SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Tuesday, May 19, 2009

CAKNA PERLEMBAGAAN


  • Rasulullah telah berusaha menyatupadukan warganegara Madinah yang berbilang bangsa , agama & budaya dengan.....

i. Mempersaudarakan Muhajirin & Ansar

ii. Membuat perjanjian dengan kaum Yahudi yang tinggal disekitarnya, Rasulullah juga telah mewujudkan satu perlembagaan negara yang diberi nama " PIAGAM MADINAH"

  • Piagam ini merupakan perjanjian politik yang pertama di dunia
  • Kandungan Piagam ini memperlihatkan kebijaksanaan Rasulullah dalam merancang sesuatu yang boleh bertahan sepanjang masa & sesuai dengan semua keadaan.
  • Piagam ini dirangka mengikut bimbingan wahyu serta berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah yang terdiri dari orang Islam & bukan Islam

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH (SAHIFAH MADINAH)

KESAN PIAGAM MADINAH

1. Rasulullah S.A.W. adalah ketua negara. Perbalahan kaum yang melibatkan orang Islam & bukan Islam, hendaklah dirujuk kpd baginda,

2. Mengakui kewujudan Muhajirin & Ansar sebagai satu ummah

3. Mengakui kewujudan kaum Yahudi & Musyrikin Madinah

4. Semua kaum bebas mengamalkan kepercayaan ( agama) & adat istiadat masing-masing

5. Orang Islam & Yahudi sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk Madinah. Mereka juga bertanggungjawab menangkis serangan dari luar

6. Orang Yahudi boleh hidup dengan cara mereka sendiri, tetapi tidak boleh menganggu orang Islam. Mereka juga tidak boleh melindungi orang kafir Quraisy

7. Setiap individu bertanggungjawab menjaga keselamatan & mewujudkan perpaduan di Madinah

8. Setiap penduduk Madinah tidak boleh bermusuh-musuhan & dengki-mendengki.Mereka hendaklah saling tolong-menolong untuk kebaikan

9. Mana-mana pihak di Madinah tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan pihak luar, terutama dengan pihak kafir Quraisy

10. Piagam ini melindungi semua pihak yang memperakukannya, & berhak mengambil tindakan terhadap sesiapa

  1. Rasulullah diiktiraf sebagai ketua negara
  2. Syariat Islam dapat dijalankan sepenuhnya dalam pentadbiran negara
  3. Terbentuk negara Islam pertama di dunia
  4. Rakyat hidup bersatu padu & keamanan dapat diwujudkan
  5. Kegiatan dakwah berjalan lancar samada di dalam atau di luar Madinah

KEPENTINGAN & MATLAMAT PENUBUHAN

PIAGAM MADINAH

  1. Menyediakan satu institusi untuk masyarakat mendapatkan hak –hak individu & keadilan

  1. Menjadi landasan perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di kalangan masyarakat

  1. Menjamin usaha dakwah dapat dijalankan dengan baik & terancang

  1. Dapat mewujudkan suasana tenteram di Madinah

Ulama' berpendapat sahifah Madinah menepati piagam atau perlembagaan yang merupakan perjanjian di antara kerajaan dan rakyat dan penegasan tentang dasar Negara dan siasahnya. Terdapat 47 perkara di dalam sahifah Madinah dan bolehlah disimpulkan kepada berikut:-

1. Memeterai perjanjian persaudaraan di kalangan Muhajirin dan Ansar.

2. Ikatan persaudaraan di kalangan tiap-tiap individu Muhajirin dan Ansar.

3. Kedudukan orang-orang bukan Islam yang menjadi warga Negara Islam Madinah.

4. Peristiharan secara terbuka Negara Madinah adalah Negara Islam.

5. Meletakkan hukum tertinggi iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

6. Rasulullah SAW bertindak sebagai ketua Negara dan meletakkan dasar bahawa kepimpinan seterusnya mestilah orang Islam.

Dalam Negara Islam rakyat bukan Islam bebas menganut agama mereka dan boleh melakukan adat istiadat mereka tanpa menjejaskan kepentingan umum seperti adat istiadat perkahwinan, undang-undang keluarga dan makanan yang halal menurut agama mereka walaupun haram mengikut Islam.

Negara Islam yang didirikan Rasulullah SAW telah menyatakan keIslamnya secara terbuka dan menyampaikan dakwahnya ke seluruh pelusuk dunia. Pernyataan terbuka ini penting bagi menentukan sikap negara-negara lain terhadap Negara Islam Madinah sama ada menerima Islam, menjadi sebahagian dari Negara Islam, berdamai, tidak menyekat dakwah Islamiyyah atau bermusuh dengan Islam.

Meletakkan al-Quran dan as-Sunnah membawa implikasi bahawa Negara Islam tidak dibenarkan beramal atau meluluskan sesuatu yang bertentangan dengan dua sumber rujukan utama. Inilah prinsip yang dijelmakan dari ucapan dua kalimah syahadah iaitu sepertimana individu taatkan Allah dan Rasulullah SAW. Jadi Negara Islam juga mestilah meletakkan Allah SWT sebagai kuasa hakimiyyah dengan Rasulullah SAW sebagai contoh pelaksana terbaik.

Rasulullah SAW bertindak sebagai ketua Negara Islam Madinah, ini menunjukan kepimpinan Negara adalah penting dalam ajaran Islam. Ini menunjukan kesyumulan Islam iaitu Islam bukan sekadar syiar ibadat tanpa memperdulikan soal kepimpinan di dalam Negara Islam. Dasar ini seterusnya meletakkan bahawa salah satu syarat penting di dalam Negara Islam ialah ketua Negara mestilah beragama Islam dan beriman kepada seluruh ajaran Islam.

Firman Allah SWT bermaksud:

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi "wali" dengan meninggalkan orang-orang mukmin, barangsiapa yang berbuat demikian maka ia bukan daripada Allah " (Surah ali-Imran:28)

Itulah di antara asas-asas penting yang diletakkan oleh Rasulullah SAW dalam membina Negara Islam. Sekiranya Negara umat Islam hari ini menepati dan mempunyai ciri-ciri sepertimana Negara yang diasaskan oleh Rasulullah SAW maka Negara itulah Negara Islam. Marilah kita sama-sama umat Islam mendoakan agar Daulah Islamiyyah akan berdiri semula di atas mukabumi ciptaan Allah SWT ini,khususnya di Malaysia dan amnya diseluruh dunia.dan buat permulaannya agar Negeri Perak kembali semula kepada pakatan rakyat, yang Islam menjadi tonggaknya. Amiin Ya Allah.

Wallahua'lam…



No comments: