SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT HARI BERAMAL


Kerjalah kerana Allah

Apakah ini pakaian kerja anda?...


Alhamdulillah,pagi ini aku terima SMS sahabat ku Musolli dari Sabah, mengingatkan aku tentang hari ini, dimana kerja buat kita selama ini , alangkan baiknya jika semuanya itu menjadi amal bakti dan ibadat kita disisi Allah swt.Alangkan baiknya bila Islam yang mengurus dan mentadbir ...InsyaAllah kita semua berazam dan beramal , bagi memastikan:

الاِسْلاَمُ يَعْلُوا وَلاَ يُعلىْ عَلَيْهِ
Al Islamu Ya'luu Wala yu'laa A'laih..
Islam itu tinggi, dan tiada lagi sistem lain yang lebih tinggi daripada nya

Sekali lagi dunia dan negara kita dikejutkan dengan wabak,dulu terkejut dengan selsema burung, kemudian JE,kemudian Denggi,lepas tu Chikungunya,HIV dan terkini Selsema Babi.( Swine Flu )

Statistik dunia mencatatkan 159 terkorban dan 1,300 pengidap, dan negara utamanya Mexico,Amerika syarikat dan sebahagian negara asia.

WHO- Pertubuhan kesihatan sedunia, memberi amaran...Sebenarnya AlQur'an dah banyak kali memberi amaran,bahkan semenjak 1500 tahun yang lalu..tapi apa manusia peduli.Usah kan amal baca pun dicemohnya...

EMPAT kali Allah ingatkan didalam al Qur'an:

1. Surah al Baqarah : ayat: 173
2. Surah almaidah : ayat ; 3
3. Surah al Nahl : ayat: 115
4. Surah Al An'am : ayat: 145

Wabak ini datang dalam 3 kombinasi virus...

1. Virus selsema burung.
2. Virus selsema manusia
3. Virus selsema BABI.

Ianya menyerang sistem pernafasan jenis A...( H1N1) dikesan semenjak 1988.
Puncanya sentuhan BABI...kita sekarang bukan sentuhan lagi...melantak...Sebab tu lah ..marilah kembali kepada ajaran agama kita, kalau tersentuh kena basuh 7 kali air, kalau ternampak, istighfar, kalau .....

Symptomsnya:

-1.Suhu badan meningkat 37.8 celsius
-2. sakit-sakit badan
-3. batuk
-4. Hingus
-5. Bersin
-6. Sesak nafas
-7. Hilang selera makan
- 8.Muntah dan cirit birit.

Ha yang no 2-6 tu biasalah...sakit-sakit badan( Penat lawan UBN), sesak nafas pun biasa...ya lah kes MBH ni...

Tapi kalau no 7.....bertambah selera lagi ada...tapi ingat nabi memberi nasihat ...

" kami adalah satu kaum yang tidak makan ,melainkan bila lapar dan akan berhenti sebelum kenyang" amalkanlah...

Sebab tu ikutlah pesanan AlQur'an:

Jangan kufur
Jauhi maksiat,arak,zina,rasuah,judi, rampas kuasa, rompak, fitnah ...bertaubat lah dan dikatakan dalam satu kajian,makan daging babi akan mendatangkan 70 jenis penyakit...itu kalau babi kalau makan benda haram yang lain , cubalah dharab...ya Allah berilah kami hidayah.

Mafhum surah almaidah: 3

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah[394], daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya[395], dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah[396], (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini[397] orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa[398] karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

[394]. Ialah: darah yang keluar dari tubuh, sebagaimana tersebut dalam surat Al An-aam ayat 145.

[395]. Maksudnya ialah: binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal kalau sempat disembelih sebelum mati.

[396]. Al Azlaam artinya: anak panah yang belum pakai bulu. Orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. Setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. Bila mereka hendak melakukan sesuatu maka mereka meminta supaya juru kunci Ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. Kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, maka undian diulang sekali lagi.

[397]. Yang dimaksud dengan hari ialah: masa, yaitu: masa haji wada', haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

[398]. Maksudnya: dibolehkan memakan makanan yang diharamkan oleh ayat ini jika terpaksa.

Wallahu 'Alam...
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA.BEKERJALAH UNTUK ALLAH


Wednesday, April 29, 2009

HEBOH GEMPA...




Apa cerita orang TLDM, apa khabar orang Pulau Pangkor tempat MBH.Orang kampong heboh la ning lepas Sure heboh timbul , Swine Flu( selsema babi, lepas tu heboh pulak Gempa Bumi...nak tau klik Sini

Allah dah bagi amaran Surah An Nahli : 115:
Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "


ظََهَر ألفَسادُ فِى البَرًِ والبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أيْد ىِ النَاس
لِيُّذِ يقَهم بَعْضَ الذِى عَمِلُوْا لَعًَلَِهُم يَرْجِعُوْنَ

الروم : 41

Maksudnya:

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali
(ke jalan yang benar

Marilah kita kembali kepada Kitab Allah
Jauhilah dari segala mara bahaya angkara tangan-tangan manusia durjana
Kembalikan hati-hati kami rasa kasih sayang semoga berterusan hingga akhir zaman.dan Negeri perak kembali semula kepada yang Hak.
Amin ya Rabbal A'lamin

PENAWAR DARI ALLAH


Mehnah ada di mana-mana

Marilah bersama Ulama'

Dewasa ini pelbagai kisah yang menyesak jiwa melanda para pejuang .Namun begitu bila direnung dan di kaji-kaji , bahawa ini semua adalah fitrah pejuang,cara dan uslub , Allah menyediakan pahala dan kurniaan kepada hamba-hamba nya.Lihatlah kisah dan pahit getir yang dilalui oleh baginda Rasululullah Saw.Sepanjang sirah perjuangannya apa yang tidak dihadapinya...renung-renungkan lah wahai para pejuang.

Nabi tidak bersendirian, disana ada para sahabat, ada para Malaikat dan yang lebih utamanya ada Allah, Rabbuljalil.
Nabi di ajar dengan wahyu,yang mana wahyu itu masih ada pada kita hari ini.Antara wahyu tersebut ialah surah An Nas...nabi menyatakan , ia adalah penawar kebimbangan dan was-was.
boleh dengar di sini
Baca-bacalah selalu ..mudah mudahan hilang kebimbangan dan was-was.
قُل أعُوذُ ربًِ النَاس
مَالِكِ النَّاس
الَهِ النَّاس
مِنْ شَرًِ الوسْوا سِ الخَنًَاسِ
الًِّذِي يُوَسوِسُ فِي صدُوْرٍ النَّاسِ
مِنَ الجِنًَةِ والنًَاس ِ


Yang mana antara huraian yang di bincang oleh para ulama tafsir:

Allah Swt, telah menyeru Nabinya Muhammad saw.Minta tolonglah dan mengadulah kepada Allah Rob' manusia yakni pencipta manusia, dari tiada kepada ada, dan manusia itu akan hidup di atas muka bumi sebagai Khalifah yang akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan ujian yang sudah tentu Allah maha mengetahui , sebab Dialah jua mencipta mehnah tersebut,untuk menguji manusia ciptaanNya.Manusia yang di milikinya, Kita adalah milik Allah, pasti di uji dan bila di uji mesti ingat kepada yang mencipta kita , jadi mesti sujud. patuh dan taat kepada nya sebagai Ilah( Ilaahinnas) Yang menjadi sembahan manusia, mesti di taati dan di tujukan segala doa dan harapan hanya pada Dia.

Berlindung dari Apa ?

Mengikut ayat ini, berlindung dari kejahatan yang datang dari makhluk, pelbagai makhluk , dan makhluk yang paling durjana ialah SETAN,JIN dan MANUSIA.... yang seumpama dengan setan,musoh-musoh dari kalangan orang yang dengki,dengan menggunakan pelbagai tipudaya... medianya,dengan undang-undangnya , dan pelbagai lagi. yang menyebabkan hidup kita menjadi bimbang dan ,gusar , jadi haru biru, dan sebagainya.

Justru itu Allah mengajar Nabi kita dan kita juga ummat nabi agar,sentiasa memohon perlindungan dan sentiasa berwaspada sekiranya baik teruskan sekiranya dosa, hentikan.Pujukan dan bisikan ini akan berterusan selagi kita tiada kekuatan dan menghalangnya dengan izin Allah swt.

Bagaimana caranya?

- banyakkan doa.
- Sentiasa menambahkan ilmu dan beramal dengannya
- Mengerjakan Solat berjamaah
- Menjaga makan dan minum
- Memilih teman dan pemimpin yang bertaqwa
- Sentiasa bersama dengan Al qur'an
- Bertaubat dan beristighfar kepada Allah

Diriwayatkan didalam tafsir Ar Rawi,
Bacalah Yaasin- Dapat hilangkan dahaga dihari Qiamat
Bacalah surah Adukhan - Dapat dihindari huru hara hari Qiamat
Dan bacalah Surah an Nas - dapat hindari dari Was-was dan bisikan kebimbangan.

InsyaAllah kita sentiasa bersama dengan Allah dalam menghadapi mehnah ini.
Allahu Akabar.

Tuesday, April 28, 2009

MARILAH BERSAMA ISLAM


فوس اين اكو امبيل دري بلوكس فروفيسل حاج هميردين

SERUAN MASUK ISLAM

Assalamualaikum,

Kepada semua sahabat yang membaca blog ini yang belum Islam, saya menyeru tuan tuan dan puan puan supaya memeluk Islam. Untuk memeluk Islam senang sahaja. Tuan puan isytihar dengan menyebut:
لاَ إلَهَ إلاَّ الله
Transliterasi: La ila ha illal lah
Terjemahan: Tiada tuhan melainkan Allah

مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ الله
Transliterasi: Muhammadur Rasullullah
Terjemahan: Muhammad itu pesuruh Allah
Untuk menjadikan ia formal, sedikit penambahan diletakkan diawal perkataan tersebut:
أشهد أنْ لاَ إلَهَ إلاَّ الله
Transliterasi: Asyhadu al la ila ha illallah
Terjemahan: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang sisembah melainkan Allah

وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدَ رَسُوْلُ الله

Transliterasi: ًWa Asyhadu anna Muhammadun Rasulullah
Terjemahan: Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Apabila anda menyebut perkataan perkatan tersbut dengan penuh kesedaran dan dengan penuh rela, anda telah memeluk Islam.
Apa yang saya janjikan kepada tuan tuan?
Saya tidak menjanjikan apa apa kepada tuan puan, Tetapi Allah menjanjikan kepada tuan puan syurga.

إِنّ َالَّذِينَ َآمَنُوا وَعَمِلُواالصَّالِحَات ِأُوْلَئك ِهُمْ خَيْرُالْبَرِيَّةِ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.(QS. 98:7)
جَزَاؤُهُمْ عِند َرَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا
الانْهَارُ ُخَالِدِينَ َفِيهَاأَبَدًارَّضِيَ َاللهُ عنْهمُ ْوَرَضُواعَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِى رَبَّه

Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang-orang yang takut kepada Tuhannya.(QS. 98:8)

Mudah mudahan posting ni jatuh ke sanubari tuan puan dan dan dapat hidayah dari Allah.

Sunday, April 26, 2009

JAGALAH HATI


Firman Allah : Al A'raf bermaksud:179

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "

Dewasa ini pelbagai masalah terjadi, samada peringkat individu, keluarga , masyarakat dan negara terus menerus bergelodak membuatkan kehidupan makin jauh dari panduan Ilahi.

Ada maasalah peribadi,ada masalah keluarga, ada masalah ekonomi , ada masalah politik dan entah ribuan lagi masalah yang sedang dan akan dihadapi oleh makhlok yang bernama manusia.

Justru itu beruntunglah manusia yang mendapat naungan dan bimbingan Allah.Rasulullah Saw pernah bersabda yang mafhumnya:

" Aku telah tinggalkan kepada kamu 2 perkara,kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepadanya ,itu lah kitab suci alQur'an dan Sunnah Rasullullah saw"

Sesungguhnya marilah kita kembali kepada Sunnaah Rasul dan jaga lah hati agar sentiasa subur dan sihat untuk bacaan sila Klip disini


Saturday, April 25, 2009

LEBUHRAYA PERJUANGAN


Walaupun lebuhraya luas tetapi perlu hati-hati....

Firman Allah dalam surah Asy Syuura: 38

والَّذيْنَ أسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأقَامُوا الصَّلاَةَ وَأمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُوْنَ

Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.

Untuk sahabat-sahabat ahli haraki sekelian, aku rasa terpanggil untuk berkongsi idea , dimana didalam politik kepartian sekarang ini, terkadang ada ahli haraki yang terikut budaya UBN.

Jangan , kita ada Idola kita Rasulullah Saw , yang di bimbing oleh al Qur'an. Juga kita ada Sirah para sahabatdan kita ada pimpinan kita dari kalangan para Ulama'...untuk kita bertanya dan untuk kita contohi.

Jangan membelakangi al Qur'an dan Syariat Islam.Kita di ajar, kuasa adalah amanah, kepimpinan adalah amanah,Ilmu adalah amanah, pendek kata semua yang ada pada kita adalah amanah Allah.Justeru itu kembalikanlah amanah itu kepada yang berhak.

Ayat alQur'an di atas , mengingatkan kita , antara sifat hamba Allah sebagai khalifah di bumi ialah kepatuhan seseorang itu mestilah bersepadu, dimana Ibadat (solat) , ( politik)Syuura dan ( Ekonomi ) rezki mestilah diurus dengan berpandukan kepada perintah Allah dan Rasulnya.

Untuk bacaan seterusnya,Sila klik disini.

Waspada dengan musoh kita yang sebenar, masa yang perlu kita gunakan bagi mencari peluang menguasai musoh jangan di habiskan bersengketa sesama kita, tenaga yang ada untuk melawan musoh kita, jangan dihabiskan dengan bermusoh sesama kita ...untuk maklumat lanjut sila baca disini.

Lihat lah angka-angka itu , untuk menang usahakan berpandukan angka , kemudian bertawakkallah kepada Allah swt.

Tuesday, April 21, 2009

AWAS DUIT TAK LAKU




Firman Allah :Al Baqarah 246
Mafhumnya:


"Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. "


Sesungguhnya didalam Islam , raja atau kekuasaan adalah milik Allah.Bila Allah melantik seseorang menjadi penguasa atau pemerintah , apa lagi dengan cara yang sah maka wajib diterima , Tetapi bagi mereka yang ingkar , mereka akan buat pelbagai helah untuk berkuasa dan helah lagi untuk kekal berkuasa.

Ingatlah wahai sahabat, Kuasa adalah amanah, kuasa adalah tanggungjawab,justru itu jangan jadikan kuasa sebagai jalan mengisi perut.Allah memberi pemerintah kepada siapa yang dikehendakinya,sesungguhnya Allah maha luas pemberiannya.
Sesungguhnya para Khalifah Allah ialah orang yang menjadi pengganti nabi Muhammad Saw, untuk menegakkan agama dan mengurus dunia dengaan agama.
Justru itu bila diberi kuasa , tunaikan hak Allah, adil dan bertaqwa.

Awasi golongan ini , macam duit jepun....tak laku....

Monday, April 20, 2009

MARI MENGAJI


Dewasa ini macam-macam kes berlaku,ya lah hasil dari pengabaian terhadap perintah Allah.Bayangkan hampir 53 tahun duduk dalam kegelapan Islam dan Iman,maka lahirlah hari ini, pelbagai penyakit yang terus membarah,

Undang-undang yang double standard
Ada orang Islam yang menjadi ALP judi dan Calsbergh
Ada orang Islam yang menjadi isteri atau suami 24 jam sahaja
Ada yang menghina Nabi,hina Kitab yang diturunkan kepada Nabi
dan ada orang Islam yang ......baca seterusnya

Firman Allah:Surah Saba': 49

قُلْ جَاْ الحَقَُّ وَمَا يُبْدئُ البَاطِلُ وَمَا يُعِيْدُ
Katakanlah: "Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi[1246]."

[1246]. Maksudnya ialah apabila kebenaran sudah datang maka kebatilan akan hancur binasa dan tidak dapat berbuat sesuatu untuk melawan dan meruntuhkan kebenaran itu.

Ulasan:

Hapuskanlah kejahilan dengan mengaji dan terus mengaji.
Bersamalah dengan "Nabiiyyin,Siddiqin,
Syuhadaa,Syoolihinn. Yang kita ulang-ulang paling kurang 17 kali sehari semalam.

JAUHI PARTI YANG BATIL



Maksud surah Al anfal : Ayat 8
ليحِقَّ الحقَّ وَيُبْطِلَ الباطِلَ وَلَوْ كَرِهَ المُجْرِمُوْنَ

"agar Allah menetapkan yang hak (Islam) dan membatalkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musyrik) itu tidak menyukainya."

ِAyoh sahabat-sahabat sekelian,mereka dan sampai ke penghujung.Tindakan kita ialah:

1. Perkemaskan ilmu dan iman.
2. Perteguhkan ukhuwwah.
3.Mantapkan jamaah
4. Dekatkan diri dengan Allah.
5. Berjuang dan bekorbanlah ikhlas untuk Allah
6. Hindari dari maksiat dan lahgo.

baca seterusnya disini...

Saturday, April 18, 2009

BERHATI -HATI DENGAN SERUNDING INI....


Awas jenama Serunding....SEKADAR NAMA JE....
sila baca di sini

Antara hadis nabi Saw:

يأتي زمان على أمتي لا يبقى من الإسلام إلا اسمه ولا من القرآن إلا رسمه

Mafhum: Akan datang suatu masa akan menimpa umat ku" Islam hanya tinggal nama sahaja, begitu juga alQur'an hanya tinggal tulisan sahaja ...

Inilah yang berlaku dalam dunia kini umumnya dan di negara kita khasnya, orang melayu walau pun mengaku Islam dan beriman kepada Allah tetapi hakikatnya mereka lah orang yang paling jauh dengan Allah.Mereka tidak beramal dengan alQur'an.mereka tidak menunaikan sembahyang , mereka terlibat dengan pelbagai kemungkaran dan maksiat.

Amalan tidak mencerminkan agama mereka.Hanya Nama sahaja.Ada nama macam nama nabi, ada nama macam nama ayah nabi , ada macam nama para Sahabat nabi dan macam-macam ada.Hidup mereka ampusana wa ampusini....untuk buktinya baca sini...

Mereka ini tak sudah sudah membuat kacau.Ya Allah engkau tunjukkanlah kepada mereka jalan yang benar.Kembalikanlah perak sebagaimana suatu etika dulu....sebelas bulan yang lalu...Kami hidup inginkan perubahan, tiada masalah perkauman, tiada Sure heboh,kuliah dan tazkirah mewarnai kehidupan, orang yang susah dibantu tanpa mengira siapa , asalkan yang berhak.Sekolah-sekolah di bantu dan agenda pembangunan disusun agar selari dengan perintah Allah Swt.

Friday, April 17, 2009

TERUSKAN NYANYIAN PERJUANGAN




Hayatilah ...

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah Islamiyah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Firman Allah bermaksud:Al Anbiya: 57

"Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya[962]. "


[962]. Ucapan-ucapan itu diucapkan Ibrahim a.s.dalam hatinya saja. Maksudnya: Nabi Ibrahim a.s. akan menjalankan tipu dayanya untuk menghancurkan berhala-berhala mereka, sesudah mereka meninggalkan tempat-tempat berhala itu.


Ulasan:

Perintah Allah...Jangan biarkan mereka menipu kita.klip di sini ..
KITA yang mesti menipu dan merangcang berterusan untuk menipu mereka...INILAH perintah Allah.

Thursday, April 16, 2009

REDHA DENGAN KEBATILAN ADALAH KESESATAN




Firman Allah
Surah : Al Furqan : Ayat 26: Maksudnya:
"Kerajaan yang hak[1063] pada hari itu adalah kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan adalah (hari itu), satu hari penuh kesukaran bagi orang-orang kafir."

[1063]. Yang dimaksud dengan kerajaan yang hak ialah kekuasaan yang mutlak yang tak dapat disertai oleh suatu apapun juga.
Ayat 27:
" Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya[1064], seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul."

[1064]. Menggigit tangan (jari) maksudnya menyesali perbuatannya.

Ayat 28:
" Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan[1065] itu teman akrab(ku).
[1065]. Yang dimaksud dengan si Fulan, ialah syaitan atau orang yang telah menyesatkannya di dunia.
Ulasan:
Bandingkanlah apa yang berlaku pada hari ini .Berbagai cara dilakukan bagi menafikan kebenaran dan pelbagai cara pula di gunakan bagi menegakkaan kebatilan.

Renungkanlah dan bandingkan lah dengan kenyataan ..... Klik disini.
Tepuk dada dan tanyalah iman.

TEGAKKAN KEBENARAN


Bukalah hati
cakna masyarakat

Cintai rasul
bukan pada cakap sahaja , tetapi amal daan berbaktilah

Didiklah mereka jangan ulangi kesalahan
Berpolitiklah dengan cara halal

Tegakkan kebenaran..
inilah peranan khilafah di Bumi

Firman Allah :Al Anbiya' ayat : 1

Bermaksud:

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

Ulasan:

Allah Swt mengingatkan kepada kita manusia,tidak kira lah dimana sahaja kita berada, tidak kiralah parti dan jamaah mana,bahawa beringatlah , hari Qiamat dah dekat, sangat hampir.Tidak lama lagi menjelang, sebagaimana perjalanan kita akan sampai ke penghujungnya. Ingat tarikh luput sesuatu benda juga ada masanya.dah di penghujung.

Sedangkan manusia masih lalai.rasuah berterusan, derhaka kan Allah berterusan, fitnah berterusan, budaya ugut, berterusan,budaya mungkar terus di suburkan.

Dulu Sure heboh kat perak ni HARAM.kini bila menteri jaga agama baru dan penasihat agama pun baru, maka fatwa pun baru..malangnya umat Islam kat perak khususnya di bawah pimpinan DUN Pangkor.Ingat tarikh luput semakin hampir...

Justru itu marilah kita kembali kepada Islam, ingat pesan Allah, berbekallah untuk hari mati sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah TAQWA.

Teruskan usaha mengajak manusia dan ingat kan manusia walau siapa pun kita, kembalikanlah hak Allah..

Contohilah Rasulullah Saw.Contohilah Tok Guru kita , lihatlah...tak cukup dengan ceramah dan kuliah pengajiannya, kini dakwah era maya, dalam era IT beliau ada Blogs.
sila klip....

Kita bila lagi..kalau berblogs...kena ingat...Allah ada, jadi berblogslah kerana Allah.Jujur dan tegakkan kebenaran...bukan kebatilan.

Monday, April 13, 2009

SIAPA AMALKAN RASUAH



Keputusan pilahanraya dua bukit dan satu batang telah telah melahirkan senario politik yang unik.Masing-masing pihak mengulas dan memberi cadangan, dan apa yang seronoknya , Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru telah membuka pekongnya .sila klik disini.

Alhamdulillah apa yang rakyat dan pimpinan PR mengatakan selama ini adalah benar.Syabas pimpinan dan semua ahli PR yang berjuang dengan ikhlas dan berani kerana benar.Teruskan perjuangan , tegakkankebenaran yang datang daripada Allah dan kuburkan kebatilan yang dicipta oleh kejahatan manusia.

Bekerja dan teruskan doa, اللهم فَرّقْ جَمعَهُم , وَزلزٍل أَقْدَمَهُم , وَصَلِّبْ عَلَيْهِم كَلْباً مِن كِلاَبٍ. ْklik disini

Sunday, April 12, 2009

Saturday, April 11, 2009

KULIAH AQIDAH


Bersalaman selepas kuliah

Aluan Oleh YDP sebelum ketibaan AF Ustaz

Ketibaan AF Ustaz

Antara ahli Muslimin yang hadir
Senyuman kepuasan dan kesyukuran

Bilangan nama-nama Allah 99, bukanya terhad , atau menafikan nama-nama lain, tetapi tujuannya untuk dihitung dan dihayati dimana balasannya ialah Syurga.

Antara hadis yang menunjukkan beberapa nama lagi ,sabda Nabi:


مَا اصَبَ مًسْلِماُ قَطُ هَم ولاَ حَزْنٍ: اللهم اني عَبدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وابنُ امكَ

"Wahai Tuhanku sesungguhnya aku ini hamba engkau,anak kepada hamba lelaki engkau,dan anak kepada hamba perempuan engkau,ubun-ubunku ditangan engkau, berlangsung dibawah ku hukum hakammu,berlangsung kepada ku qadha dan qadarmu, aku memohon menggunakan nama engkau ya Allah, yang engkau namakan untuk diri engkau sendiri atau nama-nama yang engkau turunkan dalam kitab , ataupun nama-nama yang engkau ajarkan pada makhluk-makhluk yang lain.ataupun engkau simpan ia dalam ilmu ghaib disisi engkau,
hendaklah engkau jadikan alqur'an penyeri hati kami, penghapus kesedihanku, dan menghilangkan bebanan dan kesusahan ku."

Inilah doa digunakan untuk menghilangkan kesedihan kita, bayangkan apa hajat dan masalah yang kita hadapi.InsyaAllah Allah akan hilangkan kesusahan dan diganti dengan kegembiraan.

Persoalan:

Berlaku salah faham,maksud siapa menghafaz asmaaul husna masuk syurga!!! maksudnya:

Nama-nama itu dihafaz,dijaga memahaminya beriman dengan nya meraikan haknya menjaga batas garisan dan menyeru Allah dengan nama-nama itu dengan penuh ketakwaan....

Jaga 3 kewajipan:

1.Beriman pada Allah
2.Beriman pada makna
3.Beriman pada kesan.

Bila sempurna nya syarat-syarat ini barulah masuk syurga.

Dalil-dalil bagi Tauhid Asma' dan As Asifat

Yakin 100%
Menepati kehendak qur'an dan hadis
Mesti ada dalil:

1. Surah Al Iikhlas
2. Ayat Kursiy


Tiap-tiap lembaran tak sunyi dari menyebut nama dan sifat Allah.Dihujung ayat umpamanya disebut Innahu huwa assamiul alim ...

Setiap tajuk dalam qur'an disebut nama dan sifat, maudhu' tauhid, ibadat, tasyrik, janji dan maudhu' kisas-kisah dan perumpamaan.

Surah Ikhlas merangkumi 1/3 alqur'an.Kerana aqur'an ada 3 ajaran:

1.Aqidah.
2.Syariah.
3.Minhaajul Hayah( sistem hidup) akhlak atau tasauf.

Surah ikhlas bincang soal Aqidah.

Adapun surah al fatehah adalah merangkumi sebuah Al Qur'an:( Ummu Qur'an )

1.Ayat 1-4 : aqidah
2.Ayat 5: Syariah
3. Ayat 6 : Minhaajul hayah
وَلَمْ يَكُنْ لَه كُفثواً احَد
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.

Maksudnya:
Kita ada undang-undang Allah dan ada undang-undang manusia.
Jadi kalau diletak sama taraf bermakna ada kufuaan( Syirik)

Undang-undang Allah maha sempurna: Umpanya bila mencuri, hukuman allah ialah , potong tangan, maka sempurnalah hidup manusia.
Jika tidak maka lihatlah didalam penjara ramai pencuri di luar penjara lagi ramai..ertinya undang-undang manusia tidak menyelesaikan masalah, oleh itu bila membaca al qur'an,jangan lagi amalkan undang-undang manusia.
الله الصَمد
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

Assomad bermakna tumpuan.

Yang ditumpukan segala pekerjaan kita,tetapi kalau pekerjaan dilakukan keranamu Malaysia, maka Assomad bertukar kepada Malaysia...

Didalam hidup ada masalah dan kesusahan, maka kembalikan kepada Allahus Somad.

Angkat tangan berdoa minta Allah lembutkan hati.
Mohon lembut hati sebagaimana nabi Daud as,melembutkan besi.

Siapa berpaling tadah dari Allah, ia adalah orang bodoh.
berpaling dari Islam ia bodoh
berpaling dari Allah adalah kejahilan.
Tolak hukum Allah ambil hukum manusia, ini adalah bodoh dan jahil

Seluruh alam dibawah tadbir Allah. Tidak berdiam dan bergerak sesuatu zarrah melainkan dibawah tadbir Allah swt.

Setiap kali disebut Al Ahad, ternafilah kekurangan Allah.
Manakala kalimah Assomad, menetapkan sifat kesempurnaan dan kemuliaan Allah.
menafikan fana' lemah dan sebagainya.

Inilah tauhid ilmi yang membezakan sifat orang mukmin dengan kumpulanorang yang sesat dan syirik.

Adapun ayat kursi terbahagi kepada 4 bahagian:

1. Uluhiyyah: allohu La ila hailla hu( اللهُ لاَ الَه الا هُو
2. Asma; dan Sifat: Al Hayyu Qayyu( Isbat )( الحَىُّ القَيُّوم
La ta'khuzuhu sinatun : asma dan sifat( Nafi ) لا تَاخُذُهُ سٍنَةٌ

3. Tauhid rububiyyah: Lahu ma fissamawatii wal ardh( لَهُ مَا فٍى السَّماوَاتٍ وَالارضٍ
Tauhid rububiyyah ke 2: Syafaat
( man zallazi yasfaun indahu illa biiznihi..( مَنْ ذَالذي يَشْفَع عٍنْدَهُ الا بِاذْنِهِ
Tauhid rububiyyah ke 3: keluasan ilmu Allah yang maha luas
( ya'lamu mabaina aidihm( يَعْلَمُ مَا بَيْنَ اَيْدِيْهِمْ
Tauhid rububiyyah 4 : Kerajaan
( Wasia kursiyuhu ssamawatiwal ardh)( وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَماوَاتِ والارضِ

4. Tauhid asma dan sifat : Wahua aliul adzim)( وَاللهُ عَلِىُّ العَظِيْم

Wassalam
bersambung 10 may 2009

Wednesday, April 8, 2009

AMANAH DENGAN ILMU

Photo menceritakan seribu pengertian !!!!!




Maksud Firman Allah: Al 'Araf: 176:

"Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir"

Ayat ini merupakan ayat yang paling berat ditujukan kepada para pimpinan yang menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk kepentingan dunianya dan kepuasan hawa nafsunya semata-mata. Sebagaimana kisah "Bal'am Bin Ba'uuro"(Ahli Kitab)dan "Umaiyah bin Abis Solat"( Musyrikin Quraish )

Orang ini diumpamakan seperti seekor anjing yang terjelir-jelir lidahnya , samaada di halau orang ataupun didiamkan tidak diapa-apakan pun tetap menjelirkan lidahnya.Iaitu perumpamaan yang amat rendah dan hina.

Maka orang yang dikurniakan ilmu dan kepimpinan agama yang kedua-dua itu jika tetap diamalkan dapat menjaminnya dari keinginan hati dan tamakan kemewahan yang batil.Mereka adalah orang yang benar-benar mulia dan layak untuk dihormati dan dikasihi oleh Allah Swt.

Tetapi ada sebahagian para ilmuan dan pimpinan yang terpedaya,tamakkan kemewahan dunia yang bersifat mempedayakan,ia berkejar-kejar memburu dunia dengan upah yang sedikit serta tidak amanah dengan ilmu yang dikurniakan Allah kepada nya.Bersama-sama dengan golongan yang zalim dan menghalang kepada keadilan dan ketaqwaan.

Perumpamaan ini , serupalah dengan perumpamaan orang-orang yang mendustakan keterangan-keterangan Allah kemudian tamak dengan harta dunia, tanpa mengira halal ataupun haram, yang pentingnya mereka mendapat kuasa dan kedudukan dalam masyarakat, yang akhirnya merugikanya di dunia dan akhirat.


Wassalam.

Tuesday, April 7, 2009

KUASA MILIK ALLAH






لا حول ولا قوت الا بالله العلى العظيم
Tiadalah upaya dan tiadalah kekuatan melainkan dengan kehendak dan izinNya.
قل للهم مالك الملك توءتى الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء وتذل من تشاء بيدك الخير انك على كل شيء قدير

Katakanlah olehmu (wahai Muhammad), ya Allah yang memiliki (segala) kerajaan, Engkau berikan kuasa kepada sesiapa yang Engkau suka, dan Engkau merampas kuasa daripada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau beri kemuliaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki, di sisi Engkau dan daripada Engkaulah segala kebaikan sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Malam ini Allah telah anugerahkan kemenangan kepada kita. Zahir kemenangan itu tertakluk kepada hukum sabab-musabbab ikhtiar kita selama dua bulan khususnya dua minggu terakhir. Hakikatnya kemenangan itu adalah kehendak, ketentuan dan izinNya semata-mata. Tidak bergoyang alis mata kita melainkan dengan kuasa dan keizinanNya. Maka kemenangan malam ini pasti milik Dia sepenuhnya.


Kita cuma menunaikan perintahNya. Mengerah upaya fikir dan laku manusiawi yang semua itu milikNya jua. Kita tidak berhak mengikat kemenangan ini pada kebijaksanaan dan kesungguhan diri kita yang bernama makhluk ini. Halus molekul kimia yang membentuk binaan darah lalu mengalir keluar masuk otak kita adalah hakNya dan tertakluk di bawah IlmuNya. Bijak kita, cuma rembesan IlmuNya yang Maha Mengetahui. Pantas kita, cuma cebisan nano dari Qudrah dan IradahNya yang dipinjamkan olehNya untuk menguji tawadhu' atau takbur hati kita.


Ayuh! serahkan kembali segala kesempurnaan penjana kemenangan ini kepada Tuan yang empunya iaitu Dia. Milik kita ialah silap dan lemah sepanjang menunaikan tanggungjawab mengusahakan kemenangan ini. Hak kita ialah kewajiban bersyukur dan kewajiban bermuhasabah mencari salah dan kurang diri sendiri. Selepas itu lakukan post-mortem secara kolektif untuk menjejak kekurangan dan kelemahan bersama. Langkah seterusnya ialah merumus tindakan menampung yang koyak dan menongkat yang senget. Post-mortem bukan medan menuding jari atau gelanggang memuja diri. Tuding jari dan puja diri adalah hak ekslusif laknatullah gerombolan 'azazil. Na'uzubillah!


Perjalanan kita masih panjang. Tugas kita tak pernah berkurang. Kelemahan kita masih banyak. Sama seperti rakan-rakan seperjuangan yang lain. Lebih kita, di sini. Kurang dia, di situ. Hebat dia, begitu. Lemah kita, begini. Kita bukan Nabi. Dia bukan Wali. Mari kita bina kasih sayang, hormat menghormati, saling membina, menginsafi diri, nasihat menasihati dan sentiasa sedar hanya Dia Zat Yang Maha Sempurna.


Alhamdulillah. Kita sujud syukur malam ini. Tahniah pejuang barisan hadapan. Tahniah pejuang barisan belakang. Tahniah pejuang besar. Tahniah pejuang kecil. Tahniah pejuang terhormat. Tahniah pejuang marhein. Tahniah pejuang berijazah. Tahniah pejuang sekolah atap. Sumbangan anda semua sangat bermakna!


Wassalamualaikum.
( Dari jeritan minda politik Malaysia )
Terima kasih juga
Foto dari Bloggers network @ perak

NASRUM MINALLAH


Selepas di istiharkan menang

Semasa merayu undi

TERKINI PAS Menang majoriti 2789

PAS 21,860 - DS Ir Mohammad Nizar
BN 19,071
BEBAS 62
ROSAK 318
JUMLAH KERTAS UNDI 37,471
MAJORITI PAS MENANG 2789
PRATUS KERTAS SUDAH KIRA 48.75
SALURAN MENANG 57
UPU MENANG 16

Tahniah kepada DS. Nizar dan semua.

Setelah SPR mengumumkan dengan rasminya Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Ahli Dewan Rakyat Bukit Gantang yang baru, dengan kemenangan majoriti lebih tinggi iaitu 2789 undi. Tidak ada ucapan yang perlu saya dahulukan melainkan ucapan sekalung tahniah kepada Dato' Seri dan semua yang terlibat dalam memenangkan calon PAS itu.

Kemenangan di Bukit Gantang adalah isyarat yang jelas dari rakyat bahawa kerajaan rampasan kuasa di Perak perlu juga ditamatkan riwayatnya dengan segera.InsyaAllah BN membilang hari untuk dihalau dari kerusi MB.

Gelombang amarah rakyat dibuktikan di Bukit Gantang, ayoh kita nyahkan parti perampas kuasa dari bumi perak ini

Selain itu kemenangan ini adalah isyarat kepada penolakan Najib sebagai PM yang baru.




Monday, April 6, 2009

DARI MIMBAR MADAH

7 April ...Membangun Bersama Islam


Sejuk mata memandang kalau Malaysia melahirkan athlet begini


An Nas alaa Diini Mulukihim-
Rakyat akan mengikut Cara hidup Pemimpin mereka
( Maksud Sabda Nabi )
CHOOONYA....UMOH IYE

PUSAT TARBIYAH KAWASAN LUMUT

“ PEMIMPIN BERBALAH RAKYAT PUNAH ”


الحَمدُلله القائل

ألَم تََلر اِلى الٌِذينَ بَدٌََلُوا نِعْمَتَ اللهِ كُفْراً وَاحَلٌُوا َقََََََوْمَهُمْ دَارَ الَبَوارِ

أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شؤيك له . وأشهد ان محمدا عبده ورسوله . اللهم صل وسلم على سبدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين .
اما بعد,
فيا عِبَادَالله ِ, اِتَُقوااللهَ , اُوصِيْكُمْ وَاِيٌَايَ بتقوى الله , فََقََد فَازَ المُتٌقوْنَ


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Pada hari ini mimbar akan membincangkan khutbah bertajuk: PEMIMPIN BERBALAH RAKYAT PUNAH”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini bukan saja mimbar ini tetapi ramai pihak yang waras melahirkan rasa bimbang mengenai perkembangan politik wang atau rasuah politik di negara ini. Berdasarkan pemerhatian mimbar, penggunaan wang untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan dan politik telah menjadi budaya segelintir daripada pemimpin masyarakat.

Dalam isu ini, mereka yang kaya raya dan bernafsu besar dalam politik tanpa merasa malu melantik proksi atau agen tertentu untuk menjalankan kempen membeli undi, menawarkan ganjaran, kemudahan, dan sebagainya secara tidak sah dalam usaha mendapatkan penyokong dan kuasa.

Berdasarkan kempen sengit dalam tempoh bertahun-tahun menggunakan politik wang ini, sebenarnya telah membuktikan sikap tidak amanah dan menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin. Apabila pemimpin asyik bertelagah merebut jawatan hingga lalai dan lupa tanggungjawab membela nasib rakyat menyebabkan rakyat merasa bosan. Keadaan bosan yang berterusan ini mampu mengugat sistem bernegara kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dalam sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana pemimpin yang terlibat dengan politik wang, tamak kuasa, mengutamakan puak dan keluarga, dan gila wanita adalah penyebab utama tumbangnya kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah. Persoalan besar timbul ialah jika pemimpin sendiri berpecah belah dan terlibat pula dengan amalan-amalan buruk, maka bagaimana ia mahu menyuruh rakyat bersatu padu dan berakhlak mulia?.

Rasulullah s.a.w menegah umat Islam daripada meminta-minta untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa satu ketika Abdul Rahman bin Samurah telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w:

يا عبدَ الرَحمن بن سَمُرَة لا تَسْألْ الاِمَارَة َفانٌكَ اِنِِِِْ اُعْطِيْتَهَا مِنْ غَير مشْاَلَةٍ اُعِنْتَ عليها وَاِن اُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْاَلَةٍ وُكِلْتَ الََيْهَا

Mafhumnya: Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan

Hadith ini menjelaskan bahawa dalam Islam, jawatan pemimpin adalah satu tanggungjawab yang berat. Ia bukan suatu status yang direbut bagi mendapatkan sanjungan dan keistimewaan tertentu. Oleh sebab itu, Islam menegaskan bahawa jawatan kepimpinan tidak boleh ditagih-tagih mengikut desakan naluri dan nafsu semata-mata. Bahkan, dalam proses pemilihan pemimpin atau pentadbir hendaklah dilakukan dengan adil yang berasaskan kepada kelayakan, karisma dan ciri kepimpinan seperti bertaqwa, berakhlak tinggi, bertanggungjawab, sabar, boleh merancang dan bijak melaksanakan tugas.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Allah s.w.t telah mengingatkan bahawa kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan melaui teladan sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubat ayat 128:

Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman.”

Ayat tadi mengajar kita bahawa pemimpin yang bersikap belas kasihan, penyayang, prihatin terhadap kebajikan rakyat adalah bukti ketinggian iman mereka. Justeru, mimbar ingin mengingatkan bahawa memegang kuasa melalui kemenangan politik wang hanya memberi keseronokan sementara waktu untuk diri sendiri dan beberapa kerat kuncu-kuncu mereka, tetapi memberi kesan penderitaan jangka panjang kepada negara dan rakyat jelata.

Kita perlu insaf dan sedar bahawa budaya politik wang akan mewariskan pemimpin yang tidak berkualiti, pemimpin korup, tidak berakhlak, dan tidak berintegriti. Selain itu, amalan politik wang akan menutup proses demokrasi secara sihat kerana orang yang berduit sahaja berpeluang menjadi pemimpin besar, manakala mereka yang tidak berduit terhalang walaupun mempunyai karisma dan benar-benar layak menjadi pemimpin.

Keadaan ini jika terjadi merupakan satu kerugian besar kepada agama, negara dan rakyat jelata. Isu-isu politik wang di kalangan pemimpin ini akan menyukarkan usaha untuk menyatu padukan umat Islam di negara ini. Kita perlu ingat bahawa kelemahan kepimpinan Islam menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan kepada Islam, mempertikai Islam dalam perlembagaan, dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dalam prinsip syariah ada menetapkan bahawa sesebuah kerajaan perlu berlaku adil dan beramanah. Untuk mencapai matlamat ini maka amalan buruk dalam berpolitik seperti politik wang, menyalahguna kuasa, rasuah, dan sebagainya hendaklah ditolak dan dihapuskan. Sewajarnya mereka yang mengamalkan budaya ini tidak diberi ruang sebagai pemimpin.

Sebagai kesimpulan, mimbar ingin menasihatkan kepada pemimpin yang diberi kepercayaan supaya memikul amanah dan tanggungjawab dengan meletakkan hala tuju negara selari dengan al-Qur'an dan as-Sunnah serta memastikan rakyat hidup bersatu padu. Waspadalah dengan penyokong yang cuba merosakkan kita kerana pemimpin yang berwibawa tidak mudah terpengaruh dengan tekanan penyokong yang rosak.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 142:

أعوذ بااللهِ منَ الشَيْطَنِ الجِيم

وَقاَل مُوسَى لآخِيْهِ هّرُوْنَ احْلفُْنِى فِىْ قَوْمِى وَأصْلِح وَلاَ تَتٌَبِعْ سَبِيْلَ المُفْسِدِيْنَ

Maksudnya: “Dan berkatalah Musa kepada saudaranya Harun: Gِantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan.”


باركَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى القُرْءاَنِ العَظِيْمِ , ونَفَعَنِى وَاِيَاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الاَيَاتِ وَالذِكْرِ الحَكِيْمِ , وَتَقَبٌَلَ مِنٌِى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنٌَهُ هُوَ السٌَمِيْعُ العَليِمُ , أقُوْل قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِرُاللهَ العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ , وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ , وَالموُءمِنِيْنِ َ والمُوءمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوه فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نََجَاةَ التٌَائِبِيْنَ .

ayat 6