SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Wednesday, April 29, 2009

PENAWAR DARI ALLAH


Mehnah ada di mana-mana

Marilah bersama Ulama'

Dewasa ini pelbagai kisah yang menyesak jiwa melanda para pejuang .Namun begitu bila direnung dan di kaji-kaji , bahawa ini semua adalah fitrah pejuang,cara dan uslub , Allah menyediakan pahala dan kurniaan kepada hamba-hamba nya.Lihatlah kisah dan pahit getir yang dilalui oleh baginda Rasululullah Saw.Sepanjang sirah perjuangannya apa yang tidak dihadapinya...renung-renungkan lah wahai para pejuang.

Nabi tidak bersendirian, disana ada para sahabat, ada para Malaikat dan yang lebih utamanya ada Allah, Rabbuljalil.
Nabi di ajar dengan wahyu,yang mana wahyu itu masih ada pada kita hari ini.Antara wahyu tersebut ialah surah An Nas...nabi menyatakan , ia adalah penawar kebimbangan dan was-was.
boleh dengar di sini
Baca-bacalah selalu ..mudah mudahan hilang kebimbangan dan was-was.
قُل أعُوذُ ربًِ النَاس
مَالِكِ النَّاس
الَهِ النَّاس
مِنْ شَرًِ الوسْوا سِ الخَنًَاسِ
الًِّذِي يُوَسوِسُ فِي صدُوْرٍ النَّاسِ
مِنَ الجِنًَةِ والنًَاس ِ


Yang mana antara huraian yang di bincang oleh para ulama tafsir:

Allah Swt, telah menyeru Nabinya Muhammad saw.Minta tolonglah dan mengadulah kepada Allah Rob' manusia yakni pencipta manusia, dari tiada kepada ada, dan manusia itu akan hidup di atas muka bumi sebagai Khalifah yang akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan ujian yang sudah tentu Allah maha mengetahui , sebab Dialah jua mencipta mehnah tersebut,untuk menguji manusia ciptaanNya.Manusia yang di milikinya, Kita adalah milik Allah, pasti di uji dan bila di uji mesti ingat kepada yang mencipta kita , jadi mesti sujud. patuh dan taat kepada nya sebagai Ilah( Ilaahinnas) Yang menjadi sembahan manusia, mesti di taati dan di tujukan segala doa dan harapan hanya pada Dia.

Berlindung dari Apa ?

Mengikut ayat ini, berlindung dari kejahatan yang datang dari makhluk, pelbagai makhluk , dan makhluk yang paling durjana ialah SETAN,JIN dan MANUSIA.... yang seumpama dengan setan,musoh-musoh dari kalangan orang yang dengki,dengan menggunakan pelbagai tipudaya... medianya,dengan undang-undangnya , dan pelbagai lagi. yang menyebabkan hidup kita menjadi bimbang dan ,gusar , jadi haru biru, dan sebagainya.

Justru itu Allah mengajar Nabi kita dan kita juga ummat nabi agar,sentiasa memohon perlindungan dan sentiasa berwaspada sekiranya baik teruskan sekiranya dosa, hentikan.Pujukan dan bisikan ini akan berterusan selagi kita tiada kekuatan dan menghalangnya dengan izin Allah swt.

Bagaimana caranya?

- banyakkan doa.
- Sentiasa menambahkan ilmu dan beramal dengannya
- Mengerjakan Solat berjamaah
- Menjaga makan dan minum
- Memilih teman dan pemimpin yang bertaqwa
- Sentiasa bersama dengan Al qur'an
- Bertaubat dan beristighfar kepada Allah

Diriwayatkan didalam tafsir Ar Rawi,
Bacalah Yaasin- Dapat hilangkan dahaga dihari Qiamat
Bacalah surah Adukhan - Dapat dihindari huru hara hari Qiamat
Dan bacalah Surah an Nas - dapat hindari dari Was-was dan bisikan kebimbangan.

InsyaAllah kita sentiasa bersama dengan Allah dalam menghadapi mehnah ini.
Allahu Akabar.

No comments: