SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, March 7, 2009

JANGAN ZALIM



aLAHAI sATEY kAMBING

pELANGGAN rAMAI sYUKUR

Alhamdulillah,perjalanan dari Lumut ke Nilai dan Nilai ke Lumut telah selamat.Cuma itulah kata orang banyak berjalan luas pandangan,banyak orang banyak ragamnya.
Apa pun yang nak di catat di sini ialah amar ma'ruf nahi mungkar.Mudah mudahan semua pihak kembali kepada Syariat.

dalam perjalanan ke Nilai memang ada hasrat nak makan satey Hj Samuri. kat hentian Denkil, tetapi entah macam mana tersesat jalan semasa jalan pulang.jadi terpaksa teruskan perjalanan dan singgah di restoran hentian jejantas Sungai Buluh.Kita merancang Allah menentukan.Alhamdulillah , kenderaan agak banyak , terpaksa park kereta jauh sedikit ,selepas ambil sedikit masa, sampailah kami empat beranak ke restoran tersebut.

Kami order 20 cucuk satey kambing dan 20 cucuk satey ayam.Selepas doa di baca ,apa lagi semua ambil satey kambing, tetapi masa gigit yang pertama rasa masam, mungkin masalah lidah, tetapi bila semua kata "ni satey ,kambing basi ni!!!

Lalu kami panggil pelayan dan mengatakan masam dan mohon tukar.daging....
apa yang kami kesal ..langsung pelayan tak kata pun minta maaf...tetapi disuruhnya bayar kambing masam tu 6 cucuk, sedangkan yang luaknya cuma 5 cucuk itu pun termakan...yalah kalau tak makan mana tau ianya basi...

Jadi pengajarannya di sini...kepada Hj Samuri...tolong perhatikan anak-buah pekerja tuan...InsyAllah kalau kita ada sikap mesra pelanggan , Allah akan berkati rezki dan amalan kita.

Samalah jua dengan suasana politik di Negeri perak sekarang....kalau jawatan di dapati dengan cara yang salah,merampas dan merompak,mencolek , ugut dan tah apa-apa lagi istilah
nya yang aku dengar dan baca dari media...apa hukum gaji yang diterima.

Kita orang Islam, bukalah hati, bukalah mata dan telinga...kenapa jadi begini.Kembalikan yang hak kepada yang berhak.Rakyat bersusah payah membuang undi memilih calunnya, tiba-tiba hak rakyat di nafikan.

"Kalau begitu tak payah adakan pilihanraya" !!! kata jiranku suatu petang......"membazir dan menyusahkan je"...betul juga kata-katanya itu ...

Marilah serta fikir-fikirlah. Masih belum terlambat untuk membetulkan kesilapan.

"Bubarkan DUN...biar rakyat memutuskan, kalah atau menang adalah ketentuan Allah." Kita yakin orang PAS boleh terima apa sahaja keputusan , syaratnya biarlah adil....." ujarnya lagi.
Aku yakin semua orang yang beriman dan berakhlak akan sependapat dengan jiran aku tu.

Wallahu 'alam

No comments: