SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Saturday, April 11, 2009

KULIAH AQIDAH


Bersalaman selepas kuliah

Aluan Oleh YDP sebelum ketibaan AF Ustaz

Ketibaan AF Ustaz

Antara ahli Muslimin yang hadir
Senyuman kepuasan dan kesyukuran

Bilangan nama-nama Allah 99, bukanya terhad , atau menafikan nama-nama lain, tetapi tujuannya untuk dihitung dan dihayati dimana balasannya ialah Syurga.

Antara hadis yang menunjukkan beberapa nama lagi ,sabda Nabi:


مَا اصَبَ مًسْلِماُ قَطُ هَم ولاَ حَزْنٍ: اللهم اني عَبدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وابنُ امكَ

"Wahai Tuhanku sesungguhnya aku ini hamba engkau,anak kepada hamba lelaki engkau,dan anak kepada hamba perempuan engkau,ubun-ubunku ditangan engkau, berlangsung dibawah ku hukum hakammu,berlangsung kepada ku qadha dan qadarmu, aku memohon menggunakan nama engkau ya Allah, yang engkau namakan untuk diri engkau sendiri atau nama-nama yang engkau turunkan dalam kitab , ataupun nama-nama yang engkau ajarkan pada makhluk-makhluk yang lain.ataupun engkau simpan ia dalam ilmu ghaib disisi engkau,
hendaklah engkau jadikan alqur'an penyeri hati kami, penghapus kesedihanku, dan menghilangkan bebanan dan kesusahan ku."

Inilah doa digunakan untuk menghilangkan kesedihan kita, bayangkan apa hajat dan masalah yang kita hadapi.InsyaAllah Allah akan hilangkan kesusahan dan diganti dengan kegembiraan.

Persoalan:

Berlaku salah faham,maksud siapa menghafaz asmaaul husna masuk syurga!!! maksudnya:

Nama-nama itu dihafaz,dijaga memahaminya beriman dengan nya meraikan haknya menjaga batas garisan dan menyeru Allah dengan nama-nama itu dengan penuh ketakwaan....

Jaga 3 kewajipan:

1.Beriman pada Allah
2.Beriman pada makna
3.Beriman pada kesan.

Bila sempurna nya syarat-syarat ini barulah masuk syurga.

Dalil-dalil bagi Tauhid Asma' dan As Asifat

Yakin 100%
Menepati kehendak qur'an dan hadis
Mesti ada dalil:

1. Surah Al Iikhlas
2. Ayat Kursiy


Tiap-tiap lembaran tak sunyi dari menyebut nama dan sifat Allah.Dihujung ayat umpamanya disebut Innahu huwa assamiul alim ...

Setiap tajuk dalam qur'an disebut nama dan sifat, maudhu' tauhid, ibadat, tasyrik, janji dan maudhu' kisas-kisah dan perumpamaan.

Surah Ikhlas merangkumi 1/3 alqur'an.Kerana aqur'an ada 3 ajaran:

1.Aqidah.
2.Syariah.
3.Minhaajul Hayah( sistem hidup) akhlak atau tasauf.

Surah ikhlas bincang soal Aqidah.

Adapun surah al fatehah adalah merangkumi sebuah Al Qur'an:( Ummu Qur'an )

1.Ayat 1-4 : aqidah
2.Ayat 5: Syariah
3. Ayat 6 : Minhaajul hayah
وَلَمْ يَكُنْ لَه كُفثواً احَد
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.

Maksudnya:
Kita ada undang-undang Allah dan ada undang-undang manusia.
Jadi kalau diletak sama taraf bermakna ada kufuaan( Syirik)

Undang-undang Allah maha sempurna: Umpanya bila mencuri, hukuman allah ialah , potong tangan, maka sempurnalah hidup manusia.
Jika tidak maka lihatlah didalam penjara ramai pencuri di luar penjara lagi ramai..ertinya undang-undang manusia tidak menyelesaikan masalah, oleh itu bila membaca al qur'an,jangan lagi amalkan undang-undang manusia.
الله الصَمد
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

Assomad bermakna tumpuan.

Yang ditumpukan segala pekerjaan kita,tetapi kalau pekerjaan dilakukan keranamu Malaysia, maka Assomad bertukar kepada Malaysia...

Didalam hidup ada masalah dan kesusahan, maka kembalikan kepada Allahus Somad.

Angkat tangan berdoa minta Allah lembutkan hati.
Mohon lembut hati sebagaimana nabi Daud as,melembutkan besi.

Siapa berpaling tadah dari Allah, ia adalah orang bodoh.
berpaling dari Islam ia bodoh
berpaling dari Allah adalah kejahilan.
Tolak hukum Allah ambil hukum manusia, ini adalah bodoh dan jahil

Seluruh alam dibawah tadbir Allah. Tidak berdiam dan bergerak sesuatu zarrah melainkan dibawah tadbir Allah swt.

Setiap kali disebut Al Ahad, ternafilah kekurangan Allah.
Manakala kalimah Assomad, menetapkan sifat kesempurnaan dan kemuliaan Allah.
menafikan fana' lemah dan sebagainya.

Inilah tauhid ilmi yang membezakan sifat orang mukmin dengan kumpulanorang yang sesat dan syirik.

Adapun ayat kursi terbahagi kepada 4 bahagian:

1. Uluhiyyah: allohu La ila hailla hu( اللهُ لاَ الَه الا هُو
2. Asma; dan Sifat: Al Hayyu Qayyu( Isbat )( الحَىُّ القَيُّوم
La ta'khuzuhu sinatun : asma dan sifat( Nafi ) لا تَاخُذُهُ سٍنَةٌ

3. Tauhid rububiyyah: Lahu ma fissamawatii wal ardh( لَهُ مَا فٍى السَّماوَاتٍ وَالارضٍ
Tauhid rububiyyah ke 2: Syafaat
( man zallazi yasfaun indahu illa biiznihi..( مَنْ ذَالذي يَشْفَع عٍنْدَهُ الا بِاذْنِهِ
Tauhid rububiyyah ke 3: keluasan ilmu Allah yang maha luas
( ya'lamu mabaina aidihm( يَعْلَمُ مَا بَيْنَ اَيْدِيْهِمْ
Tauhid rububiyyah 4 : Kerajaan
( Wasia kursiyuhu ssamawatiwal ardh)( وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَماوَاتِ والارضِ

4. Tauhid asma dan sifat : Wahua aliul adzim)( وَاللهُ عَلِىُّ العَظِيْم

Wassalam
bersambung 10 may 2009

No comments: