SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Tuesday, March 17, 2009

RAJA MESTI BERSIH


Selawat dapat bersih kalbu
Atif Idris

Kedatangan bulan Rabiul Awal diraikan dengan majlis Maulidur Rasul di sana sini. Selawat dan marhaban sering kali didengari. Dan sekarang kebetulan musim cuti persekolahan, sendat pula dengan kenduri kahwin.



Sehubungan itu Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berpesan banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw kerana ia dapat membersihkan hati atau kalbu seseorang.

Katanya ketika sibuk menyambut bulan Maulidul Rasul umat Islam mesti bijak menilai perkara-perkara yang bertepatan dengan Islam atau sebaliknya.

"Hati mesti dijaga kerana sekiranya rosak ia akan merosakkan seluruh tubuh badan manusia sekaligus merencatkan pemikiran terhadap Islam,

"Dunia ini diibaratkan seperti berada di bawah serkap, kita tidak akan terlepas dari pukat-Nya dan setiap idea yang keluar mesti disunting terlebih dahulu samada ia bertepatan dengan tuntutan Islam atau sebaliknya," ujar beliau pada satu majlis di sini, baru-baru ini.

Beliau juga mengajak orang ramai menyambut Maulidur Rasul khatimul alBiya' yang diutuskan khas untuk menyelamatkan manusia daripada penyakit-penyakit berbahaya yang sering menyerang manusia seperti syirik dan riya'.

Sementara itu, Masjid Baiturrahman yang siap dibina pada 2006 membabitkan kos sebanyak RM800,000 dapat menampung sehingga 1,000 jemaah.

Imam tua masjid berkenaan, Haji Raja Sulaiman Raja Saleh berkata, masjid itu dibina hasil derma orang ramai sehingga ada yang menyumbang barang-barang kemas.

Menurutnya masjid itu asalnya terletak di Kampung Telok Mesira dan sekitar tahun 1950-an dipindahkan ke tapak sekarang.

Dalam perkembangan lain Dun Panchor baru-baru ini mengagihkan sumbangan wang tunai kepada 108 armalah dan anak yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Adun Panchor, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, Islam amat memberi perhatian utama kepada golongan armalah supaya mereka tidak diabaikan.

Katanya, walau pun peruntukan kerajaan agak terhad, namun sumbangan kepada golongan berkenaan tetap diberi. - mj _

komentar:

Inilah sifat Khalifah Allah di atas muka bumi.Mengurus dan mentadbir negeri berpandukan Syariat Allah.Menjadi sumber rujukan semua orang.

Pemimpin yang mengurus modal insan berdasarkan keperluan sifat dan unsur kemanusiaan, iaitu keperluan roh dan keperluan jasad.

Keperluan kepada makan dan minum serta tempat tinggal dan dalam masa yang sama diberi didikan dan panduan bagaimana untuk hidup beroleh kejayaan di dunia, juga di hari Akhirat nanti.

Inilah bentuk dan ciri-ciri seorang pemimpin yang wajib dicari dan dikenali serta diangkat menjadi pimpinan.

Kerana sesungguhnya kehidupan manusia perlu ada sandaran, dan sandaran itu ialah Syariat, dan tidak akan tertegaknya syariat melainkan dengan adanya pemimpin, dan tiadanya pemimpin melainkan dengan adanya wala' dan kepatuhan, dan tiadanya kepatuhan melainkan datangnya dari hati yang yakin dan beriman kepada Allah..

Justru itu bajailah hati agar sentiasa subur dan kuat, kerana sesungguhnya hati itu adalah raja, jika baik hati itu maka baiklah diri seseorang itu dan jika rosaknya hati , maka rosak dan jahanamlah seseorang itu....Wal'iyazubillah.

Wassalam

No comments: