SELAMAT DATANG

MAI BERTAMU

stat counter page
Download a stat counter from elogicwebsolutions.com

MAJLIS TAMAN-TAMAN FIRDAUS DI SURAU MADAH

1. KULIAH MAGHRIB: MALAM AHAD- MLM SABTU
2.SETIAP PAGI AHAD KULIAH SUBOH
3. SETIAP PETANG: ISNIN & KHAMIS : KULIAH MUSLIMAT
( RUJUK JADUAL )

4.PAGI AHAD MINGGU KE-2 ( KULIAH TAFAQQUH FI DIN)
OLEH: ALF US TARMIZI ABD RAHMAN)

5. AQIQAH SETIAP BULAN.
( RUJUK JADUAL )

6. USRAH KAWASAN:
MLM SABTU MINGGU KE -4


SABDA NABI SAW:
طلب العلم فريضة على كل مسلم ومسلمة
" Belajar adalah wajib kepada setiap lelaki dan wanita Muslim"
اطلب العلم من المهد الى الحد
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Sunday, May 17, 2009

CAKNA PENYAKIT



Dunia adalah pancaroba.macam-macam halangan dan ujian.Ada halangan politik dan ada halangan sosial juga ada halangan penyakit, antara penyakit selain dari Selsema Babi adalah penyakit: meningitis......klik di sini

Penyakit Meningitis
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau juga bakteria.

Meningitis yang disebabkan oleh virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan yang spesifik. Meningitis yang disebabkan oleh bakteria pula adalah agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya pembelajaran dan membawa maut.

Meningitis merupakan satu keadaan kecemasan perubatan. Pada permulaan penyakit dikalangan kanak-kanak, anak akan cuma mengadu demam dan sakit kepala. Anak berumur kurang pada setahun hanya menangis berlebihan, demam dan enggan minum. Semua tanda-tanda awal bagi anak berumur kurang daripada setahun sama dengan tanda tanda penyakit lain seperti pneumonia, jangkitan telinga, bronkiolitis dan jangkitan air kencing

Oleh itu, hanya apabila doktor berpendapat yang seseorang anak mengidap meningitis beliau akan meminta agar "lumbar puncture" dilakukan. "Lumbar puncture" adalah prosedur memeriksa cecair selaput otak, dengan memasukkan jarum halus ke dalam tulang belakang pesakit. Pemeriksaan ini hanya akan dilakukan apabila keadaan tidak membahayakan anak.

Doktor dapat membezakan dan menentukan sekiranya anak menghidap meningitis dan bukan penyakit lain setelah pemeriksaan cecair selaput otak dilakukan. Rawatan yang tepat dapat dimulakan menggunakan maklumat daripada ujian "lumbar puncture". Tanpa rawatan, meningitis bolch mengakibatkan kesan buruk seperti lumpuh, cacat, kerencatan akal dan pekak, bisu. Kini pelalian Hib boleh diberi kepada anak kurang daripada 4 tahun untuk mengelakkan meningitis jenis kuman Hib. (Hib=Kuman Haemophilus influenzae B)

Penyebab penyakit meningitis ialah Enteroviruses, Kumpulan coxsackie A & B, Poliovirus, Mumps, Measles, Herps simplex, varicella, streptococcus piieumoniae, pneumokokus, neisseria meningitides atau meningokokus. Meningitis bakteria yang paling merbahaya adalah disebabkan oleh neisseria meningitides atau meningokokus. Kedua-dua bakteria ini tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau pengidapnya. Dari saluran penafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu rnenyebabkan meningitis. Keadaan yang bersesak-sesak memudahkan lagi penyebaran penyakit ini. Meningitis meningokokus ialah satu penyakit serius dan boleh menyebabkan kematian.

Sebelum ini, vaksin bivalent meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A dan C telah digunakan. Namun demikian sejak tahun 2000, wabak meningitis disebabkan oleh kumpulan meningococcus W135 telah merebak dengan meluasnya. Oleh itu, vaksin Quadrivalent Meningococcal yang mengandungi kumpulan meningokokus A,C,Y dan W135 telah disyorkan. Vaksin ini haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mengembara ketempat yang diketahui ada wabak meningitis. Pelalian Hib pula boleh mengelakkan jangkitan meningitis yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenzae. Imunisasi meningococcus untuk jemaah haji boleh mencegah daripada meningitis disebabkan oleh bakteria Neisseria meniningitis.

Tanda-tanda awal serangan Meningitis:

  • Demam
  • Kurang selesa.
  • Enggan minum.
  • Sakit kepala.
  • Menangis berterusan.
  • Bunyi tangisan berubah - tangisan bernada tinggi. ("High pitch cry.")
    Tanda akhir serangan Meningitis:
    • Muntah.
    • Sawan.
    • Menjauhkan diri daripada suluhan lampu atau cahaya terang.
    • Lemah.
    • Ruam seperti lebam-lebam.
    • Tidak sedar.


    Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor pakar jika mendapati tanda-tanda seperti di atas pada anak.

    Lihat juga :-

    http://www.health.com.my/bayi/bayi24.shtml

Dalam hal ini , perlulah menyedari betapa lemahnya kita manusia.Justru itu kita tiada pilihan lain , selain terus patuh dan tunduk kepada perintah dan kehendak Allah swt.Bukan nya terus derhaka dan tenggelam dalam lautan maksiat dan kemungkaran.Kembalilah kepada Allah dan beramal dengan perintah Allah Swt.

1 comment:

armouris said...

info tentang penyakit meningitis kat sini - Treating Meningitis