam barzakh, nikmat atau sebaliknya, kemudian qiamat, kebangkitan semula dan dibawa kepada Mahsyar dengan pelbagai peristiwa, kemudian berpindah ke Sirot( titian ) , kemudian ke Syurga atau ke Neraka dan melihat Allah didalam Syurga.
b. Terdapat 50 peristiwa lebih hal-hal qiamat.
Firman Allah bermaksud-” Kami tidak tinggalkan dalam Qur’an walaupun sedikit( Semua di ceritakan oleh Allah )
Qur’an menitikberatkan hal beriman kepada hari Akhirat.
Manusia jarang berbicara tentang hal ini.Sedangkan ianya amat penting.sebab itu Allah sangat menitikberat hal-hal Akhirat.
Pada tiap-tiap muka surat sentiasa ada kisah tentang hari Akhirat,di antara bukti penekanan Qur’an tentang Akhirat,
وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ.1
Al Baqarah: 177” Tetapi kebajikan itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat”
مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ) (البقرة : 62 ) . 2
Siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah[57], hari kemudian dan beramal saleh[58], mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Di dalam Aqidah: Kita hanya menerima aqidah Ahli sunnah Wal jamaah.
Dalam hidup mesti mengikuti syariat Allah.Sekira tiada akidah atau syariahnya batal maka tiada pahala.
ذَلِكَ يُوعَظُ بِهِ مَن كَانَ مِنكُمْ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ .3
Al Baqarah: 232
Demikianlah diberi peringatan dengannya kepada mereka yang beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”
Makna yang hanyalah mereka yang sempurna akidahnya.
(قَاتِلُواْ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلاَ بِالْيَوْمِ الآخِرِ .4
Al taubat;29
Perangilah kamu akan mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat”
اللَّهَ وَارْجُوا الْيَوْمَ الْآخِرَ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ) (العنكبوت : 36 ).5
Beribadatlah kamu kepada Allah dan harapkanlah balasan Hari Akhirat dan janganlah kamu mengadakan kebinasaan di bumi ini”
Bila kita membuka alqur’an , begitu banyak ayat tentang hari Akhirat:
a. Hari Qiamat
b. Hari Pembalasan-di dunia belum dibalas sepenuhnya.
c. Hari perhitungan amalan- seluruh percakapan, niat dan gerakgeri kita akan di kira.
d. Hari Perceraian antara mukmin dan kafir- di dunia kita bercampur tetapi di hari akhirat semua dipisahkan.
e. Hari Pertemuan- pertemuan roh dan jasad,pertemuan dengan dosa dan kesalahan
f. Hari perhimpunan- Semua dikumpulkan di Mahsyar.
g. Hari kerugian( Nampak tapi tak jelas )-Kerugian kepada orang kafir, orang yang menentang
h. Hari yang kekal selama-nya dalam – Syurga atau Neraka
i. Hari keluar dari kubur masing-masing
j. Hari penyesalan manusia yang berdosa.
k. Hari Panggilan.setiap orang yang dihumbang ke neraka menjerit meminta tolong
l. Hari Akhir.
m. Hari atau saat berlaku huru hara- datang sekelip mata( mati atau qiamat)
n. Hari yang semakin hampir- kita semakin hampir dengan mati
o. Hari huru hara yang melebihi segala yang ngeri
p. Hari yang memekakkan telinga.Hari yang benar-benar berlaku.
q. Hari yang menutupkan manusia dengan huru hara.
r. Hari yang tetap berlaku.
Hikmat beriman dengan hari Akhirat:
a. Memberi kesan yang besar dalam kehidupan manusia.
b. Amalan orang yang tidak pentingkan akhirat, baginya tiada konsep dosa pahala.
c. Amalan mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat baginya hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja.
d. Mereka yang tidak yakin pada hari akhirat, mereka tiada sebarang ikatan dengan Allah,yang ada hanyalah ikatan hawa nafsu semata-mata.
Orang yakin dengan hari Akhirat:
a. Mereka mengambilkira halal atau haram.
(وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ فَمَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ) (الأعراف : 8 )
Ertinya:
8. Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barang siapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.
(وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُوْلَـئِكَ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُواْ بِآيَاتِنَا يِظْلِمُونَ) (الأعراف : 9 )
Ertinya:
9. Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.
b. Beriman kepada hari akhirat melahiran orang yang beriman dengan kebajikan. Atau amal soleh.
(إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ) (التوبة : 18 )
Ertinya:
Tidaklah patut orang-orang musyrik itu memakmurkan mesjid-mesjid Allah, sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka.
Yang hanya boleh ma’murkan masjid I, datang untuk solat dan sebagainya ialah mereka yang beriman kepada Allah dan hari qiamat.
c. Orang yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat ialah mereka yang saling berkasih sayang.
(لَا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
Al Mujadilah : 22
Ertinya:
“ Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya,
d. Orang yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat menjadikan nabi Ibrahim sebagai contoh tauladan.
(لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ
Al Mumtahanah: 6
Sesungguhnya pada mereka itu (Ibrahim dan umatnya) ada teladan yang baik bagimu; (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (pahala) Allah dan (keselamatan pada) Hari Kemudian.
Persoalan:
Apa kesan wahabi kepada kita umat islam?
Jawapan:
1. Perkara Khilafiah bukan asas dalam perjuangan kita, dakwah kita tertumpu kepada perkara “Qat’ie”perkara khilafiah kita serahkan kepada Ulama’ .Seperti pakaian tutup aurat. Jadi kita seru mereka tutup aurat, adapun jubah , pakai lebai ..itu bukan asas, ini terpulang .Tidak ada pimpinan mengatakan untuk jadi ahli jamaah mesti pakai jubah atau lebai..tidak ada.
Kita memegang yang asal , yang menjadi sebati dalam masyarakat kita.Yang baru kita serahkan kepada ulama’.
2. Aulawiyyatnya ialah hari ini kena utamakan dengan kembalikan syariat Allah, halangan kita ialah Isme yang sesat dari barat. Adapun masalah khilafiah dalam mazhab di serahkan kepada Ulama’.Yang perlu kita bincang ialah Sekularisme,nepotisme ,dan isu-isu sesat yang datang dari barat.Inilah peluang musuh untuk melemahkan kita.
Wahabi, syeikh Muhammad Abdul wahab adalah pengasas,apakah dia sesat.Ulama’ di Mekkah semuanya mengikut aliran beliau.Sebagai contoh;-
Fatwa Al Azhar – mengambil gambar untuk tujuan tertentu harus.
Tetapi fatwa Negara teluk hukum mengambil gambar adalah haram.
Persoalan qunut , sesiapa yang nak baca teruskan tetapi jangan menghalang orang lain untuk beramal dengannya.
Janagan mudah menyebut yang ini sesat atau yang itu sesat, ingat jika kita mengatakan si anu itu sesat, andainya mereka tidak sesat, maka sesat itu akan kembali kepada yang menuduhnya.
3. Dizaman Imam-imam dulu tidak diperbahaskan masalah ini, kerana untuk selesaikan perkara pokok.jadi perkara khilafiah di tinggalkan dahulu.
4. Dalam perkara aqidah seperti mazhab Khawariz( lahir nya setelah berlaku pertembungan antara Ali dan Muawiyah) Ulama tak berani kata sesat atau terkeluar dari Islam.
No comments:
Post a Comment