SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Tuesday, March 16, 2010

BERIMAN KEPADA RASUL



BERIMAN KEPADA RASUL

MADAH: 14 Mac 2010

Kuliah tafaqquh Fid din, oleh al fadhil us Tormizi ab rahman, antara catatan yang dapat di buat :

Rasul: Lelaki mendapat wahyu dari Allah untuk diamalkan dan disampaikan kepada orang lain.

Adapun nabi tidak wajib menyampaikan kepada orang lain.Oleh itu setiap Rasul adalah nabi tetapi bukan semua nabi menjadi rasul.

Seperti setiap ulama’ adalah ustaz dan tidak semesti ustaz adalah ulama’

Jumlah sebenar Nabi dan Rasul tidak diketahui,ada yang disebut namanya dalam qur’an dan ada yang tidak.Nabi yang di sebut namanya ,wajib beriman cara tafsil( detail), ada pun yang tidak disebut , beriman secara Ijmal sahaja( umum)

Firman Allah swt:

“

(وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلاً مِّن قَبْلِكَ مِنْهُم مَّن قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُم مَّن لَّمْ نَقْصُصْ عَلَيْكَ (غافر : 78 )

“Dan sesungguhnya kami telah mengutuskanpara Rasul sebelum engkau, setengahnya kami telah ceritakan kepada engkau dan setengahnya kami tidak ceritakan kepada engkau”

Rasul yang Ulul azmi:

Ulul Azmi- “Mempunyai keazaman yang tertinggi”

Dikalangan Rasul seramai 5 orang

1. Muhammad saw

2. Ibrahim as

3. Musa as

4. Noh as

5. Isa as

Perjuangan da’wah dan ujian sangat besar.

Nabi Noh as, usianya 1000th lebih kerja da’wah 950 th , pengikut 44 orang dan ada pendapat 88 orang.

Yang beriman pun setelah kampong mereka tenggelam.sebelum taufan boleh dibilang dengan jari. Itu lah Kegigihan seorang Nabi.

Ulama haraki mengatakan : “Dalam dakwah gunakan umur Noh , jangan gopoh.

Nabi Ibrahim berdepan bapa,keluarga , masyarakat, dan pemerintah( Namrud) keluar dari Iraq setelah di campak kedalam unggun api , pengikutnya 2 orang ( isteri ( sarah ) dan anak saudara Lut ( sebelum jadi nabi) hasil kerja da’wah dijatuhkan hukum bunuh, tetapi Allah selamatkaan.Selepas itu pindah ke Pelastine.

Nabi Musa as, Firaun bermusuh dengan nya sebelum beliau lahir lagi , dalam bentuk mimpi, maka di arahkan seluruh bayi lelaki bani israil dibunuh.Nabi Musa di sembunyikan dalam dapur pembakar roti, yang sedang dibakar, lepas tu diletak dalam bakul dan dihanyutkan ke sungai Nil , singgah dipelantar istana firaun .

Nabi Isa as, di angkat ke langit dan akan turun semula .

Nabi Muhammad saw. Berjuang di Makkah dan Madinah sehingga wafat.

Akhirnya di gelar ulu azmi.

Firman Allah “

(وَإِذْ أَخَذْنَا مِنَ النَّبِيِّينَ مِيثَاقَهُمْ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٍ وَإِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَأَخَذْنَا مِنْهُم مِّيثَاقاً غَلِيظاً) (الأحزاب : 7 )

“Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh”

Tujuan perutusan para Rasul:

1. Berita gembira

2. Berita ancaman.

Apa berita gembira telah kita sempurnakan dan berita ancaman telah kita jauhi , adakah kita sudah selamat dari ancaman itu.Senaraikan: berapa berita gembira yang kita tahu dan telah kita amalkan, dan semak berita itu ,sudah di buat ke belum.

Memberi khabar gembira, pahala dan redha Allah,Khabar ancaman, kemurkaan bila kufur dan derhaka.

Firman Allah

“

(وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلاَّ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ فَمَنْ آمَنَ وَأَصْلَحَ فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ) (الأنعام : 48 )

“Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberikan kabar gembira dan memberi peringatan. Barangsiapa yang beriman dan mengadakan perbaikan[474], maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

Kerja rumah: senaraikan dan buat muhasabah.

Kesimpulan beriman dengan Allah:

1.Khabar gembira

2.Khabat ancaman

3.Beribadat

4.Menegakkan agama

5. Mengesakan Allah pada rububiyah uluhiyah asma’ dan sifat.

Firman Allah:

(وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ) (الأنبياء : 25 )

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku."

Aqimul Din dan aqimul solah

Persoalan : Siapa Iskandar Zulkurnaian:

Zulkurnain- Pemimpin yang menutup jalan keluar ya’juj dan makjuj- Pemerentah yang adil dia bukan nabi dan bukan rasul.ia bukan nama – tetapi gelaran yang memiliki 2 empayar besar.( timur dan barat)memiliki utara dan selatan.

Persoalan:Maksud: ولا تتفرقوا فيه

Wala tatafarroqu fihi : tidak boleh wujub jamaah lain kecuali untuk membantu jamaah ibu…

Satu sahaja jamaah, yang lain membantu dan menyokong.kita kena tolak banyak jamaah apa lagi masing-masing bermusuh, tetapi dalam bentuk lujnah dan unit kecil untuk bantu jamaah , itu di haruskan.

Persoalan:

Hukum Masjid disisi wanita:

Masjid adalah dihati orang Islam,Syeik Muhamad al ghazali “ mengatakan, di antara kejahatan para penjajah ialah memisahkan wanita dari rumah Allah’ dengan bantuan Orientalis.

Akhirnya wanita tiada di masjid dan menyebabkan tiada ilmu , dan didik anak tanpa ilmu.

Sebab itu ruang masjid dulu tiada, tempat ambil wudu’ tiada. Tandas wanita pun…masjid seolah-olah dimonopoli oleh orang lelaki. Atas alasan- Sembahyang wanita dirumah lebih afdhal di rumah dari Masjid.. ialah pendekatan digunakan oleh musuh Islam.

( Hujjah ini tidak kukoh )kalau ada fitnah…ya dirumah lebih afdhal, kalau tiada fitnah ..di Masjid lebih afdhal lebih lagi ada majlis ilmu( ini tulisan Muhamad al gahazali)

Hari-hari Tv depan dia…sebenarnya kita kena kembalikan wanita ke Masjid.

Lihat dalam sejarah: sahabat tidak tinggalkan Masjid.

Di mana Muslimat? Inilah yang musuh Islam mahukan, mudah dipengaruhi oleh media massa.

Wanita Islam yang ke masjidf , fikiran mereka lebih terbuka.

Rujuk hadis :

Fitnah, boleh di elak;

Datang dengan suami, berkenderaan, dari rumah hingga surau..dimana fitnah, tetapi kalu berjalan kaki,, mungkin ada fitnah.

Wanita ke pasar lebih afdhal atau tidak afdhal kePasar??

Punca tidak dapat kesedaran Islam kerana tidak ke Masjid ,atau tidak mempelajari ilmu.Sedangkan semua orang wajib belajar.

Soalan :

Jika wanita bergantung hati ke masjid, termasuk atau tidak dalam hadis 7 golongan mendapat naungan Allah?

Dalam hadis ada menyebut tentang golongan lelaki sebenarnya termasuk wanita, kaedah bahasa arab , bila disebut lelaki termasuk wanita tetapi di sebut wanita tidak termasuk lelaki,

Berdasarkan al rijaalu qawwamuuna ala nisa’.

Jadi wanita juga termasuk akan mendapat naungan dihari akhirat bila mereka cintai masjid.

( tergangtung hati )Berulang alik ke masjid, hatinya tidak boleh tinggalkan masjid.ada pengajian dia pergi.

Persoalan : Apakah ilmu yang paling penting.

1. Aqidah- 4 bahagian( Uluhiyyah,Rububiyyah,Asma’ dan Sifat )

2. Syariat- 4 bhagian( Ibadat,Muamalat,Munakahat, jinayat )

3. Tasauf( Akhlaq )

4. ( tambah lagi Quran dan sunnah ) ilmu asas.

Maka akan datanglah hakikat dan ma’rifat, bila mengaji perkara asas di atas.

Kenal Allah bagaimana?..melalui aqidah, bukan sekadar sifat 20.

Bila 4 asas tadi dan mengaji , itulah ma’rifah namanya.

Bagaimana solat khusyu’?

Solat yang ingat Allah, sejauh mana ingat Allah , sejauh tu lah khusyu’.


Wallahu a'lam

Wednesday, March 3, 2010

KULIAH HADIS


Rakyat yang perlu keadilan Sosial
Align CenterKeadilan undang-undang

Bukan undang-undang rimba


Contoh fitrah yang di asaskan oleh keadilan Islam

Alhamdulillah, semalam 3 Mac 2010, seperti biasa kuliah Maghrib di Surau Kg Tersusun Bt 7, Lekir.
Daripada kitab Mustika hadis" Tajuk berkaitan " Wajib Beriman Kepada kitab Allah" di mana menghuraikan Alqur'an dan peranannya didalam kehidupan Insan.

Ditegaskan bahawa alQur'an diturunkan ketika orang-orang yahudi dan Nasrani bertelingkah tentang ketuhanan dan soal kehidupan selepas mati.masing-masing cuba membenarkan pandangan sendiri dan menyalahkan orang lain.Mereka telah menyeleweng , kitab yang ada pada mereka di ubah dan dipinda mengikut nafsu dan kepentingan hidup mereka.

Begitulah juga yang berlaku pada hari ini, ramai umat Islam mengaku beriman dengan Allah Swt dan Rasulnya Saw, tetapi dalam penghayatannya serupalah dengan ahli kitab terdahulu( Wal iyazubillah ).
Al qur'an dibaca dan dipelajari, tetapi tiada kefahaman dan usaha ke arah menjadikan Alqur'an panduan di dalam kehidupan, Mereka membaca ayat "Al khamar", tetapi arak terus berleluasa. Mereka membaca ayat "Aurat", dalam surah An-Nur, tetapi mereka masih mendedahkan Aurat.Mereka membaca ayat "al Maisir" tetapi judi terus di jadikan sumber ekonomi dan pendapatan Negara.Mereka membaca ayat "Riba", tetapi ekonomi kita masih meneruskan polisi berunsur riba .

Alangkah malangnya umat Islam kini ,apabila mereka yang diberi kuasa oleh Allah, dari kalangan mereka yang tidak mahu memahami alqur'an dan hadis Rasulullah saw.Sedangkan Rasulullah Saw telah menyatakan :

" Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagimana kamu berpegang kepada dua perkara itu , kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu kitab alqur'an dan sunnah Rasulullah saw."

Maulidur rasul di sambut dan dijadikan acara, tetapi suruhan dan sunnah baginda di ketepikan, undang-undang Allah di abaikan.

Justeru itu marilah kita kembali kepada apa yang di perintahkan oleh Rasul sebagai tanda, kita cintai rasul.Bersama-sama dengan pimpinan yang memahami alqur'an dan hadis rasulullah saw, mudah mudahan kita akan selamat di dunia dan akhirat.

Selesai kuliah ada seorang bertanya tentang "Shaabi-iin"

dan untuk penjelasanya , adalah seperti berikut:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالصَّابِئِينَ وَالنَّصَارَى وَالْمَجُوسَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا إِنَّ اللَّهَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
(Surah Al Hajj 17)

" Sesungguhnya orang-orang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orang Shaabi-iin, orang-orang Nasrani, orang-orang Majusi dan orang-orang musyrik, Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari kiamat. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu."(QS. 22:17)

Dalam ayat ini Allah SWT. menerangkan bahwa semua orang yang beriman, semua orang Yahudi, semua orang-orang Sabi'in, orang-orang Nasrani, orang-orang Majusi dan musyrik, terhadap mereka Allah akan memberikan keputusan yang adil di hari kiamat.
Orang-orang yang beriman dalam ayat ini ialah orang-orang yang beriman kepada apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw., yaitu beriman kepada Allah SWT.Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul yang telah diutus-Nya, kepada hari kiamat dan kepada adanya Qadar baik dan Qadar buruk.

Yang dimaksud dengan orang-orang Yahudi ialah anak cucu Nabi Yakub a.s. yang berkembang biak di Mesir kemudian dibawa kembali oleh Nabi Musa a.s. ke Palestine. Mereka adalah pengikut Nabi Musa a.s. dan ajaran-ajarannya termuat dalam kitab Taurat. Sabi'in ialah orang-orang yang mengakui ke-Esaan Allah tetapi mereka bukan mukmin, bukan Yahudi dan bukan pula Nasrani.
Orang-orang Nasrani ialah pengikut-pengikut Nabi Isa a.s. dengan kitab suci mereka Injil.

Terhadap semua golongan di atas Allah akan memberikan keputusan dengan adil di hari kiamat nanti, siapa yang benar-benar mengikuti Allah dan Rasul-rasulnya selama hidup di dunia, dan siapa pula yang mengada-ada sesuatu dalam agama Allah dan siapa pula yang mengingkari alqur'an dan agama Allah itu.

Keadilan yang sebenarnya belum didapat lagi oleh manusia selama hidup di dunia yang fana ini. Betapa banyak orang yang dengan kehendak hatinya merubah-rubah agama Allah lalu dipaksakannya agama itu agar diikuti oleh orang-orang lain. Betapa banyaknya para penguasa yang berlaku sewenang-wenang, kepala negara atau raja yang zalim, para penindas dan para pemerkosa hak asasi manusia .

Sebaliknya betapa banyaknya orang-orang yang baik dan jujur dan pembela kemanusiaan yang dizalimi serta hidup miskin lagi sengsara, Sebahagiannya mereka dimasukkan ke dalam penjara.dituduh dan fitnah berterusan .
Betapa banyaknya agama-agama yang menyimpang dari ajaran Tuhan, tetapi agama itu dibiarkan hidup dan subur dengan pengikut-pengikutnya yang banyak, sehingga jika dilihat sepintas lalu agama itulah yang benar dan diridai Tuhan, sebaliknya agama Tuhan sendiri ( Islam ) hanya dianut oleh rakyat jelata lagi miskin serta tidak mempunyai kekuasaan sedikitpun di dalam negerinya, seakan-akan agama itu bukanlah agama yang diridai Tuhan.

Semuanya itu belum memperoleh keadilan yang sebenarnya selama hidup di dunia. Karena itu di akhirat nanti Allah akan memberikan keadilan yang sesungguhnya. Semuanya akan mendapat balasan sesuai dengan iman. amal dan perbuatan yang telah dikerjakannya.

Menetapkan keputusan dengan adil dan melaksanakan keadilan itu bukanlah suatu yang mustahil bagi Allah, karena Allah SWT. Maha Kuasa terhadap semua makhluk-Nya, Dia menyaksikan dan mengetahui segala perbuatan dan apa saja yang terjadi atas sesuatu makhluk, baik yang nampak maupun yang tidak nampak, baik yang besar ataupun yang kecil, bahkan Dia mengetahui segala yang tergores di dalam hati.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالصَّابِئِينَ وَالنَّصَارَى وَالْمَجُوسَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا إِنَّ اللَّهَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
( Surah Al Hajj 17)

(Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi) mereka adalah pemeluk agama Yahudi (orang-orang Shabi'in) salah satu pecahan dari orang-orang Yahudi (orang-orang Nasrani, orang-orang Majusi dan orang-orang Musyrik, Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari kiamat) yaitu dengan memasukkan orang-orang yang beriman ke dalam surga dan mencampakkan orang-orang selain mereka ke dalam neraka. (Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu) yang diperbuat mereka (Maha Menyaksikan) mengetahuinya secara nyata.

Wallahu a'lam

Sunday, February 28, 2010

SIRI MANTAPKAN PERJUANGAN

Jumaat, malam sabtu merupakan rutin tetap bagi Rijal istiqamah berkumpul dan berusrah bagi memahami Islam dan bagaimana melaksanakan menurut sistem yang di anjurkan oleh rasulullah saw.

Antara tajuk yang di bincang pada malam itu ialah:

Memahami Fitnah (Cabaran) Dalam Dakwah & Jamaah

Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah –

Oleh : Muhammad Ahmad Ar-Rashid


1. Golongan yang berbisik-bisik di belakang atau tidak melalui saluran jika tidak berpuas hati dan menimbulkan klik dalam jamaah

"As-Syahid Sayyid Qutb ketika menafsirkan ayat Surah An Nisa’ 114, yang membicarakan tentang berbisikan

berkata : Nampaknya sebahagian kaum muslimin - yang terdiri drpd mereka yang belum sensitif dengan deria tanzim Islami - ketika berlaku sesuatu perkara, mereka berkumpul sesama sendiri untuk bersembang-sembang dan berbisikan serta bermesyuarat jauh dari pantauan qiadah (pimpinan) mereka

Kaedah ini tidak diperakui oleh tabiat perjalanan Jamaah Islam dan ruh tanzim Islami yang menuntut agar segala pandangan, pendapat dan cadangan (atau kritikan) yang timbul hendaklah dibentangkan kepada qiadah secara lansung (face to face). Perkumpulan-perkumpulan pinggiran (klik atau team) dalam jamaah adalah tidak dibenarkan

Adalah diperhatikan bahawa perkumpulan-perkumpulan yang wujud di dalam jamaah akan menyebabkan keadaan kucar-kacir dan menyusahkan jamaah, sekali pun orang yang melakukannya tidak berniat demikian (mungkin niat kerana sayangkan jemaah). Tetapi, cara pengutaraan permasalahan semasa yang dihadapi atau pembentangan pendapat dan cadangan (atau kritikan) dengan cara demikian (tidak melalui saluran) sudah cukup untuk membawa kepada kesulitan dan ketidak patuhan." [Fi Zilal Al-Quran, 6/351]

2. Penimbul fitnah (perpecahan) dalam jamaah seringkali menggunakan alasan yang indah untuk menjustifikasi tindakan

Sikap menjustifikasikan tindakan sumbang dengan alasan yang indah (cth : kerana sayangkan jamaah) ini adalah merupakan syiar golongan kafir yang menjangkiti penimbul fitnah dalam jamaah Islam.

"Kemudian ada pemimpin yang dituduh tidak memahami permainan politik. Qiaskan apa yang berlaku sekarang dengan apa yang telah berlaku dahulu. Al-Quran telah memberi amaran kepada kita daripada terlibat dengan tuduhan-tuduhan tersebut kerana ia merupakan syiar golongan kafir. Firaun (dan menteri-menterinya) telah berkata tentang Nabi Musa a.s ;

Dan berkata Fir'aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi."

dan Firaun berkata ; Biarkan aku membunuh Musa dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya kerana aku bimbang dia akan menukar agama kamu atau dia akan menimbulkan kerosakan di muka bumi} –

Surah Al-Ghafir, ayat 26

Dan berkata pula ketua-ketua dari kaum Firaun ; Adakah kamu (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) –
Surah Al-A'raf ayat 127

Bukankah inilah perkataan yang turut digunakan oleh setiap thagut yang melakukan kerosakan di atas muka bumi dan mendakwa yang yang mereka melakukan pembaikan?

Bukankah ia merupakan perkataan batil yang hodoh dan digunakan bagi berhadapan dengan kebenaran yang indah?

Bukankah ia juga perkataan yang digunakan oleh si penjahat bagi membangkitkan keraguan dan syak wasangka di sisi seorang yang beriman lagi tenang?

Logik yang digunakan adalah sama. Ia berulang ketika bertembung di antara kebenaran dan kebatilan, iman dan kufur, kebaikan dan keburukan di sepanjang zaman dan setiap tempat. Kisah ini sentiasa berulang dari masa ke semasa"

[Fi Zilal Al-Qur'an, 5/3078]

Oleh itu para daie hendaklah sentiasa berwaspada daripada menyerupai golongan kafir, iaitu dengan mengadakan alasan ;

- bahawa fitnah yang digembar-gemburkan bertujuan untuk membaiki,
- bahawa mereka keluar dari jamaah demi melakukan pembetulan,
- bahawa bisikan yang dilakukan di kalangan mereka bertujuan untuk berbincang (wacana),
- bahawa umpatan yang dilakukan bertujuan untuk mewujudkan suasana dialog,
- bahawa percanggahan dengan pemimpin atas alasan kebenaran bukannya satu sengketa.
- bahawa ketidak tegasan (dengan Islam-pen) dengan hujjah untuk mendapatkan sokongan.
- bahawa tidak taat kepada dakwah atas alasan mempermudahkan (dinamik)
- bahawa mengkritik golongan yang membawa kebaikan dengan alasan (kebaikan) itu subjektif,
- bahawa meninggalkan dasar-dasar syara' dengan hujjah maslahah,........

3. Pendokong fitnah (pemecahbelah jamaah) biasanya memiliki sedikit hujjah yang disangka benar, lalu dicampurkan dengan sangkaan-sangkaan yang berlebih-lebihan

Sesuatu fitnah (isu yang memecahbelah) amatlah sukar untuk berkembang selagimana ia tidak bersandar kepada sedikit kebenaran (hujjah).

(Fitnah Aisyah - peristiwa ifk- sebagai contoh adalah berdasarkan fakta Aisyah sampai ke Madinah lewat dari rombongan dan ditemani oleh seorang lelaki yang bukan mahram, maknanya berdua-duaan - pen).

Api yang memusnahkan sudah pasti ada permulaannya…

Fitnah adalah salah lantaran ia membawa kepada kerosakan (pecahbelah), bukan disebabkan (benar atau salah) pendapat yang menjadi dasar kepada fitnah itu.

Bahkan menjadi satu kaedah umum bahawa seringkali fitnah yang berlaku adalah bergantung kepada sedikit kebenaran tetapi ahli yang mendokong fitnah ini mencampur adukkan sedikit kebenaran tersebut dengan berbagai-bagai kebatilan (andaian dan prasangka).

Mereka mencampurkan di antara keyakinan yang sedikit dan sangkaan yang banyak, lalu sesuatu perkara itu tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya dan sesuatu sikap (tindakan) tidak ditafsirkan sebagaimana sepatutnya. Cerita-cerita bercampur aduk. Sebab-sebab dan alasan-alasan tidak lagi dikaji. Khususnya ijtihad yang dilakukan oleh para pemimpin adalah berasaskan banyak faktor dan suasana tertentu, ditentukan oleh sebab-sebab, disempadankan oleh beberapa suasana dan rahsia, juga dikelilingi oleh kesukaran dan halangan.

Wallahu A'lam

Sunday, January 24, 2010

MAKNA NASAKH


Agaknya ..hukuman yang mana tidak bertamaddun...



24 Jan 2010, Kuliah magrib di Maasjid batu 8 lekir,
Surah albaqarah ayat 106: bermaksud" Apa-apa ayat yang telah kami ubah atau kami lupakan, kami datangkan penggantinya yang lebih baik dari yang terdahulu atau seumpamanya, tidak kah engkau tahu bahawasanya Allah berkuasa di atas segala sesuatu ?

Keterangan berkaitan ayat nasakh dan mansukh:

Nasakh النسخ

Tukar satu hukum dengan hukum yang lain atau meghapuskannya dengan tiada ganti

Apabila kita dapati dua dalil berlawanan dan tidak dapat kita nak himpunkan di dalam satu hukum sudah semestinya kita meneliti keduanya yang mana terdahulu dan yang mana terkemudian.

Kedua dalil itu sama ada al-Quran keduanya, hadis keduanya, atau hadis dan al-Quran.

Maka dalil yang terkemudian menasakh dalil terdahulu, seperti mana bangkitnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم menasakh syariat rasul-rasul terdahulu.

Pengenalan nasakh ( النسخ )

1- di sudut bahasa: hilang/hapus (الإزالة) seperti (نسخت الشمس الظّل) cahaya matahari menghilangkan bayang-bayang. Ada juga dengan makna tukar dan memaling.

Dalil nasakh firman Allah ( {وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَكَانَ آيَةٍ} (النحل: 101Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan),

2- pada istilah (رفع الحكم الشرعي بدليل شرعي متأخر) menukar/mengangkat/mengganti hukum syarak dengan mendatangkan dalil syarak yang terkemudian.

Hukum yang ditukar/yang diganti dinamakan mansukh (المنسوخ). Sementara dalil yang mengganti dinamakan nasikh (الناسخ).

Syarat nasakh (النسخ).

1- tidak termasuk dalam bab nasakh apabila bertemu dua dalil berlawanan sedangkan keduanya boleh dihimpun.

2- hukum yang ditukar hendaklah hukum syarak.

3- dalil yang mengganti hendaklah dalil syarak yang terkemudian daripada hukum yang ditukar.

Peringatan yang dikehendki terdahulu terkemudian ialah masa turun ayat atau ucapan Rasulullah bukan dikira terdahulu terkemudian mengikut susunan ayat di dalam al-quran.

4- hendaklah hukum yang diganti tidak bergantung dengan masa, seperti firman Allah تعالى:

{فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ} [البقرة:109]

Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya.

Oleh kerana العفو والصفح digantung dengan datang perintah Allah تعالى maka ayat ini tidak dinamakan nasakh

5-tidak dinamakan nasakh sekiranya hukum pada perenggan pertama ada kesudahan dan penjelasan pada perenggan kedua memberitahu apa yang dikehendaki dengan perenggan pertama.

Firman Allah [10:الجمعة]

{فإذا قضيت الصلوة فانتشروا فى الأرض وابتغوا من فضل الله}

tidak dinamakan nasikh (الناسخ), dan ayat [الجمعة :9]

{ إذا نودي للصلاة من يوم الجمعة فاسعوا الى ذكر الله وزروا البيع } tidak pula dinamakan mansukh (المنسوخ).

Kerana ayat [9الجمعة :] menyatakan tidak dibenarkan berjual beli semasa sembahyang jumaat sedang berlangsung, jadi tegahan akan tamat dengan selesai sembahayang jumaat. Sedangkan ayat [10:الجمعة] hendak menerangkan maksud larangan itu tidak berkekalan.

Bahagian nasakh (النسخ):

1- nasakh bacaan (ayatnya sudah tiada di dalam al-quran) dan hukumnya sekali

رُوي عن السيدة عائشة رضي الله عنها أنها قالت: كان فيما نزل من القرآن:”عشر رضعات معلومات يحرّمن ” فنسخن خمس رضعات معلومات، فتوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي مما يقرأ من القرآن”

Dari Aisyah رضي الله عنها dia berkata sebelum ini di dalam Al-quran ada menyebutkan bahawa jadi haram anak susuan setelah menyusu sepuluh kali, kemudian ayat ini di nasakhkan dari Al-quran (sudah tiada di dalam Al-quran) dan digantikan dengan ayat menyusu lima kali, dan ayat ini (menyusu lima kali) tetap dibaca sehinga wafat Rasulullah.

2- nasakh bacaan (sudah tiada di dalam Al-quran) tetapi hukumnya masih ada lagi, seperti di dalam suatu riwayat menyebutkan bahawa ada di dalam surah an-nur ayat:

“الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما نكالاً من الله والله عزيز حكيم “

Apabila orang tua lelaki dan orang tua perempuan berzina hendaklah kamu rejam, seksaan yang menjadi contoh dari Allah dan, Allah itu amat mulia lagi amat bijaksana. Ayat ini sudah tiada di dalam Al-Quran tetapi hukumnya masih ada lagi.

Dua bahagian ini sedikit di dalam Al-quran.

3- hukum sudah tiada tetapi ayat masih ada, bahagian ini banyak di dalam Al-quran.

Contoh:

Yang dinasakh {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ}

[آل عمران: 102].

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa

Yang menasakh {فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ} [التغابن: 16].

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu

Pada ayat [آل عمران: 102] disuruh bertaqwa dengan sebenar-benarnya kemudian Allah ringankan dengan ayat [التغابن: 16] disuruh bertaqwa mengikut kemampuan masing-masing.

Yang dinasakh

{يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ * قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا * نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلا}[المزمل: 3- 1].

Yang menasakh

{إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَى مِنْ ثُلُثَي اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنْ الَّذِينَ مَعَكَ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ} [المزمل:20].

Pada ayat المزمل:3-1].] diwajibkan bangun malam berbuat ibadat kemudian diringankan dengan ayat [المزمل:20] dengan itu tidak diwajibkan bangun malam.

4- nasakh sunnah dengan kitab seperti menghadap Baitul-Maqdis yang berdalil dengan sunnah dinasakh dengan ayat al-Quran {فول وجهك شطر المسجد الحرام}

5- nasakh sunnah dengan sunnah seperti di dalam hadis Muslim:

(كنت نهيتكم عن زيارة القبر فزوروها)

Sebelum ini aku pernah menegah kamu menziarahi perkuburan maka sekarang ini ziarah lah kamu akannya.

6- berkata setengah ulamak harus nasakh kitab dengan sunnah seperti firman Allah تعالى

كتب عليكم إذا حضر أحدكم الموت إن ترك خيرا الوصية للوالدين والأقربين dinasakh dengan sabda nabi صلى الله عليه وسلم

لاوصية لورث

Natijah

Dari ini boleh kita faham tidak semua hadis yang sahih atau ayat Al-Quran boleh kita ambil untuk dibuat hukum. Oleh itu kita yang tidak mengetahui tentang cara pengambilan dalil, wajib bertaklid dengan mana-mana mazhab yang empat.

Cuba kita lihat betapa ramai ulamak yang masyhur lagi hebat tidak berani buat mazhab sendiri bahkan mereka bertaklid dengan salah satu mazhab yang empat. والله أعلم