SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT HARI BERAMAL


Kerjalah kerana Allah

Apakah ini pakaian kerja anda?...


Alhamdulillah,pagi ini aku terima SMS sahabat ku Musolli dari Sabah, mengingatkan aku tentang hari ini, dimana kerja buat kita selama ini , alangkan baiknya jika semuanya itu menjadi amal bakti dan ibadat kita disisi Allah swt.Alangkan baiknya bila Islam yang mengurus dan mentadbir ...InsyaAllah kita semua berazam dan beramal , bagi memastikan:

الاِسْلاَمُ يَعْلُوا وَلاَ يُعلىْ عَلَيْهِ
Al Islamu Ya'luu Wala yu'laa A'laih..
Islam itu tinggi, dan tiada lagi sistem lain yang lebih tinggi daripada nya

Sekali lagi dunia dan negara kita dikejutkan dengan wabak,dulu terkejut dengan selsema burung, kemudian JE,kemudian Denggi,lepas tu Chikungunya,HIV dan terkini Selsema Babi.( Swine Flu )

Statistik dunia mencatatkan 159 terkorban dan 1,300 pengidap, dan negara utamanya Mexico,Amerika syarikat dan sebahagian negara asia.

WHO- Pertubuhan kesihatan sedunia, memberi amaran...Sebenarnya AlQur'an dah banyak kali memberi amaran,bahkan semenjak 1500 tahun yang lalu..tapi apa manusia peduli.Usah kan amal baca pun dicemohnya...

EMPAT kali Allah ingatkan didalam al Qur'an:

1. Surah al Baqarah : ayat: 173
2. Surah almaidah : ayat ; 3
3. Surah al Nahl : ayat: 115
4. Surah Al An'am : ayat: 145

Wabak ini datang dalam 3 kombinasi virus...

1. Virus selsema burung.
2. Virus selsema manusia
3. Virus selsema BABI.

Ianya menyerang sistem pernafasan jenis A...( H1N1) dikesan semenjak 1988.
Puncanya sentuhan BABI...kita sekarang bukan sentuhan lagi...melantak...Sebab tu lah ..marilah kembali kepada ajaran agama kita, kalau tersentuh kena basuh 7 kali air, kalau ternampak, istighfar, kalau .....

Symptomsnya:

-1.Suhu badan meningkat 37.8 celsius
-2. sakit-sakit badan
-3. batuk
-4. Hingus
-5. Bersin
-6. Sesak nafas
-7. Hilang selera makan
- 8.Muntah dan cirit birit.

Ha yang no 2-6 tu biasalah...sakit-sakit badan( Penat lawan UBN), sesak nafas pun biasa...ya lah kes MBH ni...

Tapi kalau no 7.....bertambah selera lagi ada...tapi ingat nabi memberi nasihat ...

" kami adalah satu kaum yang tidak makan ,melainkan bila lapar dan akan berhenti sebelum kenyang" amalkanlah...

Sebab tu ikutlah pesanan AlQur'an:

Jangan kufur
Jauhi maksiat,arak,zina,rasuah,judi, rampas kuasa, rompak, fitnah ...bertaubat lah dan dikatakan dalam satu kajian,makan daging babi akan mendatangkan 70 jenis penyakit...itu kalau babi kalau makan benda haram yang lain , cubalah dharab...ya Allah berilah kami hidayah.

Mafhum surah almaidah: 3

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah[394], daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya[395], dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah[396], (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini[397] orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa[398] karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

[394]. Ialah: darah yang keluar dari tubuh, sebagaimana tersebut dalam surat Al An-aam ayat 145.

[395]. Maksudnya ialah: binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal kalau sempat disembelih sebelum mati.

[396]. Al Azlaam artinya: anak panah yang belum pakai bulu. Orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. Setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. Bila mereka hendak melakukan sesuatu maka mereka meminta supaya juru kunci Ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. Kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, maka undian diulang sekali lagi.

[397]. Yang dimaksud dengan hari ialah: masa, yaitu: masa haji wada', haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

[398]. Maksudnya: dibolehkan memakan makanan yang diharamkan oleh ayat ini jika terpaksa.

Wallahu 'Alam...
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA.BEKERJALAH UNTUK ALLAH


No comments: