SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Monday, May 4, 2009

SEHARI SATU HADIS


Bersama pimpinan Ulama'


Jangan mengubah ciptaan Allah..

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara :
rezekinya,
ajalnya,
amalannya,
celaka dan bahagianya.

Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "


Intipati:

1. Setiap manusia mesti kenali dan insafi diri, asal usul kita agar kita sedar diri dan tidak sombong, sebagaimana Iblis ,yahudi dan yang sewaktu dengannya.
2.Para pejuang mesti Istiqamah dan sentiasa mengislah diri agar sentiasa dalam situasi yang di redhai Allah swt.
3. Sentiasa istiqamah dalam perjuangan.
4. Berikhtiar dan berdoa agar hati-hati, pendengaran dan penglihatan kita sentiasa digunakan bagi melaksanakan titah perintah Allah swt.

Sentiasa berdoa :

رَبًَنَا أتِنَا فِى الدُنْيَا حَسَنَة وَفِي ألاَخِرَةِ حَسَنَة وَقِنََا عَذَاباَُ النًَارِ

"Wahai tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan diDunia dan kebaikan dihari Akhirat dan jauhilah kami daripada azab Neraka "


No comments: