SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, March 7, 2009

ILMU USULUDDIN


AF Us Tarmizi sedang tahnik seorang bayi


Sebahagian ahli jamaah dalam majlis tafaqquh

Sebahagian aktiviti MADAH dalam Prog Prihatin Palestine

MADAH 8 Mac 09
Kuliah Tafaqquh Fi Din- 9.30 pagi

SIFAT-SIFAT ALLAH
Ringkasnya ada dua:

Sifat zat dan sifat perbuatan

a. Sifat Zat:

i.Sifat yang lazim bagi Allah, lazim bererti mesti ada. kalau tiada bermakna bukan Allah.

ii. Tidak bercerai tanggal. Ada dari awal hingga akhir. Sifat kita bercerai tanggal sebab dulu kita mati , sekarang hidup , lepas ni mati semula.tetap bagi Allah Azali dan abadi.

JENIS SIFAT ZAT

1. Al Hayah ( Hidup ) - Lazim bagi Allah.
Hidup Allah tidak bercerai tanggal
2. As Sami'( Maha mendengar )
3. Al Wajh( Muka )
4.Al Qidam ( Sediakala)Sifat zat bagi Allah, yang lazim bagi Allah.
5 Al'azhomah( Maha agung )
6.Al Ilmu ( Maha mengetahui )
7.Al Qudrat( Maha berkuasa )
8. Al Basar ( Maha melihat )
9.Al Kalam ( Berkata-kata)
10. Al Mulk( Maha memiliki )
11.Al Kibria' ( Sombong )
12.Al 'Aliyyu ( Maha tinggi ) Allah Taala( Maha tinggi )
13.Al Rahmah( maha pemberi rahmat )
14 Al Ghaniyyu ( Maha kaya )
15. Al Hikmah ( Maha bijak )

Kesimpulan:

Sifat yang wajib bukan sekadar ini sahaja, jangan ada yang mengatakan sifat Allah ini sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

Sifat perbuatan :

Tertaaluk ( bergantung ) kepada qudrat dan iradat Allah.
contoh ketawa...Satu sifat wajib bagi Allah tetapi sifat perbuatan( tertakluk kepada apa yang Allah kehendak)

contoh:

1. Al Istiwa'- bersemanyam.( Bahasa Allah , bukan bahasa istana..)
Ar Rahman 'ala 'arsyi stawa.

Seperti kita. pagi ini kita nak mengaji, kemudian dilaksanakan oleh qudrat( tenaga)

Adhoohik( Ketawa )-Jika Allah kehendaki, maka Allah ketawa, kalau tak hendak tiada.

Al Hub ( cinta sayang )- marah ( al Ghadhab) , al Nuzul( turun kelangit dunia ) tertaaluk kepada kehendak dan kuasanya.

Al Muqim( Pendendam )

Al 'Aziz ( Penggerun )
Ar Redha'
Al Kurhu( Benci )
Al Farah ( Gembira )
Al Mutakabbir( Takabbur )
Al Makru ( Tipu helah )

Sifat zat dan sifat perbuatan mesti di isbatkan , wajib di imani.
Seluruh sifat zat dan perbuatan ada sifat wajib bagi Allah Swt.
Jangan samakan sifat ini dengan sifat makhluk.

Pengajaran dan peringatan:

Sifat perbuatan Allah seperti,
Ketawa Allah: Mesti jaga 4 perkara.

Jangan samakan
Jangan pinda meminda
Jangan ada pertanyaan
Jangan tolak

PERBINCANGAN:

Ketawa: Manusia ketawa - banyak sia-sia.
Ketawa Allah tiada sia-sia.

Takabbur: kalau ada pada manusia- jadi buruk
Takabbur : Pada Allah - jadi mulia.

Samseng( Al Kohhar )

"Laisa kamisslihii Syaiun wahuas syamiul Alim..."

Allah bersemayam di Arasy, dimana??? Wallhu 'Alam
Wajib ittiqad, Allah bersemayam di atas arasy.( TITIK )
Jangan haloba untuk tahu zat Allah.

Satu soalan dari pendengar:

Apa hukum kalau katanya :

"Kerana
aku belajar sungguh-sungguh aku pandai"...

Jawapan :

Kita hanya usaha...Usaha tidak beri bekas kecuali dengan izin Allah.
Jadi tidak boleh letak kerana... sebab ianyasekadar sebab dan musabbab sahaja untuk berjaya.

Ulama' tauhid mengatakan KERANA itu mengilhamkan Syirik....contoh " Anak saya berjaya kerana dia rajin"...tak jadi syirik tetapi punca syirik.

Kalau di'ittiqad sama dengan mulutnya.. bahaya...tetapi kalau hati tak sama dengan mulut dan di kaitkan dengan izin allah..itulah yang sebaiknya.

_________________

NAMA-NAMA ALLAH


Semua sifat yang dibincang tadi datangnya dari nama-nama Allah.
Semua terdapat dalam qur'an dan Hadis.

Ada satu kisah orang terakhir masuk Syurga...Dalam kisah ini Allah ketawa dan nabi pun ketawa...

Nama-nama ini menunjukkan beberapa sifat.
Tiap-tiap nama di ambil dari kalimah asalnya, seperti al Alim...dari Al Ilmu.
Al Qodir dari Qudrah
As Sami' dari kalimah sama' dan sebagainya..

Allah( Nama yang kembali kepadanya nama dan sifat) Siapa mendengar..Allah. Siapa berkata-kata...Allah.

Pendapat Ibn Qayyim:

Allah dari kalimah Al Ilaah... buang hamzah di tengahnya. Jadilah Alif Lam LAm HA

Nama-nama itu menjadi sifat Allah. Seperti Ar Rahman.Nama-nama Allah adalah sifat terpuji.
Asma' ul Husna- Nama-nama yang elok, kerana menunjukkan kepada sebaik-baik dan semulia-mulia zat

Ada 3 perkara penting:

1. Satu nama 3 kewajipan.
Beriman di segi nama, contoh Al Adilu.

1.Beriman dengan nama Alah.
2. Beriman dengan pengertian makna- Beriman dengan Allah Maha adil.
3. Beriman dengan kesan bagi nama itu- Lihat dalam hidup kita...itulah keadilaan Allah.
( Rezki : semua orang dapat rezki, miskin,kaya, binatang dll )

Contoh lain:

al Hakim- bijaksana( kewajipan pertama) yakin sebagai nama Allah

ke dua, beriman dengan makna- Bijaksana,beriman Allahitu maha bijaksana.
ketiga- kesan- Hujan turun atau tidak, udara segar dan angin bertiup..ini kesan bijaknya Allah.

contoh yang lain :

Nama Ar Rahman...adalah nama Allah.
Kedua, beriman pada makna.( kasihan belas kepada yg dikehendaknya)
ketiga kesan rahman Allah di dalam hidup kita.

Sekian..hingga bersambung semula di hari Ahad 12 April 2009 nanti insyaAllah.

Wassalam.

No comments: