Mafhum firman Allah : Surah Ali Imran: 77
" Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih"
Tafsiran:
Ayat ini mengikut pendapat Ikrimah,ditujukan kepada pendeta yahudi dan pemimpin-pemimpin mereka , antara nya Kinanah bin abi Al haqaiq,Ka'ab bin Asyraf, Huyai bin akhtob,dimana mereka menyembunyikan perkara yang menjadi perjanjian dengan Allah.Mereka ubah perkara yang dinyatakan Allah kepada pendapat mereka dan mereka beramal dengan pendapat itu, dan dipaksakan orang ramai mengikut apa yang mereka katakan dan mendakwa itu lah betul.serata menyatakan "Ini datang dari Allah".
Setengah qaul pula mengatakan , ayat ini diturunkan kepada segolongan yahudi yang mengatakan " Tidak berdosa kita menganiaya orang ummiy( yang tidak seagama dengan kita ) dan mendakwa ini adalah datang dari Allah.
- Rujukan Tafsir alqur'an,juzu' ke 3, oleh Ahmad Sonhadji Mohamad, muka surat 185 )
Renungan:
Terkini telah berlaku kepada Ahli Qur'an, di negara kita.Bagi mereka rasuah sesama mereka tak salah( politik wang ) tetapi kalau rasuah yang dilakukan oleh orang lain , kesalahan besar, dihukum dan dilucutkan jawatan.
Apa sahaja yang dibuat oleh orang lain semua nya salah.Tetapi apa yang mereka buat tak salah dan tak berdosa, kerana jasa dan bakti kepada rakyat.
Ingat: maksud firman Allah:
" jangan kamu cenderong hati kepada orang-orang yang zalim , nanti kamu akan disambar oleh api neraka"
Wassalam.
SELAMAT DATANG
MAI BERTAMU
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com |
MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH
1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )
4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)
5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )
MLM SABTU MINGGU KE -4
SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )
4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)
5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )
MLM SABTU MINGGU KE -4
SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
Monday, March 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment