SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, March 7, 2009

ISU SEMASA DLM TAFAQQUH


Gambar hiasan untuk renungan ...rentetan rampasan kuasa di negeriku...

Lihatlah renunglah

Tembakan untuk ....PPSMI

Tanda sayang rakyat kepada bahasaku

Bahasa akan selamat bila Islam mentadbir

Kalimah Allah di awan.
Awan makhluk tak mengaji...kita ada macam-macam sijil, PHD lagi tapi....

Lihatlah awan ada imej kalimah Allah
Kita manusia ..bila lagi nak ubah imej jadi berakhlaq

Perbincangan:

Satu soalan dari seorang pendengar

"Apakah Isu hari ini bila ada kalangan orang bukan Islam hendak menggunakan Nama Allah.
Apa sikap kita?

Jawaapan:

Af Ustaz mengatakan , kita perlu sedar dan perlu kaitkan dengan yang mana lebih utama (Aulawiyat) , antara isu Nama Allah atau Isu PPSMI.( Pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris )Kita mesti sedar ini permainan media dan orang tertentu untuk menenggelamkan isu besar sekarang ini ia itu ( PPSMI )

Af Ustaz seterusnya menyatakan "Nama Allah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.Allah tuhan semua makhlok.Tetapi sekarang ini timbul masalah ini ... ini strategi pihak-pihak tertentu untuk tutup isu PPSMI."

Sama juga , Isu rampasan kuasa di Negeri perak, tetapi yang ditimbul dan di tonjolkan ialah isu derhaka.supaya orang ramai tahu bahawa Pakatan rakyat salah yang betulnya mereka.PR penderhaka,MB penderhaka yang baik mereka, yang betul mereka, yang membela rakyat mereka...
Sama kes mesyuarat DUN bawah pokok. Yang mesyuarat salah , yang berkumpul salah...yang kunci DUN tak salah, yang sekat sidang DUN tak salah..

Jadi slogan Allah For All adalah betul.
Jika orang kafir baca qur'an dan sebut nama Allah , bermakana mereka sudah suka dengan al qur'an dan suka kepada Islam.inilah yang menjadi tugas kita.

Kita berkawan baru 10 bulan itu hasilnya, yang mereka berkawan 51 tahun, bukan kawan tak kenal Islam, malah dia sendiri makin jauh.....

Inilah yang sepatutnya cara kita berkawan dengan orang bukan Islam , Kita amalkan Islam, cara hidup Islam,cara politik Islam dan semuanya mesti mengikut Allah, sebab Allah ialah Tuhan semua makhluk. Oleh itu pimpinlah mereka, bimbinglah meeka, agar kawan kita dapat mengenal Islam dan memahami alQur'an kita Allah.tuhan semua makhluk.

Ustaz menceritakan pengalamannya di Mesir, dimana "orang -orang Yahudi , kristian bercakap dan menyebut nama Allah dalam kehidupan seharian mereka,mereka menulis perkataan bismillah, memakai jubah dan serban. Oleh itu kita mesti terbuka .

Biarlah mereka gunakan nama Allah atau menyebutnya dalam percakapan mereka,( padanlah orang Islam sendiri ramai yang tak mahu menyebut nama Allah, lebih dahsyat lagi baca Qur'an pun tak boleh ... apa lagi nak sebut....) dan dalam masa yang sama, menjadi tugas dan kewajipan kita untuk memandu mereka kepada cahaya Allah" .

Wassalam

No comments: