SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Monday, April 6, 2009

DARI MIMBAR MADAH

7 April ...Membangun Bersama Islam


Sejuk mata memandang kalau Malaysia melahirkan athlet begini


An Nas alaa Diini Mulukihim-
Rakyat akan mengikut Cara hidup Pemimpin mereka
( Maksud Sabda Nabi )
CHOOONYA....UMOH IYE

PUSAT TARBIYAH KAWASAN LUMUT

“ PEMIMPIN BERBALAH RAKYAT PUNAH ”


الحَمدُلله القائل

ألَم تََلر اِلى الٌِذينَ بَدٌََلُوا نِعْمَتَ اللهِ كُفْراً وَاحَلٌُوا َقََََََوْمَهُمْ دَارَ الَبَوارِ

أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شؤيك له . وأشهد ان محمدا عبده ورسوله . اللهم صل وسلم على سبدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين .
اما بعد,
فيا عِبَادَالله ِ, اِتَُقوااللهَ , اُوصِيْكُمْ وَاِيٌَايَ بتقوى الله , فََقََد فَازَ المُتٌقوْنَ


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Pada hari ini mimbar akan membincangkan khutbah bertajuk: PEMIMPIN BERBALAH RAKYAT PUNAH”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini bukan saja mimbar ini tetapi ramai pihak yang waras melahirkan rasa bimbang mengenai perkembangan politik wang atau rasuah politik di negara ini. Berdasarkan pemerhatian mimbar, penggunaan wang untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan dan politik telah menjadi budaya segelintir daripada pemimpin masyarakat.

Dalam isu ini, mereka yang kaya raya dan bernafsu besar dalam politik tanpa merasa malu melantik proksi atau agen tertentu untuk menjalankan kempen membeli undi, menawarkan ganjaran, kemudahan, dan sebagainya secara tidak sah dalam usaha mendapatkan penyokong dan kuasa.

Berdasarkan kempen sengit dalam tempoh bertahun-tahun menggunakan politik wang ini, sebenarnya telah membuktikan sikap tidak amanah dan menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin. Apabila pemimpin asyik bertelagah merebut jawatan hingga lalai dan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat menyebabkan rakyat merasa bosan. Keadaan bosan yang berterusan ini mampu mengugat sistem bernegara kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dalam sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana pemimpin yang terlibat dengan politik wang, tamak kuasa, mengutamakan puak dan keluarga, dan gila wanita adalah penyebab utama tumbangnya kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah. Persoalan besar timbul ialah jika pemimpin sendiri berpecah belah dan terlibat pula dengan amalan-amalan buruk, maka bagaimana ia mahu menyuruh rakyat bersatu padu dan berakhlak mulia?.

Rasulullah s.a.w menegah umat Islam daripada meminta-minta untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa satu ketika Abdul Rahman bin Samurah telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w:

يا عبدَ الرَحمن بن سَمُرَة لا تَسْألْ الاِمَارَة َفانٌكَ اِنِِِِْ اُعْطِيْتَهَا مِنْ غَير مشْاَلَةٍ اُعِنْتَ عليها وَاِن اُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْاَلَةٍ وُكِلْتَ الََيْهَا

Mafhumnya: Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan

Hadith ini menjelaskan bahawa dalam Islam, jawatan pemimpin adalah satu tanggungjawab yang berat. Ia bukan suatu status yang direbut bagi mendapatkan sanjungan dan keistimewaan tertentu. Oleh sebab itu, Islam menegaskan bahawa jawatan kepimpinan tidak boleh ditagih-tagih mengikut desakan naluri dan nafsu semata-mata. Bahkan, dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakan, karisma dan ciri kepimpinan seperti bertaqwa, berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh merancang dan bijak melaksanakan tugas.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Allah s.w.t telah mengingatkan bahawa kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan melaui teladan sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubat ayat 128:

Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman.”

Ayat tadi mengajar kita bahawa pemimpin yang bersikap belas kasihan, penyayang, prihatin terhadap kebajikan rakyat adalah bukti ketinggian iman mereka. Justeru, mimbar ingin mengingatkan bahawa memegang kuasa melalui kemenangan politik wang hanya memberi keseronokan sementara waktu untuk diri sendiri dan beberapa kerat kuncu-kuncu mereka, tetapi memberi kesan penderitaan jangka panjang kepada negara dan rakyat jelata.

Kita perlu insaf dan sedar bahawa budaya politik wang akan mewariskan pemimpin yang tidak berkualiti, pemimpin korup, tidak berakhlak, dan tidak berintegriti. Selain itu, amalan politik wang akan menutup proses demokrasi secara sihat kerana orang yang berduit sahaja berpeluang menjadi pemimpin besar, manakala mereka yang tidak berduit terhalang walaupun mempunyai karisma dan benar-benar layak menjadi pemimpin.

Keadaan ini jika terjadi merupakan satu kerugian besar kepada agama, negara dan rakyat jelata. Isu-isu politik wang di kalangan pemimpin ini akan menyukarkan usaha untuk menyatu padukan umat Islam di negara ini. Kita perlu ingat bahawa kelemahan kepimpinan Islam menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan kepada Islam, mempertikai Islam dalam perlembagaan, dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dalam prinsip syariah ada menetapkan bahawa sesebuah kerajaan perlu berlaku adil dan beramanah. Untuk mencapai matlamat ini maka amalan buruk dalam berpolitik seperti politik wang, menyalahguna kuasa, rasuah, dan sebagainya hendaklah ditolak dan dihapuskan. Sewajarnya mereka yang mengamalkan budaya ini tidak diberi ruang sebagai pemimpin.

Sebagai kesimpulan, mimbar ingin menasihatkan kepada pemimpin yang diberi kepercayaan supaya memikul amanah dan tanggungjawab dengan meletakkan hala tuju negara selari dengan al-Qur'an dan as-Sunnah serta memastikan rakyat hidup bersatu padu. Waspadalah dengan penyokong yang cuba merosakkan kita kerana pemimpin yang berwibawa tidak mudah terpengaruh dengan tekanan penyokong yang rosak.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 142:

أعوذ بااللهِ منَ الشَيْطَنِ الجِيم

وَقاَل مُوسَى لآخِيْهِ هّرُوْنَ احْلفُْنِى فِىْ قَوْمِى وَأصْلِح وَلاَ تَتٌَبِعْ سَبِيْلَ المُفْسِدِيْنَ

Maksudnya: “Dan berkatalah Musa kepada saudaranya Harun: Gِantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan.”


باركَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى القُرْءاَنِ العَظِيْمِ , ونَفَعَنِى وَاِيَاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الاَيَاتِ وَالذِكْرِ الحَكِيْمِ , وَتَقَبٌَلَ مِنٌِى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنٌَهُ هُوَ السٌَمِيْعُ العَليِمُ , أقُوْل قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِرُاللهَ العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ , وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ , وَالموُءمِنِيْنِ َ والمُوءمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوه فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نََجَاةَ التٌَائِبِيْنَ .

ayat 6

No comments: