SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Sunday, March 1, 2009

AL FATEHAH UNTUK SYIFU


Ya Allah ampunilah dia...Jasanya pada kami sangat besar

KOTA BHARU, 28 Feb (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood, 63 meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira jam 1 pagi tadi.

Dari jauh berita yang ku dengar.......
Beliau adalah individu yang menawarkan cahaya perjuangan di era tahun 1983.
tika itu masih di alam pengajian.
kekawan yang mengenalinya pasti ingat.

dah berlalu hingga kini era 2009
+- 28 tahun yang lalu....
azmi,aku,pak teh,mazlin dan ramai lagi.
bangunan dewan Zul di KB menjadi saksi
detik 12 malam
kita berbaiah...

masa itu syifu kami kenal sebagai che gu .
hingga kini pesan syifu kami ingat...
kawan-kawan yang setia
ayuh..teruskan perjuangan ini
kita penyambung warisan syifu
tenaga kita diperlukan....berjuanglah....
teruslah berbakti..
che gu ......sekalung fatehah kami panjatkan
agar di alam sana syifu terus diberkati
jasa syifu kami ingati
ya Allah.ampuni lah dia
rahmatilah dia
Afiatkanlah dia
Maafkanlah dia

amin Ya Rabbal 'alamin.

No comments: