Photo menceritakan seribu pengertian !!!!!
Maksud Firman Allah: Al 'Araf: 176:
"Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir"
Ayat ini merupakan ayat yang paling berat ditujukan kepada para pimpinan yang menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk kepentingan dunianya dan kepuasan hawa nafsunya semata-mata. Sebagaimana kisah "Bal'am Bin Ba'uuro"(Ahli Kitab)dan "Umaiyah bin Abis Solat"( Musyrikin Quraish )
Orang ini diumpamakan seperti seekor anjing yang terjelir-jelir lidahnya , samaada di halau orang ataupun didiamkan tidak diapa-apakan pun tetap menjelirkan lidahnya.Iaitu perumpamaan yang amat rendah dan hina.
Maka orang yang dikurniakan ilmu dan kepimpinan agama yang kedua-dua itu jika tetap diamalkan dapat menjaminnya dari keinginan hati dan tamakan kemewahan yang batil.Mereka adalah orang yang benar-benar mulia dan layak untuk dihormati dan dikasihi oleh Allah Swt.
Tetapi ada sebahagian para ilmuan dan pimpinan yang terpedaya,tamakkan kemewahan dunia yang bersifat mempedayakan,ia berkejar-kejar memburu dunia dengan upah yang sedikit serta tidak amanah dengan ilmu yang dikurniakan Allah kepada nya.Bersama-sama dengan golongan yang zalim dan menghalang kepada keadilan dan ketaqwaan.
Perumpamaan ini , serupalah dengan perumpamaan orang-orang yang mendustakan keterangan-keterangan Allah kemudian tamak dengan harta dunia, tanpa mengira halal ataupun haram, yang pentingnya mereka mendapat kuasa dan kedudukan dalam masyarakat, yang akhirnya merugikanya di dunia dan akhirat.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment