Zaman ICT dan ledakan tamadun yang sedang pesat sepatutnya membuka ruang dan luang yang semakin hebat kepada Islam dan keadilan, hidup lebih bertamadun dan berqualiti.Keadilan dan ketelusan sepatut nya menjadi ajenda utama sesebuah Negara.
Tetapi 1000 kali malang , jika masa sudah berubah ini , masih menghatui pemikiran dan benak sebahagian besar spesis pimpinan negara yang masih lagi ingin kan sebagaimana yang berlaku sekarang ini.
Hidup membujur lalu melintang patah,tiada konsep halal haram,menakut-nakutkan jelata, mengugut jelata, menekan dan penindasan menjadi keutamaan, sehingga niat untuk solat hajat dan berhimpun secara aman di nafikan, tetapi menyalahgunakan hak, meyeleweng, fitnah, rasuah, membunuh,dan 1001 macam kemungkaran dan kemaksiatan bukan menjadi keutamaan untuk di hapus dan di bendung...inilah masalah semasa yang dihadapi oleh jelata tanah air ku dewasa kini...untuk maklumat lanjut klik di sini
Allah berfirman :Al Baqarah:277
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."
Teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabat . allah akan membantu kita.
No comments:
Post a Comment